Wednesday, September 19, 2018

Pengalaman Bersalin di PPUM

Hi.

Bosan bosan tadi saja baca blog sendiri balik, sekali tengok ada few comments pasal bersalin kat PPUM. Alang2 tu i cerita sekali la camne rasanya beranak kat PPUM. Izinkan aku menggunakan kata ganti nama diri I di post ini. gitchew.

Untuk tengok proses bersalin kat ppum, korang boleh baca dekat sini http://sweetscent92.blogspot.com/2018/01/pengalaman-bersalin-di-ppum.html. Sebab I dulu pun jenuh google process nak bersalin macam mana. so i hope it will be a useful guide for those yang nak try bersalin kat PPUM.

23 december pagi

mak dengan kakak i detect ada spotting dekat toilet atas malam tu. Which malam tu i sorang je yang guna toilet tu. Kakak i terus cakap kat mak i "Umi,ni spotting ni. Memang tanda nak bersalin dah ni." Tapi diorang decide untuk bagitau besok pagi. Mak i takut i cuak hahhaah.

Diorang taktau yang kul 3 pagi camtu I dah rasa contraction, tapi very mild punya and i didnt know it was a contraction at that time. Siap kejut husband gitau sakit. Biasa sakit2 gitu je. Tapi malam tu sakit betul. Tak expect pun nak beranak time tu . Dah la sebelum tidur sempat gossip dua2 orang. Rindu :')

Bila mak i dah gitau pasal spotting tu, i masuk toilet and yes memang nampak ada darah keluar.....omg neves mak. Sempat google jap perlu tunggu ke tidak kalau dah spotting gitu. Mostly suggest terus gi hospital. TAPI, kalau korang boleh tahan sakit,or tak sakit sangat, gi lambat2 pun takpe hahaha. Sebab tension je duduk lelama kat hospital tunggu bukaan okay. Dengan orang lain dok "sakit....sakit...". Malam tu aku join skali "sakit...sakit...."

Sampai PPUM, gitau ada spotting semua. Nurse dah cakap memang kena stay ward.  Check bukaan 2 cm. Terus masuk ward. Tak silap kat PPUM ward prenatal(before bersalin) is at 5th floor, ke 4th tah. Postnatal (lepas bersalin) kat 6th floor. Time check bukaan nurse dah tanya nak  pain killer tak? I cakap takyah time tu, sebab tak sakit sangat pun. more to nervous.

23 december malam

dah start rasa sakit. actually petang towards malam tu sakit tu dah ada. bertambah sakit bila parents dengan husband dah balik rumah. orang katil sebelah dah zikir2 dah. I mula2 zikir,lepastu dok sakit sakit. sorry ya kalau ada yang rasa cuak, its natural to feel the pain. Pain is good bak kata nurse sana. Katil sebelah kul 4 pagi dah gi masuk labor room.

24 december pagi

time ni tak tahan rasa sakit, mintak nurse nak pain killer. nurse suruh HO check bukaan, dah sorang kata 4 cm, sorang kata baru 2 cm. Dia kalau u dah 4 cm, memang diorang terus masuk labor room kalau kosong. anyway sebenarnya bukaan baru 2-3 cm camtu time tu. Pain killer tu nurse bagi lepas solat subuh. Time tu baru dapat rehat sikit and tidur. nyenyak ya kawan kawan. Pain killer ni kalau dah 4 cm dia tak bagi dah, sebab nanti tak rasa sakit nak beranak dah camne kau nak teran pulak kan.

24 december tengahari ke petang

tengahari husband datang, sakit dah start rasa balik. husband paksa makan kasi ada tenaga. wey, firstly i tak makan ikan. pastuuuu lauk tengahari tu ikan rebus ke singgang tah. kalau goreng mungkin ada rasa la sikit hahhaa. dah kena marah, makan la i dalam 2-3 suap camtu. pastu gi cuci muka. pastu sambung rasa sakit.

lepas asar, husband tengok i dah asyik sakit sakit, panggil nurse suruh check. tengok2 dah 4 cm. Nurse kata dah boleh ready ke labour room. Time tu sakit hilang sikit sebab baby dah nak keluar. Excited semacam sampai termuntah, iyek bau balik ikan yang makan 2-3 suap tadi tu.

Masuk labor room,i mintak nak solat zohor ngan asar jap. Zohor tu qadha sebab tak tahan sangat. Pas smayang, terbaring la tunggu. Pastu ada doktor tolong pecahkan air ketuban. Tunggu lagi bukaan.

24 december malam

i taktau semua sama ke tak, tapi orang cakap mostly first born dia cam lambat sikit bukaan tu. Cam i, sejam 1 cm tu bukak. Camno? Pengsan weh. tiap2 masa suruh diorang check bukaan. Sian HO yang jaga i tu kena panggil doktor je. Muka stress je hahahha. Tapi dia baik, time nak air dia datang.

TAPI time tengah2 sakit tu, i termuntah, tekan emergency button takde siapa pun datang okay. terkapai2 i dengan baju penuh muntah :(

Time tu baru tau muntah tu affect dari pain killer tadi. dengar nurse tu cakap.

25 december pagi

time ni tiber leh buat lawak tengah sakit2, "doktor baby i baby christmas :')". Bengong pastu sambung sedut gas yang kurangkan sakit tu. Long story short, bukaan 10 cm tu kul 2.30am+ camtu. Aku beranak pukul 3.20am. Time ni still dengan lawak baby christmas. Tak memasal doktor lagi satu cakap "jangan bid'ah sangat" in a funny way la tapi hahahhaa.


Tapi serious time baby keluar tak rasa apa, tau2 je dah letak atas dada. Siapa yang kata PPUM tak letak baby atas dada tu meh iolls tinju sikit. Tapi kejap je la, takde la berdakap dakapan. Sebab anak i lepastu masuk nicu, nafas laju sangat.


lama gak process lepas baby keluar tu nak ke wad. kena tunggu dalam setengah jam ke sejam jugak nak settle segala jahit and what not. HO yang tolong  tu i siap cakap "i hope you will become a good doctor in the future" sebab dia baik sangat. Siap akap "actually im not a doctor, im just a student"

sampai kat ward, finally boleh tengok phone, boleh baring normally. Tapi time tu tak ngantuk sangat. more to semangat nak gitau family and kawan2 yang kite dah beranak. hahaha. kul 5 lebih camtu baru tidur. baby kat nicu boleh la tidur.

esok tu dalam tengahari baru gi visit baby kat nicu. time tu awkward je nak pegang, tapi sayang tu sayang la dah nama pun anak sendiri hahahah. sehari setengah je dia kat nicu, lepastu masuk ward pediatric sebab kuning. Tidur situ satu malam and then pulanggg. and the pantang begins.... well maybe on another post hahahha.

sampai sini je la pegalamannya pendeknya. hahahah. panjang, panjang sangat kang. kat bawah ni summarize untuk service dsb:

nurse : 

kalau time antenatal checkup, nurse and staff garang sikit. garang banyak actually. tanya pun kena marah :( or maybe nurse sorang tu je kot

tapi nurse kat ward bersalin sangatttttttt lah baik. Alhamdulillah jumpa semua okay. Ada sorang tu siap bagi i biskut ngan buatkan air sebab lepas beranak tu i cakap "nurse saya lapar...."

checkup: 

checkup lama nak mampus. ni tak tipu. kira beruntung jugak i pergi time 8 months sebenarnya. takde la nak checkup banyak kali sangat kat ppum huahuahua. kalau checkup kat KK i loike. Tapi depends ok which KK. cam i KK Sungai Chua, bersih and tak pack serta laju.

pharmacy:

in case time checkup korang kena amik ubat, make sure to confirm with the pharmacist few times okay. cam nama you dah kena panggil ke belum, sebab i haritu tunggu ubat lama nak mampus. first pharmacist cakap tunggu nama kena panggil. pastu dia tukar shift. 2nd pharmacist tak cakap apa, dok panggil nama lain ulang2 kali. last2 i tanya dia suruh check nama i bila kena panggi, dia kata "oh ubat ni kita tak ada stock, kena gi farmasi luar."

eh kalau nampak orang tunggu lama boleh kot inform or tanya i tunggu apa ke apa. takde la bazir masa i tunggu and ended up ubat kena beli kat farmasi luar. farmasi luar tu memang la dalam ppum tu jugak tapi masa tu masa. smh.

kat situ siap ada notis kalau sesiapa tak sopan dengan staff akan dikenakan tindakan. habis kalau staff yang tak helpful dah camne lak tu? haish.

parking: 

kalau checkup please datang awal pagi sebab parking penuh. kalau nak terberanak berdoa lah untuk tak terberanak time visiting hour. sebab slalu parking penuh time visiting hour. cam husband i time hantar and balik je naik kereta, visit2 semua naik motor.

bayar2: 

untuk bayar2 siapa yang kerja gov boleh guna GL. tapi cost beranak je la GL tanggung, kalau cam i siap mintak vacuum bagai kena charge. maternity pads pun dia kira uolls. i suggest bawak sendiri maternity pads

toiletries: 

ni pun bawak sendiri. bukan swasta uolls nak sediakan semua. hahaha. pernah masuk ward kat Azzahrah dia sediakan semua, so time masuk PPUM bawak diri je la. Sekali terkapai kapai nak mandi kena tunggu husband datang bawak toiletries. XD


Gigih type blog ni dari kat ruang tamu ke dalam toilet, and now kat atas sejadah. Apa2 hal boleh leave a comment yaaa and i hope kalau i reply korang pun dapat notification ke apa lah.

Selamat bersalinnnn. Btw i beranak ni last year, 2017.


No comments: