Thursday, August 20, 2015

Pengalaman pertama beli barang kemas


Hai.

Haritu aku dan pasangan (lol taktau nak bahasakan boyfriend sendiri apa) ada bincang untuk beli cincin sebelum family dia datang rumah. Kira risik pakej tunang sekali la. cause i dont like the concept of malay punya adat tunang. Not that im against it though. Rasa cam tah, membazir sikit la. heheh tapi depends on masing masing punya point of view lah kot. tehehe.

So haritu kitorang sebenarnya plan nak carik hujung bulan ni. 30 haribulan 8. Sekali ada orang tu tetiba whatsapp di awal pagi (pukui 9 lebih takdak awai sangat lah kot) kata nak carik cincin lepas balik kerja. kemain google kedai emas dekat petaling jaya. Tanya mak, dapat greenlight, kereta okay boleh sewa (i bayar duit minyak okay, kire sewa la kekeke) terus setuju.

Mula mula plan nak beli dekat kedai emas W dan P bukan nama sebenar, tapi ada dengar member office cakap, biasanya diorang campur emas tu. Terms campur ni kire elok2 dari berkualiti, turun sikit la kualiti dia. Or range harga dia entah la aku ni tak pakar bab emas2 ni. Balik rumah cakap ngan mak nak beli kat kedai emas atas tu, terus cakap "boleh percaya ke? haritu ada cerita dalam dia letak besi bagi berat, luar salut emas. Carik kedai lain la.."

Tanya balik kedai sri pinang okay? Sebab haritu macam ada survey2 situ. Beliau terus mengiyakan dan menyetujuinya. Balik kerja, ambik paeh kat LRT, zooom to PKNS Shah Alam we go. Shah alam biasa la jam dia fefaham je lah. Sampai sana,sambil carik kedai emas sri pinang, sambil tu tengok banyak gak kedai emas lain. Tapi sedikit kuciwa sebab, kedai emas sri pinang tengah promosi emas putih so memang emas yang emas tu takde stock. Huwaaa kalau ikut hati memang prefer emas putih, tapi hurmmm semua orang kata emas kuning tu lagi ada value. tapi cantik pe T_T

semalam masuk semua kaler putih sobs. and time tu tengah promosi cincin lelaki. (gambaq ambik kat website dia ja)


Pestu jalan jalan nampak Habib jewels. Terus masuk. Sebab so far tak pernah dengar cerita buruk buruk lagi la. Nasib baik paeh nampak matang and pakai pun baju orang kerja, smart. Kalau aku masuk sendiri mesti orang ingat "eh adik ni ada ke duit masuk masuk kedai emas ni?" T___T

Sebab ni first time beli  cincin, kitorang mintak tolong orang kedai tu explain. Dia explain la, yang satu side ni belah rotan, bawah belah rotan tu untuk nikah. Time tu la baru nak tau jari saiz apa pakai semua. Try try, ambik saiz 15. tapi design cincin yang aku nak tu size 24. Bayangkan la berapa banyak beza dia T____T. Sebab kan belum ada yang berkenan, kitorang decide nak survey kedai lain dulu.

contoh cincin belah rotan. taken from [link] nooo im not gonna show mine here.


seriouslyyyy dulu ingatkan cincin belah rotan betul2 diperbuat dari rotannn [link]



lagi satu kat PKNS ada dua kedai melayu. Kedai emas first pergi. Datang duduk, paeh yang tanya. "Size 15 yang belah2 mana?" Emmm akak tu pun cam tak sure. Pestu aku pun buat2 ramah nak tengok cincin tu cincin ni. Tengok akak ni diam je, emmm terus bagi alasan "kejap lagi datang balik lah" cerita dia. Depan sikit ada lagi satu kedai emas. Datang2 dia tanya pakai saiz apa. Okay ni kena terangkan dalam bentuk dialog.

Akak ; Ni saiz berapa pakai ni?

Me : 15 :)  <  nak tunjuk aku senyum time tu.

Akak : Eh 15 ko ni? Takde lah akak pakai pun 12 takkan awok 15?

Me : Eh betul akak, 12 kecik saya tau la. :) < still smiling

Akak : Mana tau pakai saiz 15 ni?

Aku diam je malas nak layan akak ni. Takkan nak cakap baru tau tadi kat kedai habib jewels pulak kan. Paeh jawab "dia memang dah biasa pakai saiz 15 ni kak."

Paeh : Yang cincin saiz 15 kat belah mana ni kak?

Akak : *she ignored his question and took one ring and said cuba test ni?

Me : *Innocently tried the ring.* ni size berapa ni kak?  :/ < senyum dah senget sikit

Couldnt remember what the size she gave me but it wasnt 15!!!

Paeh : Yang size 15 kat belah mana kak?

Akak : *Still ignored him* Cuba try yang ni pulok?

Me : Ni size berapa?

Akak : Kejap nak tengok. *sambil keluarkan alat ukur size cincin tu*

Couldnt remember how many times my boyfriend asked for a size 15, she doesnt seem to listen though. Time tu aku dah cuit cuit paeh dah, sambil cakap "takpe lah kak lepas maghrib kitorang datang balik."

Tetiba akak tu boleh pulak "Lepas maghrib kedai akak tutup dah. Takdok dah la." Lebih kurang macam tu la jawapan dia but it sounded annoying to me. The way she treated us, it wasnt that bad. Tapi macam "aku tuan kedai emas aku tau la apa aku buat." heh.

In the end, we went back to Habib jewels. Took some time for me to choose one. Susah sebab dari awal dah aim yang cincin saiz 24  tu T_T

Tapi Alhamdulillah dapat beli satu cincin belah rotan. Rupanya cincin risik/tunang memang belah rotan. and belah rotan ni mostly simple je design dia. hehehe.

And puas hati dengan orang kedai Habib jewels sebab very helpful and tak bajet bajet macam akak kedai tu. hahahha. Hopefully everything will go smoothly for us insyaAllah. Baru first step. Baby steps bak kata orang putih  hehehe.