Thursday, November 13, 2014

Office's makan makan

Hai.

Last week kitorang check email, (kitorang ada banyak email accounts btw, yang aku guna satu je untuk kerja). Yang email yang di check ni email pay slip and email from HR. So check check sekali ada kata makan makan for deepavali kat pantry hari khamis (tadi) pukul 12 pm. Memandangkan aku punya meal break adalah awal pagi ya'ni pukul 7.30 sampai 8.30, maka sebelum tibanya pukul 12 tengahari perut pun dah kebulur.

Kitorang sehari ada 3 breaks, 2 short (15 mins) breaks and 1 meal (1 hour)break. Masa depends on shifts. So shift aku start pukul 4 pagi, that's why my meal break is at 7.30. EEEE NAK CERITA PASAL MAKANMAKAN LAH BUKAN PASAL BREAK!

So my second break today was at 11.45 am. 15 mins before the makan makan event. Masa pergi break tu, bau pantry Ya Tuhan wanginya tak terkata. Makanan banyak gila eee sedapnye. Serious sedih sebab pukul 12 (waktu makan makan start) kena masuk balik. Hmmmmmm.

Tapi tiba tiba, lagi few minutes before masuk balik, dapat tau yang Team Lead bagi chance keluar makan makan, tapi ada queue lah. Since our jobs is to entertain (amboi ayat) callers, so apa apa nak buat pun kena ada queue. Gi toilet kena ikut queue, gi break kena ikut queue. Aku dah sedih sampai tweet kesedihan tak berlagu sebab tengah lapar, bau sedap tapi takleh join. Dah tak heran dah orang kata "eleh tu pun nak tweet. dasar loser." Excited okay tengah lapar tetiba dapat green light join makan makan. 15 minutes jadi 20 minutes camtu. hehe.



hahahha sebenarnya takde lah best sangat makan makan tu. Cumanya aku jadi seronok bila aku yang pendiam and observer ni tetiba dapat cakap ngan orang yang tak pernah cakap pun sebelum ni. H contohnya. Tak pernah borak tetiba ajak makan sekali yeay ihihi. S yang sama shift pun sebelum ni aku pernah tanya sekali je, "password reset using bender kita takde access kan?" boleh borak. 

Tapi masuk office aku jadi observer balik. Join bila perlu je. Hikhik. Tapi ketawa tetap ketawa lah. 

Betul la orang cakap, kalau environment kerja seronok, there's no such things as monday blues.:)



Okay tu tipu best ke tak environment tu mesti ada sikit rasa malas nak masuk hari isnin. hehehehe.

okay bye. ada masa nak tulis pasal kerja lah. hehehe.

byebye.

No comments: