Wednesday, June 4, 2014

Day 3 Week 9 - Phone

Hai.

Harini hari yang menyedihkan kerana phone saya telah bertindak meninggalkan diri beliau di dalam kereta. Itu tak ada lah sedih sangat. Yang paling sedih adalah pada waktu lunch, saya dan office mate saya yang bernama Ana telah berjalan selama 10 minit hendak ke parking lot di belakang One utama, yang diberi nama parking dataran. 

Ya, ianya mengambil masa selama 10 minit ya. "Kenapa jauh sangat parking?" Hmmm jika saya seorang kaya raya sudah tentu saya akan meletakkan kenderaan di bawah Plaza IBM yang sehari bayarannya adalah RM22. Manakala jika parking di dalam One Utama pula, bayarannya adalah sekitar RM8 sehari. Maka oleh kerana itu lah saya mengambil inisiatif untuk meletakkan kenderaan di Parking Dataran sahaja. RM2 sahaja tau jika menggunakan One Card. Jika tidak, RM4. Haaa. Murah bukan?


Saya punya design yang tengah itu. Cantik, urban dan funky bukan? Jiwa anak muda gitu. [source]


Oh sambung, tercerita tentang fakta bayaran parking dan One Card pula. Maka setelah hampir 10 minit berjalan, sampai sahaja di hadapan pintu kaca automatik, beberapa meter sahaja lagi dari Parking Dataran, baharu lah saya teringat, yang kunci kereta saya berada di dalam zip sisi beg besar saya itu. Dan beg besar saya itu berada di bawah meja saya di pejabat. Punya lah saya kecewa. Hmmmm. Memang ajaib sungguh kalau saya sanggup membazir lagi 20 minit untuk naik ke pejabat, ambil kunci kereta dan kemudian pergi semula ke dataran parking untuk mengambil handphone semata mata. 

Oleh itu saya telah menulis blog instead of mentweet kejadian tersebut. Apa sangat lah twitter tu. Sudah lah mengehadkan karakter hanya maksimum 140 karakter sahaja. Ingat saya ni suka eja pendek pendek ni? Huh... (tetapi saya ada lah tweet dua tweet berkenaan perkara ini)

Okay lah sudah mahu masuk waktu Asar ni. Salam Asar semua sahabat saya.



Kah. Tebiat apa tah harini. 

Bye.

1 comment:

Anonymous said...

Pergh ayat karangan drjh 6 ni. Hahahah - tasha