Wednesday, February 8, 2017

Aishah Radhiah Spa Experience

Hi.

Haritu masa sebelum kahwin, aku memang tak sempat nak buat spa ke apa. Even beberapa jam sebelum kahwin boleh pergi laminate tanda arah jalan wey. sedih! hahaha. so, haritu saja ambik cuti hari jumaat, tanya kawan, ada yang free. Terus baca blog2 carik spa muslimah yang best best. Aku pergi berdua je dengan farah sebab yang lain kerja. Farah sebab dia kerja kat Johor so jum'at tu cuti.

In the end, kitorang decide untuk pergi Aishah Radhiah Spa cawangan Bangi. Sebab baca review banyak yang okay feedback. Plus price range dia okay. Ehehe. Waktu first datang, diorang baru nak bukak. Untuk interior deco, personally masuk2 tak rasa macam masuk spa sebenarnya hahaha. Tapi sebab dah beria booking kan. Redah je lah.

Kitorang ambik package permaisuri. Tapi dia bagi cadangan suruh facial tu suruh buat chocolate facial, tambah RM50. and sebab kitorang nak try sauna - RM30- jadilah total RM330 sorang. Sebelum tambah dah siap2 tanya boleh pakai debit ke tidak sebab keluar duit cukup cukup sebenarnya hahahha.


PROS : 

- masseuse dia sangat friendly.
- explanation yang jelas.and pandai marketing. pros untuk dia, cons untuk duit aku hahahha.
- masa facial dia bagi tips nak jaga muka
- facial dia best. sangat best. licin hidung aku,
- bersih
- ada tempat solat, siap dengan telekung

CONS : 

- bilik yang kitorang buat facial cam takde privacy
- dengar diorang berborak sesama sendiri
- there was someone else inside the room, aside from the akak2 yang urut kitorang. sangat tak comfortable lah. 
- takde privacy sebab orang boleh keluar masuk bilik tu. anak mintak duit, anak dapat kerja etc etc etc.
- urut sakit nak mampus. hahaha. dia kata kaki kiri aku tegang, lagi sakit lagi dia urut. padahal sebelum urut elok je. ni sekarang lagi tegang aku rasa kaki ni adalah.


lagi satu aku kecewa sikit bab toilet, haha. okay la toilet dia bersih. tapi aku expect shower, sekali ada tempayan, and tempat buang air. kira macam kau mandi kolah la. version kecik. taktau la kot toilet spa lain pun sama. sebab kitorang first timer kan pergi spa. 


nak pergi lagi ke idok? maybe boleh try cawangan lain kot. sebab yang kat bangi punya macam takde lah besar sangat. kitorang tengok kat banner yang Damansara punya branch macam cantik lagi. 

Tapi personally aku rasa nak try spa lain kot. Tunggu gaji lah tapi. Nak try hannan medispa, website macam tak berfunngsi. Tak membantu langsung. Haih. 

okay bye. 

No comments: