Friday, May 31, 2013

From cats to kids

hai.

siapa yang kenal rapat dengan aku mesti tau aku jenis tak tau nak layan budak budak. jenis tengok budak takde rasa macam "comelllllnyaaaa." jenis macam kalau budak pandang, "hai." Kalau dia tak layan, "bye." Tapi kalau kucing, hamboi kemain bercakap macam cakap macam orang lain yang bercakap dengan bayi yang tak boleh bercakap. paham tak aku cakap ape ni? cakap cepat paham ke tak?K gedik.

tapi tahun ni rasa macam ada perubahan hormon (waklu) dalam diri ini. kahkahkah. tengok budak rasa macam "eh comel la budak tu." tapi reaction still tak boleh kalah dengan kucing. lagi pulak ada budak kecil pernah ketawa okay aku buat lawak. walaupun lawaknya bang ang je, tipu tipu pakai jari, pakai duit kertas, buat buat nak makan belon dia bagi aku and ape tah lagi, tapi ia terkesan tau bila orang besar tak gelak dengan lawak kita, tapi budak kecik gelak. ceywahhhhhhhhhklu. 

tapi kena budak dah besar sikit la baru reti nak layan. kalau baby, tak faham cemane orang bole layan cakap cakap dengan baby. maybe camtu kot orang rasa tengok aku cakap dengan kucing. kahkah.

anyways, tengok ni. comel saaaaaaaaaaaaaaangaaaaaaaat. 


last part kelakar! and comel!


ni pun last part yang best. comel!

ok bye! :D

.

Thursday, May 30, 2013

things opah says (birthdays #3)

hai.

ok i was gonna type "shit opah says", but that doesnt sound right kann. tehehew (gelak ape ni), and its not shitty pun . haha.

1. makan

2. cik parking tak betul.

3. makan lagi makan.

4. cik opah dah save tempat parking cik.

5. ni nasi lemak dari masjid tadi, makan makan.

6. cik tak reti parking macam opah ni. *ketawakan cucu sendiri*.

7. cik tengok kwang tu cik. (kwang = kucing)

8. shuh shuh (halau kucing)

9. makan lagi

10. makan

11. makan

12. parking tak betul

13. kereta park kat mana?

14. jahatnya si putih tu (putih pun kucing jugak)


so sama ada pasal makan, or pasal kereta. kucing tu sekali sekala la.



Happy birthday cik limah! yang ke 17. K muda. 

dah la bye.

sebenarnya kebetulan nak type post ni, besok birthday opah. 

k dah la bye.

.

Friday, May 24, 2013

birthdays #2

hai.

cant believe im actually 21 today. rasa macam baru semalam kena buli dengan budak kembar masa kat tadika dulu. harap harap diorang sekarang kena buli dengan senior or lecturers diorang. K jahat. Diorang, bukan aku.

Oh how time flies. Kata orang, makin cepat masa berlalu, dunia akhir zaman. Kata aku, cepat ke lambat masa berlalu, dia memang jalan je macam biasa relax. Depends on diri sendiri and situation nak rasa masa cepat ke lambat. Bhaha... (gelak gaya hadi). 

macam mana celebrate birthday? oi, last (and it was the first time actually) time gua dapat surprise masa form 5 kot. 2009. So this year's the same. Tak celebrate, no special dinner, no alarms and no surprises, no presents (yet . :P), no friends. yup. harini terperap kat dalam bilik dengan kucing, and candy crush, and youtube. how sad................................ not. biasa je. dah tua dah pun. K. 

2009 baybeh. look how cool i was in that uniform. Kbai lah.

birthday card buat sendiri tau diorang. terharu iolls :') 2009 btw yang ni.

Start je college, masa foundation masuk masuk birthday dah lepas. Lepas lepas tu sampai ke degree sekarang ni, asal birthday gua je, cuti sem, or short sem. Short sem tinggal aku dengan senah je. And harini senah balik. K. 

Tapi tahun ni wish ada la dari family and kawan kawan rapat.  its more than enough kalau orang yang kita rapat wish birthday yang tak ada kat facebook. (well maybe diorang buat reminder kat phone, but thats okay, better than getting a HB on facebook. ) 

And last but not least, tiba tiba aku terjumpa ni dalam folder gambar sekolah, terima lah!

HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAGEEGEEGEEEHAHAHAHAHAHA. 

K tak kelakar sangat. Over sangat gelak apesal? Tau la lonely gila sensorang kat bilik.

Dah ah bye.

.

Wednesday, May 22, 2013

Paranoid

Tak, ini bukan nak cerita pasal lagu paranoid android , paranoid, paranoia dan sewaktu dengannya ke ape. Maksud paranoid yang aku jumpa kat Wiki Indonesia , aku ambil yang paling pendek je lah tapi, Sedang dalam kamus Webster, paranoia didefinisikan sebagai gangguan mental yang ditandai dengan kecurigaan yang tidak rasional/logis. Or ada lagi satu definition dia ,  Paranoid individuals are eager observers. They think they are in danger and look for signs and threats of that danger, potentially not appreciating other evidence.[1] (K nampak sangat copy paste je teruih).

Ok yang lain lain kau boleh tengok sendiri kat sini and sini. Kalau tak puas hati lagi boleh tengok kat sini and carik sendiri. 

But you can trust cats. and dogs. Cause they're cute! K takde kaitan. [link]


Aku tak ada lah paranoid gila babe . eceh kekaver pulak nak cakap oink oink eja babe, dia ingat orang tak tau dia nak cakap bi ey bi ai, (sila eja). Benda benda yang aku rasa kadang kadang cam aku ni paranoid (HAHA).

1) Dalam toilet ada lubang kecik2, aku selalu fikir ada camera kat dalam tu. 

2) Masa dalam toilet ada serangga, pun aku fikir ada camera sebenarnya kat mata serangga tu. 

Heharap Malaysia tak ada benda ni. Ok la Kolej XX (kolej gua) and kat PJ heharap takde bendalah ni. [link]

3) Kalau ada suka someone, usha usha fb or twitter, nampak perempuan, terus assume tu awek or ada crush kat someone tu. (japs ni semua perempuan (most of us) pun sama khenzzz) 

Oh tapi kita ada fb time 2009. Hewhew

4) Kat dalam fitting room, nak test baju, selalu bayangkan belakang cermin tu ada orang lain boleh nampak. Macam kat tempat polis siasat orang tu.

5) Kalau kat hotel, ada cermin besar, or lubang kat ceiling, tengok banyak kali kot kot ada hidden camera.

Tak faham kenapa cermin hotel kena besar besar. [link]


6) Malam malam tidur tak pandang tingkap sebab.............*insert bunyik pintu (padahal tingkap tu)*.

7) Tengah lepak dalam bilik, bunyik orang pijak something kat luar bilik, assume ada orang intai. (ini half betul, half lagi either kucing or tikus yang pijak. amboi beratnya tikus)

8) Tengah drive, mesti bayangkan kereta belakang cakap "eh lambat gila kereta depan ni." So aku pun akan speed terus. K ni paranoid ke?

Dah ah. Penat ah. Paranoid ni akan leads to insecure, and insecurity akan leads to many negative things. Tu yang aku belajar la dari pengalaman. gittewwwww. kahkahkah. Tapi tengok jugak lah, ada benda baik. Agak agak ah sebab taknak rasa insecure sangat biar tingkap bilik terbukak, konon takde pape jadi. K takde kaitan. 

Dah ah bye. People dont really read long posts like this. hahah. Mesti orang akan baca caption kat gambar je . (kalau ada orang baca la).

Dah ah bye. Again.



Monday, May 20, 2013

The truth about the blackout incident


Demam PRU13 rasa macam dah habis. Tapi still ada lagi kan #black505 sampai 21 hari lepas PRU. Mak aku la yang cakap tapi. Okay dah taktau nak cakap apa lagi, tapi kelakar gila aku dah tengok 3 ke 4 kali tah video ni. Tak tau la kalau engkorang jenis tak tengok video kelakar. K dah la bye.

Friday, May 17, 2013

Wouldnt It be nice

hai.



tak bukan baru tengok 50 first dates. tapi bubble boy. 

dah la bye. 

tapi 50 first dates yang perempuan memory dia boleh tahan sehari je tu kan? k sedih . k tak ingat sangat sebenarnya.

k dah bye ah. 


Saturday, May 11, 2013

telur ikan atas sushi

Tadi kitorang pergi makan sushi. Lepastu adik aku tanya soalan pelik.

Adik : Cik kenapa telur ikan warna oren?

aku  : Sebab dia makan buah oren. Tuan dia bagi makan.

Adik : ye ke? tak percaya la. *gelak*

Aku  : ye betul, tak percaya pulak.

Adik : habis kalau yang warna hijau?

Aku  : Dia makan epal. Tak caye tanya Yong (kakak 1)

Adik : Yong betul ke?

Yong : Betul la tu. *muka serious*

Adik : Habis kalau warna hitam telur dia tu?

Yoi  : Yang tu tuan dia bagi makan anggur. (adik 1)

Aku  : Tak ah, yang tu tuan dia bagi makan blackberry.

Adik aku dah confuse nak percaya taknak percaya sebab semua orang buat muka serious. Dia nak tanya cikgu sains dia. Balik rumah tanya mak aku pulak.

[link]


Adik : Umi betul ke telur ikan warna oren sebab dia makan buah oren?

Umi  : Sebab dia makan kunyit.


HAHAHAHAHAHAHA. Tak sangka semua orang memberikan kerjasama yang bagus. Sebab biasa buat kerja kerja menipu benda tak bebrfaedah kat adik adik aku ni kerja aku. kahkah

Dah ah bye. 

.



Tuesday, May 7, 2013

Hujan



kat luar tengah hujan sekarang. gila dum dam dum dam petir tadi. Siap dengan kilat. Aku memang suka gila hujan sejak dari kecil. Waktu paling best hujan of course waktu pagi. Bila kau bangun, rasa cam sejukkk je. Lepastu dah sejuk, cuti pulak takde kelas, memang tarik selimut la cerita dia. 

Tu je nak cakap. Lagu takde kaitan pun. Eh ada kaitan! Sebab biasa kalau hujan, ada je orang akan tweet, "hujan yang turun, bagaikan mutiara~" . Itu je pun kan yang korang tau kan? kahkahkah. Aku pun. 

Dah ah bye. 

.

Saturday, May 4, 2013

lapar dan menangis

kau pernah tak menangis pastu tak makan? tipu la tak pernah kan. mengikut kajian Dr. Aliah Wafa. Kahkahkah waklu Dr celah mana nak jadi Dr kalau biology dengan chemistry pun cukup cukup makan woi. biodata boleh la dapat A. eh?

Sesiapa rajin tolong eh buat research kenapa bila menangis or takde mood, kita tak rasa lapar. Seminggu pun tahan makan biskut tiger dengan air kosong je pun dah kenyang. Tapi bila kita dah okay, automatically perut yang seminggu tak masuk makanan berat tu boleh jadi lapar. cemane woi cemane?

tak. aku tak nangis lepastu letak daun bawah mata untuk ambil gambar ni. [link]


banyak kali dah jadi ni. takyah seminggu ni aku ni tak makan lunch lagi, tapi takde mood punya pasal jadi tak lapar. Tapi bila dah okay, amboi kemain lapar. Jap, banyak kali tak ada lah maksud nya banyak kali gua moody. bila waktu waktu tertentu je. (iykwim)

tolong eh buat research bagi pihak gua. nak harapkan sendiri memang tak lah. research fyp tak hehabis nak research pasal benda yang di luar bidang. rajin betei.

dah la bye. bukan orang baca pun.

ekceli orang tak baca lagi bagus. tapi kalau orang tak baca , siapa nak buatkan research untuk aku?

eh dah la bye.