Thursday, August 21, 2014

Beraya di Laman Seni, Shah Alam.

Hai.

Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin guys and gals. Ceywah lempang kang. Awkward pulak nak type blogpost dah lama tak type. So anyway, raya tahun ni walaupun tak pergi mana mana sangat sebab dekat rumah mak jaga kakak yang sedang berpantang, tetapi tidak dinafikan ia tetap meriah. Okay ni kalau cikgu BM (mak sendiri) check ni memang fail ni.

So hari Jumaat haritu aku pergi ke Kolej X kesayangan untuk hantar report, check in hari Jumaat, check out hari Ahad. Mampu kau check in check out macam hotel? Free kot. Hehehe. Konon konon nya nak konvoi raya lah, tapi sebab semua orang macam busy, jadi kami membuat keputusan untuk ke Laman Seni, Seksyen 7 Shah Alam. Lepas beraya dua buah rumah. (sebab hujan, nak tangkap gambar takleh, so yeah. hehehe)

Handphone baru oi. Tapi cam camera lama jek. kakaka bye.


L to R : kak Tyra, kak Muinah, Kak Zahidah, Miss Kaliza, Puan Khodijah, Me, Hasnah.

Tu masa nak hantaq report. Besoknya pergi raya rumah Hasnah Kasiran kejap. Last minute katanya, dah kat simpang baru kata nak datang raya. Tapi takpe lar, sedap jugak teh o panas minum time hujan hujan. Kira pass la ni orang nak masuk meminang dah pandai buat teh. Tehehe (promote kawan).

Me and parhaton. Ada gambar lain tapi random picked je yang masuk dalam Google Drive, tengok2 ada satu je. 
Dari rumah Hasnah ingatkan nak raya rumah Mya, sekali si Mya balik kampung pulak. Dah tu tanya kampung kat mana dia macam risau "kau nak raya rumah nenek aku ke?". Hmmmm fine mya fine. Sila belanja chicken chop sedap kat murni. hihihi. So lepastu call la Rabi, nasib baik ada kat ghumahhhh. Yeayyy kalau tak sedih je nak raya semua orang kata takde kat rumah. sobs sobs.

L to R : Me, Rabiatul, Parhaton, Hasnah, Eija. 

Fountain dah takdok, takpe, gambar mesti diambil. (kaitan sangat)

Candid. Pandai kite tangkap gambar :')
Dari rumah Rabi baru pergi ke Laman Seni Shah Alam. Rupanya Rabi kata ada dua, yang lama kat Seksyen 2, and yang baru kat Seksyen 7. Kitorang pergi seksyen 7 dulu sebab dekat dengan rumah Rabi. Pastu baru plan nak pergi Seksyen 2.

Gotta admit, i went overexcited seeing all those creative arts and paintings. Terus tangkap gambar poyo poyo. Mengaku gedik ni mengaku. Beberapa orang jugak la cakap camtu. Bhahaha.




As-solattu khairum minal facebook ya habibi ya maulana.




Hippo tu yang tiru kittew!

Alices in Wonderland.





Beatles tak jadik. 

Dah boleh jadi models visit-my-ig! dah ni. hikhik

Ada orang cakap time gambar ni je kittew kurus. Kalau camtu forever gua pose camni je lah. kehkeh.


Hyper muslimahs are hyper. tehehe

The only group photo of 5 we had. sobs sobs. 

Bawa~ daku pergi.

Takleh solat duduk luar masjid je. 

Next time datang kena bawak dadu nih. 

"Ngaaaaa :O"


Lompat tak jadik.


Look how diva i looked like in this photo. bhahaha muntah.

Okay sebenarnya banyak lagi gambar lain. Tapi masa mencemburui daku (tiru), so silalah pergi ke Laman Seni seksyen 7 Shah Alam tau tau tau. Lepas ni nak pergi kat Seksyen 2 pulak lah. Hehehe. Oh lupa nak cakap ada satu tempat kitorang tak dapat tangkap, kat gambar cermin pecah pecah sebaba da sekumpulan amois tak reti reti nak habis bergambar. Lagi satu dekat gambar payung warna warni. Sebab ada pekerja pekerja kedai lepak betul betul sebelah payung2 tu so macam segan lah kan nak posing. Benci dong ah.

Okay bye! 


2 comments:

nabila said...

rindunyaaaa. bila nak gi seksyen duaa. hahaah

_aliahwafa_ said...

yang tu kena tunggu next year la raya rumah rabi. hihihi