Friday, July 25, 2014

Day 5 Week 16 - Thank You

Hai.

This will be posted right after I finished my internship on 25th July which is tomorrow. I would like to thank everyone here, especially the IT team, H, J and Boss H. Oh not to forget the previous IT Team, K and N. I've learnt a lot thank youuu.
To Kak Z, thank you for being my zohor and asar prayer mate. Haaha. We always went to the surau at the same time, unplanned. Today will be the last day we pray together (not literally together, not berjemaah haaha). If you happen to google your own name, I hope google will lead you to this blog. I'm sure you'll remember me (hopefully) tehehe :) 

To Kak H, who gave many advices, about halal foods, about how should i find jobs, the one who pat me on my back when i said i was going for an interview, thank you for being nice to me this whole 4 months. I've once heard how you explaind about  Hudud to another chinese colleague, I seriously respect you for that :)

To my ex-lunchmates; haaha its nice having someone to go lunch with. Thank you S and A . Yes i remembered their full name because of my job. And I dont want to write the IT Team's full name because i dont want them to know my blog. Malu. Hahahah. 

If you guys cant remember me, Im that one intern girl who sat quietly for the first three months. haaha. Sad to think that i only liked my job on my second last week here. Sobs sobs.

Thank you M Berhad and B.B MS for all your kindness and hospitality. Its been an enjoyable 4 months for me. (ye ke tu....hahaha) Im gonna miss B.B's wifi and toilet the most. Hehehe.

Till then,

Regards,
'Aliah Wafa

(okay ini poyo gilaaaa kakakaka)

p/s : i decided not to schedule this post and will manually post it tomorrow. Sebab jap lagi ada makan makan mesti ada gambar. Hihihi.

-------

so this was from yesterday's bukak puasa :D

Ayam Kari, Telur dadar, Ikan Masak Asam, Kangkung goreng, Butter Prawn, Tomyam, Otak otak besar gedabak, semua tu  untuk 5 orang makan. Habis pulak tu terkezut i.
L to R : (supervisor), (boss' boss), (boss), (colleague), (intern (perlu la bagitau?)).

Sekarang aku dah lapar nak buat camne ni haa? Kot tetiba boleh berbuka takpe jugak. EH? kikiki. 

Bye.

P/s : i decided to schedule this post instead. heheh.

------

updated : i decided to edit their full names including the companies' name. Sebab tengok tengok ada 280 view kat post ni. SERAM LA AKU. 

Thursday, July 24, 2014

Day 4 Week 16 - Ada Experience ke?

Hai.

So i have started looking for jobs online since my internship is ending soon. VERY SOON! I am so excited hehehe. I got lazy after searching for quite some time. So i just read thoroughly the requirements, once i saw "Fresh graduates are encouraged to apply" i immediately clicked "Apply Now." But of course, after reading the job description and requirements lah.

Few minutes ke hours later tah, a number called me. Cakap melayu. Uish jarang ni interviewer cakap melayu. Tapi kurang la sikit nervous tu bila dia cakap melayu. Takde lah gua menggagau nak carik grammar betul betul. Lets skip to the annoying part ya ladies and gents sekalian, once akak tu tau je aku ni fresh graduate, dia terus cakap 

"ada experience ke?"

'eh ada la, dari masa saya internship ni ada la jugak experience'

"dapat tau ada job ni dari mana eh?"

'emm jobstreet rasanya. Saya banyak sangat apply kerja dah pening dah hahah.'

"oh jobstreet. Tapi yang kita nak ni technical tau. Ada ke experience?"

Taktau la i was over sensitive or akak tu yang memang perangai annoying macam tu. Rasanya dua dua pun haahah. Tapi sebenarnya bila fikir balik akak tu kedengaran mesra sahaja. Tapi lepas cakap fresh grad tu kurang kemesraan nya. HMMPH!

Lepas tanya ada kereta sendiri ke apa semua dia kata "okay nanti akak go through your resume and email balik ya?". Emmm camtu baik takyah hantar resume kalau tau tak tengok dulu. Oh lepastu aku check history sebenarnya aku apply kat jenjobs bukan kat jobstreet. bhahaha

Tadi pun ada orang call dia sebut nama company dia i was like "company apa ya?" bhahaa nasib baik dia yang sebut company X dari monster.com. Yes from jobstreet to jenjobs to monster.com. Semua aku carik demi mencari sesuap nasi dan mengumpul duit untuk masa hadapan if you know what i mean hehehe.

"Semoga dapat kerja cepat Aliah Wafa!" 

'Aminn thanks korang!'

Monolog dalaman seorang loner. Bye.

Friday, July 18, 2014

Day 5 Week 15 - Friday Prayer

Hai.

Harini hari Jumaat, di mana umat Islam lelaki wajib menunaikan solat Jumaat di masjid berdekatan. Department aku ada 3 orang semuanya, perempuan sorang, one malay guy and one chinese guy. So since its Ramadhan, the chinese guy went lunch with another chinese guy. Back from lunch;

J (the chinese IT guy)
H (the malay IT guy)

J  : H mana ah?

Me : Tak tau. Friday prayer kot.

J  : Friday prayer, hahahaha. 

Okay  i was being sarcastic. I never saw the malay IT guy went to solat jumaat before. But i was kinda shocked that J understood my sarcasm and laughed at it. I thought he'd be like "Ohhh friday prayer, okay okay."

Dah lah aku ni gelak gelak kan orang Zohor belum lagi. Bye.

p/s : Last night's news was really shocking. Something is definitely wrong. :( Some people choose to believe the 'accident' though :(

Anyway, my prayers are with all of the affected families and Malaysia.  May Allah bless all of us and help us to go through this hardship. Amin.


Thursday, July 17, 2014

Books.

Hai.

Sebelum Aku Bernikah, aku...ingin....cehwah ingin apahal waklu. Tu tajuk buku sebenarnya. Kakaka. Over nau. 

[source]


Percayalah sebenarnya aku jarang jarang baca buku buku keagamaan. Mengaku ni mengaku. Biar aku bagi timeline buku buku apa aku baca sedari kecil hingga dewasa kini ya.

Tadika - Sekolah rendah ;
1) Doraemon. Kumpul dengan kakak sampai buku jilid 45 okay. Jilid tu jangan main main. 
2) Kawan. (siapa ingat Kawan dia terer!)
3) Asuh (sebab tu kau nampak aku macam beriman sikit kan? Hasil bacaan Asuh la tu sedari kecil)
4) Enid Blyton's Books - Book of Fairies ke, Book of Brownies ke, The Naughty Girl ke, The Boy Who Lived ke. Eh okay tak tu Harry Porter)

Camni la buku dia. Best oi. [source]

Sekolah rendah - 1)Ujang, 2)Apo?. Feh gila lah. Aku suka kalau edisi bumper raya. Sebabnya kalau edisi raya dapat macam macam. Kad raya DIY Pakcik Din lah, spek 3D lah, dan macam macam lagi. Amboi promote. Puasa dulu cuti sekolah, jadi seronok la waktu siang sementara nak tunggu bukak puasa baca majalah Ujang atau Apo?. Sampai kakak aku pernah cakap "apa yang kelakar sangat tah." Bila dah menginjak dewasa baru nak menyetujui kata kata kakak aku tu. Sebab dah tua mungkin. 

2) Tunas sains (mak aku cikgu, so biasanya dapat free.) Aku belajar pasal perjalanan darah dari buku ni la. Tapi taktau kenapa Biology tak dapat A. Hmmm.
3) Kuntum (again, mak aku cikgu. Either dapat free or dapat harga borong)

Sekolah menengah - Gempak Starz dan segala manga jepun yang ditranslasi ke Bahasa Melayu oleh Gempak starz. Yang memang under Gempak Starz pun sama. Aku paling suka Zint dengan Keith la. Siapa kata baca komik tak dapat faedah maknanya dia tak pernah baca komik made by Zint. Serious. Mengajar erti kedewasaan. Tapi sedih nya, hampir kesemuanya hilang - adik adik ambik baca pastu tak letak balik *nangis*, kena sedekah - mak tak tahan tengok banyak sangat. Padahal sikit je tu sebenarya. Sobs.

Aku kira kira, semua komik by Zint kat gambar ni aku ada. And Keith. [source]

Since semua version of Under 18 aku dah hilang entah kemana (satu dalam kereta), so haritu masa pergi Popular, demi mendapat kepuasan diri ini, aku tebus balik buku buku yang dah hilang tu.

SIAPA TAK SUKA UNDER 18 DIA SUKA BARBIE FAIRYTOPIAAA! [source]

Aku boleh je habiskan buku ni dalam sehari, tapi aku tak habiskan sebab nak mengisi waktu waktu lapang di hujung minggu. Lagi pun aku dah baca berapa ratus kali dah nak habiskan baca amendanya. Bhahaha. Siapa cakap "oooh baca under 18 tebal camni sehari boleh, baca Quran tebal camni satu hari tak boleh habis" maksudnya dia riak kbai.

Dah masuk kolej aku baca macam macam aaa. Tak stick to one genre je. Masa first dapat voucher buku aku serba salah sebab most of the books I bought were novels and comics, so I took one keagamaan book, and.....sampai sekarang aku tak baca buku tu....

Novel ada je beli, tapi tak kumpul la. Semak je. Yang genre kahwin-paksa-mulamula-benci-pastu-suka aku ada jugak dulu. Hmmm menyesal beli. Hmmm. Tapi Ramlee Awang Murshid punya novel best la. Yang tu tak semak.

OKAY. Sebenarnya aku nak cerita pasal content buku tu tapi tak jadi sebab cerita pasal atas ni pun dah panjang. Grrr. By the way aku beli buku tu sebab Rabiatul Adawiyah Jazman baca buku tu dia cakap best. TAK. Bukan sebab nak kahwin ke apa okay. Plus content dia bukan cerita pasal kahwin pun. Dah jelas SEBELUM Aku Bernikah. Bukan SEMASA ke SELEPAS ke kan.

Okai dah la bye. 


Friday, July 11, 2014

Day 5 Week 14 - Experience Buying From IpMart

Hello.

Yeay dah Week 14. Yeay lepas habis intern taktau nak kerja apa yeay.

Okay back to main topic. Haritu aku diberi task untuk carik company yang jual keyboard specifically for ipad air. Ipad Air je pulak tu. So carik punya carik, jumpa 3 kedai (memang supervisor gua mintak 3 je), 2 from lelong.com and 1 lagi from ipmart. IPMART. So I sent all the information - contact number, email, item code along with the link to my supervisor. Pastu dia pass kat kira macam manager mana mana tah suruh IT carikkan la untuk diorang. 

So after the particular manager checked all the links, he decided to go with Ipmart, sebab lelong macam kurang dipercayai. 

This is the keyboard. Nak yang murah katanya. Logitech dengan Belkin mahei. 

So this thing was ordered, 10 units of it,  using my email, my name. MY NAME. Aku dah fikir bukan bukan dah sebenarnya, ye la kalau kena tipu ke apa kan naya tu, sebab order guna nama aku. Tapi since IPMART said that they are an MSC Status company, so rasa macam okay la kot.


Customer service was good. They replied quickly to customer's email. 

Payment was made on 27th May 2014.

Okay based on website katanya dalam masa 4 working days barang akan sampai. Lets do some calculation here ; 27 May adalah hari Selasa, tambah 4 hari bekerja, Isnin patutnya dah boleh sampai. Dah nak dekat seminggu barang tak sampai sampai, supervisor aku suruh call ipmart. Bila call, lebih kurang camni laa conversation dia;

 "It seems like we only have 2 units of your ordered item. We have ordered another 8 units of it from oversea. Would you like us to send the first 2 units first?"

'The next 8 units tu bila boleh deliver ya?"

"Around end of June or early of July."

Marah betul supervisor aku ketika tu, terus dia suruh aku cancel order and nak mintak refund. Ye lah dah tau out of stock kenapa tak cakap awal awal. Dah buat payment baru nak bagitau. 

Perempuan yang call aku tu lurus macam aku jugak kot, terus dia kata okay. Sama macam aku la terus mintak refund, ikut je apa supervisor aku cakap. Tihihi.

Beberapa minit lepas tu, dalam 15 minutes orang ipmart call balik. Orang lain pulak. Supervisor perempuan tadi kot. K tak kelakar.  So aku bagi call tu straight to my supervisor since dia yang pandai bercakap. Aku kang cakap "eer eer err no komen please kbai." Intern, tak berani la nak buat keputusan sendiri sendiri. So my supervisor decided not to refund and wait for all 10 units of the item. 

Days went by, months. Tunggu punya tunggu, dah akhir June tak sampai sampai lagi. Dah awal Julai, tak sampai lagi. Geng geng manager dah tanya tanya dah, bila nak sampai bila nak sampai. Order sendiri taknak pulak. Eh?

So supervisor aku call ipmart. Adalah few times jugak in between end of June and early of July tu dia call. Tapi ni kira last call la, cakap unsatisfied with the service apa semua. Supervisor aku kata Ipmart kata "the person in charge of this order dah hilang. Dia kata besok pukul 10.30 dia akan call balik." (baca dalam nada geram).

Besok 10.30 tak call jugak sampai petang. Last last supervisor aku post kat facebook ipmart;

Note that this was posted at 17.31. 

Tapi marah marah pun still professional oh, kalau aku dah carut carut dah kat situ. 

Lepas post tu suppp terus dapat reply daripada ipmart. 5.29 P.M.

Besok pagi tu barang sampai. Boss aku gelak gelak cakap "wahh, the power of facebook." Kalau tau dari awal lagi post kat facebook mintak barang. 

Anddddd, keyboardnya tak ada la gaya macam mahal sangat. Lampu hijau kot, nampak murah gila. Not worth the price la. Maybe yang dia maksudkan tengah order dari oversea tu dari China kot. Tapi dia taknak cakap sebab dah jual mahal mahal. Tapi aku tak tangkap gambar, pegang pun tak keyboard tu. Janji sampai. Risau la sebab yang berurusan dengan ipmart tu aku.

Konklusinya, kalau nak beli kat ipmart, beli murah murah sudah la. Pendrive 2GB ke apa ke. Yang mahal mahal ni not recommended la. Tengok review ada yang kata okay beli from ipmart, ada yang tak. Depends on the item la. Tapi kalau boleh takyah la. 

Btw aku jumpa ni tadi kat page ipmart. Kelakar gilaaaaa;

Kelakar gila kau Mustafaaaaa.

Okay dah tu je. Bye





Monday, July 7, 2014

Slumber Party Islamik

Hai.

Pada hari Sabtu dan Ahad yang lepas, saya dan seorang lagi rakan saya Hasnah binti Kasiran telah merajinkan diri untuk menghadiri satu jemputan khas daripada sahabat sahabat yang berada di sebuah kolej swasta di Bandar Seri Putra. Okay tipu sebenarnya takde orang jemput pun kitorang je buat muka tak malu datang sana. Sobs sobs sobs.

Perjalanan mengambil masa yang lama kerana dari PJ perlu ke Shah Alam dahulu sebelum bergerak ke destinasi sebenar. Perjalanan jauh tak kami rasa kerana dipenuhi dengan cerita cerita tentang betapa baik hatinya boss masing masing dan cerita tentang betapa penatnya bekerja di bulan puasa dewasa kini. (tetiba sangat).

Setelah sampai, kami bersedia untuk berjalan laju laju dan sorok sorok daripada Mak Guard kerana Hasnah tidak mempunyai kad matrik. Kad tag company buat apa, huh. Itu pun MakGad dah pandang sinis ya kat aku. Cis. 

Sempat kami berselfie sebentar sebelum naik ke atas untuk membuat kejutan.

Weh penat la nak bahasa baku sangat. Naik atas buat surprise kat dua bilik je jadi nampaknya. Yang lagi dua tak jadi sebab satu pergi meeting manjang, yang satu lagi pergi MUET test. Talk about muet test aku tak buat lagi, bila tah nak buat. 

Seronok betul bila dapat spent time dengan member yang dah lama tak jumpa. Keluar segala cerita yang konon konon kau nak rahsia sangat, tapi bila dah jumpa depan depan memang tak jadi nak rahsia la. Paling menakutkan cerita tentang makhluk ghaib wal halus sampai ada orang tu tak jadi nak tidur sensorang atas katil ihikhikhik. Tapi memang 3 kali cerita, 3 kali meremang bulu tengkuk ni haaa. Serem >~<

Oleh kerana masalah kewangan dan kemalasan, kami berbuka puasa di Restoran Selasih sahaja, salah satu restoran yang unik dan ikonik di Bandar Seri Putra. Lagipun tomyam situ sedap dah lama tak makan. Murah pulak tu emmm dapnyee emmmm. 

Tomyam ayam yang sedap gila. Slurppp.

Kemudian pada waktu malam, dalam tentatif ada slumber party di rumah Ain dan Madihah. Dalam tentatif program slumber party tu pulak, ada kejutan dan prank disediakan untuk Hasnah dan Farhatun yang lahir pada bulan July.Tapi bila balik dari berbuka masing masing tak angkat phone. Yang naik kereta Ain semua tak angkat phone. Hmmm dah kenapa ni. Rupanya setelah pukul 10 macam tu, baru lah kami tahu yang mereka bertarawih dahulu di Masjid Al-Azhar Sulaiman. Cheh bukan nak ajak. Hmmm (alasan).

Lepas diorang dah balik, dah dapat cue dari Shafawati binti Shukri, atau nama manjanya Watie vios, eh Shafa vios,  baru lah kami bergerak ke rumah Ain dan Madihah. Orang yang nak di prank nya, sorang belum sampai, Hasnah. Busy sangat berselfie menggunakan monopod baru Kak Jehan. Dah sampai, semua dah ada kat situ. Yang ada malam tu, pemangsa; Ain, Eija, Madihah, Shafa, Tashia dan mangsa; Bee dan Hasnah. Eh, aku kategori mana? Aku kategori dua dua. Kategori pemangsa dan mangsa. Kena tipu. Tipah tertipu bang.

Tengah duduk bergelak ketawa, tiba tiba Hasnah dan Bee kena ikat. Aku dengan semangat membuat muka mengejek Hasnah kerana teruja surprise kami menjadi, tetapi terus terpinga pinga tak lama kemudian bila aku kena ikat sekali. wth mannn birthday gua dah lepas 2 bulan yang laluuuuu. Apa jadahnya prank 2 bulan kemudiannnnn. Oh Ain pun dapat surprise jugak, tapi dia tak kena prank la dah dia pengarah program nya yang plan bendalah ni. hahaha


Bread pudding tu punya sos sedap gila k. Kalau Pete dengan Manu dari My Kitchen Rules rasa mesti diorang suka.

Aku pakai kain ihram tu sebab pakai lengan pendek. Tak expect lar nak kena jadi mangsa sekali kannn.
 
Gambar bee je kot yang lepas nak masuk blog. hikhikhik. Happy becoming birthdayyy kita berda mangsa keadaan. Sobs.

Baru jumpa gambar Senah yang lain. Hikhik. 

Kain ihram aku asyik nak tercabut je.  Tak kain ihram, tudung asyik nak jatuh je.
Alhamdulillah kena prank pun takyah kena mandi balik. Takde telur ke air sabun ke yang digunakan pada malam tersebut. hikhik. Aktiviti diteruskan dengan perbincangan serious tentang masa depan kolej di kalangan mahasiswa dewasa kini. Sementara tu kedua dua intern cleaner merangkap chef pada malam itu memasak dan mengemas ngemas sisa sisa kumbahan sepahan yang ada. 

Interns cleaner and chef malam tu. Terima kasih. Sedap lauk sahur haritu hikhik.
Lepas habis bersuka ria, aku, Bee dengan Shafa tidur awal. Yang lain kat bilik sebelah berbincang tentang program Ekstival nanti. Eee tak sabarnya nak konvo. Tetiba. Tihihi. 

Tak sempat nak tangkap gambar tempat tidur kem pelarian kitorang. Lukis je la mampu. Merah tu Elmo aku btw. Hikhik.

Bilik tu sejuk gila ya, jadi masa tidur tu, kami dapat rasakan kasih sayang Madihah yang tak berbelah bahagi bila dia kejut "Wafa, tidur betul betul, aku dah kemas dah ni." Lepastu dah turun tidur kat bawah, rasa ada orang selimut kan pulakkkk. Wah, betul betul kuat sifat keibuan yang ada di dalam diri Madihah. Eh, macam terdengar bunyik kompang dipalu, pengantin baru, duduk bersimpuh, tersipu malu pulak. Hmm mainan perasaan aku je kot. Hikhik.

Sahur. Ada dua lagi lauk. Tak banyak tapi bila share jadi banyak ;)

Lepastu lepas sahur sempat lagi berbedtime story before sambung tidur. Kah. Dalam pukul 11 cam tu cau cin cau pergi ke Giant Nilai membeli lampu lip lap. 


Tertidur pulak. Ngantuks. Tihihi




Konon konon farewell kat tasik la, 15 minit farewell dah reunion dekat Giant, HAHAHA.

Anyway, weekend haritu best gilaaaa. Sampai terlupa nak call mak. Sian mak aku. Sobs. Terima kasih kawan kawan semuaaaa. Tihihi.

Next plan. Pulau *cough* Per *cough* ehem ehem. 

Bye.


Hambar

Hai.

Weekend semalam aku habiskan masa dengan melepak di Kolej bersama rakan rakan tercinta. Nanti lah buat post lain. Sebabnyaaaa malas nak transfer gambar hehehe. So semalam before balik pergi Giant Nilai kejap, nak beli lampu kelip kelip, sebab....

TADAAAAA! Nampak kan aku ambil dari instagram sahaja sebab malas nak transfer gender gambar. 

Sebab malam tu aku lepak bilik Tashia, lepastu nampak dia dah semangat letak lampu lip lap lip lap kat bilik dia. Kemain padahal baru hari ketujuh puasa. Padahal lagi, adakah Tashia berpuasa pada hari tersebut? Tu yang kita tak tahu. Hmmmmmmmmmmmm.

Semangat tau snap gambar banyak banyak kali nak dapat time lampu tu berkelip. Tashia siap kira duration berapa saat per minit lampu tu berkelip, mass over volume times diameter, sekali dengan calculator kira, nak tangkap gambar aku punya pasal. Bersepah bilik tu dengan kertas graf nak kira waktu lampu tu berkelip. Hebat ah Tashia time tu. Terharu kejak. Sobs.

Pastu besok tu pergi Giant Nilai sebab nak carik lampu kelip kelip punya pasal. Dah sampai, banyak pulak pilihannya. Aku sebagai insan yang lemah dan sentiasa sukar membuat pilihan, mengambil dua tiga jenis lampu lip lap dan di bawa ke kaunter pengujian barangan elektrik.  

Sementara abang pakai spek tu pasang, aku tanya dia "Bang , 100L ni panjang dia macam mana eh?". Abang tu buat bodoh, or maybe dia tak dengar. Maka abang lagi satu pun baik hati jawab kan, "Boleh lilit satu badan dik."

....

....

....

....

....

....

....

....

....

....

....

....

....

....

....

....

....

....

....

....

....

My reaction at that time was exactly like this. Tapi blur lagi sikit la.

Krik...krik... Abang tu dah tersenyum simpul dengan lawak nya sendiri yang hambar gila bagi aku. Bila dah agak lama terdiam, lepastu baru dia jawab "Lampu tu boleh sambung dik, ada plug lain. So kalau beli lain lain jenis, boleh sambung kan lampu tu jadi panjang." Lebih kurang macam tu lah jawapan dia. 

Baru aku macam "ooo macam tuuu." Tashia pulak "Ooo boleh sambung, ingatkan rosak plug dia camtu." Lepas blah, pastu cakap terima kasih, aku serba salah gila sebab tak bagi pape raksi terhadap lawak abang tu yang sangat hambar. Rasa macam nak patah balik cakap "Bang ulang balik lawak tadi. Tadi saya tak bersedia nak ketawa lah."

Tapi dia patut bersyukur aku pergi dengan Tashia, Tashia terima lawak dia dengan hati yang terbuka. Kalau aku pergi sorang je, kan lagi malu tu. Haaa.

Okay bye.

Friday, July 4, 2014

Day 5 Week 13 - Boss

Hai.

Boss aku adalah one of the nicest bosses ive ever met, even though he addressed me as a he on my first day working here, bhahaha. "Then we should give him some work la. Show him around to ajar him a bit about workplace." Lebih kurang la. Yang penting aku ingat him tu. bhahaha.

So anyway, haritu masa boss datang turun kat site, aku duduk sebelah dia sementara dia guna PC yang aku guna ni. Minggu sebelum tu aku dah terkantoi pergi company lain untuk buat assessment test. Tak memasal boss tau. So the following week he came, he asked me ;

Boss : Eh Wafa how was your interview?

Me  : Oh..I tak dapat kot. Not shortlisted la. 

Boss : So lepas ni you nak kerja mana?

Me  : I tak tau la. Me******* ada nak hire orang ke? haahaa (I was half joking)

Boss : Emm, you nak ke buat kerja kerja macam diorang ni? (admin)

Me  : Macam ambil serial number, asset management semua tu ke?

Boss : Haah, you nak ke?

Me  : Emm haha takpe la you buat la kerja you. (taktau nak jawab apa.)

Boss : I see what i can do lah. Maybe part time job ke, sementara you carik kerja lain kan.


Lepastu aku diam je la sebelah boss dah taktau nak buat apa. Few weeks later, boss asked me on whatsapp regarding my studies. So i personal whatsapped him and thank him, then he said "dapat only you thank me la. haha." Lol. And yesterday he asked for my resume. OMG cant believe he still remembered. I was just joking (30% serious) about it. 

So anyway point dia kat sini aku tak pernah pulak jumpa boss yang carikkan kerja untuk anak buah dia. Haahaha. Kalau boleh memang nak kerja dengan boss, tapi because of some personal reasons, emmm yeah. Anyway boss memang seorang yang baik. I hope to work with him again in the future. If ada kerja kosong laa hahah. 

Dah lah byebye.

Thursday, July 3, 2014

Day 4 Week 13 - Cikgu

Hai.

I cant imagine myself sitting in front of this PC pretending to be busy for another three weeks. and might probably for the rest of my life. ish screw grammar. Point is, its lifeless having to work 9-5 (for me its 8.50 - 5.45) from monday to friday every freaking week. God knows how much i miss being a student. Alhamdulillah my student days were one of the best moments of my life. Kalau time tu aku buat jahanam memang menyesal tak berlagu. Tetiba.

Oh by the way ni conversation dengan mak haritu. Masa awal awal kerja;

Umi : Korang ni macam takde life pergi kerja pagi balik dah nak dekat maghrib.

Me  : Hmmm tu la (tak ingat cakap apa sebenarnya)

Umi : Tu la dulu suruh jadi cikgu taknak.

Me : (tak ingat cakap apa terus tweet menangis di alam maya sob sobs)

Kalau aku jadi cikgu mesti la aku pilih cikgu Sivik. Boleh buat project keluar kelas. Tetiba sangat. Kalau aku jadi cikgu semua budak pergi tuition petang tu sebab tak faham apa aku ajar. Serious doh. hahah.

Dah la bye.