Friday, February 28, 2014

Jumaat

Things'll get better.



i know i'll be okay again tomorrow. tehehe *straight face*

Sunday, February 23, 2014

stop whining

hai.

some people out there are dying to get that skin of yours
some people out there are dying to get that face of yours
some people out there are dying to get that life of yours
just like you, everyone else are dying to get everyone else's life.

ceywah acah acah Shakespeare pulak. okay serious.

be grateful you ********teeeet*****bleeeeep***. stop whining about how ugly you are, how your skin's not as white as korean's (ever heard of plastic surgery?), how your teeth are not as straight as other people's teeth, how miserable your life is compared to other people, how fat you are compared to me, how ugly the design of your room is, how your education is not as high as everyone else, well at least you have a freaking job, some people out there are struggling to find a job every day. stop whining and start doing something. i know its hard, I too find it hard to find something that i really want to do in the future (sekarang pun).

im just tired of hearing you whining about this and that, how everyone else's life is so full of excitement, bla bla bla bla bla. just shut your bloody mouth, stop whining and be grateful with what you have right now. i cant say it straight to your face so yeah im saying it here. in case you're stalking me. yea i know you stalked me before. kantoi~~~~

secara tak langsung im typing this post as a reminder to me as well. i know its not that easy to be grateful but at least kurangkan lar comparing your life to other people's life. everyone have  their own problems.

just stop whining and stop comparing. no i dont hate you.

Wednesday, February 12, 2014

Singapore Trip

Hai.

Aku semacam dah biasa tau, lagi nak dekat dekat exam, lagi aku tak sedar diri siap boleh pergi bercuti. Bercuti kalau takat PD tu okay lagi, ni jauh jauh. Sem lepas aku pergi Langkawi a week before final, sem ni 3 weeks before final, project progression sangat slow, aku boleh berlibur pergi ke Singapore pulak. Tsk tsk tsk *geleng kepala*.

Anyway, benda dah lepas. Yang penting sekarang ni aku kat cc nak buat kerja, tapi internet slow gila nak mampus, so nak tak nak terpaksa la aku buat kerja lain dulu, which is......blogging. Tu pun sebab page arduino tak habis habis loading lagi okay. 

Untuk Singapore trip ni, ramai yang tak percaya aku pergi berdua je dengan member sekolah rendah aku, Ain namanya. Diva uitm dungun tu katanya. kakaka. 





Kitorang bergerak dari PJ dalam 9.30 macam tu. Ni kira budget trip jugak la. Kira seboleh boleh nak murah segala-galanya.  So public transport digunapakai seboleh yang mungkin. Tak leh belah dah book ticket KTM baru ada kat groupon flight ticket ke singapore pergi balik yang murah. Kuanghajau nau. Tapi better naik KTM, feeling feeling travel jauh sangat gittew. hihihi.

Tips naik KTM, siapa yang dah biasa dia mesti tau yang KTM tu mula mula panas, lepastu sejuk gila. So  sweater is a must. Kalau kau agak agak ramai sangat orang indonesia kiri kanan depan belakang kau, baik check balik koc mana kau naik. Sebab kitorang pelik apahal koc kitorang ramai sangat orang indonesia, lepastu baru sedar salah koc. Haghom betei abang KTM tu ta bagitau pun masa check ticket. 

Oh kalau nak pergi Singapore, better ambil KTM ke JB sentral. Save duit sebab kalau sampai Singapore currency dah berubah ya. Sila la darab 2.61. Haritu aku tukar duit 2.61. Jadi kalau tukar RM150.50, kau akan dapat $50 je. Sedih tak sedihhhhhhh.

Second day

Pagi tu sembahyang subuh semua dekat JB Sentral, then terus naik teksi pergi Tune Hotel. IF POSSIBLE DONT TAKE A CAB BETTER TAKE A BUS. Teksi.............dia............celakarama sikit. Depends on the driver la. Ada yang baik, ada yang acah acah baik lepastu tup tup dia charge kau habis habisan. 



Sampai Tune Hotel, letak barang je dulu, check in tak boleh, kena pukul 12. Lepastu naik bus Odyssey pergi ke Universal Studios Singapore (USS). Ada kat bawah Tune Hotel tu je dekat je. Ticket pergi USS adalah RM180. ya bukan singapore dollar ya nak mampus bayar. 


Dalam pukul 7.30 janji melayu, pukul 8 lebih baru bergerak ke Singapore. Ada dua stop, satu kastam, satu lagi, tak ingat, kastam jugak kot. Pergi Singapore tu kejap je, nak pergi USS tu yang lama. Kira besar jugak la Singapore sebenarnya. 

Sampai sampai terus carik makanan sebab perut dah masuk angin. Ada banyak, tapi ramai Malaysians yang satu trip dengan kitorang, kebanyakkannya makan dekat Malaysia Food Street. Sebab banyak makanan Malaysia kat situ.

banyak ni $13 something, taktau nak kata okay ke tak. Kawan aku cakap jangan nak convert duit sangat dalam kepala time bayar, memang akan rasa mahal. hahah

Eh macam kakak aku pulak yang pakai tudung tu baru perasan hahahaha


Tengok la tu Penang dengan KL celah celah USS. 

PJ punnnnn. Hihihi

Dah beli nasik, si Ain pergi carik air, aku tunggu kat meja. Sekali dia datang "nak Heineken ke nak Tiger?" hahahahah mamps. Kalau tak yakin better tak payah beli, beli je air mineral dalam botol siap siap before masuk Singapore :)

Lepastu nak masuk USS, macam biasa la mesti tangkap gambar kat USS globe yang besar tu. Ya, semua tu kitorang buat, tapi.......apakan daya, Tuhan maha mengetahui, SD card corrupt.....so.......most of the pictures are gone. ALL of the pictures, except one selfie of mine, are gone. *tunduk, hats off*


Monster Musical Rock Show amenda entah namanya. Takyah la masuk.....biasa je.

Masalahnya dengan phone aku punya kamera sekali buat hal tu tak boleh snap gambar. So beberapa gambar je lar yang dapat snap. Hmmm. Ni dekat Hollywood City. Dia ada berapa City tah, Hollywood,Sci-Fi,Egypt,Far far Away, Madagascar rasanya tu je.Tapi kitorang sempat la pergi semua cities dalam tu. hehehe. 

kat Sci-fi city tak silap. HIGHLY RECOMMENDED MUST TRY BEST GILA RASA NAK NAIK LAGI. Tapi introduction dia panjang sangat.........TAPI BEST GILA! Beria-ia budak indonesia belakang aku cakap dengan mak ke nenek dia tah "yang itu kan, yang itu kan, robotnya, yang itu kan!" *sila baca dalam slanga indonesia)

Dalam transformers tu. Random snap je ni.


Cafe kat sci-fi city. Sekali lagi, sila jangan convert dalam otak ketika nak bayar ya.


Mesti sumorang ingat kan ni chicken nugget kan? Haaaaa tak ah. Ni pumpkin croquet. Labu nugget goreng camtu ah. Tak suka.

Lepas sci-fi city kitorang pergi Jurassic Park, ke Lost World city aku takde masa nak google mana satu yang betul. Kat situ ala ala Jurassic Park la. Ride yang best ride yang air tu. Yang beratur panjang semata nak naik ride yang less than 1 minute tu, takyah. Bosan. Walaupun aku jerit, tapi bosan. Water ride ape jadah tah tu best gilaaaaaa. Just make sure yang duduk sebelah kau perempuan, or kalau laki pun, biar la handsome. Preferably mamat orang putih. ngahahaha.

Egypt City tak ingat pape sangat. Kitorang banyak gila snap gambar, tapi.... :( Lepastu dengar orang cakap "im going to Shrek's." Kitorang cam "huaaaaaa jommm!" Shrek best la jugak 4D punya show dia. Kalau yang Donkey tu untuk budak budak best la kot.







Dah pergi semua city, petang tu sembahyang asar. Surau dia, kira satu je dalam 5 cities tu. Hmmmm. Surau dia, terpencil gila, dekat Egypt. Belakang locker room. Tapi okay la. Ramai pulak kawan baru kat surau tu. Makcik nogori 9, anak dia dengan akak bangi. Kemain kan terus bagi nama sesuka hati sebab tak tau nama. huahuahua. 

Then jalan jalan lagi, sebab nak tunggu pukul 8 malam, ada fireworks. Dah alang alang datang, penat cemana pun tunggu jugak la. 

Muka dia macam Farizaaaaa, so aku snap ni khas untuk fariza. hahaha

Kalau rasa lapar, pergi Mel's la. Dia kat Hollywood city rasanya. Fast food. Okay la ada sign halal and makanan dia boleh masuk tekak. Hihihi okay laparnya rasa sebab tak lunch lagi. Mel's design dalam dia macam dalam cafe dalam cerita Jimmy Neutron. Tapi penuh gambar Elvis la bukan Jimmy Neutron.

Ni je yang mampu snap, lepastu tup tup phone buat hal :(

Dah habis fireworks tu balik. By the way, kalau balik dengan bus Odyssey tu, kau akan terlepas fireworks, sebab bus tu bawak balik JB pukul 7.30 camtu. Kalau nak balik malam lepas fireworks, boleh naik bus Transtar, $5 nak balik JB, dia hantar sampai City Square. 

Tapi, baik tak payah la kot. hahaha. Baik tengok yang pertandingan fireworks kat Putrajaya tu je la, canggih lagi dari kat USS punya. hahaha. 


hehehehe

Dalam pukul 11, sampai hotel. By taxi, again. Hmph. Dari JB sentral la tapi. Tapi nasib baik pakcik teksi yang ni baik, la jugak. Kot dia tipu jugak taktau la kan.

Anyway, Hotel Tune Hotel ni okay jugak la kalau nak tidur takat sekejap sekejap satu malam macam tu. Kitorang punya 30+ sekepala. Okay la tu. Tolak TV, tolak water heater. Check out kena tepat jam 11 pagi. Tapi kalau nak add hours boleh, RM15 3 jam. Lebih kurang. Receptionists dia pun semua baik baik, so overall, Nora bagi 4 bintang lah. 

Terus elok handphone time tangkap gambar dinding! Sakit betei hati aku time ni.

langsir ni sama cam langsir rumah aku, ehhhh beli kain kat nagoya lettew. Tetiba.




Lepas dah check out pukul 2, kitorang pergi JPO sebab dengar orang cakap itu famous dekat Johor. Malam tu tanya pakcik teksi, dia cakap around RM25 la. So kitorang naik teksi. Naik teksi, make sure kau tak jumpa pakcik yang takde gigi, ada tahi lalat kat area telinga ke dagu, suka nak attention, bila kita cakap kita ada kawan oversea, dia pun taknak kalah cakap ada kawan kat German and Dubai la, lepastu suka gelak tetiba, PLEASE JANGAN NAIK DENGAN DIA. 

Kalau ikut meter, masa dah nak sampai JPO tu dah nampak dah dalam RM25+ macam tu. Sekali Ain cakap dia nampak pakcik tu tekan tekan apa tah, terus jadi RM40. Apekeharomuljadahiyunnya tu?

Dah la suruh kitorang ambil nombor dia, lepastu suruh miscall balik wtf ingat ni sesi ice breaking ke apa? Aku dah termiscall balik, lepastu nasib baik terfikir nak end call and cakap "eh saya takde kredit pulak. Ain kau bagi la nombor kau." HAHA ye la dah dia yang borak dengan pakcik tu sepanjang perjalanan pun aku menyanyi kat belakang je kot. 



Balik dari JPO kau ada banyak option, boleh naik bas, call pakcik teksi cekik darah, or naik teksi yang sedia cekik darah, teksi yang warna biru, exclusive punya teksi tu. Tapi yang paling paling jimat better naik bus la. Bus kat JPO tu ada la dalam sejam setengah satu bas. Kalau nak cepat, kalau ada bus pergi Airport Senai, ambik bus tu, RM1.60. Then kat airport beli tiket naik bus terus pergi JB Sentral, RM8.00. Bas kat situ sejam satu bas. 

Rupanya pakcik bas tu cakap memang driver teksi kat situ kira segala minyak segala bunga tayar punya duit, tu yang kemain nokharom sampai RM40 dia charge tu. Harom betei. Jangan ah naik teksi wey.

Kat airport, lepak lepak surau sementara tunggu masuk waktu. Surau dia best ouuuhh.  Saje bagitau.

Tempat ambil wudhuk berduduk sebenarnya. Macam tempat mandikan baby kaaaan? Macam tandas terbukak pun ye jugak. Sebab teruja, aku ambik la gambar. Hihihi

Dalam 7.58 macam tu bas datang. Kalau kau jenis lambat,memang kena tinggal la. Bas tu belum pukul 8 dia dah gerak. So better datang awal 15 minutes macam tu. Sampai JB Sentral, ngap ngap, borak, segala topik kitorang cover sebab lama gila nak tunggu 11.35 punya train. 

Oh untuk train, kalau jalan jauh, ambil je la koc yang ada katil. Tak mahal sangat pun lebih kurang tiket koc biasa je. Masa pergi kitorang ambik koc kerusi sebab koc katil dah penuh, RM33. Balik koc katil, RM39 je. You seeeee you seeeeee? 8 jam perjalanan pun tak semahal less than setengah jam punya perjalanan sampai RM40 kena charge.


Tak pedulik tudung dah camne nak tidur dah pun.

Ada lampu mini siap. So kau kalau nak feeling feeling tulis surat untuk ibunda ayahanda di kampung tercinta, boleh la. 

So itu laaaaa dia Singapore trip gua yang tak berapa nak Singapore sangat la. USS trip je patutnya tajuk tu. Haha. Overall aku rasa, aku tak suka la theme park theme park ni. Tapi dont worry Ain trip ni best gila! Thanks jagakan iolls time sakit kejap haritu sebab penat gila. 

Next trip.........to.........HEHEHEHE Ain ajak aku pergi India, balik cakap kat mak, mak aku cakap "India yang tempat orang putih kena rogol tu kan?" hahahah means its a no. okay okay okay....


p/s : time aku post ni aku bukan kat cc. Tu semalam punya. Tu pun aku tak rasa orang rajin pun nak baca panjang panjang ni. lulz.

Dah ah bye ah.