Sunday, March 8, 2015

Restoran Jepun Tengah tengah Bangi - Miyagi

Hai.

Haritu masa tengah fikir fikir nak buat aktiviti apa time dating selain daripada pergi mall tengok wayang bla bla bla bla all the usual stuffs, tiba tiba datang idea google tempat makan best. Ada orang tu konon kata tekak jawa tak boleh terima makanan korea, tetiba teringin nak makan dubu dubu -____-

So google goole, ada orang terjumpa restoran Jepun kat Bangi. Bangi weh, kau ingat ada masakan melayu je ke kat situ walaupun majoriti penduduknya berbangsa Melayu? By the way restoran jepun tu bukan Sushi King ya sahabat handai sekalian. Kalau sushi king takde la amused sangat sampai nak kene update blog. Zzzzz.

Restoran tu nama diaaaaaa;




Menu dia banyaaaaaak sangaaaaat. Dah la makanan Jepun kan, paling familiar pun dengan Inari. Ye lah dah tu je yang aku selalu makan pun kalau pergi sushi king wiwiwi. Kitorang decide nak ambik set. Tu pun lama nak pilih. Hihih.


Atas ni aku punya set. Apa tah nama dia. Tapi ayam, nasi goreng garlic, seaweed soup, tauhu, and sayur taugeh ergh why taugeh. And setiap set rasanya didatangi dengan buah. Amboi didatangi.



Ni dia punya. Crab tempura, udon, seaweed soup, macam egg puding, potato salad and buah. And ada jeruk apa tah kaler purple.


Udon. Tapi katanya sup tu tak rasa apa. Hehehe taktau la kot udon memang rasa cenggitu, kosong je.

 

Ni sushi apa tah, tapi dalam dia crab and atas dia cheese. Sedap! And hello, ni crab betul eh. Bukan crab kaler merah yang kau makan kat kedai steamboat tu okayyyyy. By the way yang kaler pink atas tu bukan ikan okay. Ingatkan macam apa orang jepun ke korea makan tu, sashimi tu. Yang diorang slice ikan tu nipis nipis, pastu makan mentah mentah.  Saje suruh dia makan, sekali benda tu jeruk rupanya. Jeruk apa tah tapi rasa cam bunga kantan, kot. Kot. hehehe


And lepas habis meal dia akan bagi desert. Eh dessert. Amboi kena google nak tau desert ke dessert. Mochi, pastu dia salut dengan kacang. Mochi ni cam kuih guna beras pulut. Tak tau la nak cakap camne, tapi kat 7 eleven ada jual. Hehehe.


Tak sempat nak tangkap gambar banyak banyak sebab tak nak nampak rusa masuk kampung bangi sangat. Chehwah padahal banyak gambar masing masing depan makanan je. Wiwiwiw. Tempat ni tersorok sikit. Sebab die kecik je pintu masuk dia. Tapi siapa dah biasa area bangi, senang je nak carik. Dekat depan masjid Al-Hasanah Bangi, and deret dekat Hospital Az-Zahrah Bangi. 

Lepastu lepas makan lama terduduk kat situ. Sebab kekenyangan sangat. Wahahaha. Price range okay la untuk dua orang. Kalau nak compared dengan sushi king, murah lagi sushi king la. Tapi Sushi sini sedap. Next time kalau datang (kene tungu gaji) nak order yang lain. Hehehehe. 


Hehe okay nak tidur. Malam tu ada reunion asasi. tapi nanti lah type penat. hewhew.

Overall, kite kasi 4 bintang lah. Sebab sushi dia sedap. Zeriouslyyyyy.


No comments: