Pada hari Sabtu dan Ahad yang lepas, saya dan seorang lagi rakan saya Hasnah binti Kasiran telah merajinkan diri untuk menghadiri satu jemputan khas daripada sahabat sahabat yang berada di sebuah kolej swasta di Bandar Seri Putra. Okay tipu sebenarnya takde orang jemput pun kitorang je buat muka tak malu datang sana. Sobs sobs sobs.
Perjalanan mengambil masa yang lama kerana dari PJ perlu ke Shah Alam dahulu sebelum bergerak ke destinasi sebenar. Perjalanan jauh tak kami rasa kerana dipenuhi dengan cerita cerita tentang betapa baik hatinya boss masing masing dan cerita tentang betapa penatnya bekerja di bulan puasa dewasa kini. (tetiba sangat).
Setelah sampai, kami bersedia untuk berjalan laju laju dan sorok sorok daripada Mak Guard kerana Hasnah tidak mempunyai kad matrik. Kad tag company buat apa, huh. Itu pun MakGad dah pandang sinis ya kat aku. Cis.
Sempat kami berselfie sebentar sebelum naik ke atas untuk membuat kejutan. |
Weh penat la nak bahasa baku sangat. Naik atas buat surprise kat dua bilik je jadi nampaknya. Yang lagi dua tak jadi sebab satu pergi meeting manjang, yang satu lagi pergi MUET test. Talk about muet test aku tak buat lagi, bila tah nak buat.
Seronok betul bila dapat spent time dengan member yang dah lama tak jumpa. Keluar segala cerita yang konon konon kau nak rahsia sangat, tapi bila dah jumpa depan depan memang tak jadi nak rahsia la. Paling menakutkan cerita tentang makhluk ghaib wal halus sampai ada orang tu tak jadi nak tidur sensorang atas katil ihikhikhik. Tapi memang 3 kali cerita, 3 kali meremang bulu tengkuk ni haaa. Serem >~<
Oleh kerana masalah kewangan dan kemalasan, kami berbuka puasa di Restoran Selasih sahaja, salah satu restoran yang unik dan ikonik di Bandar Seri Putra. Lagipun tomyam situ sedap dah lama tak makan. Murah pulak tu emmm dapnyee emmmm.
Tomyam ayam yang sedap gila. Slurppp. |
Kemudian pada waktu malam, dalam tentatif ada slumber party di rumah Ain dan Madihah. Dalam tentatif program slumber party tu pulak, ada kejutan dan prank disediakan untuk Hasnah dan Farhatun yang lahir pada bulan July.Tapi bila balik dari berbuka masing masing tak angkat phone. Yang naik kereta Ain semua tak angkat phone. Hmmm dah kenapa ni. Rupanya setelah pukul 10 macam tu, baru lah kami tahu yang mereka bertarawih dahulu di Masjid Al-Azhar Sulaiman. Cheh bukan nak ajak. Hmmm (alasan).
Lepas diorang dah balik, dah dapat cue dari Shafawati binti Shukri, atau nama manjanya Watie vios, eh Shafa vios, baru lah kami bergerak ke rumah Ain dan Madihah. Orang yang nak di prank nya, sorang belum sampai, Hasnah. Busy sangat berselfie menggunakan monopod baru Kak Jehan. Dah sampai, semua dah ada kat situ. Yang ada malam tu, pemangsa; Ain, Eija, Madihah, Shafa, Tashia dan mangsa; Bee dan Hasnah. Eh, aku kategori mana? Aku kategori dua dua. Kategori pemangsa dan mangsa. Kena tipu. Tipah tertipu bang.
Tengah duduk bergelak ketawa, tiba tiba Hasnah dan Bee kena ikat. Aku dengan semangat membuat muka mengejek Hasnah kerana teruja surprise kami menjadi, tetapi terus terpinga pinga tak lama kemudian bila aku kena ikat sekali. wth mannn birthday gua dah lepas 2 bulan yang laluuuuu. Apa jadahnya prank 2 bulan kemudiannnnn. Oh Ain pun dapat surprise jugak, tapi dia tak kena prank la dah dia pengarah program nya yang plan bendalah ni. hahaha
Bread pudding tu punya sos sedap gila k. Kalau Pete dengan Manu dari My Kitchen Rules rasa mesti diorang suka. |
Aku pakai kain ihram tu sebab pakai lengan pendek. Tak expect lar nak kena jadi mangsa sekali kannn. |
Gambar bee je kot yang lepas nak masuk blog. hikhikhik. Happy becoming birthdayyy kita berda mangsa keadaan. Sobs. |
Baru jumpa gambar Senah yang lain. Hikhik. |
Kain ihram aku asyik nak tercabut je. Tak kain ihram, tudung asyik nak jatuh je. |
Alhamdulillah kena prank pun takyah kena mandi balik. Takde telur ke air sabun ke yang digunakan pada malam tersebut. hikhik. Aktiviti diteruskan dengan perbincangan serious tentang masa depan kolej di kalangan mahasiswa dewasa kini. Sementara tu kedua dua intern cleaner merangkap chef pada malam itu memasak dan mengemas ngemas sisa sisa kumbahan sepahan yang ada.
Lepas habis bersuka ria, aku, Bee dengan Shafa tidur awal. Yang lain kat bilik sebelah berbincang tentang program Ekstival nanti. Eee tak sabarnya nak konvo. Tetiba. Tihihi.
Tak sempat nak tangkap gambar tempat tidur kem pelarian kitorang. Lukis je la mampu. Merah tu Elmo aku btw. Hikhik. |
Bilik tu sejuk gila ya, jadi masa tidur tu, kami dapat rasakan kasih sayang Madihah yang tak berbelah bahagi bila dia kejut "Wafa, tidur betul betul, aku dah kemas dah ni." Lepastu dah turun tidur kat bawah, rasa ada orang selimut kan pulakkkk. Wah, betul betul kuat sifat keibuan yang ada di dalam diri Madihah. Eh, macam terdengar bunyik kompang dipalu, pengantin baru, duduk bersimpuh, tersipu malu pulak. Hmm mainan perasaan aku je kot. Hikhik.
Sahur. Ada dua lagi lauk. Tak banyak tapi bila share jadi banyak ;) |
Lepastu lepas sahur sempat lagi berbedtime story before sambung tidur. Kah. Dalam pukul 11 cam tu cau cin cau pergi ke Giant Nilai membeli lampu lip lap.
Tertidur pulak. Ngantuks. Tihihi |
Konon konon farewell kat tasik la, 15 minit farewell dah reunion dekat Giant, HAHAHA.
Anyway, weekend haritu best gilaaaa. Sampai terlupa nak call mak. Sian mak aku. Sobs. Terima kasih kawan kawan semuaaaa. Tihihi.
Next plan. Pulau *cough* Per *cough* ehem ehem.
Bye.
No comments:
Post a Comment