Sunday, March 8, 2015

Dinner Reunion Asasi 5 - Birthday

Haiii.

Semua orang pergi wedding, so aku sensorang kat rumah. okay tak, ada makcik yang datang tiap tiap minggu untuk gosok baju. So yeah. Aku terselamat la dari pergi wedding. Hehehe. Tapi makcik makcik kata kalau kite malas gi wedding orang lain, nanti time kite sendiri kahwin orang taknak datang, Aintah lah makcik malas nak pikir. hewhewhew

So last week, satu dinner yang telah dianjurkan oleh Sufi, Izzat dan rakan rakan. Kire okay la ada orang nak jalankan jugak, jadi planner buat majlis makan makan camni. Bukan senang nak handle ramai ramai tu. 4 thumbs up (termasuk ibu jari kaki) for them. Hehehe.

Kitorang satu geng siap sewa hotel kau. Sebab masing masing punya sticker koleh dah expired, pastu malas nak deal dengan guard. hehehe. Tapi sewa hotel depan kolej tu je la. Okay la tidur sempit sempit peluk peluk. wakakakaka peluk lah sangat.

Kitorang antara yang paling awal sampai, sebelum maghrib dah sampai. So boleh la cop tempat duduk best best sikit wiwiwiw. Gigih tu lepas solat asar gerak, tahan wudhu supaya tak batal, sampai sampai boleh maghrib terus.



Dah datang awal pastu taktau nak buat apa.....tangkap gambar je lah. Dah nama perempuan. wiwiwi. Bila geng sufi dah sampai semua, kitorang tolong tolong la susun susun door gift kat meja. Tukar meja sampai 3 kali. tsk tsk tsk. Ye la taktau nak buat apa sangat. Kikiki. Pukul 8 lebih macam tu orang dah start sampai sikit sikit. Yang datin datin lambat sikit la mai, mekap mekap dulu. Datin seri paling lambat sampai. hehehe jangan maraaaah gurau saje. Kitorang je jenis malas mekap gamaknya,jenis malas nak siap sangat. hehehe. Baju aku pakai pun baju gi office hari jumaat. Casual katanya. hahaha. 

Dalam pukul 8.30 lebih macam tu, majlis pun start dengan bacaan doa, and lagu kuis serta lagu batch. Kah lagu kuis tu aku tipu, and lagu batch tu tak pernah wujud pun. Lepas bacaan doa, terus start dengan cabutan bertuah. Time tu aku memang tak harap bertuah pun sebab hadiah dia mug, and rumah dah banyak mug. Ngamuk omak den kang balik bawak mug lagi. hahaha.


Lepas cabutan bertuah, baru lah boleh start makan. Syukur Alhamdulillah dapat table-mate (amboi bahasa apa ni) yang takde malu malu nak ambik makanan. So leh lah jadi among the first yang beratur ambik makanan. Lapau weh hehehe.



Orang lain makanan penuh lagi, kitorang orang tengah beratur makanan nak habis makan dah hewhewhew.




Sebab kan mengikut kata kata hikmah ladies first, maka lelaki terpaksa la nganga dulu sambil tunggu orang perempuan ambik makanan. Tau je lah orang perempuan camne, Nak ambik nasi borak, nak ambik ayam kampung borak, nak ambik ikan pari borak. hehehe.



Persembahan oleh Acai dan Bob. Taktau pun ada persembahan, khusyuk sangat makan nampaknya :'D



Lepas habis makan, sesi yang ditunggu tunggu pun bermula. Sesi tukar tukar hadiah. Sempat la beli masa dating kedai jepun sebelum datang kuis. Wiwiwiw





Aku beli hadiah untuk tukar tukar tu jam loceng tau. Sekali boleh pulak time tengah tengah sesi tukar hadiah tu boleh bunyik pulak. kantoi la aku bagi apa. Nasib baik time dia bunyik tu, hadiah dah sampai ke penerima. So takde la malu sangat. Wiwiwi. Akak kedai hadiah tu lupe nak tutup time test battery petang tu. Dia pusingkan jarum je grrr.



Cabutan bertuah, dapat kat kroni kroni sendiri je. Hehehe.


Again, ain cabut utuk kroni kroni je wiwiwi

Time tukar hadiah aku diri sebelah husna, sekali dapat hadiah pun dari Husna. Husna bagi selimut kain bulu bulu yang dap dap buat tidur tu. Baru semalam keluarkan dari kotak sebab malas  nak ambik selimut kat bawah. hehehe.


Hadiah aku dapat kat si Hamzi. Tak memasal semua tau apa aku bagi. Hadiah tu dok kringggg kringggg. Pandai pulak tu akak kedai tu set, lagi setengah jam nak habis majlis dia set. Kire cam alarm la nak gitau masa dah nak habis hahaha.

Senah dah macam boss boss bagi hadiah kat staff dah aku tengok. 






Bagai langit dengan bumi ha kau si Juni dengan Bob ni ha. 

Lepas habis sesi tukar tukar hadiah, ada sesi photography. Salute la siapa yang plan system tukar hadiah haritu, sebab tak serabut dan menyerabutkan. Kan kadang2 tukar2 hadiah mesti serabut, tak cukup hadiah la apa la kan. Ni elok je senang je. Hewhew





 IT DAN POSE SKEMA BERUBAH TIADA DULU KINI SELAMANYAAAAA. 


SE, Network, Multimedia. Dah keluar, kerja sekarang dengan course kelaut bezanya. Semoga Tashia berjaya bekerja di dalam bidang yang seiring dengan pengajiannya di kolej. hehehe.

Puan Rabeah and us. Yang lain dah kemana tak tahu. Kitorang dulu time asasi, course IT, Arab and Komunikasi selalu gabung kelas untuk subjek2 yang wajib ambil ni. Tapi ni je la yang tinggal. Arab lain ada, Anis, tapi taktau gi mana time ni. komunikasi krik krik taktau mana akak akak tu berada. 



Anndddd last but not least, the best people who lighten up my college days. hehehe. Tadaaaaaaaa. Gegeleng kiri nama diberi. Panjang sangat kalau nak cerita salasilah nama tu. Tapi pencetus idea ummah tu adalah Ustaz X lah. Dia takde lah exactly inspirasi kitorang nak cipta nama tu. Tapi dia kira contribute beberapa percent la. Kekeke. Tak terpikir pun nak buat nama group ke apa. Termelekat pulak nama tu. hihihi




Sorry la kawan kawan time makan makan tu aku ngantuk gilaaaaa. Dah kerja tidur awal manjang so pukul 11 tu dah rasa macam pukul 1. hehehe. So ada la dua tiga orang tegur aku dah sombong. Hakikatnya aku mengantuk. 

Habis majlis tu nak dekat pukul 12 jugak. Eh ke aku salah tengok jam eh? Kul 11 lebih la habis event tu. Ye la kau ingat perempuan cukup ke tangkap gambar 3 kamera je? Kamera sendiri lagi mesti sorang satu nak personal gambar dalam phone. Supaya takyah tunggu orang lain whatsapp dah boleh terus masuk dalam instagram dah. hihihi.

Balik tu nasib baik ada kedai runcit bukak, so boleh la beli ubat gigi la berus gigi la syampu lah. Masa packing masing2 bajet hotel dah sediakan. Sekali datang ada sabun mandi je. Lain kau pikir sendiri nak gosok gigi pakai jari ke camne ke. Hahahah.

Pastu balik tu aku still tak boleh tidur okay. Diorang ada plan nak kenekan Eija and Diniy. Belated birthday for Diniy and becoming birthday for Eija. Eija sambut awal 2 minggu okay. hahahah. Main true or dare. Nasib baik nama iolls tak kene chuolls. Kalau tak mesti nak tau citer pasal abam panjang kakakaka. 


Kek besday beli last minute. Nasib baik okay lagi kondisi kek ni. Sebab sebelum tu Bee ingat dalam kotak ni hadiah so dia tunggang terbalik je sebab time tu tengah gelabah nak sorokkan hadiah Eija and Diniy. hahahaha

That night was a success i guess. hehehe. Makanan sedap and plan semua teratur. Dah la kitorang perempuan datang lenggang kangkung je. Tolong letak doorgift je kat meja kekeke.

Thanks eberibadehhh.


No comments: