Wednesday, January 28, 2015

New target

Hai


Last year masa christmas aku kerja. Jadi masa tu tak banyak sangat kerja yang nak dibuat sebab christmas kot. Masa tu tetba officemate aku ajak join JK1M 4, Jom Kurus 1 Malaysia musim 4. Jangan gelak laaaaaaa. Grrrr.

Bila dah ada orang nak join memang semangat la sikit nak join. Kurang la sikit rasa malu. Memandangkan baju beli kat FOS haritu pun ketat kat area bawah perut iykwim, lagi la berkobar semuangat sebab nak muatkan jugak baju yang dah beli tu. Hewhewhew.

So 18 January 2015 tu start lah journey aku dalam misi menurunkan berat badan. Wah journey gitu. For first week okay la. Dia bagi task exercise apa nak kena buat semua and example menu yang elok for breakfast lunch and dinner. Aku tak ada lah boleh ikut 100% tapi ikut la jugak sikit sikit. First week susah sikit nak kawal. Ye lah dah biasa makan itu ini itu ini tetiba zuppp kena kira kalori bagai.

So masa nak timbang berat a week later, which was on 24 January 2015, dup dap dup dap je la rasa. Mana taknya, hari sabtu tu tenghari keluar dating makan kat dubu dubu. Tapi rasanya tu takde masalah sebab makanan sihat okay, brown rice + sup tauhu & telur + ayam. Dinner tu yang terbabas sikit......Sebab abah ajak dinner kat restoran kat shah alam. Emmmm terasa kesedapan tomyam dia. :9

Okay sambung, time timbang tu ramai la jugak yang badan besar besar ni turun 3 kg, 1 kg ke atas. Kira not bad la seminggu turun banyak tu. Sampai kat aku, emmmmm. 700 g turun. krik...krik....Tapi Alhamdulillah at least turun la jugak. Sebab my TL kata if its more than 500g, then we're safe. Hehehe. Kire kalau tak makan banyak malam tu mesti cukup 1 kg turun. Hehehe. Plus time tu ada yang turun 100 gram je, ada yang berat naik. So yeah for me 700g is quite a lot. Hewshews. 

Untuk second week ni dah start jaga betul betul sikit. Breakfast takde dah terbabas subway ke, mamak seberang jalan ke, nasi goreng ke. Hewhew. Breakfast;

5 am - cereal fitness apa jadah tu without milk (sebab shift pagi sian kite lapau T__T)
9 am - Pisang 2 biji - air kosong
11.30 am - plum sebijik

or

5 am - tak makan pape berlapar sampai break pukul 9 (T___T)
9 am - roti whole grain 2 keping dengan air milo
11.30 am - plum sebijik manis sedap gila berair air juicy delicious yummy. 

Untuk lunch pulak kurangkan nasi and ambik sayur lebih sikit, Tu je la hari hari. Tapi sebab aku suka kentang, and kentang adalah carbs = nasi, so kalau agak agak nak makan kentang lebih, nasi tu aku kurangkan lagi sikit. ehehe.

Dinner pun sama cam lunch.

Exercise untuk second week gila T__T

Bicycle crunches 30 kali
Planking 30 saat - Pengsan T__T
Sit up 30 kali - nak batuk lelebih takleh abdomen kat perut (taktau nama specific) dah sakit T__T
High knees 30 kali - my favourite. mehehe

Semua tu kene buat 3 set. So kali la 3 semua tu phewhhh. Aku buat hari isnin haritu je sebab semalam terus sakit sakit satu badan gi office. Sampai sekarang terasa you kesengalan badan ini. wuwuwu.

Tu la time kecik kecik suka sangat makan nugget, padan muka dah 20 an baru reti erti kesusahan menguruskan berat badan. Makcik makcik kat situ kata camni;

"Awak buat apa masuk dah kurus dah akak tengok."

'Haaa manade kurus. Susah tau nak carik baju wuwuwu.'

"Habis kalau awak susah nak carik baju akak ni macam mana pulak."

Mehehehe memang la kat situ kira aku antara yang kecil. Tapi kat rumah aku antara yang besar. Wuhahaha.

Dah la penat la type. Hopefully this time it'll last. The motivation, the diet, the calorie counting and all T_T.

Ciao bebeh.

No comments: