Friday, April 19, 2013

Penang Day 3

Kalau aku update blog, either aku boring or taktau nak buat ape. Jap asal cam sama je eh meaning dia? So hari ketiga kitorang dekat Penang, tak banyak tempat sangat pergi. Tapi lama la jugak. Pergi Pulau Aman dengan rumah kak mira je pun. 

Perkenalkan, si stalker. Dua hari kat hotel tu, dia asyik muncul je. Lepastu panjat tingkap masuk bilik orang. Tapi bila nak pegang , dia lari. 

Barang banyak gila beli, seat belakang terpaksa lipat, kitorang duduk atas beg beg diorang.  Macam tengok wayang  wa cakap lu. kakaka


lepas hantar Eija ke stesen bas, sebab dia kena balik Johor awal, kitorang bergerak ke Pulau Aman. Sebelum tu makan Nasi Kandar Ahmad dulu. Sign board dia besar. Tapi tak tangkap gambar pulak. Kak Mira selaku penduduk Pulau Pinang yang syorkan kitorang makan kat situ. Dia bukan nasi kandar mamak, nasi kandar melayu. Sedap la jugak. Dan murah. Sebab tu orang beratur nak makan kat situ.

Jeti nak pergi Pulau Aman.

huargh tudung indon dan specs memang cannot go lah. ah who cares.

weeeeee!

beeeeee!

"Balik kampung, ooo oo oo balik kampung"

tuddiah. Jadi kita dah boleh agak ape yang akan ada kat Pulau Aman seterusnya.

Pulau Aman.


Pulau Aman ni memang aman la wa cakap lu. Pengangkutan kat atas pulau ni, yang aku nampak la, basikal. Orang ke sana sini naik basikal. Yang aku nampak motor pun ada satu. Tu pun speed dia macam speed basikal jugak. Tapi nak compare dengan speed basikal yang Senah sewa kat situ, maybe basikal Senah lagi laju. *tutup mulut tahan ketawa*.

Kebanyakan rumah kat sana ada sticker ni. 

Kucing kat Pulau Aman. Dia meow bahasa utara wey. "Meoq meoq" kata Parhatun. K siapa percaya taktau nak cakap apa la.

Ehems. Yep, bendera tu pun banyak jugak kat Pulau ni.

Tuddiah semangat 1 Malaysia Shapa patut kita contohi! 

sewa basikal.

Kat sini kalau siapa pemalas, atau sakit kaki (perkataan lain bagi pemalas), boleh sewa basikal untuk jalan jalan, bersiar-siar kat keliling pulau tu. Tapi kitorang tak sampai keliling pulau la, sampai depan sikit dari Telaga Emas je, lepastu sebab, emmm, *tahan gelak*, sebab dah penat makin lama makin berbukit jalan dia, so kitorang patah balik. 


kan tu kan, ni baru permulaan jalan yang berbukit k. so tak tinggi sangat bukit dia.

sepanjang berbasikal, anda akan dapat lihat laut sahaja di sebelah kanan. kalau untung, anda akan terserempak dengan makcik dan pakcik yang mandi kat tepi laut tu. Tak untung pun k.

Siapa nak berkhemah kat Pulau Aman ni pun ada. Tapak perkhemahan di sediakan. Resort pun ada kat sini kalau tak silap.

creepy kannnn? not. 

Telaga Emas.

Dah patah balik, pusing tempat lain pulak kat pulau tu.

kat area2 situ la jugak. 

pre wedding photoshoot waklu kawin sensorang kbai lah.

terima kasih ain dan madihah yang tolong perbaiki beg saya yang gila itu.






apa panoramic ke panorama camera tah.

Bukan ustat Don Daniyal k.

dah betulkan, pegangkan tu pulak sampai habis. trimas~ ihihiks.

kitorang sampai kat no 8 ja. ah tetiba rasa rugi sebab baru perasan sign board ni.  Masa cycle tu ikut  sukahati je .


Restoran Terapung.

Mee udang special. Besar bapak udang dia weh. Gua tak makan la tapi.

Bye Pulau Aman. Tapi bukan bot tu la kitorang naik. aku main ambik je gambar kat dala folder.

Thank you Kak Mira (kanan sekali) dan family sepanjang kami berada di Pulau Pinang.

Sebelum bertolak balik, Kak Mira berserta adik nya Fatin dan boyfriend dia bawak kitorang jenjalan kat apa mall tah tak ingat. Aku sampai mall tu duduk kerusi urut yang masuk seringgit 3 minit tu. Aku masuk 2 ringgit by the way, saje nak bagitau. Tak jalan sangat pun. Penat kottt/

And sebelum balik tu baru tetiba rasa nak beli jeruk dan sebagainya. So tak semena-mena beg jadi berat gila. 

selimut takdak, bertelekung pun jadi.

Berkain telekung je pun jadi. Sejuk gila wey.

So lepas ni kalau nak pergi trip jauh jauh, either naik plane, atau beli tiket untuk train yang ada katil. Please. Cukup cukup sudah merasa tidur mengengsot macam kat atas tu. 7 jam lebih kot. 

Lepas ni nak pergi manewwwww? Tihihi. lepas ni nak kumpul duit nak jadi lone ranger ah travel sensorang. ceywah kat kawasan rumah sendiri pun sesat ada hati nak travel sensorang. kakaka.

Dah la bye.









No comments: