Wednesday, January 28, 2015

New target

Hai


Last year masa christmas aku kerja. Jadi masa tu tak banyak sangat kerja yang nak dibuat sebab christmas kot. Masa tu tetba officemate aku ajak join JK1M 4, Jom Kurus 1 Malaysia musim 4. Jangan gelak laaaaaaa. Grrrr.

Bila dah ada orang nak join memang semangat la sikit nak join. Kurang la sikit rasa malu. Memandangkan baju beli kat FOS haritu pun ketat kat area bawah perut iykwim, lagi la berkobar semuangat sebab nak muatkan jugak baju yang dah beli tu. Hewhewhew.

So 18 January 2015 tu start lah journey aku dalam misi menurunkan berat badan. Wah journey gitu. For first week okay la. Dia bagi task exercise apa nak kena buat semua and example menu yang elok for breakfast lunch and dinner. Aku tak ada lah boleh ikut 100% tapi ikut la jugak sikit sikit. First week susah sikit nak kawal. Ye lah dah biasa makan itu ini itu ini tetiba zuppp kena kira kalori bagai.

So masa nak timbang berat a week later, which was on 24 January 2015, dup dap dup dap je la rasa. Mana taknya, hari sabtu tu tenghari keluar dating makan kat dubu dubu. Tapi rasanya tu takde masalah sebab makanan sihat okay, brown rice + sup tauhu & telur + ayam. Dinner tu yang terbabas sikit......Sebab abah ajak dinner kat restoran kat shah alam. Emmmm terasa kesedapan tomyam dia. :9

Okay sambung, time timbang tu ramai la jugak yang badan besar besar ni turun 3 kg, 1 kg ke atas. Kira not bad la seminggu turun banyak tu. Sampai kat aku, emmmmm. 700 g turun. krik...krik....Tapi Alhamdulillah at least turun la jugak. Sebab my TL kata if its more than 500g, then we're safe. Hehehe. Kire kalau tak makan banyak malam tu mesti cukup 1 kg turun. Hehehe. Plus time tu ada yang turun 100 gram je, ada yang berat naik. So yeah for me 700g is quite a lot. Hewshews. 

Untuk second week ni dah start jaga betul betul sikit. Breakfast takde dah terbabas subway ke, mamak seberang jalan ke, nasi goreng ke. Hewhew. Breakfast;

5 am - cereal fitness apa jadah tu without milk (sebab shift pagi sian kite lapau T__T)
9 am - Pisang 2 biji - air kosong
11.30 am - plum sebijik

or

5 am - tak makan pape berlapar sampai break pukul 9 (T___T)
9 am - roti whole grain 2 keping dengan air milo
11.30 am - plum sebijik manis sedap gila berair air juicy delicious yummy. 

Untuk lunch pulak kurangkan nasi and ambik sayur lebih sikit, Tu je la hari hari. Tapi sebab aku suka kentang, and kentang adalah carbs = nasi, so kalau agak agak nak makan kentang lebih, nasi tu aku kurangkan lagi sikit. ehehe.

Dinner pun sama cam lunch.

Exercise untuk second week gila T__T

Bicycle crunches 30 kali
Planking 30 saat - Pengsan T__T
Sit up 30 kali - nak batuk lelebih takleh abdomen kat perut (taktau nama specific) dah sakit T__T
High knees 30 kali - my favourite. mehehe

Semua tu kene buat 3 set. So kali la 3 semua tu phewhhh. Aku buat hari isnin haritu je sebab semalam terus sakit sakit satu badan gi office. Sampai sekarang terasa you kesengalan badan ini. wuwuwu.

Tu la time kecik kecik suka sangat makan nugget, padan muka dah 20 an baru reti erti kesusahan menguruskan berat badan. Makcik makcik kat situ kata camni;

"Awak buat apa masuk dah kurus dah akak tengok."

'Haaa manade kurus. Susah tau nak carik baju wuwuwu.'

"Habis kalau awak susah nak carik baju akak ni macam mana pulak."

Mehehehe memang la kat situ kira aku antara yang kecil. Tapi kat rumah aku antara yang besar. Wuhahaha.

Dah la penat la type. Hopefully this time it'll last. The motivation, the diet, the calorie counting and all T_T.

Ciao bebeh.

Sunday, January 11, 2015

Lepak lepak 2014

Hai.

Sebenarnya banyak jugak gambar terperam rupanya bila gua buat sesi pindah pindah files ni. Hewhew. So kire ni compile segala lepak yang teperam je dalam folder gambar gambarnya ni ha (ya Tuhan semoga cikgu BM tak marah bahasa aku berterabur camni).

PD

PD ni kire lepak last punya last before aku senah dan angah habis sem. Dah habis sem dah habis praktikal dah start kerja dah pun huish cepatnya masa berlalu. Jangan risau kawan kawan, gambar akan di filter. Gambar censored takkan di masukkan Hanya kite kite je tau dan ketawa bersama ihiks.

ya time ni masih bertongkat. tragedi march di SINI

Ayunyew uolls. ustat2 baru balik mesir boleh pm eh kbai madihah jangan marah please bye.

cousin eija, Daniel ikut sekali.

"Siapa la jodoh aku. hmmm" - Farhatun Nabila, 2013/2014

unpacking makanan. bakal isteri mithali kan. hiks.



asal birthday madihah je surprisenya kat laut. Tahun lepas pun kat laut jugak kat Penang

Jangan ingat orang pakai purdah tak main air laut okay. Awas semua okay. 

Spot us. If you can. cause i cant. 

camne tu Diniy berkawat dalam air tu? Nasib tak pakai but ke kasut polis ke, kalau tak tenggelam dah hihi

Gossip apa Bee and Daniel?


L to R : Diniy, Bee, Senah, aliahwafa, Eija, Daniel.

RIP parts of bee's phone(taktau nak panggil apa komponen tu). Terjatuh dalam laut katanya. Gigih jugak selak selak pasir bawah air, tak jumpa la tapi. 

Ain baru muncul sebab taknak masuk air. GRRR.

Harus la aku letak banyak banyak kali.

Dan lagi. hihihihi

Dan angah pun.

Sebenarnya ain dengan angah ada je masuk air, tapi entah mengapa gambar takde pulak dalam ni. Maybe time share share dalam whatsapp tu aku tak download sebab banyak sangat. Habis phone memory. Mehehe. And ada gambar lain tapi biasa lah gambar mandi laut kot, takkan nak upload semua. Very dangerous fast and furious uolls. 


Taman Hijau apa jadah + Wedding Monika

Sebenarnya jumaat tu kitorang lepak tidur kat hostel Kolej X. Saja la buat buat tak move on lagi dari zaman belajar. Hewhewhew. Nasib baik ada jugak tempat berteduh. Makan kira potluck la. Yang kat Kolej beli tomyam selasih, yang kerja kat KLCC bawak roti boy dan lain lain. Aku pun taktau apa kaitan hahaha. Tapi memang best la gelak je tak berhenti. Pastu tidur paling awal siapa? Ya. Yang kerja pagi pagi pukul 4 am. Sorry kawan kawan spoil pastu tak join main jenga apa jadah tah tu. bhahah. Sorry jugak Eija and Angah tak dapat berada bersama kami atas sebab sebab tertentu. Kalau tak aku pun tak dapat, tapi nasib baik dapat (panjang sangat cerita hewsss)

Besok pagi lepas breakfast nasi lemak depan coolblog yang sedap itew, kami pun keluar jalan jalan. Tapi keluar tu takde la terus gerak, kena tunggu sejam jugak la sebab someone's phone was on airplane mode....and dia tak sedar waktu berjalan sebab lama sangat depan cermin....true story bruh... *senyum senget sebelah*

While waiting....sempat la. hewhew. Eh sempat isi minyak lagi okay. Jangan main main tau.

Balik dari isi minyak, still waiting.... *ketawa tutup mulut*

Ni kat taman saujana hijau, putrajaya. Sampai sampai terus masuk dalam list kalau kahwin nak buat photoshoot kat sini bhahaha lalalalarik~ Tapi serious cantik tempat dia. 



Kebetulan ada orang tengah buat assignment apa tah, mintak tolong dia tangkapkan gambar sekali. Hews.

Kan panas tu. kalau gerak awal takde jadi camni :( 

berteduh di pondok kecil, di pantai ombak~


Cecececeh dah boleh jadi model conver buku Nur yang kau selalu beli tu Bee. hewhew

Muka muka kaki gossips. Perhatikan tangan ain. Hmmm nak pergi concert rock ke camne?


Kalau korang perhati dan teliti betul betul, aku ada kat hampir setiap gambar. Sebabnya? Tips dia kau kena sentiasa berada dekat dengan cameraman/woman of the day. Bhahaha. Lepastu jangan sekali kali offer nak pegang camera. Nanti gambar sikit. Hewhewhew. 


Serious suka tempat ni T___T

Si pemetik gambar. Feh ayat aku boleh menang award wey.

Ni bukan acah acah okay. memang tengah betulkan kain. Tapi takleh buat jadi profile pic di mana mana laman sosial, nanti kena bahan bhahaha. Dah ah sliper tak semenggah. Kasut tinggi dalam kereta. 

Ni la orang yang buat assignment tu. Tak memasal Diniy jadi subjek assignment dia pulak. Hihi.

macam gambar lompat tak jadi. rasanya la. 


L to R :  Me, Madihah, Ain, Bee, Diniy, Shafa, Senah,
Tiada dalam gambar  : Eija dan Angah



Saje jewwwwww bye.

Mahap la kalau gambar sama je sebab aku main pilih je asalkan bukan gambar.......iykwim. *ketawa tutup mulut*

Me and shapa spoiling the pic. 





Lepastu around 11+ camtu bergerak lah kitorang pergi UPM, nak pergi wedding monika. Sampai dalam 11.45 camtu. Ingatkan wedding start 11.30, sekali tengok orang dok angkat angkat barang lagi, rupanya bila tengok balik 12-5 pm. Hmm apa lagi cau cin cau dulu la. Pergi Mines carik hadiah wedding, Hahaha last minute sangat.



Haah kitorang beli topeng je untuk both husband and wife. Cehwah memang tak la. Madihah beli apa tah ada lah mana boleh bagitau. Dah agak agak 12+, baru gerak pergi wedding tu balik. Campur sesat and tunggu orang kat parking lot lagi sebab dia masuk Mines balik sebab nak aircond, pukul 1+ sampai. Okay la tu. Sempat jumpa ramai kawan kawan kolej. Hehehe.

Siannya adik tu nak bersin ke ape tu? :(

Asasi Batch 5. Tinggi okay kerusi pengantin tu. Aku pakai wedges yang tinggi tu pun kena jengket nak masuk gambar. 
Kat luar tu ada cam photo booth, which orang lain tak perasan tapi kitorang perasan. Hahah tu le dapat door gift terus straighttttt pergi kereta tak pandang kiri kanan time nak balik kan. Haaaa. Lain kali pandang kiri kanan sebelum balik, dah confirm takde photo booth, baru boleh pergi kat kereta. Mihihihi



Soalan serious, who's nextttt. Tak sabar nak lepak sesama je sebenarnya mihihihi 
Balik dari UPM, kitorang singgah Bangi Gateway sebab kat Wander Tudung People ada keluaran terbaru (amboi macam komik lak ayat keluaran terbaru). Time kasih kawan kawan sudi layan karenah aku dengan Bee yang macam lupa diri lupa kawan kejap sebab excited nak kejar tudung. Terima kasih kerana memahami walaupun kene perli, takpe, tudung dah dapat. Hahahaha.


But i prefer tea over coffee. How to start my life? *emoticon muka risau dahi kaler biru*

Hehehe. Okay dah puas hati dapat update. Mihihi. Have a good 2015 everyone. Eh YEAYYY Alhamdulillah i passed 2012 and 2013 with flying colors cehwahhh (not really). But everything went well with all these crazy girlprengsss (not to forget family and FB and kawan kawan lain and all), hehehe. 

Bye. LEFIU. Hikhik/