Dah kerja ni banyak pulak benda banding banding dengan time belajar. Tapi ni dari sendiri punya point of view sahaja lorh. Hehehe.
Masa;
Belajar - aku taktau la orang lain camne tapi time belajar aku banyak gila masa terbuang begitu sahaja. huahuahua. Kira memang relax habis la. kawan kawan hanya akan nampak aku busy masa besok tu dateline hantar assignment. Termasuk lah FYP. Few days before presentation baru semua nampak aku start buat kerja wuhahaha.
Kerja - krik....krik.....give me back my youth! give me back my life! give me back my freedom! grrrr. Tapi its not that bad actually. Aku kerja shift pagi. Tengahari dah balik rumah. Hews. Tapi still macam orang takde life. Hujan pun taktau kat luar tu.
Workload;
Belajar - workload depends on lecturer and time management kau lah. Kalau aku lagi suka lecturer bagi kerja pastu habiskan time kelas jugak. Jenis yang bagi assignment suruh bawak balik emmm memang sehari sebelum hantar lah baru nak tanya azuan fahim "@fahimBlurpp @azuanwahid assignment dah siap ke? Tanya ghazali sekali." or vice versa. Tapi biasanya fahim yang akan "@aliahwafa email assignment please. nak buat contoh." hmmmmm dah la sampai sekarang tak belanja aku kfc ke apa 6 sem berkhidmat bersama.
Kerja - Minggu ni dah start dah workload macam orang gila sebab tak cukup orang T_T. Banyak kena transfer masuk project baru. Tapi yang okay nye kerja kau habiskan time tu jugak, balik relax takyah nak angkut kerja bawak balik rumah. Weolls bukan macam orang orang management ke manager2 bos bos yang tak reti IT tapi bajet pandai tu okay. Bawak kerja balik rumah, guna VPN pastu connection tak betul salahkan IT. grrrr.
Kawan;
Belajar - time ni la time carik kawan kawan . Hewhewhew. Tapi depends ah jugak. Macam aku took quite a lot of time jugak la nak serasi dengan orang orang di kolej. Hewhew. Tapi kira okay la kalau makan ada member lepak sekali. Kalau sorang pun sekali sekala je. Nak buat heart to heart session sama ada di rumah atau di kolej, nak gelak gelak ngumpat roomate melalui aplikasi whatssapp, nak lepak kedai makan tomyam yang ada katil dan langsir serta kipas, nak dapat surprise sempena birthday kau yang dah berlalu 3 bulan yang lepas dan sebagainya. Hews tbh i miss my girlprengs.
you know who you areeee. lets do this again sometimes. hews |
Kerja - susah la nak carik kawan yang nak jadi rapat kau boleh share serba serbi. Aku awal awal kerja memang diam manjang. Dah masuk second month kerja baru reti kawan dengan orang. Tu pun nasib baik satu kepala. Hews. Dulu guna kite-awak, sekarang gigih tukar jadi aku-kau supaya tak awkward sangat hewss.
Senyum;
Belajar - time belajar aku macam tak kuasa nak senyum kat orang tak kenal kalau jumpa tetengah jalan. Sebab biasanya orang perempuan ni kalau jumpa sebolehnya akan cuba avoid eye contact. Time jalan terbuat eye contact, bukan nak senyum, buat buat pandang phone. Emmm pang kang. Eh cam cakap kat diri sendiri lak hik hik. Kalau lelaki pulak emmm ustat ustat banyak nanti kite senyum keluar tazkirah kang cehwah takde lah. Time belajar aku memang sombong. Haid (period).
[source] |
Kerja - Nak tak nak memang kena senyum just to be polite. No matter how much I hate that one person, jumpa senyum gak, hai jugak. Ah hipokrit betul environment kerja ni. Dah la hari hari kerja menipu user macam satu kewajipan hmmmm. Tapi ye la time kerja biasanya orang senyum kite senyum balik. Vice versa. Kecuali that one time i smiled at one of the team leads at my office, then he replied me with a frown. Lepastu aku jumpa orang terus rasa ragu ragu nak senyum.
Dah la dah ngantuk nak tidur bye.
No comments:
Post a Comment