Friday, November 20, 2015

Dewan

hi,

Seperti semua orang tau, aku adalah antara manusia yang suka berlengah. Tu ikut perangai abah la tu. Eh? Jadi nak pilih dewan nak kahwin pun, sama la jugak. lagi 8 bulan lebih nak kahwin, terhegeh hegeh nak carik dewan. Tu pun mak kita paksa. hikhik. And kebetulan harini tak kerja, terus zoom ke pejabat MBPJ.


Kalau ikutkan memang nak dewan tabung haji kat kelana jaya tu. First time bukak puasa kat situ memang dah target nak dewan tu. Padahal time tu single kot. haha. Tapi tak dapek nak tempah sebab time tu dah start panggilan haji telah tiba lagi menunaikan ibadah.  So most probably orang akan ramai kat situ, nak letak khemah untuk peserta haji dan sebagainya. Hurmmm.

Yang penting iolls taknak dewan sekolah kay. Demand kau. Tapi bila fikir bukan duit sendiri yang membayornya, takpe lah. hehehe. Memang kalau baca kat blog mana mana, semua kata susah carik dewan, kena book AT LEAST setahun awal. Family tunang aku sebelum merisik sebelum tunang dah book dewan hokay. Kemahen tau.

Tapi Alhamdulillah tadi, kitorang sebut tarikh and dewan yang kitorang nak, terus akak tu kata "okay, free." Aku yang terkejut beruk tertinggi suara "HAH FREE?!". sampai akak tu cam "ha la, free. " hahahahahaah. malu ittew.

Kitorang book dewan D'Kelana kat kelana jaya. Tapi bila google dia cam dewan sekolah gak T__T. hahahahhaha. Tapi cantik je. Sebab aku nampak ada line line court badminton kat lantai, terus fefeeling kahwin kat dewan sekolah. hahhaha

Alhamdulillah settle dewan weh.

nampak line court T_T (source)


Tapi bila dha jadi dewan kahwin cantik je. hahahha. [source]

Kalau google ni, jangan tertukar pulak dengan dewan felda d'saji. Sebab memula aku ingatkan tu dewan d'kelananya. Tu cam excited japs. hahaha, Tapi dewan ni pun okay je. Cuma bila google cam confusing sebab mostly gambar orang bersukan. Dewan tu multifunction =)

Tak kisah la dewan pape pun asal parents suka kite pun suka =)

Dah la nak nyanyi. Syok woi cuti time orang lain kerja. Syok lagi kalau Isnin pun boleh ambil cuti. hehehhe


No comments: