Tuesday, June 4, 2013

of games and life

hai.

harini memang takdir aku untuk duduk depan laptop dan main game dari facebook yang bodoh bodoh tapi addictive. Seharian (hampir) main game, tiba tiba terfikir satu benda. Oh antara game yang aku main, (ya concept sama macam jewel quest ke ape tah dulu tu);



1 . Candy crush saga.

Siapa main game ni akan tau betapa annoying, addictive dan sakit hatinya bila lagi sikit nak complete quest, tapi tiba tiba steps dah habis. Or tiba tiba ada time bomb yang gila. Or Chocolate yang tak habis habis nak beranak kalau tak letupkan dia. And bila tetiba lives habis dan terpaksa mintak dekat orang kat facebook, or tunggu 2 jam setengah. (biasanya aku cepatkan jam phone 2 jam. hewhew).

2 . Farm Heroes Saga. Game dari company yang sama, concept pun sama macam candy crush. Tapi lagi comel.

3 . Jelly Glutton. Concept game pun sama.

So antara ketiga tiga ni paling bosan adalah jelly glutton sebab senang sangat. Lepastu lives susah nau nak berkurang. Macam kita kalau main mesti la ada target nak berhenti main kan bila lives habis. Tapi tak habis habis jugak lives. Boring la takde cabaran. (ceyywah)

Yang annoying tapi addictive adalah candy crush dan farm heroes. Walaupun dia susah, tapi kalau sekali lepas satu level tu, rasa macam ah best gila. Heaven. Setelah beratus kali try nak habiskan satu level. 

Macam hidup la, kalau semua benda senang takde susah, macam bosan la. (kecuali assignments and presentations. and money). Kalau yang susah dapat, kita appreciate benda/orang tu lebih. (eh kenapa kena ada orang kat sittewww hewhew). Lives tu kira macam chance dalam hidup la. 

Orang yang bagi lives tu kira macam kawan sebenar. Sanggup gadai nyawa untuk kawan kawan dia. K tipu. Kawan aku tak ramai yang main candy crush, aku selalu mintak kat sesiapa yang aku nampak aktif je main. hewhewhew. 

Hoi kau ingat ni Sonnet 18 ke Sehijau Warna Daun ke nak bagi bagi perumpamaan macam komsas ke literature ni?! Kemain main games siap boleh buat perumpamaan macam macam.

Dah ah bye.

p/s : jangan lupa main farm heroes saga okay. nanti bagi lives kat fb. hewhewhew

p/s : pehal tah rajin post sampai hari hari. 

p/s : sebenarnya sebab tengah cuti sem, bosan sensorang kat rumah dengan opah je.

p/s : takkan nak ajak opah main candy crush or farm heroes pulak kan?

kbai.




2 comments:

Khai♥Rin : anies said...

sm la kita CSC tu adoyaiiiiii...
cepatkan jam phone????

_aliahwafa_ said...

yup, cepatkan jam phone 2 jam, terus dapat 4 lives. hehe