Saturday, June 10, 2017

Review Klinik Gigi Alan Adlan, Bangi - 2017

Hi.

Salam ramadhan yalls. Makin dewasa makin hambar intro. Anyway,review ni aku nak buat dah lama dah. Tapi tak terbuat buat sebab malas. Aku pergi klink gigi Alan Adlan ni few months back, sebelum puasa, wayyyy before sebelum puasa haritu. Pergi sebab gigi belakang sakit.


Biasa pergi dekat Klinik Pergigian Saidah, PJ. Tapi la ni dah jadi orang Kajang kena la carik yang dekat dengan area sini ja. Google punya google, tengok review banyak kata Klinik Gigi Alan Adlan ni okay. So aku pun buat appointment pukul 9.30am, and nak check gigi sekali la.

So pukul 9.00AM aku dah terpacak depan Klinik Gigi ittew. Kalau nak tau dia dekat CK RAHIM yang besar tu, kau boleh nampak signboard dia. By right, kalau klinik ada appointment pukul 9.30, pukul 9 kau dah bukak kan? Tapi tidakkk. 9.30am baru dia bukak. Kalau camtu buat la first appointment pukul 10. smh. minus one point di situ.

Okay la sebab sebagai typical melayu yang malas membaca, aku buat in points. Tu pun kalau ada yang baca lah.

PROS:

- klinik Cantik
- Parking senang. Bukan kawasan yang susah parking
- Receptionist okay. (Tapi time tu receptionist tu adalah junior maahad yang aku pernah tak suka dulu. hahhaha)
- ruang menunggu selesa
- Dentist yang baikkkkkkkkkkkkkkk sangat

CONS:

- Kul 9.30 appointment, bukak la klinik awal. Ni nak kekalkan jugak konsep melayu kena lambat dalam semua perkara.
- Dr attend patient lambat. to be exact patient tu aku.
- Bila check, dia kata ada gigi nak tumbuh. (WTF im 25 ffs).
- Dalam masa yang sama dia detect ada gigi tampal nak cabut
- Dalam masa yang sama, aku nak bersihkan gigi
- Dr tu, suruh aku buat pilihan nak either nak scaling or tampal gigi sahaja. and she said i had to make another appointment so that she can attend the next patient on time

WTF lady, you attended me late, and now youre ASKING me to choose only one treatment so that u can attend another patient on time? The lady (yeay i decided not to address her as Dr anymore) was so nice i wasnt able to say no. So i chose to do scaling , and made another appointment later that day for filling session.

so here goes another pros and cons for the second appointment.

PROS:
- came on time, and okay la kalau time ni dr nak attend lambat pun, its understandable since ada patient lain.
- Dr tu pun terkejut sebab aku kena buat 2 bloody appointments because of the first lady REFUSED to help me
- So buat la filling, same like the first one, the second dr was sooooo nice.

Settle bayar, pergi office.


Few days later. Gigiku yang ditampal terasa ngilu sengilu ngilunya. Sedangkan kalau dah tampal kenapa nak rasa ngilu pula. I decided not to go back to Klinik Alan Adlan, sebab nanti lambat pergi office. Went back to our normal dentist, Klinik Pergigian Saidah.

Appointment pukul 9.30, sharp 9.30 nama dah kena panggil. Dr Saidah siap boleh borak2 lagi pasal time is gold 15 minutes before our appointment. So masa dia check, dia kata dia taktau filling apa Dr tu pakai last time, and dia boleh senang2 korek and tadaaa, fillling ter cabut. one thing that she concluded:

1.Filling murah, harga boleh kekal murah.

Puihhhh! Taknak patient lari mungkin. Aku dah lari dulu dah. Lepas2 tu ada kawan aku tanya haritu aku pergi dentist mana, aku cakap jangan pergi Klinik Alan Adlan ni. Orang bagi review takde dia balasnya. Yang like pun yang puji pujian je

Even in blogs, ramai review bagus. Jenis paid review ke apa tak tau la kan. Nampak macam tak. Entah la, maybe its their first time kot. Or maybe diorang buat scaling je so mana nak tau.

Wednesday, February 8, 2017

Aishah Radhiah Spa Experience

Hi.

Haritu masa sebelum kahwin, aku memang tak sempat nak buat spa ke apa. Even beberapa jam sebelum kahwin boleh pergi laminate tanda arah jalan wey. sedih! hahaha. so, haritu saja ambik cuti hari jumaat, tanya kawan, ada yang free. Terus baca blog2 carik spa muslimah yang best best. Aku pergi berdua je dengan farah sebab yang lain kerja. Farah sebab dia kerja kat Johor so jum'at tu cuti.

In the end, kitorang decide untuk pergi Aishah Radhiah Spa cawangan Bangi. Sebab baca review banyak yang okay feedback. Plus price range dia okay. Ehehe. Waktu first datang, diorang baru nak bukak. Untuk interior deco, personally masuk2 tak rasa macam masuk spa sebenarnya hahaha. Tapi sebab dah beria booking kan. Redah je lah.

Kitorang ambik package permaisuri. Tapi dia bagi cadangan suruh facial tu suruh buat chocolate facial, tambah RM50. and sebab kitorang nak try sauna - RM30- jadilah total RM330 sorang. Sebelum tambah dah siap2 tanya boleh pakai debit ke tidak sebab keluar duit cukup cukup sebenarnya hahahha.


PROS : 

- masseuse dia sangat friendly.
- explanation yang jelas.and pandai marketing. pros untuk dia, cons untuk duit aku hahahha.
- masa facial dia bagi tips nak jaga muka
- facial dia best. sangat best. licin hidung aku,
- bersih
- ada tempat solat, siap dengan telekung

CONS : 

- bilik yang kitorang buat facial cam takde privacy
- dengar diorang berborak sesama sendiri
- there was someone else inside the room, aside from the akak2 yang urut kitorang. sangat tak comfortable lah. 
- takde privacy sebab orang boleh keluar masuk bilik tu. anak mintak duit, anak dapat kerja etc etc etc.
- urut sakit nak mampus. hahaha. dia kata kaki kiri aku tegang, lagi sakit lagi dia urut. padahal sebelum urut elok je. ni sekarang lagi tegang aku rasa kaki ni adalah.


lagi satu aku kecewa sikit bab toilet, haha. okay la toilet dia bersih. tapi aku expect shower, sekali ada tempayan, and tempat buang air. kira macam kau mandi kolah la. version kecik. taktau la kot toilet spa lain pun sama. sebab kitorang first timer kan pergi spa. 


nak pergi lagi ke idok? maybe boleh try cawangan lain kot. sebab yang kat bangi punya macam takde lah besar sangat. kitorang tengok kat banner yang Damansara punya branch macam cantik lagi. 

Tapi personally aku rasa nak try spa lain kot. Tunggu gaji lah tapi. Nak try hannan medispa, website macam tak berfunngsi. Tak membantu langsung. Haih. 

okay bye. 

Wednesday, February 1, 2017

Short Getaway - Grand Lexis PD

hi.


last two weeks time kerja paez tetiba message kat office, tanya nak gi grand lexis tak? wey, kau bayangkan lah. geng2 baru kahwin semua upload gambar pergi honeymoon korea lah, langkawi lah, apa lah. apa yang aku rasa sebagai pengantin tak berapa nak baru sangat? ya. aku nak gi jalan2 jugak. memang time tu aku dah tak kisah baki bank ada berapa, memang aku nak gi cuti. Tapi of course la bukan on chinese new year. pfft. sorry iolls dah kerja. semenjak aku dah terkena pergi bercuti kat Melaka time cuti panjang, lepastu nak mamp, aku berazam takkan pergi bercuti time cuti sekolah.


ada sedikit perselisihan faham okay time nak book bilik. aku kalau boleh nak bilik garden je, dia pulak jenis yang alang2 dah mahal, mahal terus. kitorag tong tong pulak duit. haaaa lagi lah. hahaha. ended up kitorang book Grand pool villa. anyway, kalau korang nak a bit privacy, pilih la lower unit room. tapi tu pun kira open air jugak. tapi dont worry. dia cam ada penghadang untuk tutup view , tapi still dapat cahaya. confused? nanti cek tunjuk gambar .

oh btw kalau dari kajang ke grand lexis takleh nak jamak okay. tak lebih 2 marhalah T__T(pemalas detected tetttt). hahhaha. aku dulu time kecik2 gi PD jamak kot. Tapi sebab Grand Lexis ni dekat seremban je. kau kalau dari KL takyah nak acah2 musafir sangat la.

insert lagu lelaki teragung kat sini. hahahhahahaha lari~~

check in process cepat. walaupun ramai orang, tapi cepat. macam takde lah kau kena tunggu sejam nak check in.

queue untuk buggy. 

queue untuk siapa yang nak guna buggy services. memang semua yang check in akan guna la. sebab taktau bilik memasing kat mana. dengan ada yang bawak barang macam nak duduk sebulan. hahahha. kalau tengok queue memang cam panjang, tapi takyah tunggu lama pun. sebab cepat service dia. and buggy pun bukan 1 je satu hotel tu. hahahah. masa nak masuk parking, banyak gila tengok buggy dia dok pusing2.


surprisingly malaysians boleh beratur betul2 kat sini. ehehe.

and.....*drum rolls* tadaaaaa. 

dua katil king size. syiok wehh
SYIOK SANGAT WEH. time ni baru nak berterima kasih dekat paez sebab book grand pool villa. masuk2 memang kitorang carik swimming pool dulu. hehhe.



ada coffee table.

ada shower kat luar.
gambar aku tangkap mostly gelap. so yeah. jenis tak berseni. hahaha. anyway, look at how murky the sea water is.

btw pool dia sejuk gila okay. patut la tengok review kat trip advisor, ada mat salleh ni komen kata air sejuk gila sampai kena pergi public pool. tapi mat salleh tu pun lemah betul, duk lama sikit dalam air takda la sejuk. pakej kencing sekali kasi air panas sikit ahahahahahambar. aku tak buat kay!

our pool. and thats le husband trying to lower down the curtain thingy.

sampai2 terus makan tengahari (yeah, at 4.30). tak sempat nak solat asar terus masuk pool weh. hahahah. excited ngat.


ada cam small kitchen counter.

perlu di selang seli dengan gambar beliau sebab aku malas nak rearrange gambar ikut turutan. hahah.

toilet untuk buang air. 

toilet untuk shower lepas mandi pool.

rak towel. towel ada 4 helai. semua kitorang guna.

a sink.obviously.


lepas maghrib kitorang dinner. kat kedai2 dekat je. tapi malam cam tak hidup kawasan situ. ended up pergi kedai yang what we thought was a western restaurant rupanya kedai mamak yang jual semua benda dari western sampai ke eastern. 

not what i ordered. ate a tom yam ayam SOAP 

sepatutnya aku photostat buku menu kedai tu. biar jadi hiburan hahahaha. btw, malam kitorang tak mandi pool. sebab depan laut. aku ni penakut sikit. Malam kan waktu makhluk2 tu berkeliaran. kat laut2 pulak. tak berani la. plus malas and nak tidur awal je. *wink* hahahahah

besok breakfast pagi. jalan kaki je takde makna nak naik buggy. breakfast okay la above average. Tak macam breakfast kat Tunamaya Hotel Desaru, boleh check camne aku review dekat tripadvisor. Tapi kat Restoran Duyung , Grand Lexis ni macam sempit sikit. makanan sedap. yogurt sedap.

balik bilik, jadi badak berendam kejap, pastu pukul 11 ada orang dah suruh siap2 kemas barang nak balik. emmm. hahahha.

all in all, sesuai untuk short getaway. jenis pemalas cam kitorang nak jalan2 jauh, recommended grand lexis












Thursday, January 12, 2017

mystery shopper

hi.

aku baru tau yang mystery shopper ni is actually a profession.....lepas company aku suruh jadi mystery shopper untuk satu branding/company yang agak famous. jeng jeng jeng. takleh gitau sebab ye lah, kata mystery sangat kan.

task kitorang, masuk kedai or petrol station, tengok kat kaunter or tempat pam minyak tu ada ke tak tertera branding company tu and buat survey online. survey tu dari company sendiri punya app je la. hews.

nervous okay. aku pilih yang non-working hours and yang berada di sekitar kajang. balik kerja, paez dah ready nak tolong bawak. hiks. aku siap buat note okay , aturcara majlis lagi dalam phone macam mana nak jadi mystery shopper step by step. kitorang kena tangkap gambar sekali as a proof yang branding tu memang tak ada or ada kat kaunter.

masuk kedai, ambik calpis 2 botol. tunggu orang kaunter tanya, tapi dia tak tanya, terus ajukan soalan. nak ambik gambar dah practice masa briefing. hahaha. pakai volume down punya button supaya tak obvious sangat.

lepastu sebab nervous iolls tak ambik receipt, so takleh claim calpis tu. nasib baik rm4 je. haih.

ok bye.

Thursday, December 29, 2016

Baju Kahwin - Kimiga Tailoring

Hey Yalls,

watper tewwww? aku tadi tengok kat twitter, calaqisya punya baju RM600+, time tu kata mak aih maheinyaaa. rupanya baju kahwin. baru sedar diri eh baju kahwin aku pun lebih kurang harga.


Anyway. dah lama dah nak review pasal kimiga tailoring ni. Tailor ni orang jakel yang suggestkan time beli kain untuk kahwin. sebab dia kata diorang specializes in wedding gowns. gittew. tapi baju perempuan je lah. baju lelaki akak tu kata jangan buat kat kimiga tailoring sebab diorang buat tak cantik. memang time pergi pun tak nampak baju lelaki. baju perempuan je banyak.


bawah tu alamat dia. dah hujung2 post sebenarnya aku baru teringat. kena rajin2 kan mulut tanya orang kedai time masuk tu. sometimes diorang busy sangat sampai tak layan orang. time aku pergi tu ada orang nak tempah baju tapi keluar balik sebab takde siapa layan. Mulut pun diam je tak tanya apa memang lerrrr.


Sarah Hughes @ Globe
Address185, Jalan Tuanku Abdul Rahman, City Centre, 50100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia
Phone+60 3-2699 7115


sebelum pergi aku ada google jugak range harga berapa. TAPI , semua orang tulis, berpatutan, berpatutan, berpatutan. Takde sorang pun nak ngaku berapa harga sebenar dia. Ingat berpatutan tu sama jumlah dia dengan semua orang?


so kitorang pergi la situ few months sebelum aku kahwin. time tu buat baju untuk mak aku dengan adik beradik aku sekali. Total ,10 helai baju. pengantin 3 baju, baju kahwin, baju nikah and baju kaler sama dengan family. nak jugak okayyyy. time tengah ukur2 badan and design2 baju, time tu dah 2 orang dah lepas ukur. tetiba baru mak aku tanya harga. orang tu cakap "RM280." TF?! Bila dia explain pasal lace tu rumit nak jahit, masuk akal sebab lace tu dia jahit sulam katanya. potong2 ikut bentuk lace, and jahit balik. make sense la harga tu. tapi untuk kitorang yang 8 ketoi ni pengsan la jugak dengar.  nak blah, dah segan dah and dah takde masa nak carik tailor lain dah. so mak aku mintak kurang, dapat la RM250. untuk baju hijau tu sahaja.

baju hijau ni baju family. baju babies beli kat sara hughes jugak. level berapa tah.


hijau kain sekolah agama tu bukan okay. hahahaha tetiba aku rasa aku kelakar.

ni yang baju hijau aku punya. sebab aku pengantin, aku pilih lace pink harhar orang lain lace hijau tak pop kaler dia har har har.  tapi lace hijau tu cantik jugka sebenarnyha bila tengok dekat2. 


untuk baju nikah. kalau tak silap RM250 - RM300 jugak. Rate RM250++ camtu la. Sebab baju nikah aku lace yang simple tu. Takde potong2 kecik2 pastu jahit balik. Untuk baju sanding, RM650. Sebab ada lace potong kecik2 pastu kena sulam balik. Heaaaaaa. Pengsan ke idok? Nasib baju mak aku sponsor, Alhamdulillah sangat. Aku serba salah, nak bayar separuh, mak aku cakap tak yah la.


okay ni baju nikah aku. simple je. kain dia potong 8 tak silap. ke 6. 

untuk baju nikah aku taktau design camne nak buat, cuma aku cakap nak simple je. so akak tailor tu yang designkan. dia tunjuk contoh baju yang siap, yang mana aku berkenan, tu dia buatkan. cuma aku  kalau boleh diputarkan masa (gittew), aku nak mintak dia buat longgar sikit. ni macam fit sikit, so kena pakai girdle. nak pulak nikah minggu ke 3 raya......so.....all the rendangs and ketupat and kuah kacangs......sangat irresistible. hurhurhur.

tudung senget. i knowwww. 




aku takde gambar baju gantung2 kat tingkap macam orang lain. sebab aku nikah lepas isyak, so photographer aku suruh pergi masjid terus. dia request jugak alamat rumah , nak tangkap gambar time mekap semua. serabut weh rumah buat malu ja nanti hahah,

      

untuk baju sanding pulak aku jumpa design dia kat internet. baca banyak2 pasal jenis kain pun tak guna sebab aku tak aplikasikan pun benda tu time beli kain. pikir cantik je kain tu. huehuehue

camni la reference design untuk baju sanding.

TAPI. sebab kan lace baju aku tu manik2 , so jadi berat. aku pulak buat baju tu jadi dress, kira one piece dress la. leceh sikit la nak pakai. untuk baju sanding, harga dia RM650. Ni bukan nak menunjuk harga mahei ke apa, nak bagitau harga sebenar supaya korang tak jadi macam aku.


ni baju sanding aku.

personally aku rasa baju sanding better sewa je. kalau kau nak special, sentimental sikit, buat baju nikah satu je dah lah. sebab lepas kahwin belum tentu kita pakai ke idok baju tu. memula memang nak sewa je, tapi tetiba abah kata suruh beli , nak kasi feel pengantin tu kot. hews. thank you daddy wiwiwi.



Kain untuk sanding aku beli dua jenis je. Lace and kain satin tak berapa nak satin belah dalam. so tak dapat nak buat berlapis macam dalam gambar contoh tu. Tapi pun aku suka jugak. And jika diperhatikan, gittew, kat belah depan bawah tu dia potong lace extra and jahit semula. sulam katanya. tu yang mahei.


abaikan lemak yang kena cengkam dengan paez ittew. cuma nak tunjuk jahitan sulam dia tu la. kemas.

kat belah tangan tu aku ada request zip sorok. memang sorok la tu tak nampak tu. okay la tak dia sebenarnya tersorok kat belah bawah


and nampak kan betapa simplenya aku. tapi bila sanding sebelah husband aku. aku jadi macam teruja, wau, pakai crown betul2, pakai rantai semua. siap balik tu taknak cuci mekap okayyy. belah husband kitorang sewa baju. complete top to toe set sekali dengan make up, catering semua.


ni baju bertandang. sewa dari NBS Service Enterprise

okay selekeh sangat kan aku letak gambar tak complete camni? "KAMI MAHU GAMBAR BAJU FULL" *angkat sepanduk*

 sabar...sabar....*gigil gigil* sebab aku kat office and pendrive yang photog bagi dah crash. siannn. nasib baik ada backup. tapi backup kat ghumahhh. nanti balik ah baru sambung.

lengkap keris rantai semua. bercampur kegedikan . eh?

make up pun dari NBS Services Enterprise

Laki siapa ni hurmm.......


Okay pasal NBS Services Enterprise aku tak tau nak ulas apa sangat sebab yang tu belah husband. So harga semua tak sure. Tapi kalau service, insyaAllah okay. Tengok smooth je majlis belah lelaki. Plus baju dia cantik cantik. ehehehe.


Untuk service Kimiga Tailoring, all in all, memang berpatutan la harga dengan cara jahitan dia. kalau rasa mampu, okay je jahit kat situ. OH! and aku dapat baju kahwin aku lepas 2 months. 10helai baju, jahit sulam, 2 months. kalau rasa tempat lain ada lagi okay, dipersilakan. rasanya tu first and last kitorang hantar baju kat situ kot kalau nak tempah banyak. hahaha


Selamat kahwin siapa yang tengok post ni as reference. Siapa nak tanya boleh komen. Kalau ada lagi la orang baca blog ni. 

ciao.


Monday, November 21, 2016

2 months slash 8 weeks

hi.

aku dah MC selama 2 weeks and bakal bekerja semula pada esok hari. which is okay to me. tak pernah pernah dapat MC 2 minggu, biasa nak dapat sehari pun kena menagih, ni kan pulak 2 minggu.

straight to the point, aku MC 2 minggu sebab keguguran,miscarriage, missed abortion (surat dari lab tulis aku tiru je) and whatever you call it.

Alhamdulillah lepas 2 bulan kahwin dapat rezeki untuk pregnant. Memang untuk first pregnancy kitorang taknak rancang, sebab nanti kang rancang2 tak dapat pulak. Lagipun tak ada sebab untuk merancang pun Alhamdulillah. Ekonomi okay, ada rumah selesa, tak sakit Alhamdulillah etc etc.

Awal2 dapat agak bila tiba tiba rasa penat ya'mat. Aku jarang tidur kalau duduk kat seat depan. Tapi tiba tiba haritu dari Kajang nak ke KL aku boleh tidur. Rasa mengantuk sangat sangat sangat sampai tak boleh tahan. Pastu yang mengukuhkan lagi teori aku pregnant is of course lah period. Period memang selalu on time or awal 2 hari, tapi masa bulan tu dia lambat.

Kitorang pun senyap2 beli UPT and simpan dulu. Tunggu lama sikit baru nak check. MIL aku kata 3 bulan baru check. Tapi as a newlywed of course kitorang tak boleh sabar 3 bulan. Alhamdulillah ada double line. Pergi klinik lagi untuk confirmkan, walaupun memang dah tahu confirm. ehehe.

Start la segala kisah muntah, selera makan bertambah, tetiba tak selera. Muntah muntah tu okay la time malam je. Siang ada la sekali kat office keluar laksa and sirap limau lunch hari tu euwww why do i have to explain this. Tapi exactly on week 9, muntah2 tu stop. Padahal kalau ikutkan mak aku kata at least 3 - 4 months. Aku pun okay la relaks takde fikir apa. Yeay je la tak muntah.

Fast forward to week 10. Aku gi kerja cam biasa. Tapi haritu jam luar biasa. Barbie sangat jalan kena tutup and kena lalu jalan lain tak memasal kena bukak waze. Sampai office, terus pergi toilet. Tetiba ada something that looks like a period. Terus call mak, mak cakap benda tu sometimes normal, tapi better balik rumah check. Aku pun boss dah kasi green light, terus balik rumah. Office dekat dengan rumah mak aku by the way.

Check kat first klinik Pakar sakit puan, doctor scan and kata baby tak sihat. Kat screen tu kata baby 8 weeks. (aku lupa time ni dah 10 weeks).Jantung tak berdegup. Tu berkias lagi. Dah lama sikit, dia cakap confirm miscarriage. Tapi untuk second option boleh check dekat hospital lain. Confirm is confirm, option lain tu cam either nak double check or nak buat camne dengan kandungan tu, D&C (Dilation and curettage (D&C)) ke camne. Nampak copy paste di situ.

Aku dah meleleh dah air mata time tu. Nasib baik ada mak kesayangan kat sebelah. Keluar klnik mintak tolong mak call kan husband. Nasib baik jugak office dia 10 minit dari PJ. Dia datang PJ, kitorang pergi klinik Azzahran Bangi. Doktor tu pun kata tak nampak heartbeat. Dia buat surat refer kitorang jumpa pakar. Esok tu jumpa pakar, confirm miscarriage. Tanya jugak doktor sebab apa boleh gugur, Kerja aku depan PC je, tak se-stress kerja lama, takde angkat berat ke apa.

Doctor 1st cakap 1 daripada 5 orang wanita mengandung keguguran. Dalam kes ni aku la yang 1 tu cis. Doctor 2nd tak function sangat sebab maybe bukan kepakaran dia. Tu dia refer ke O&G and doctor 3rd cakap sometimes rahim kita tak kuat, kalau baby keluar pun akan tak normal. Similar to doctor 1st's and mom's opinion.

Time tu nangis sikit tapi dah redha. Sebab dah 3 doctor jumpa so dah boleh agak jawapan dia. Terus warded . Pukul 11.30 macam tu nurse kasi ubat. Takleh makan kena puasa dah. Petang pukul 2 masuk labour room. Doktor kasi ubat tidur, sedar2 dah settle.  Tapi perasaan ngilu tu ada lah. Lepas masuk bilik, tidur dalam 3 jam macam tu, baru aku berani nak pergi toilet. Ngilu aih tulis ni pun. Tapi Alhamdulillah tak ngilu buang air. Malam around 8 macam tu kitorang balik PJ. Pantang rumak mak aku sebab kalau duk Kajang semua kerja rumah kosong tian ittew.

Sedih masa mula2 tau sebab, sehari sebelum tu kitorang jalan2 kat IOI. Masuk Parkson nampak stroller. Dah siap plan dah nak beli stroller macam mana, husband siap cakap toys kalau anak laki beli banyak-banyak supaya dia boleh main sama. Okay aku tulis ni pun sedih lak tetiba.

Tapi takpe la, ada hikmah. Allah nak kasi honeymoon lagi sekali kot *uhuk* another Pulau *uhuk* trip *uhuk* please.

Oh ya, kalau gugur kena pantang jugak okay. Kau jangan harap la boleh bersuka ria macam biasa makan itu ini, malam tu terus nak cuba buat baby lagi ke memang tidak okay. Yang aku baca kalau gugur < 4 months, pantang 2 weeks to 1 month macam tu je. And kalau nak try lagi pun tunggu la at least lepas period sekali or 2 kali. Bagi rahim bersih and sihat dulu.

Okay i know no ones gonna read this post. Just posting just in case someone else happens to be in the same situation as i did . =)


Bye!

Sunday, November 6, 2016

Sanding - 23072016

Hai.

Salam ahad semua. Harini buat apa je? Tengok melodi , jjcm and NONA je ke kat rumah? Or korang antara orang yang memenuhkan IOI putrajaya tadi sampai aku takde tempat nak makan tadi? Dasar lho ya. Dua kali okay pergi IOI ramai cam tadi.
Anyway, tu intro je. Aku end up drive thru mcd bangi je. Tak kuasa nak beratur kat kedai makan dengan makcik2 and tunggu couple2 yang dah habis makan tapi tak reti bangun tengok orang beratur luar kedai.

Oh post ni patutnya pasal aku sanding. Ter moody pulak intro. Hihihi. 22 nikah malam, 23 July sanding. Of course ada slack sikit here and there, tapi ALhamdulillah everything went well. Kitorang pilih dewan D'Kelana, di kelana Jaya. Aku tak nak dewan tu sebab macam dewan badminton, tapi sebab parents yang bayar, siapa la aku nak banyak bunyik pulak. hahaha.






Tapi sebab khairul pandai tangkap gambar, takde la dewannya nampak macam semangat kesukanan sangat. Ehehehe. Padahal time sanding tak nampak apa nampak makanan je sebab lapar. Bersanding sepatutnya lepas zohor, tapi sebab lambat sangat, abah awalkan sebelum zohor. 12.30 camtu patutnya, tapi sebab jam, dalam 1 PM macam tu sanding. Kelam kabut la sikit taknak cerita nanti tak best.


Honey jar tu boleh order dari Kak Naira - Nera2Nera - Instagram - Instagram and Facebook. Cuma kena confirmkan boleh COD or kena self pickup. Sebab memula order kata COD, tetiba time nak ambik kena self pickup. Nasib baik ada kakak terer jalan and mak temankan. Tapi Alhamdulillah Kak Naira ni pun okay. Siap puji2 iolls sebab bila tanya "tak kisah asalkan cantik kak." Senang kerja dia. Kikiki. 



Ni Atuk sedara kitorang. Tok Chan , adik opah. Tok chan @ Hassan ni pernah masuk Kilauan Emas kat astro tu. Aku tak tau musim berapa and aku tak ambik port pun harharhar. Tapi start dari wedding cousin aku. Tok Chan selalu nyanyi. So memang dah set, okay wedding sendiri nak Tok Chan nyanyi sebab best. Hihihi. Lagu2 love song gitu. Orang kahwin katanyaaaa. Hahaha


Ni anak Tok Chan. Dia nyanyi sambil ketuk2 kotak okay taktau apa terms dia tapi tu lah dia. Eheheh



Abah and a friend of him.

L to R : Adik, Umi, Aunty Maria, Yoi and Akak.

Hat ni geng lantik diri sendiri jadi bridesmaids. hahaha. Except for Mirya lah. mirya nanti aku explain. Rupanya diorang tudung2 orange ni memang dah lama plan nak pakai baju sama semua. Tetiba tersama dengan family aku. Padahal aku dah hint tu kalau boleh pakai warna lain. Tapi degil tu, last2 jadi bridesmaids terjun. hahahha. Macehhh kengkawannn. Terharu angat dah alang2 pakai baju sama tolong sampai habis majlis :')

Mirya pulak memang dari tahun lepas aku dah suruh dia balik raya. Dah infrm awal2 aku kahwin kau kena datang. FYI, Mirya and family  bukan jenis suka pergi wedding2 ni. Tapi POR ME, POR ME dia pergi wedding okayyy. So muslimah gitu with her socks and all :') hihihihi. Aku baru sampai lari2 nak carik pengantin lelaki, dia dah "wafa omg omg wafa tak sangka wafa." IKUT SAMPAI SURAU OKAY. hahahahaha.

Dont know whose kids are these. Accidentally clicked on their photo and decided to just upload it. lol

Normal crying scene between opah and her sibs :)


was asked to fake our laughs, heres the result. a retarded wink of mine haha


Pengapit perempuan tu lah Tashia. Orang tengah antara Faez and aku.  Sebab tu dia dapat title pengapit. Special gitu. Hihih. Pengapit lelaki, cousin Faez. Aiman - 16 tahun. Taktau kenapa aku kena mention umur Aiman kat sini hahaha. 

Doa nak cepat duduk sebab penat rushing.mak call banyak kali suruh cepat hahahah.

Salam restu dengan ibu mertua. hihi

Salam restu dengan arwah ayah.

Ni pakcik belah Faez, Acik Yan namanya. Dengan Acik Yan lain sikit salam restunya. Pergi depan bawak tembikai suruh suap suami hahaha.

Nah makan tembikai ni bang. Nasib tembikai, kalau durian taktau lah camno. hahhaha


Salam restu dengan abah kittew.

Salam restu dengan mak kittew. Shawl sponsored by Ucu okay. hihi


Makan time. Dah macam kembar aku tengok pengapit dedua tu apahal? hahhaha


Makan beradab. Memang beradab betul lama makan sebab orang asyik nak tangkap gambar je hahaha.





Seems like we were planing to kill someone kan? Hihih. 

Optus Kak Moks Team. L to R : Mek, Aisyah (newbie time tu so tak team sangat lol), CTDK, Fikah Hanafi, Kak Mok TL of Service Desk and Kak Mok Team, Bee (i think.newbie time tu so tak team sangat lol)

Asasians. Terharu wey rapat tak rapat semua datang. Memang pesen kitorang dari zaman belajar suka pergi wedding. kalau aku tak kahwin lagi aku la antara yang kat belakang2 tu. Hihihi. Thank you so much semua orang for coming.

L to R : Parija Takde Tangan (thanks for noticing nisah pajar), Sasseen, Paraliy, Balqis, Fatin and Farah Ter.


Again the asasians. Gambar kat pelamin of course wajib :D




Arissa <3 nbsp="" p="">
Sekali sekala. Khairul yang suruh pose okay kalau tak malu la iolls tetiba nak melukut di tepi si gantang ittew. kakakakka please jangan muntah.

Potong kek. DJ yang tak bertauliah tu tak announce2 suruh potong cake. Photog yang ajak potong cake. 





Time ni heels aku termasuk tanah sebenarnya sebab tanah lembut. Kekeke.
Hihihihihihihi.

Sian paez kena lompat banyak2 kali sobs


Loving the hand bouquet. Fresh flowers okay tapi ada orang tu taknak simpan. Hurmmm. 

Signature photo sweet touch production katanye. Gambar terapung. Hihi.

Alhamdulillah pukul 5 + habis semua sanding dan photoshoot. Photoshoot kalau ikutkan rasanya khairul nak buat lama lagi tapi memang kitorang tak larat. Tengok Faez pun muka penat dia dah terserlah. Nasib photographer faham. hahaha.

Petang tu balik Kajang, kepenatan, pukul 4 bangun pergi airport. Honeymoon bebeh. Patut la ramai sedara mara kata Faez gila book ticket sehari lepas sanding. Memang penat gila weyyy. Pagi tu aku dah fikir kalau terlepas flight aku redha je ni sebab penat sangat. Nasib bangun jugak siap2 barang. hihi.

How time flies. Sekarang dah 4 bulan kahwin Alhamdulillah. Banyak betul benda jadi. Anyways, more good things to come insyaAllah. :D