Wednesday, December 9, 2015

of Doctors and MCs

hai,

buat pengetahuan anda yang telah bekerja, mendapat MC daripada doktor adalah merupakan anugerah yang terunggul sekali. Anda boleh bersantai dan berehat dirumah. Baring baring sambil scroll timeline di facebok dan sebagainya.

Untuk manusia yang susah sakit macam aku ni (Alhamdulillah antibody kuat), sentiasa terfikir macam mana orang yang selalu dapat MC ni boleh selalu dapat? Consistent pulak Isnin Jumaat cutinya tu. Hurmmm. Kalau doktor yang klinik aku selalu pergi, i'll name it Klinik P okay. Ada 3 orang doktor. Aku paling tak okay dengan doktor lelaki Melayu sebab dia semacam skeptikal bila aku mintak MC. Dua kali aku jumpa dia sebab sakit belakang pastu mintak MC.

Lepas dia bagi pandangan nak-ponteng-kerja-lah-tu, terus aku taknak pergi dah Klinik P time dia bertugas. Shift dia pagi on weekdays. Amboi ingat tu.

Pelbagai cara aku guna nak demam sebab stress sangat kerja. Aku cuba tarik nafas kuat kuat bila colleague aku bersin/batuk. Aku share air dengan orang demam. Aku minum air sejuk tanpa henti. And yes. Finally aku demam. Har har har. Tak best pun sebab sakit tekak.

Untuk mengelakkan jumpa doktor Skeptikal tu, aku ambil keputusan untuk pergi klinik P lepas maghrib. And sebab lepas maghrib tu waktu puncak demam aku naik, tekak makin sakit. Kalau tunggu besok, kena berhadapan dengan doktor skeptikal, and kebarangkalian untuk dapat MC adalah 0.01%. Plus aku takut demam aku dah suruh kalau tunggu pagi har har.

Malam doctor india yang bertugas. Dr. N. Dr. N adalah doktor yang sangat lembut and percaya yang aku betul2 sakit and tak demam. He even asked me how many MCs should he give me (such a nice doctor kan). Asked what company i worked with. Sebab kalau company kecil susah dia nak bagi MC banyak2. Aku sebut parent company terus dapat 2 hari MC. hiks,

He was very soft tau. most importantly he believed me. Of course lah dah suhu 49 and jalan pun slow je, suara keluar tak keluar je tak percaya jugak taktau lah.

Okay tu je nak cakap. Dr tu baik sangat. Okay dah makan ubat mengantuk pulak.

bye,




No comments: