Friday, December 6, 2013

Anugerah Kecemerlangan

Hello.

Hari ni kat kolej X ada anugerah kecemerlangan. Yea....orang lain cemerlang dari sem 2 dan ke atas, aku sem 5 baru nak cemerlang. Tu pun takde siapa tau pun. I dont really care anyway. Tapi its kinda sad when no one congratulated/celebrated me. hahah. padahal result sentiasa rahsia tu.

Anyway, aku pernah dapat sekali je anugerah kecemerlangan. Masa darjah 2. Anugerah kecemerlangan sebab kedatangan tahun tu penuh. Cemane boleh penuh tah. Kalau camtu time foundation aku patut dapat anugerah kedatangan penuh dengan X la kan? Eh? mihahah.

Okay la dah tak ada apa nak cakap. Bye.

Tuesday, November 26, 2013

Sem baghuuuu

wuyo wuyo lama gila tak type. its been a month or two since i last touched my laptop. no seriously. it feels a lil bit awkward typing. haha. laptop rosak sepanjang cuti sem. i thought i was gonna die, turned out i survived my semester break. its not that bad living without one. tapi dah start sem memang kena la, cause all the bloody works need to be done!

hopefully this semester will be the last semester for me. and my friends. cant wait to finish this freaking semesterrr. then after study what to do? hennntahh la kak jahhh. if this was last year, id surely said "lepas study, kahwinnnn!". kakaka. tapi nak buat camno, cintaku tertinggal di putrajaya bro. eh eh eh kakaka. *lap air mata di tubir mata*.

mannn its been a year already, move on leee. 

so anyways, hopefully we'll pass this semester with flying colors. kemain. especially final year projecttttt. eja je pun dah menakutkan. brrrr. serem.

okay la babai.

Thursday, October 24, 2013

Alahai emak kahwin kan aku lalala

Hai.

Eh cemane eh nak menaip gua dah lupa sejenak. Maklum la sejak cuti kerja sana sini. Turun naik tangga sidai kain teman opah pergi sana sini. K over. 

Okay tak tau nak intro apa. Eh kena eh? Ingatkan lagu je ada intro. Pada hari Jumaat yang lalu, bersamaan 18 Oktober 2013, satu kursus pembangunan keluarga telah diadakan di kolej saya, ya'ni Kolej X. Kursus pembangunan keluarga tu apa? Kursus kahwin leee. 

"Eh, awalnya ambil? Dah nak kahwin dah ke?" dan soalan soalan yang lebih kurang sama ditujukan oleh kebanyakan orang. Emmm....macam biasa la, kolej X dan perkataan wajib berpisah tiada, bagai aur dengan tebing bagai isi dengan kuku bagai melepaskan batuk ditangga bagai pungko.......eh salah, pungguk rindukan bulan. gitteww. Tapi paksa paksa pun okay jugak la sebab ambik dengan kawan kawan. Ada geng ambil sekali. tehehe.

Kursus ni diadakan selama 2 hari. Setengah hari jumaat, Satu hari Sabtu dan setengah hari Ahad. Pergh boleh tahan terer jugak aku kira, kahkah. Jangan memain ya, matematik time foundation gua A okay. Time degree jangan tanya la tapi. Statistic segala jadah pulak tu.

Sepanjang 13 slot telah diadakan sepanjang 2 hari kursus tersebut berjalan. Kalau kursus kahwin, biasa la, lawak semua nak yang lawak orang kahwin je, terus tukar warna bendera Perlis otak aku tau lepas habis kursus kahwin. Kalau tak faham sila abaikan. Siapa google warna bendera perlis dia fail sejarah/geografi! kahkah.

Beg free. Tapi pen tak ada. Hmmm.

K nak kahwin nanti baru baca la buku gerbang perkahwinan tu. Selagi tak kahwin, baca doraemon dulu. Kbai.
Oh ya ketiga tiga belas slot tersebut adalah:

Pengurusan Masa dan Kewangan - Penceramah tak ingat siapa. Bab bab ekonomi ni lemah sikit laa. Walaupun penting, tapi memang lemau la. Tu je.

- Talak dan Kaunseling - Kelakar gilaaaaaa aku bagi 8 dekat borang soal selidik tu. Orang JAIS penceramah dia. 

- Barakah & Rahmat Sebuah Perkahwinan - Kuliah subuh......So......zZzZzZzZzZ.....Pagi tu bangun pukul 3.30 pulak ada qiyamullail. Walaupun.....tak semua yang qiyam, tapi masih ada yang tweet salam qiyamullail. if you know what i mean. kakaka

- Pengurusan Kesihatan Diri & Keluarga - Yang ni pun best gila. Maybe best or tak depends on penceramah kot. Tau tak, Nabi Muhammad minum air mula dari pukul 6 pagi sampai 7 malam je. Malam baginda minum segelas susu kambing. Haaaaa. Aku pun baru tau. Best best pun sempat la tidur kejap. tehehe.

- Ibadah dan Taharah Suami Isteri - ZzZzZzZzZzZz......sebab time ni dah petang, memang lemau la cerita diaaaaa. 

- Prosedur Perkahwinan & Undang-undang - Ni best gilaaaa. Ustat dari JAIS yang masuk air. Tak tau nama dia, kat borang soal selidik tulis Ustaz Stress je sebab dia selalu sebut stress.

- Akidah Asas Kesejahteraan dalam Rumahtangga 

- Pertunangan, Perkahwinan, Tanggungjawab Suami Isteri

- Tekanan Konflik dan Penyelesaiannya

- Akhlak, Komunikasi Terpuji suami isteri

- Hubungan keluarga Kandung & Mertua sebelum selepas kahwin

- Isu-isu kehartaan dalam perkahwinan

- Psikologi Alam Rumah tangga

Okay dah malas nak describe type tajuk je la. Overall kursus kahwin ni banyak cerita pasal pengalaman orang yang dah kahwin, untuk dijadikan pedoman hidup. Gittew. Dapat penceramah yang kelakar, memang seronok la. Sampai terjatuh jatuh handphone aku sebab ketawa sebab kelakar sangat. Dapat penceramah yang serious........faham faham je la. eheheh.

Ni time slot kesihatan tu. Tu ambik nombor phone tu, call. Nanti dia tau boleh diagnose kau sakit apa. Tapi kena bank in duit dulu la cerita dia. Orang tu la kata.

Weolls dua orang je yang sesat kat Audi A (bukan nama sebenar). Yang lain (housemates) semua di Audi B. sobs


Shapa if youre reading this, remind me to whatsapp you my account number, huahuahua.
kerana berjalan kaki di malam hari memenatkan.

So kesimpulannya, dalam tiga belas tiga belas slot tu, mesti ada slot untuk aku tidur. Maksudnya, dalam satu slot, aku akan buat slot tidur sendiri. Lulz. 

Malam habis kursus kahwin tu release tension (amboi tension benor ke kursus kahwin nya) lepak before memasing balik rumah. Ada pulak dah balik awal kemain lepas kursus kahwin tak sempat rehat dah kena kemas beg. Ngahahah.

Best housemates everrrrr. Kalau boleh nak sama rumah lagi sem depan :(
(tiada dalam gambar - Farhatun dan Maisarah)
I thanked Allah for all these fun, caring, loving and annoying people around me :P 

tsk annoying tu gurau je lah.

Okay dah tu je byebye. Saya sudahi post saya dengan serangkap pantun budi, kahkah;

Pohon beringin pohon meranti,
Kita kahwin jemput la nanti.

Ok baru boleh bye. :D

*sumber gambar daripada phone sendiri dan madihah dan dari siapa tah diorang ni share kat whatsapp*

Monday, September 16, 2013

Of cats and fireworks.

Hai.

Percaya tak, cuti dari hari jumaat sampai isnin, tapi gua gagah tak balik rumah sebab nak buat assignment? Yeah. Takde siapa nak percaya pun. K. At least siap la jugak dua assignments dalam masa jumaat sabtu ahad ni. Kalau kat rumah memang tak le.

Anyways, selain assignments, waktu waktu senggang juga diisi dengan pergi ke Putrajaya menghadap segala festival yang ada kat situ. Okay la dua je festival kitorang pergi, International Fireworks Competition and satu lagi Festival Kucing Putrajaya 2013. Cuti juga dimanfaatkan dengan pergi wedding lecturer di KL. Lecturer orang lain pulak tu. mihmihmih.

View dari PICC. Gigih kau nak tengok bunga api. 

Lepastu hujannnn. Kaitan sangat caption dengan gambar. 






Dalam lift laa baru boleh tangkap gambar sesama. Luar golap nau.

Tak banyak pun gambar time bunga api. Banyak rakam dalam phone. Ok sebenarnya banyak tapi gambar je la, bukan kau boleh click play nak tengok bunga api tu pun. 

My kind of heaven. HIHIHI

Macam kucing Ninja boys yang gelak hemoh hemoh hemoh tu. Ke tu anjing? Entah la.

Kucing memang sombong. Macam Kwang (kucing sendiri) jugak. hmph.

comellll. Next coming photos will have the same caption. *copy comelllll tu*

Kebanyakannya perempuan la. Hehe

comellll

Kucing 4kg? no problemo. Baby 4kg? "Wey cepat la ambik dia, dia nak jatuh laaa. Dia makan pin tudung aku. Dia lapar, nak mak dia."


Berapa kg tah. Beras lagi ringan kot. K tipu.

comellll. For sale.

Hai. Harga diri iolls RM1500. Beli lah iolls. 

Eh rasanya yang ni la 4kg. Kot la. 
comellll

mak cakap pipi jerawat sebab biar kucing duduk atas katil kat hostel.

comellll! No bukan kau Bee, kucing tu je.

Look how motherly i look when it comes to cat. 

Garangs. But still comellll.

Sorry senah baru start nak ada gambar kau.

Banyak orang buat photoshoot wedding sini. Nak jugak la nanti. Eh eh eh eh.

Sorry ain, baru nak ada gambar kau. 

 baru perasan budak tu pakai kasut tinggi! hahaha

Eh rasa cam lepas ni ada orang tukar twitcon or DP dia lah. Instinct aku kuat ni.

Selamat Hari Malaysia.

Tauke Yeos taknak buat contest iklan ke? Ni candid ni sumpah.

Tauke Yeos taknak buat contest iklan ke? Ni candid ni sumpah. (2). Jenis malas nak type. bhahah
Thanks for coming into my life. cheywah. 

Till jannah. Apa kau ingat couple je boleh? Kawan tak boleh? Ngahaha

Terima kasih sangat engkorangs for today. Serious terharu. Ajak pergi festival kucing terus hilang (sikit aaa) sedih dari pagi.

Bye.

Friday, September 13, 2013

Derma darah and contest teka berat.

Hai.

Eh tak lah, siapa kata derma darah bulanan kami? Gila ape ? :O Okay maybe aku yang gila. So anyway, ni kira first time laa derma darah. Dah banyak kali dah kat sini (baca : kolej) kalau ada event, mesti ada booth untuk derma darah. Sebelum sebelum ni memang nak pergi, tapi..............apakan daya.......... masa tu takde kawan........... i was all alone at that time. okay, alasan orang penakut. eh tapi memang sentiasa sorang je. *sobs*.

Sem ni baru bersemangat nak derma dara, eh darah, since housemates semangat ajak pergi derma dara, eh darah. Tsk samy vellu stop confusing me! 

Syarat syarat menderma darah.


Sesi carik IC. Tu senyum cuak tu, bukan senyum cover. Rasanya la. 

Kalau berat badan less than 45kg, tak boleh derma. So, nanti gua buat contest teka berat okay, dah bagi clue dah ni. kakaka.

"Kamu tau tak darah kamu jenis apa?"

Saya rasa A. Last check time kelas Biology masa form 5.

"Darah kamu B."

Oh ye? K.

Dak dak darah O. Dah pahal macam show off result SPM ni? 

Check blood pressure. Tapi Madihah tak boleh derma sebab seminggu sebelum tu dia selesema.






Masa check blood pressure dia akan tanya soalan soalan seperti "pernah buat seks atau tak?" "tengah hari makan apa?" "Tidur pukul berapa,bangun pukul berapa?" Jawapan yang paling malu nak jawab adalah tidur dan bangun pukul berapa. Tu baru akak pusat darah negara, kalau future bakal mak mertua buat check up tanya tidur pukul berapa bangun pukul berapa, harapnya dah tak macam sekarang le jawapan nya. Hiks. 

Mampu tengok nurse tu masukkan jarum. Masa aku kena cucuk mata pandang ceiling je, takut punya pasal.

Sempat pray4. Untung laa duduk sebelah sebelah boleh borak borak. 

sorang derma satu bag je. bersamaan berapa pint darah? henntah.

Lepas keluarkan jarum, dia bagi rest 10 minutes. Takde la lepas lepas je cabut jarum , lekat plaster cepat cepat nurse tu terus"hoi bangun bangun, banyak lagi orang nak derma darah."

"Senior". Dah second ke third time derma darah. 

Sample darah penderma rasanya. Taktau pape sebab tak pandang langsung ape nurse tu buat sebelum dan selepas dia pegang jarum.

Time ni dah, relax brader brader relax...hehehe. To be honest aku tak pernah dengar lagu tu yang original punya. Pernah dengar/tengok orang nyanyi/tulis je.

Dapat ni. Yeay. Kira macam log book la untuk derma darah. Amboi kemain. 


Effect dia lepas derma, tangan kebas  kebas camtu je laa. Saje mengada tak gerak langsung tangan kiri mula mula, konon teruk sangat effect dia sampai Ain bengang kat kitorang sebab mengada :P. Lepastu malam tu orang lain pergi PKK gua tidur kat bilik. Ain kata sebab derma darah. Rasanya kalau tak derma darah pun..........pernah je tidur lepas maghrib camtu. Wuhahaha. 

In a  nut shell (amboi ayat essay SPM), derma darah best! Hehe. Sebelum derma sejuk sejuk tangan isi borang. Nak test darah apa pun dah cuak. Tapi bila dah derma tu best la jugak. Rasa cam, "yeay dah pernah ada experience derma darah ^^) !" 

Okay first timer memang camni, excited tangkap tangkap gambar bagai time derma darah. Tehehe. Terima kasih madihah dan ain yang tak derma darah tolong tangkap gambar weolls derma darah. 


Bye.