Hai.
Harini team lead kasi cuti sebab nanti christmas kena kerja wuwuwu. Best betul bila orang lain kerja kau cuti wiwiwi. Tapi nanti orang lain kerja semua cuti heh. Sebab tu aku tak berlagak dekat mana mana laman sosial bila aku cuti hari ni. Satu hari je pulak tu sebenarnya hahaha. Lain la kalau sampai new year TL bagi cuti.
So di sebab kan aku cuti seiring dengan waktu cuti sekolah, mak aku decide nak bawak kitorang jalan jalan. And sebab haritu masa pergi MAHA orang maha ramai, so tak pergi pun tengok rabbit la pony la apa jadah haiwan kat MAHA tu, kitorang decide nak pergi Farm in The City yang terletak di Seri Kembangan. Sebenarnya kalau ikutkan takde la jauh pun dari PJ, tapi ikut saranan waze yang bagi jalan keluar masuk sana sini terus rasa cam nak gi Kelantan dah jauhnya. K over.
Sampai sampai akan nampak souvenir shop. Memang masa mula mula sampai rasa cam "haaa ni ke tempatnya?" Tapi jangan risau, bila masuk memang rasa macam kat dalam farm. Heheh. Harga tiket untuk dewasa RM38 and kanak kanak RM25, tapi kalau tunjuk MyKad boleh dapat RM30 untuk dewasa. Kalau nak tipu kata adik adik umur bawah 12 tahun, sila sediakan kalkulator untuk menjawab jawapan "mereka lahir tahun berapa?" bhahaha. Jangan jadi cam kitorang, kantoi pulak adik 14 tahun, tapi kata 11 tahun. Sekali orang kaunter tanya, "lahir tahun berapa?" '2001'. Krik..krik...sila kira pakai kalkulator sekarang. hihihi.
Ni kat depan souvenir shop. Beli beli tiket semua kat dalam. hihi. Dah beli tiket semua, first section ialah kura kura. Mula mula ingatkan ada dua tiga ketul je kura kura, pastu bila bagi makak taknak pulak tu. Hmmm. Sekali jalan depan depan ada banyak lagi kura kura macam macam jenis dalam akuarium besar. Hihi.
|
Dia taknak makan. Orang tu kata dah kenyang. |
|
Sama taknak makan, |
|
Bulbasaur yang dah berapa kali evolution tah. |
Lepas section kura kura, ada section burung pulak. Kat sini nanti dia letak makanan burung kat tangan kita, pastu hulur je tangan tu. Berduyun duyun burung datang. Serious takut okay sebab kaki dia cengkam cengkam tangan kite, pastu beaks dia patuk patuk tangan kita sebab nak makan. Aku je bising sebab takut. Malu T_T
|
Takut T_T |
|
okay pic ni taknak besarkan. Aku nak copy URL pun seram seram sejuk pun. Taken at this blog - adi sarah berkisah |
|
Grrrr ambik kulit buat handbag dengan kasut kang baru tau. haaa. |
Okay aku malas nak fikir lepas ni section mana lepastu section mana so aku upoad je gambar banyak banyak terus. Hihihi.
Ohhhh ada lagi satu section kitorang pergi, tapi tak sempat tangkap gambar sebab takut. Sectio kambing ngan rusa. Kambing ni bukan jenis ngembek tepi jalan kecik kenoet je okay. Ni kambing besarrrrr. Perangai panjat pagat cam kucing okay. Ni memang tak sempat ambik gambar sebab takut. Hahaha. Tapi video ada la. Tapi rajin pulak aku nak upload tunggu lama lama. Google je lah jap eh. Hews.
Passion fruit garden ni takde apa sangat. Tapi ada la buah dia juntai juntai kat atas. Hehe. Mak aku nak petik sebijik, siap tanya orang tu lagi. Tapi dia pun cam hesitate je nak bagi ambik. Sebab takut boss nampak katanya. Kalau cemtu takpe lah mak kata, last last tak ambik. Heheh.
|
Besar uolls. Nak jugak rasa sebenarnya wuwuwu. |
Bawah ni tasik ada angsa angsa semua. Tapi sebenarnya aku tak perasan pun tasik ni. Hahaha. Tengah sibuk buat apa tah. Tapi belah sini angsa, belah lagi satu ada fish feeding. Ikan koi cantik cantik.
|
Canoe tu tak sure boleh guna ke tak. |
Kitorang sampai pagi by the way. Kalau show burung ke otter ke tu semua tengahari. Ada fennec fox feeding, tapi tu pukul 12 sampai 4 tak silap. Dah la comel sedih tak dapat tengok. T_T. Dalam cage dia tidur je. grr comelnye.
|
Fennec Fox. Terpaksa google sebab gambar sendiri hampir tak nampak. [source] |
|
ostrich's eggs. |
|
white crow. wewuuuu. |
|
Eh ni gambar bird feeding tadi. |
|
well tak jumpa, scarecrow tengok dari jauh je. hews. |
Jalan jalan lagi. Ada rabbit ngan guinea pig pulak. Memula ingatkan takleh pegang. Sekali eh ada pintu masuk ni. Hewsss. Bestttt sebab dapat pegang and bagi makan rabbit ngan guinea pig besar gila. Mak cakap orang terengganu panggil arbok.Tapi bila google arbok keluar arbok pokemon pulak. Nasib tak keluar arbok pondan. Eh?
|
*gigit* |
|
Tengah dating kene kacau, memang dia abaikan la daun tu. Hehe |
|
Geram sebab dia taknak makan. |
|
Makan leeee. |
|
Sian makan daun kering je T_T. Guinea pig tu makan comel je. Hews. |
|
Sian kene boikot tinggal sensorang T_T nasib baik comel grr. |
|
Arbok feeding. |
|
Ni pekerja kat situ bagi untuk tangkap gambar. Aku saje je tanya
"Will it bite?"
'Come onnn its rabbit'
|
Jalan depan sikit, ha ni la tasik yang tadi tu. Tapi kat bahagian sini banyak gila ikan. Nanti pekerja kat situ bagi makanan ikan, pastu campak. Tu jadi macam kat bawah ni. Mak aku bagi cadangan suruh bawak balik satu biji makanan ikan tu, nak tengok kucing kat rumah makan ke tak. -.- hahahah.
|
Saje bergambar depan rumah orang. Best gila diorang rumah kat situ aman je kot. |
|
Kid at heart okay walaupun luar muka semua dewasa. hews |
Lepastu ingatkan dah habis pusing dah. Sekali jalan belah depan sikit, jumpa ponies raccoon dan haiwan haiwan di bawah ini. Hew. Yang kat bawah ni raccoon. Ya Tuhan comel sangatttttt seriouslyyyyyyyy. Mula mula macam takut nak bagi dia makan, sebab nampak macam tajam je kuku ngan gigi dia. Tapi kakak aku paksa jugak bagi makan sebab nak tangkap gambar.
|
Comel sangatttt dia pegang slow slow je tangan kite pastu makan Takde gigit gigit ke apa. |
|
alololo comel sangat rasa nak bawak balik je T___T. |
Oh by the way makanan dia cam makanan kucing je. Friskies ke apa tah. Ha kira boleh la bawak balik rumah, makanan kucing banyak kat rumah ni. Hewww.
|
ARGH COMEL NYEHHHH T___T |
|
Okay ni taktau siapa ambik gambar ni. Tapi yang penting, comel jugakkkk T_T |
Okay siapa dapat teka haiwan bawah ni dia memang terer lah. Okay malas ah nak teka teki sangat, haiwan bawah ni skunk weh. Skunk. Yep. Pelik kot skunk bukan warna hitam putih ke biasa nya kan. Semua cam pelik skunk kaler ni.
|
Iguana ni. emm tak minat so biasa biasa je. huahuhua |
|
Weh landak dia besar gilaaaaaa. Biasa nampak kat petshop kat bandar seri putra tu kecik je. Ni besar okayyyy. |
|
Ni macam kancil la. Apa tah nama dia tadi tak ingat. hews |
|
Again, merak yang taknak kembangkan belakang dia tu. |
|
Burung ni garang. Uncle tu acah acah kacau dia pun dia nak patuk. Garang uolls. |
Okay rasanya banyak jugak haiwan kitorang missed tadi. Ada kucing hutan comel sangat tapi tak nampak sebab dia tidur. Parrot ada tapi kitorang tak ambik port sangat sebab cam banyak lagi haiwan lain yang best dari parrot. Eh? Hahahaa. Ayam pun banyak tadi tapi kitorang cam "oh ayam. K. To KFC we go." wiwiwi,
Over all okay la tempat ni. Even kalau hujan renyai renyai pun jangan risau, dalam tu hujan tak rasa sangat, Tempat tu redup so need not to worry, takyah guna payung pun hewhew.
Lepastu most all of the animals boleh pegang and bagi makan. Patut la kadang kadang ada yang taknak makan sebab orang datang asyik bagi makan je. hihihi. Tapi rasanya sesuai kalau pergi pukul 10 - 11 camtu la. Sebab datang pagi pagi banyak haiwan tidur T__T
Okay aku pun nak kena tidur dah besok kene kerja kul 4 pagi T____T
No comments:
Post a Comment