Thursday, July 17, 2014

Books.

Hai.

Sebelum Aku Bernikah, aku...ingin....cehwah ingin apahal waklu. Tu tajuk buku sebenarnya. Kakaka. Over nau. 

[source]


Percayalah sebenarnya aku jarang jarang baca buku buku keagamaan. Mengaku ni mengaku. Biar aku bagi timeline buku buku apa aku baca sedari kecil hingga dewasa kini ya.

Tadika - Sekolah rendah ;
1) Doraemon. Kumpul dengan kakak sampai buku jilid 45 okay. Jilid tu jangan main main. 
2) Kawan. (siapa ingat Kawan dia terer!)
3) Asuh (sebab tu kau nampak aku macam beriman sikit kan? Hasil bacaan Asuh la tu sedari kecil)
4) Enid Blyton's Books - Book of Fairies ke, Book of Brownies ke, The Naughty Girl ke, The Boy Who Lived ke. Eh okay tak tu Harry Porter)

Camni la buku dia. Best oi. [source]

Sekolah rendah - 1)Ujang, 2)Apo?. Feh gila lah. Aku suka kalau edisi bumper raya. Sebabnya kalau edisi raya dapat macam macam. Kad raya DIY Pakcik Din lah, spek 3D lah, dan macam macam lagi. Amboi promote. Puasa dulu cuti sekolah, jadi seronok la waktu siang sementara nak tunggu bukak puasa baca majalah Ujang atau Apo?. Sampai kakak aku pernah cakap "apa yang kelakar sangat tah." Bila dah menginjak dewasa baru nak menyetujui kata kata kakak aku tu. Sebab dah tua mungkin. 

2) Tunas sains (mak aku cikgu, so biasanya dapat free.) Aku belajar pasal perjalanan darah dari buku ni la. Tapi taktau kenapa Biology tak dapat A. Hmmm.
3) Kuntum (again, mak aku cikgu. Either dapat free or dapat harga borong)

Sekolah menengah - Gempak Starz dan segala manga jepun yang ditranslasi ke Bahasa Melayu oleh Gempak starz. Yang memang under Gempak Starz pun sama. Aku paling suka Zint dengan Keith la. Siapa kata baca komik tak dapat faedah maknanya dia tak pernah baca komik made by Zint. Serious. Mengajar erti kedewasaan. Tapi sedih nya, hampir kesemuanya hilang - adik adik ambik baca pastu tak letak balik *nangis*, kena sedekah - mak tak tahan tengok banyak sangat. Padahal sikit je tu sebenarya. Sobs.

Aku kira kira, semua komik by Zint kat gambar ni aku ada. And Keith. [source]

Since semua version of Under 18 aku dah hilang entah kemana (satu dalam kereta), so haritu masa pergi Popular, demi mendapat kepuasan diri ini, aku tebus balik buku buku yang dah hilang tu.

SIAPA TAK SUKA UNDER 18 DIA SUKA BARBIE FAIRYTOPIAAA! [source]

Aku boleh je habiskan buku ni dalam sehari, tapi aku tak habiskan sebab nak mengisi waktu waktu lapang di hujung minggu. Lagi pun aku dah baca berapa ratus kali dah nak habiskan baca amendanya. Bhahaha. Siapa cakap "oooh baca under 18 tebal camni sehari boleh, baca Quran tebal camni satu hari tak boleh habis" maksudnya dia riak kbai.

Dah masuk kolej aku baca macam macam aaa. Tak stick to one genre je. Masa first dapat voucher buku aku serba salah sebab most of the books I bought were novels and comics, so I took one keagamaan book, and.....sampai sekarang aku tak baca buku tu....

Novel ada je beli, tapi tak kumpul la. Semak je. Yang genre kahwin-paksa-mulamula-benci-pastu-suka aku ada jugak dulu. Hmmm menyesal beli. Hmmm. Tapi Ramlee Awang Murshid punya novel best la. Yang tu tak semak.

OKAY. Sebenarnya aku nak cerita pasal content buku tu tapi tak jadi sebab cerita pasal atas ni pun dah panjang. Grrr. By the way aku beli buku tu sebab Rabiatul Adawiyah Jazman baca buku tu dia cakap best. TAK. Bukan sebab nak kahwin ke apa okay. Plus content dia bukan cerita pasal kahwin pun. Dah jelas SEBELUM Aku Bernikah. Bukan SEMASA ke SELEPAS ke kan.

Okai dah la bye. 


No comments: