Wednesday, March 26, 2014

Aktiviti Di ATV Adventure Park

Hai.

Mula mula nak buat tajuk "Tergolek di ATV Adventure Park", tapi tiba tiba cam malu tak bertempat pulak, so buat tajuk skema ala ala karangan "Aku Sebatang Pensil" je la. So anyway, pada 15 haribulan Mac 2014 yang lalu, saya dan beberapa rakan sekolah menengah saya telah bersetuju untuk, okay cut the skema part. Since 15 mac tu satu geng free, (which is something yang jarang berlaku), kitorang decide nak pergi la try bendalah ATV dekat adventure park ni. ATV tu apa? haaaa aku tau mesti ada yang tanya. Pastu kalau suruh google dan dan line kena bar la, internet slow la, phone nak mati battery la apa la hmph. Dasar Nobita!

camni la. tapi yang aku naik lagi cool. kot. [source]


Before naik ATV, kami semua telah diberi satu borang perjanjian untuk di sign, kalau ada apa apa jadi.....aku pun tak ingat borang apa yang aku isi. Jenis tulis nama, IC pastu terus sign je tak baca terms and conditions. Sebelum start, kita juga diberi seorang guider untuk beri briefing tentang cara cara menghandle ATV ni. Kalau tak pay attention........hmmmm.......tungguuuuu cerita seterusnya. Lepastu dia bagi test drive ATV ni seround dua kat situ, nampak macam okay, satu guider je yang perlu iring. Nampak cam tak okay, dua guiders. Kitorang macam okay mula mula, so satu guider sahaja.

Rajah 1.1 menunjukkan sahabat saya yang sedang menunggang sebuah ATV.

Oh lupa nak bagitau, kitorang pergi naik ATV ni dekat ATV Adventure Park. ATV Adventure Park ni dekat Kampung Kemensah, belakaaaaaaaaaaaaaaaaang dari zoo negara. Memang nak masuk kawasan kampung kemensah tu jauh nau. Tapi ada direction so dontcha worry. (kah!). Jangan nak buat gila risau sesat pergi Uturn pulak kat situ. Nak Uturn pun tak muat kot. 

Kalau malas click link tu, takpe, biar aku yang rajin ni cerita. ATV Ride ni ada 5 packages, Package A - E. Rating dari RM50 sehingga RM300. Setiap package tu tak sure la sama track ke tak, tapi rasa macam lain. Kitorang ambil Package C, RM150 seorang, dan sampai ke Sofia Jane Waterfall. 

So pengembaraan pun bermula....Malu gila nak cerita ni....Masa awal awal start okay, kumat kamit dah aku mempositifkan diri sendiri, dok "boleh, boleh, bismillah" sorang sorang. Sekali.....*tutup muka*, ada satu part di mana ATV tersebut tak dapat dikawal dan.....ya, aku terjatuh.....tergolek.....Tak ada lah gaung, tapi cam jauh jugak laaa. Jap gambar bahan bukti yang sempat di rakam oleh jurugambar Fatin Adibah.




Time ni boleh jalan lagi...Sakit tak mai lagi...

Keempat empat rajah di atas menunjukkan kronologi bagaimana mangsa telah terjatuh kerana tidak dapat mengawal pergerakan dan juga brake kiri kanan ATV tersebut. Tapi masa jatuh tu laju gila sampai tak sempat nak buat apa apa, tau tau je dah terbaring, ATV dah kat sebelah, (Alhamdulillah kat sebelah, bukan kat atas aku). Btw aku siap mengucap time tu. Mana la tau kann. Tapi Alhamdulillah masih bernafas.








So sebab jatuh, aku kena naik dengan guider yang baik hati tersebut. Kira kalau aku tak dapat control, dia tolong ah. Tragedi kedua telah berlaku tidak lama kemudian. Tapi sayang seribu kali sayang aku tak dapat tengok sebab duduk depannnnn sekali. Ye lah naik dengan guider kan. Yang ni kes tak tahan brake jugak, member aku tergolek time nak turun bukit tu. (kalau salah tolong betulkan ya kawan kawan). Dan Alhamdulillah ATV tu tak jatuh atas dia, ATV tu lalu atas kepala dia. 

So guider kedua diperlukan...Ah lebih kurang camni la dia kawal. 
Untuk Package C, trek dia agak jauh and tough jugak la. Nasib baik tak naik sendiri, ada guider. Rasa selamat gittew. Kakaka waklu. Dalam 20 minit macam tu, kitorang sampai la ke Sofia Jane Waterfall tu. Time tu kaki ni dah start sakit dah ni. Dia sakit ala ala kaki cramp. So bajet kaki cramp la. Lama pulak tu. Last last, diorang semua pergi turun kat waterfall tu, aku.....duduk tepi pokok.....buat draft blog....how sad....hahah. 

From left; Farah, Nisah,Farah lagi,Fatin, Balqis, Aliah Wafa (paling kanan, kat belah atas atas sana)

Fariza




Since aku tak turun pun sungai time tu, diorang cakap sungai dia biasa je. Tapi cantik laa. kot. Guider tu bagi dalam masa setengah jam lepak lepak situ. Pastu time nak balik, ingatkan "cramp" dah okay...emmm memang kakak aku bersalin pun tak jalan macam aku tau...So agak lama la sikit nak balik ke base. 

Beg tu la beg laptop, beg tu la bawak pergi gua damai, beg tu laa bawak pergi perak, beg tu laa bawak pergi main ATV. Tolong la belikan aku beg cantik somewhere around may nanti. (kawan kawan perlu faham isi tersirat)

Mula mula ingatkan cramp. So seorang guider ni tolong urut pakai minyak cap kapak. Ending dia, pergh, dia tarik kaki aku memang menjerit laaa cerita dia.

Selesai sesi berurut. Semestinya masih mahu bergambar despite all the pain and suffering (over).

Thanks Faraliy and Fariza tolong pegang bahu and tolong urutkan kaki time ni. Masa nak balik ke base, jalan tak rasa lama. Maybe sebab semua dah penat. Aku dah "ouh, aduih, tsk" dah setiap kali lalu tempat yang bumpy sikit. Guider tu tanya okay ke tak, "eh saya okay saya okay." Padahal.....


Time balik muka dah camharom.










Sebenarnya...aku pun confuse gambar kat atas ni time pergi or time balik. Tapi tengok gaya macam muka penat je semua, aku assume je gambar kat atas ni gambar time balik. Hihihi.






Okay soalan trivia eh; kenapa kaki aku statik je dalam semua gambar lombat kat atas ni? haaaaaaa susah gila kan nak jawab.


To make long story short, sampai kat base pun kaki still tak okay. Makin sakit ada lah. Masa nak tukar baju, pergh sakit nauzubillah oi. Orang yang urut tu dah pelik dah cramp tak hilang hilang lagi. Masa nak balik, dah boleh pulak jadi attraction kat situ, (baca : menangis teresak kerana sakit yang teramat). 


Lepastu balik PJ terus laaa ceritanya. Dalam kereta, amazingly, miraculously, aku boleh gelak sekali bila member aku buat lawak. Siap cakap "wey ni sekolah aku dulu" masa lalu sebelah sekolah dulu. Sampai kat Pusrawi PJ, aaaaaa nak turun kereta paling sengsara.T_T 



Thanks Farah and Farah pergi ambilkan wheelchair, thanks Balqis paksa i turun kereta sambil cakap "memang sakit memang sakit, sabar sikit." Lepastu tolong tolakkan wheelchair. Tapi sorry gambar tu aku tak jumpaaaaa. 

Oh in the end, lepas pergi klinik, petang tu pergi hospital buat X-ray, Alhamdulillah takdak apa apa bone fractured. Maybe something to do with muscle ke ligament ke apa. Annnnnd 2 hari kat rumah i pakai wheelchair uolls. Seronok betei. Siap pergi exam pakai tongkat. Sempat la 2 paper exam pakai tongkat.

Balqis - Thanks tolong bagi semangat waja plkn suruh aku jalan sambil cakap "memang sakit, memang sakit, sabar sikit, jangan layan sakit tu, kau dah jalan sampai sini dah, takpe kitorang ada, aku ada," dan sebagainya. Thanks tolong tolakkan wheelchair. Hahah!

Farahliy - Thanks hantarkan sampai PJ. Nanti aku bayar baki duit ATV and pulangkan tudung kau. hehehe. Thanks tolong pegang bahu time guider tu nak tarik kaki aku. Kau bukan takat pegang, kau tarik aku sekali time tu XD

Fariza - Thanks tolong urutkan kaki, tolong urut camane guider tu suruh uru, tolong belikan meehun. Huaaaaa

Farater - Thanks buat kelakar masa on the way nak pergi toilet tukar baju. Dalam sakit sakit nangis terhibur jugak aku dalam perjalanan nak ke toilet yang rasa macam jauh gila tu. XD

Hanisah - Thanks bawak balikkan kereta ke kolej and pass kan slipper aku ngan eija kat bilik. tehehe.

Fatin Adibah - Thanks tangkapkan gambar aku jatuh. hahah! Sorry gambar banyak tak dapat download sebab aku lambat download, so certain je yang dapat masuk dalam hand phone.

Overall service kat ATV Adventure Park ni sangat okay. Kalau Nora bagi 4 bintang, aku bagi 4 setengah. Owner dia baik, guider dia sangat baik, trek pun okay, seronok (lagi seronok kalau tak jatuh and sakit). Berbaloi duit bayar. Plus shower room dia bersih. Toilet tak pergi so taktau. And dia ada swimming pool sendiri tahu. Haaaaa. Kalau kaki aku tak sakit aku dah jadi mermaid  dugong jadian dah dalam tu. Kah!


Pengajarannya kat sini, sebelum buat apa apa, baca doa. Bukan buat lawak bodoh seperti :

1. "Elak pergi exam pakai tongkat je hari selasa nanti."' *sambil buat gaya pakai tongkat*

2. Farah buat lawak apa tah, tapi tetiba dia pun sekali terkena lawak bodoh dia balik. XD


Okay bye! Next post......haaaaaa. teeeeeetehehehe.




No comments: