Wednesday, July 31, 2013

Lelaki dan shopping

Hai.

Haritu aku pergi shah alam. Abah ajak pergi beli baju raya. Walhal aku dah beli kat Syira. Serious baju ada banyak beads yang biasa orang jual 200+, Syira jual 100 je. I repeat, banyak beads, cantik, RM100 tunai SAHAJA. I guess for us women, rm100 is considered cheap okay laaaaa since baju sekarang semua mahal amat. tehehe. Beriya-iya aku buat belanjawan bajet raya 2013 tau. 

Masa pergi shopping tu, orang dah la ramai gila. Aku dah macam ganti kan mak aku pergi carik baju untuk adik aku. Busy iolls tau. Ye la adik adik pemalu betei nak tanya fitting room pun payah, nak test baju pun payah, nak suruh bayar sendiri (duit bukan sendiri punya la tapi) pun payah. Macam mak mak sangat iolls. Tinggal nak practice masak je and ambil kursus kahwin , dah boleh on je. eh eh eh eh eh eh bye.

Anyway, lelaki memang kesian kalau pergi shopping. Masa kat shah alam tu, (and kat tempat lain jugak, *amboi banyak tempat kau shopping kak jah*)

[source]


-yang beratur kat ATM kebanyakannya lelaki (termasuk abah),
-yang duduk kat tepi tepi muka bosan, lelaki (termasuk abah),
-yang avoid dari masuk kedai emas, lelaki ( sebab terdengar ada orang cakap kat awek/bini dia depan kedai emas yang ada prmotion buy 1 free 1 ,"ya ya nanti saya beli.ya nanti saya beli." sebab awek/bini dia cakap "tapi tu buy 1 free 1"), 
-yang duduk tepi jaga baby, lelaki. 
-yang tunggu tepi fitting room beri pendapat , lelaki (tak semua , abah tak pun)

Kahkah kesiannya. Mesti penat, lagi lagi kalau shopping dengan perempuan yang cerewet, double penat wey. Bukan takat lelaki, aku pun penat keluar dengan orang cerewet. 

[source]

Kira untung la lelaki kalau dapat bini/awek tak suka shopping. Ehem, saya pun tak suka shopping sangat. Shopping kalau perlu (kalau ada duit) sahaja. Undilah saya, kakaka *Mati laaa ingat ni rancangan realiti ape*

Dah la bye.

p/s : baju kurung kain sedap kat Giant  Kelana Jaya murah je wey. Dap sangat kita pakai! (baju raya dah pakai dulu wey).

p/s : Ye la kau ingat aku suka sangat baju banyak manik? Satu tu je pun. Buat berat je pergi raya. Nanti raya orang tanya "asal jalan lambat sangat niii?" sebab baju berat.

p/s : Lepas raya dah ada muscle sebab baju berat sangat. kakaka over nya statement mintak lempang sahaja lagaknya.

p/s : Sape pakai biru dengan purple nanti kita team up buat boria miskin kaya kat depan rumah orang okay mintak duit raya sesama! (student , belum bekerja = duit raya masih boleh diterima)

KKKK BYE.

Saturday, July 13, 2013

Ramadhon

Hai.

Ni conversation dengan opah before berbuka;

Opah : Cik anak kucing hilang 2 ekor. Agaknya orang ambik makan ke ape tak. *muka risau gila* + *randomly tuju jari telunjuk kat rumah mana tah*

Aku  : Isy opah ni, tak baik tuduh tuduh. Bulan ramadhon ni. (aku tegaskan dhon tu k)


Ni conversation lepas teraweh;

Aku  : Alaaa anak kucing dah hilang mesti orang ambik. Isy bela la kucing sendiri. -.-

Lepastu tersedar, "eh tak baik tuduh, Astaghfirullah al azim" . Sekali dengan kakak aku ada kat situ.

Opah : Cik tak baik tuduh tuduh bulan puasa ni.

Aku  : Elele opah tadi pun tuduh ada cina makan anak kucing kan? 

Opah cam nak jawab tapi taktau nak cakap apa lepastu terus masuk rumah. Kakak aku dah gelak gelak sebab kata cina makan kucing. Jadi kategori cucu derhaka kah kitorang? Harapnya idok la. hewhewhew

facebook : The Muslim Show. Best! kelakar at the same time bagus. :)


p/s : selamat berpuasa uolls. jangan jadi macam aku dengan opah aku, tegur pandai, time sendiri buat, pandai jugak. pandai carik alasan. kahkah. mari jaga mulut dan practice berbuat/menambah kebaikan dan meneruskan ianya di bulan lain jugak.

p/s : siapa nak belanja kita berbukak puasa di alu-alu kan. hewhewhew

Bye.

.

Thursday, July 4, 2013

Mengumpat punya pasal

Hai.

Tadi petang aku dengan eija teman bee pergi klinik kat atas nu ha. Sementara tunggu tu kitorang ambil la majalah kat situ. Tapi sayang , tak ada komik doraemon . K takde kaitan. Lepastu aku terjumpa satu artikel ni. Ni kira journey nak naik atas langit la, kan ada 7 lapis semua kan. Tapi point aku kat langit first la, yang bila baca, rasa cam, *gulp*;

Dekat pintu langit pertama ;
   
Malaikat membawa amalan seorang hamba yang mempunyai nur seperti cahaya matahari. Berkata malaikat penjaga pintu langit, 

"Pukullah amalan ini ke muka orang yang mengerjakannya. Akulah malaikat penjaga ghibah (mengumpat). Allah menyuruhku supaya tidak membenarkan amalan orang yang mengumpat itu dapat naik ke langit seterusnya."

and cursing too. [source]


Haaaaa. Tetiba terasa pedas tak uolls? Ke iolls je yang terasa pedas nya? K. Jangan nak menipu la tak suka mengumpat. Tup tap tup tap bukak cerita reramai sambil makan kann? Tak pun krup krap krup krap tengah makan kerepek, boleh pulak "tengok tak status baru ***** ****** ? annoying kannn?"

ah tapi status fb dia memang annoying pun. K K K K K K K K K serupa takyah buat post mengumpat kalau takde rasa insap .

ish.

Astaghfirullah.