Friday, January 24, 2014

Beraktiviti di Gua Damai Extreme Park amboi tajuk macam karangan Darjah 3

Hello.

Pada hari ahad yang lepas , yang bertarikh 19 haribulan Januari 2014, saya dan beberapa orang rakan telah menyertai aktiviti ekspidisi gua damai yang bertempat di Gua Damai Extreme Park. Ekspedisi tak berapa nak eskpidisi sangat la masuk hutan keluar hutan, masuk gua keluar gua, flying fox dan jugak abseiling. Yang aku nak try sangat tu masa memula dengar ada tempat kosong untuk join bendalah ni. Hambik kau dah try terus rasa macam itu la first and last time gua buat abseiling. 

Kitorang bertolak dalam pukul 7 lebih macam tu. Tu la kali pertama aku bangun awal dan mandi terus rasanya selepas kursus kahwin. Kalau tak sebab kursus kahwin, last aku bangun awal dan terus mandi maybe masa form 1. okay over lagi. kakaka.




Pagi pagi segar lar muka semua orang. Time balik........muka macam dah expired rasanya. kahkah.

ni lar Gua Damai Extreme Park. Gambar cantik ada dalam phone tapi malas nak transfer bluetooth bagai. Ambil dari kamera orang sahaja. Kira nak cakap aku tangkap gambar lagi cantik la. mihihihihi


Encik Azman , kelab kembara punya penasihat (penasihat kan orang panggil? agaknya lah) dan Pak Mus, owner Gua Damai Extreme Park.

Semua kena pakai glove, harness dan topi keselamatan. Kalau kau nampak glove aku paling murahan. Ambik abah punya glove cat rumah je kat rumah. Jimat. hihihiks. 


Getting ready.


Start dengan jungle trekking dulu before flying fox. 



Oh lupa sungguh nama pokok ni. Tapi dia pahit gila. Aku tak rasa la, depa ni yang rasa. Letak sikit kat bibir, lepastu jilat bibir sesikit rasa pahit. Kemain si Hajar sampai nak habis air aku dibuatnya nak hilangkan pahit. Pahit benar nampaknya tu.

pokok Loki. Eh bukan nama orang tu okay.

Abang Loki. Eh eh eh eh?hehehehensem [source]

Oh tak suka part turun yang guna tali kuning ni. Aku kat bawah tu tengah cramp okay sebab kaki nak capai tanah tak sampai.


Ni keladi gajah. Rasanya lar. Kalau salah maafkan saya zahir batin. ihihihi.

Ni nak start flying fox.





Best gila sumpahhhhhhhhhhh!

Lunch and semayang zohor. Aku dengan Ain punya lar ingat ada orang duduk dalam hutan sebab nak masakkan lunch untuk orang orang yang datang naik naik bukit semua, rupanya diorang pakai 4 by 4 je hantar makanan. K.


Dah kena start pakai head lamp sebab nak masuk gua. Kitorang masuk dua gua, Gua Damai and Gua Chili Padi. Tapi takde Jaafar Onn la kat dalam tu. Kahkahkah kelakarnya oi rasa diri ini. K hambar. Siapa tak faham tak tengok tv la tu time kecik kecik tu.



Pak Mus tengah bagi penerangan before masuk gua. Yang penting mulut jangan celupar and jangan jerit jerit. Tu biasa lah kan.






Dalam gua memang gelap gila la kalau tak pakai head lamp. Yang gambar tu terang sebab ada flash camera and sebab head lamp kitorang. Dalam tu Pak Mus tu tunjuk la kelawar, cengkerik gua dan katak gua. Dan beberapa haiwan gua. Lepastu dia ajar la struktur yang ada dalam gua tu, stalactite, stalagmite dan sebagainya. Tahukah anda bagaimana caranya untuk mengira usia gua? haaaa kau pergi la sendiri Gua Damai jumpa Pak Mus sebab aku dah lupa calculation dia. Tapi rasanya ada kali dengan 60 camtu. 


Rasanya ni dah lepas keluar gua. Teruk benar nampaknya head lamp aku dah jadinya. Ye la tu kot.

Lepas masuk Gua Damai kitorang ke Gua Chili Padi. Wey penat gila oi nak naik sumpah tak tipu. Tapi bila sampai je kat pintu masuk gua tu memang macam tetiba ada angin menerpa. Rasa cam "wahhh bestnyewwww!" Tetiba rasanya macam dalam cerita Frozen. Okay over sangat tau. Gua Chili Padi ni lagi luas compared to Gua Damai. Kalau tengok The Croods, lebih kurang gua yang diorang tinggal tu la. hihihi.


Hihihihihiihiihi.

Ni namanya Port Hole. Port hole ni aktiviti yang pengunjung boleh buat adalah, daripada atas, kau turun bawah masuk gua dengan tali. Kitorang tak buat sebab takut tak cukup masa. Tapi Pak Mus kata memang ada yang sampai menangis sebab dalam gua memang gelap gila kot. Tetiba kau dari atas nak kena turun bawah pulak, tak haru camtu?


Lepas dah explore Gua Chili Padi, kitorang keluar gua and naik lagi satu tempat, dia cam gua jugak tapi tak tau gua apa. Aktiviti last adalah. ABSEILING! Aku sebenarnya tak pernah nak look forward to abseiling sangat pun sebelum ni. Maybe sebab nama dia biasa biasa je. Tak macam 'Paragliding'. Kan best nama tu, kan kita macam "eh apa tu cambest ah nak try ah." Okay tak. Rasa nak try sebab tengok kat 8tv pasal paragliding. 

 Paragliding tu apa? Sila google ya jangan nak malas sangat assignment boleh google soalan panjang panjang, nak tau paragliding tu apa tak boleh pulak? Kbai tetiba.

Kau takkan faham makna ketakutan yang aku rasai. Sungguh aku manusia lemah. Serious takut weyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy. Terus berjanji kat diri sendiri taknak gelakkan Jaesuk dengan Haha lagi kalau diorang gayat time dalam running man. Over betei rasanya.

Senah berani wey. Tapi time flying fox aku dah berani dulu dari dia takpe.Gambar membuktikan segala. Tak masuk dalam ni lar tapi. Heheheh. 


Antara yang terawal turun bawah. Muka memang penat habis la dah habis.


Memang worn out gila wey. Sumpah. 

Okayyyyy itu la pengalaman saya di Gua Damai Extreme Park. Kira berbaloi la pergi under kolej, RM55. Kalau pergi sendiri RM150 tak silap. Ada pakej pakej dia lain lain harga dia. Yang kitorang ambil ni yang RM150 rasanya.

Oh untuk gambar gambar yang lain ada di sini http://guadamai.blogspot.com/2014/01/senior-kuis-students-adventure-day-out.html . Kat kamera je dah 700+ + 500+ gambar. 150 juta daripadanya adalah gambar selfies. so yeah.  

Siapa nak tau lebih lanjut ch ch ch ch check it out kat blog tu. Okay gua tak semayang maghrib lagi. Byeeeee.





No comments: