Saturday, March 14, 2015

Menganggur dan insurans

Hai.

Semalam aku tengah lepak lepak depan tv, lepas balik kerja. Jumaat pulak tu, lagi lah syok lepak depan TV. Tiba tiba phone berbunyik, phone tu biasa bunyik tak mak aku yang call, FB yang call. Tak pun iklan celcom. Mak aku depan mata, FB kat tempat kerja. Nombor macam nombor office. Aku pun angkat. Kot la orang nak panggil interview, saja saja apply time tengah stress kat office haritu.

Akak tepon : Assalamualaikum. Ni adik Syarifah XXXX XXXX syed XXX gha....ke? 

Grr apa gha gha ha, nak kene lepuk sebut tak habis nama abah aku? grrr

Me : Haah.

Akak tepon : Akak dari syarikat insurans XXX. Ada sikit program baru kita buat, kalau adik suka adik boleh terima, kalau tak nak pun takpe, anggap je ni sebagai info baru untuk adik.

me : Ah okay.

I was focusing on the last episode of amazing race actually, so memang tak la aku nak layan sangat dia cakap apa. Ah, haah and okay je la.

Akak tepon : hello? hello? (sebab aku diam je tunggu dia cakap sambil tengok tv)

me : ye. dengar, dengar.

Akak tepon : Boleh akak tau adik kerja apa/kerja mana sekarang ni?

me : Menganggur.

Akak tepon : Eh? Kerja kerja separuh masa adik ada buat tak?

me : Tak.

Akak tepon : Menganggur sepenuh masa la ni?

me : haah.

Akak tepon : Okay takpe la kalau macam tu. Minta maaf ambik sikit masa adik ya.

me : oh.

Akak tepon : Terima kasih.


 End of conversation. Oh dengar gua mengaggur terus nak letak telefon cepat eh. Nak nak pulak time dia call tu waktu orang bekerja, pukul 3 lebih time tu, emm lagi la kukuh bukti yang menunjukkan aku tak bekerja. kikiki

Sebenarnya jawapan menganggur tu spontan je. Sebab biasa ramai yang kena tipu dapat call pasal insurans lah, simpan duit kat bank tu lah bank ni lah, hujung hujung minta no akaun ke apa. And aku malas nak cakap aku kerja bidang bla bla bla , kat bla bla bla, tingkat bla bla bla, room bla bla bla, department bla bla bla. 

Tak terpikir la pulak aku cakap menganggur akak tu cam terkejut. Siap tanya menganggur sepenuh masa tu tak tahan. Dah macam profession pulak - menganggur sepenuh masa - full time jobless. wiwiwiwi.

So lepas ni dah tau la nak larikan diri camne. hikhik. Tak pun time free dengar je la akak tu cakap. Sian. Mesti dia penat kena call orang and hadap orang tah sapa sapa tah sebab nak dapat duit. Takyah memarah la eh kalau tak suka. Cehwah, kemain. Dah ada pengalaman memang la, kikiki.

Okay tu je nak cakap. Bye bye.



No comments: