Wednesday, July 31, 2013

Lelaki dan shopping

Hai.

Haritu aku pergi shah alam. Abah ajak pergi beli baju raya. Walhal aku dah beli kat Syira. Serious baju ada banyak beads yang biasa orang jual 200+, Syira jual 100 je. I repeat, banyak beads, cantik, RM100 tunai SAHAJA. I guess for us women, rm100 is considered cheap okay laaaaa since baju sekarang semua mahal amat. tehehe. Beriya-iya aku buat belanjawan bajet raya 2013 tau. 

Masa pergi shopping tu, orang dah la ramai gila. Aku dah macam ganti kan mak aku pergi carik baju untuk adik aku. Busy iolls tau. Ye la adik adik pemalu betei nak tanya fitting room pun payah, nak test baju pun payah, nak suruh bayar sendiri (duit bukan sendiri punya la tapi) pun payah. Macam mak mak sangat iolls. Tinggal nak practice masak je and ambil kursus kahwin , dah boleh on je. eh eh eh eh eh eh bye.

Anyway, lelaki memang kesian kalau pergi shopping. Masa kat shah alam tu, (and kat tempat lain jugak, *amboi banyak tempat kau shopping kak jah*)

[source]


-yang beratur kat ATM kebanyakannya lelaki (termasuk abah),
-yang duduk kat tepi tepi muka bosan, lelaki (termasuk abah),
-yang avoid dari masuk kedai emas, lelaki ( sebab terdengar ada orang cakap kat awek/bini dia depan kedai emas yang ada prmotion buy 1 free 1 ,"ya ya nanti saya beli.ya nanti saya beli." sebab awek/bini dia cakap "tapi tu buy 1 free 1"), 
-yang duduk tepi jaga baby, lelaki. 
-yang tunggu tepi fitting room beri pendapat , lelaki (tak semua , abah tak pun)

Kahkah kesiannya. Mesti penat, lagi lagi kalau shopping dengan perempuan yang cerewet, double penat wey. Bukan takat lelaki, aku pun penat keluar dengan orang cerewet. 

[source]

Kira untung la lelaki kalau dapat bini/awek tak suka shopping. Ehem, saya pun tak suka shopping sangat. Shopping kalau perlu (kalau ada duit) sahaja. Undilah saya, kakaka *Mati laaa ingat ni rancangan realiti ape*

Dah la bye.

p/s : baju kurung kain sedap kat Giant  Kelana Jaya murah je wey. Dap sangat kita pakai! (baju raya dah pakai dulu wey).

p/s : Ye la kau ingat aku suka sangat baju banyak manik? Satu tu je pun. Buat berat je pergi raya. Nanti raya orang tanya "asal jalan lambat sangat niii?" sebab baju berat.

p/s : Lepas raya dah ada muscle sebab baju berat sangat. kakaka over nya statement mintak lempang sahaja lagaknya.

p/s : Sape pakai biru dengan purple nanti kita team up buat boria miskin kaya kat depan rumah orang okay mintak duit raya sesama! (student , belum bekerja = duit raya masih boleh diterima)

KKKK BYE.

2 comments:

kalkulatorberduri said...

baju manik2 ala2 mak datin beli kt vietnam rm50-60 sahaja. sekian :)

_aliahwafa_ said...

ain : rm50 + ticket flight, penginapan etc etc = kaching kaching. haha tak mampu nak pergi vietnam . thanks bagitau anyway :D