Monday, June 30, 2014

Pengalaman - pengalaman Berpuasa Sepanjang 22 tahun hidup

Hai.

Uolls puasa kettewww. Kalau period pun agak agak la nak makan depan orang ramai. Jangan jadi cam orang yang aku kenal, balik kerja lambat, ingatkan dah azan, boleh selamba minum sebab dia memang tak puasa. Balik rumah pelik kenapa orang pandang pandang. HAHAHA. Cerita lama lah tapi. Sebenarnya dari haritu nak type post pasal puasa lepastu nak schedule post semalam, tapi sebab busy berangan, so yeah. tihihi

Sekolah Rendah

- Dulu puasa time cuti sekolah. Tu pun mengada dah pukul 5 nak bukak puasa. 
- Makan keropok apa tah kat luar rumah di siang hari.
- Balik sekolah agama jalan kaki time bulan puasa, hari hari lalu pasar ramadhan, hari hari beli air asam boi kat abang tu. First sebab aku memang suka asam boi, second sebab abang tu hensem. HAHA. Sampai lah satu hari abang tu tegur "sedap sangat ke air asam boi abang ni dik?" Besok tu aku terus beli air tembikai pulak. Tapi still kat kedai dia lah. Hewhewhew

Tutup tutup je aku google air asam boi. Takut orang ingat gila pagi pagi dah google air time puasa puasa camni.
[source]
- Semayang terawih 4 rakaat. Lepastu turun kat bawah lepak dalam kelas dengan kawan.
- Time tak semayang penuh, duduk kat belakang. Nampak pencurik mencurik depan mata. Dia bawak handbag tu kat depan aku, depan jauh sikit la tapi, pastu dia buat "shuuu". Pastu blah.
- Ada sorang budak cina ni cakap camni kat kitorang time bulan puasa, time tu rehat "emm so delicious" sambil  minum air, sambil geleng2 kepala kasi rambut ekor kuda dia tu gerak. Hajar Tahir patut tau siapa yang time sekolah jalan suka gerak2 kepala nak bagi rambut gerak sekali. 



Sekolah menengah

- Time form 1 biarkan zip beg terbukak, dalam tu ada air yang tah bila2 punya entah  (air kosong okay!) Pastu ada budak laki nampak. Dia cam assume aku tak puasa kot. 
- Makan maggie belakang asrama, abang DM nampak kitorang makan. 
- Beli air tin gedegang time rehat, lepastu cabut masuk koop ramai2. Budak2 form 5 terus jenguk tingkap tengok siapa yang beli. kahkah.

Lebih kurang camni la. Kan kuat tu bunyiknya bila air tu jatuh kan. [source]


- Trial PMR ke SPM tah balik asrama sebab lapar, pun orang nampak.
- Aku paling malas sahur, so dah ready kurma kat atas locker dengan air kosong, bangun, ambik sebijik, minum air tidur. Form 3 je la nampak muka kat DM nak sahur sebab Cikgu Ezana suruh buat solat sunat berapa rakaat tah nak PMR. (thanks cikgu saya dapat A sejarah) tetiba .

Kolej

- Zaman takde kereta, pergi jalan kaki naik atas nak bukak puasa kat dqaseh semata. Sedihnya kehidupan di kala itu. Sobs
- Nak pergi bukak puasa, kena tahan dengan ustaz M masa nak keluar.
- Lecturer belanja makan kat Chicken Rice Shop padahal sepatutnya kelas FIZIK tu! Tu la untung class tak ramai orang. 5 orang je uolls time asasi. hehehe.
- Time kat rumah, ada 3 orang tak puasa. Aku la yang kena pergi 7 Eleven beli maggie pakej dengan telur sekali. Sampai kat kaunter akak tu cakap "haaa uzur eh?". Aku ketawa tutup mulut je la. Malu tak malu sangat sebab dah besar plus sesama perempuan je masa tu. kikiki. 
- Masa duduk apartment type B, siapa tak puasa kena buat moreh. Tapi first week je la. Minggu seterusnya yang tak puasa relax je takyah buat more. hewhewhew.
- Zaman kolej takde benda memalukan sangat. Entah lah. Tak ingat. hahaha. Mostly seronok je puasa kat situ. heheh.

Gambar tiada kaitan dengan yang mati, kerana yang berkaitan masih hidup. HAHA. Ni bukan bulan puasa, tapi saje nak selitkan. [source]

Sekarang takde pape sangat. Tapi setelah bertahun berbuka puasa kebanyakkannya di perantauan, (2005-2009 kat Kajang, 2010-2013 kat Bandar Seri Putra), akhirnya, finally, dapat berbuka bersama family. Hehehe.

Okay dah tu je sesi membunuh masa pada hari ini. Selamat berpuasa kepada;

Rakan taulan sahabat dari SMKA MH serta KUIS.

Tak lupa juga kepada haumhaum kite tihihih kbye. 

Kau ingat ni ucapan selamat berpuasa macam dalam suratkhabar tu ke haaaa. 

Okay serious, selamat berpuasa guys!

Bye. 

p/s : jangan lupa belanja berbuka puasa. Besar pahala nya tau. *wink*

No comments: