Monday, July 7, 2014

Hambar

Hai.

Weekend semalam aku habiskan masa dengan melepak di Kolej bersama rakan rakan tercinta. Nanti lah buat post lain. Sebabnyaaaa malas nak transfer gambar hehehe. So semalam before balik pergi Giant Nilai kejap, nak beli lampu kelip kelip, sebab....

TADAAAAA! Nampak kan aku ambil dari instagram sahaja sebab malas nak transfer gender gambar. 

Sebab malam tu aku lepak bilik Tashia, lepastu nampak dia dah semangat letak lampu lip lap lip lap kat bilik dia. Kemain padahal baru hari ketujuh puasa. Padahal lagi, adakah Tashia berpuasa pada hari tersebut? Tu yang kita tak tahu. Hmmmmmmmmmmmm.

Semangat tau snap gambar banyak banyak kali nak dapat time lampu tu berkelip. Tashia siap kira duration berapa saat per minit lampu tu berkelip, mass over volume times diameter, sekali dengan calculator kira, nak tangkap gambar aku punya pasal. Bersepah bilik tu dengan kertas graf nak kira waktu lampu tu berkelip. Hebat ah Tashia time tu. Terharu kejak. Sobs.

Pastu besok tu pergi Giant Nilai sebab nak carik lampu kelip kelip punya pasal. Dah sampai, banyak pulak pilihannya. Aku sebagai insan yang lemah dan sentiasa sukar membuat pilihan, mengambil dua tiga jenis lampu lip lap dan di bawa ke kaunter pengujian barangan elektrik.  

Sementara abang pakai spek tu pasang, aku tanya dia "Bang , 100L ni panjang dia macam mana eh?". Abang tu buat bodoh, or maybe dia tak dengar. Maka abang lagi satu pun baik hati jawab kan, "Boleh lilit satu badan dik."

....

....

....

....

....

....

....

....

....

....

....

....

....

....

....

....

....

....

....

....

....

My reaction at that time was exactly like this. Tapi blur lagi sikit la.

Krik...krik... Abang tu dah tersenyum simpul dengan lawak nya sendiri yang hambar gila bagi aku. Bila dah agak lama terdiam, lepastu baru dia jawab "Lampu tu boleh sambung dik, ada plug lain. So kalau beli lain lain jenis, boleh sambung kan lampu tu jadi panjang." Lebih kurang macam tu lah jawapan dia. 

Baru aku macam "ooo macam tuuu." Tashia pulak "Ooo boleh sambung, ingatkan rosak plug dia camtu." Lepas blah, pastu cakap terima kasih, aku serba salah gila sebab tak bagi pape raksi terhadap lawak abang tu yang sangat hambar. Rasa macam nak patah balik cakap "Bang ulang balik lawak tadi. Tadi saya tak bersedia nak ketawa lah."

Tapi dia patut bersyukur aku pergi dengan Tashia, Tashia terima lawak dia dengan hati yang terbuka. Kalau aku pergi sorang je, kan lagi malu tu. Haaa.

Okay bye.

No comments: