Saturday, July 1, 2023

we old now man - of slip disc and hospitals

 hello

a lotttttt of things happened last week and everything happened so quickly so i nak letak sini mana tau tiba tiba lupa. cehwah macam la rajin nak baca balik kan. 

so last week Friday morning 23/06/2023, husband aku tiba tiba mengadu tak boleh gerak langsung and belakang dia sakit gila. which backpain tu memang dah lama dah dia sakit. dah pergi klinik, dah urut dah chiro but still semua elok temporary je. tapi this time around sakit sampai nak gerak kaki pun tak boleh. tapi him being him, still nak jugak hantar anak pi sekolah sendiri. Padahal kereta besar tu aku boleh je ya bawak. Dalam sakit2 dok risau apa2 jadi hshshs.

aku dah cakap jom pergi hospital, kena marah. buat apa semua kena marah sebab tengah sakit. at last tengok dia sampai dah termelutut (cause he cant stand or sit properly), aku terus call 999, mintak ambulans datang. Dia sambungkan ke ambulans, aku tanya hospital mana ya. "Hospital Serdang puan". ah sudah. Tau je la gomen kalau tunggu berapa lama pulak, plus ramai, plus HAVE YOU SEEN HOSPITAL SERDANG??? hellooo parking dia sampai tepi kuil sana ha punya jauh. aku terus cakap "oh okay takpe saya call swasta."

nasib baik office dia ada hospital panel. between KPJ or Columbia Asia. KPJ memang kitorang dah banned sebab lama and tak function. thats another post for another day gituuu. hshshs. Terus mintak GL untuk Columbia Asia kat belakang rumah ni. Nak panggil ambulans dia kata kena call nombor lain pulak. Again, my husband being my husband, dia gigih naik motor ya pergi hospital. Alasan biar aku kat rumah ambik anak2 incase dia kena warded. Taknak aku serabut sekali kat hospital.

aku tunggu kat rumah. aku EL time tu sebab dah fikir nak jaga dia. Sakit lain macam sampai nak bangun makan pun tak boleh. Sementara tunggu dia update kat hospital. nak tenangkan diri aku main PS dulu hshshshhs. Sejam lebih nak dekat dua jam dia update cakap kena slip disc and kena operate. Siap cakap jangan datang sebab dia tak suka orang datang tengok dia sakit. haizzzzz

ingat aku nak dengar? memang tak la. besok tu aku datang tunggu dia habis operation kat tepi katil dia hshshs. merasa la tengok live orang under influence ubat tidur tu idk the medical terms lah kan, tapi nurse dah cakap "dia mamai ya biar dia tidur." masalahnya mamai2 pun dia merapu tu dia sedar. ada la pi buat mini heart, peace, menyanyi bagai. last2 dia tertidur. finally tidur betul sebab dia kata for the past 24 hours dia tak boleh tidur betul2. diri salah, duduk salah.

lama gak aku kat hospital, sampai tertidur sebelah dia. nasib tak sorang lagi pulak slip disc kan tidur tak betul atas kerusi hshshhs. nauzubillah weh nanti takleh dokong anak tak best. petang tu aku tunggu dia boleh diri boleh duduk, dah makan semua, then baru aku balik. btw sedap gila ya makanan columbia asia. aku makan kari dia time suap husband aku makan.

budak2? kat rumah dengan mak aku &  kakak aku. yang bongoknya aku nak mintak orang tengokkan anak aku. before pi hospital aku boleh cakap kat anak first "mama nak gi hospital okay. doktor potong belakang papa nak bagi papa tak sakit lagi." kau rasa??? tak meraung budak tu dengar bapak dia nak kena potong hahahhahaha. kakak aku marah aku sebab sebut perkataan potong tu ahhahahaha.

total bill RM50k plus. dudeeee kalau GL company aku tak lepas ya max untuk inpatient 40k sajorh. so sekarang kitorang tengah usha2 nak carik medical card sendiri selain berharap GL company je sebab apa2 jadi mak serammmm mana nak cekau duit. nak masuk gomen, tunggu la kau berjam jam. yo insurance agents tak salah eh diorang guna waktu menunggu lama kat gomen untuk tarik orang ambik medical card.

time dah tau slip disc tu, aku search la kat google nak tau extra la konon. ternampak ada akak ni 3 kali appointment baru boleh buat MRI ya kat GH. ye la faham sebab ramai kan. GH doctors dia tak dinafikan memang power tapi waiting time tu...........mak tak sanggup.

ni dah lepas seminggu operation Alhamdulillah he's getting better. bangun pun takde dah asyik pegang pinggang macam dulu. duduk pun tegak. 

ok dah nak pukul 7 pagi ngantuk dah. byeee

Saturday, May 6, 2023

Raya 2023

 Hellooo.

Macam biasa pukul 6 pagi update blog ya. Hshshs. Tadi blackout lepastu terjaga dah sampai sekarang tak boleh tidur. 

Tak tak, ni bukan zaman dulu nak letak gambar raya 44 keping dalam blog. Just nak cerita yang this year's raya i (we) am finally able to accept guests to come over for raya. and i love it!!! hahahhaa. suka masak pastu orang makan. before this memang orang nak datang raya pun selected je nok. yang datang 2-3 kepala je. sebab i tak reti le nak masak banyak2 nak agak sorang makan berapa banyak hshshs.

also bulan puasa haritu buat 2 kuih raya. which i think saved me a lot? wuahahha padahal tak pun. beli barang baking je dah nak beratus hahah. tapi better than beli kuih raya berapa ratus dapat beberapa jenis tapi sebenarnya tak sedap pun. worse, dari dough yang sama je dia tukar2 itu ini. kerepek2 mak aku dengan MIL bagi, ah gabung2 cukup 6 balang. 

Paling laku is chocolate chip ya. Buat 2 kali, each batch dapat dalam 2 bekas tupperware berapa ml tah. 2 bekas je buat makan tuan rumah sendiri hshshs. Next year nak buat lagi banyak, insyaAllah. 

Oh nak get back to topic pasal tetamu, haritu family aku, adik beradik semua berkumpul kat sini including makcik aku, her husband and their 3 kids. Total 23 orang. Kelam kabut gak la masak (padahal dari pagi dah masak benda simple je pulak tu macaroni bakar hshsh), lepastu beli dominos kat grabfood baru teringat eh raya ada ke rider. nasib baik dominos hantar guna delivery dia. aku dah cuak eh sebab aku masak benda ringan je, bukan juadah raya. Kenapa? sebab sebelum tu diorang raya rumah kakak aku so aku target semua datang sini dah kenyang hahaha.

lepastu bestfriend datang raya, hari jumaat ya, which besoknya tu nak balik johor. kelam kabut aku in between teams calls, replying emails, kemas rumah, mandikan anak, at the same time nak masak sambal. aku buat nasi lemak btw. time aku buat sambal kawan aku datang. nasib kawan baik pandai dia buat cam rumah sendiri, amik cawan, amik air sendiri. hshshshshs i love my friends!!

patutnya 3 orang datang (minus their plus ones), tapi sorang nak gerak dari banting kul 7 camtu. so aku terpaksa tolak sebab banting ke kajang berapa lama pulak kau, besok nak kena bangun awal pi johor. plus it was raining at that time. tapi hopefully petang ni ada rezeki jumpaaaa. in the end ada 2 org kawan aku datang on that day. habis nasi lemak yeay akak lega. kawan aku siap cakap kat husband dia "yang kita kena datang rumah dia yang. rumah dia ni susah nak dapat datang ni."

kakakkakaka ye la for the past 6 years kot asal orang nak datang je either aku balik kampung (dulu balik kampung husband for raya lama gila ya i nak nangis setiap kali balik ahahha but yeah we'll save that story for another post gitchewww as if ada orang baca selain kau) or anak tak sihat. selalu antara dua tu je la.

Okay la dah 6.30 aku pun dah ngantuk nak tidur balik byeee

Saturday, March 4, 2023

Through The Darkness & The Rain Coat Killer

 Helloo.


Morning. Wau updating this at 6:59AM while kids are still sleeping. Dulu update mesti 2-3 pagi and tak tidur malam. hshs. Not missing those days though. Macam mana la boleh tahan tak tidur malam/sampai 3-4 pagi baru nak tidur. 

So anyway, cause i still want to keep my blog alive, here i am still updating up to this day. Where orang lain semua buat post panjang berjela on ig, sorry mak tak kuasa. Feel tak sama type kat phone dengan on keyboard. Also aku tak baca pun caption karangan panjang2 tu hshshs. Macam tu la jugak orang tak baca pun blog aku ni lulz. 

Decided to update pasal tengok drama apa je lah. Nak update pasal colleague tu dah kat twitter. Kakakaka reason why i keep my twitter acc locked. ALL. THE. TIME. but i did not invest much to tweet about them. who are yousss aku ada banyak benda lain nak fikir dari tweet pasal orang. Dah masuk 30 nok apa jadah nak buat perangai 13 tahun lepas.

Anyway latest kdrama that i watched recently was Through The Darkness. DAH LAMA NAK TENGOK PLEASE. tapi baru keluar netflix kot sebab dulu check takde. Cerita pasal experience korean criminal profiler and how dia solve serial killings kat korea guna kepakaran dia. All based on true stories. Tapi semalam ada came across a twitter thread about Hwaseong Cases (you can google it though), case tu lagi gore dari dalam cerita. Dalam cerita pun aku tengok nak muntah, bila baca real case ya Allah scary dia lain macam. 

I highly recommend yall to watch this drama. I was not really a fan of violent, crime thriller kinda genre, tapi i got hooked up with this one and tengok sampai habis within a week. ye lepastu tidur malam macam2 fikir sampai lock pintu check multiple times.


Kim Nam Gil, yang bawak watak the korean profiler [source]

The actual Korea criminal profiler [source]

I tau cerita ni actually dari facebook, macam kat media kan ada orang suka cut cut scenes dari drama, so tertengok scene dia interrogate  this guy on the first case in the drama. Instead of doing it the normal way, dia suruh mamat tu tulis rumah mana yang dia pecah masuk. 

Mamat tu ingat salah dia kecik la sebab dia pecah rumah je, ambik barang time takde orang. Tapi the profiler boleh ajak dia borak sampai dia unintentionally terconfess crime yang dia buat. I rasa ada la more than 20 times i tengok scene ni hshshs. Its like my go to thing to watch before sleeping. 

[source]

Sebab scene ni je yang interrogation dia tak gore. Yang case lepas lepas ni terus rasa nak muntah everytime diorang describe case yang diorang buat. 

Also cases yang dia solve tu, lama ya, Hwaseong cases tu lama 30 tahun baru resolve. Tengok dalam cerita memang la nampak kejap sebab dia lajukan timeline tu kan. 

Antoher case yang dia solve was the Raincoat Killer case. i taktau ni tajuk kat netflix or memang diorang guna panggilan tu untuk dia kat korea. Boleh tengok documentary dia kat netflix. Dulu pernah try tengok tapi macam mengantuk mengantuk nak tidur mana time tengok. Lepas tengok Through The Darkness try tengok balik nak tengok sama tak dengan dalam drama. And ye sama and lagi gore and geli and sedih😢😢😢😢

[source]

At first i ingatkan dia dapat nama tu sebab dia pakai raincoat everytime dia bunuh orang, tapi rupanya tak. Time dah kena tangkap tu polis yang bagi raincoat tu untuk tutup muka dia. Tapi dia memang babi la and scaryyyy mental semua ada. Alasan bunuh, bunuh orang tua kaya sebab time kecik dia susah,. Then bunuh perempuan sebab kena tinggal dengan awek. Bunuh is one thing. then dia boleh study pasal anatomy sebab wey i dah type i backspace balik sebab nak termuntah type.

Anway, thanks to Through The Darkness i discovered Kim Nam Gil, and just like how i discovered PSJ and decided to stan him and watched most of his drama, i will do the same to stan Kim Nam Gil. hshshhs. So far baru tengok Memoirs of a Murderer and otw nak tengok The Fiery Priest.

[source]

Bye!

Tuesday, January 17, 2023

Kdrama not so review

Hi.

Sebab aku penat buat kerja so aku nak cerita jap cerita apa aku tengok for the past few weeks. Sekarang kalau layan kdrama aku carik yang episodes <16. Malassss nak tunggu sampai 16 episode unless cerita tu betul2 menarik and tak cliche hshs.

1. The Glory

The glory best nak mampus please. Cerita pasal perempuan ni kena buli brutally time kat highschool sampai dia dropout. And then took her 10-20 years to plan everything for a revenge. Gituu. Cerita genre macam ni biasa slow sendu je kan, tapi The Glory tak. Tapi yang tak bestnya lagi 8 episode dia sambung bulan March. zzzz.

Songhye Kyo cantik gila please even dah 41. And pelakon dia ambik time high school dengan current scene muka lebih kurang sama je. Tapi actually takde la sama sangat. Yang Jaejun tu la the most similar kot. Ada angle2 maybe. Yang best cerita is the revenge part. Time bully tu macam gore gak la letak iron rambut tu kat kulit. 

Source

2. Gaus Electronics

Lepas tengok cerita genre stress, kena tengok cerita genre bodoh2 shshs. Aku memang dah lama nak tengok cerita ni tapi takde kat Netflix. and not sure ada kat Viu ke tak. and if ada pun aku malas nak subscribe banyak2 benda. So kawan aku suggest 1 app ni untuk tengok drama2 latest semua ada kat situ la. Apps apa? Rahsia hikhikhik. Nanti terpaling data privacy pi report kang maleh aque.

Cerita ni.....sebenarnya taktau apa main plot dia tapi maybe typical love story dari 2 orang yang benci each other tapi ended up jatuh cinta. Aaa gituu. Tapi tu pun bukan main plot citer ni. Dia takde main plot. Baru nak scene serious tiber2 ada benda bodoh jadi. Kalau tengok preview untuk next episode nampak macam serious, takyah la percaya hahahhaha. Aku gelak macam bangang tengok cerita ni.

Nak tengok sebab Kwak Dong Yeon je sebenarnya. Tapi watak si Ma Tan (yang pegang kuda putih) tu lagi menonjol bodoh dia 😭😂

Recommended tengok kalau tengah stress. 

source

3. Weak Hero Class 1

Ni baru habis tengok semalam ke kelmarin tah. Lepas cerita bangag kena tengok cerita serious balik. Bagi otak refresh and neutral hshshs. Ni aku rasa dari webtoon/manhwa. Cerita pasal buli2 jugak tapi scene sekolah/remaja. Watak utama dia aku tak kenal tapi suara dalam nak mampus Park Ji Hoon tu. Tapi bila google ya Allah typical kpop weh lain dari dalam drama tu T__T.

Cerita ni scene gaduh dia real la sampai aku tutup2 mata gak laa tengok. First episode dah scary yet satisfying bila dia tumbuk pembuli dia. Aku terjumpa scene tu kat youtube please watch at your own risk. Tengok starting minit ke 40


source
Choi Hyun Wook tu macam awkward sikit tengok watak dia sebab last 2 kdrama tengok dia bukan watak pukul2 orang gitu. hahah. Tapi okay je. Yang paling annoying mesti la nerd tu. Sampai sekarang akitorang (mewakili orang lain kat twitter yang tweet watak dia hshshs) tak maafkan kau ye tang ina mo Oh Bum Seok!!!

Si nerd tu dah lah lemah lepastu ada hati nak blame orang yang tolong dia time dia kena buli?? Lepastu dah upah orang nak belasah orang, bila orang dah lembik baru nak sambung belasah gae sekkiya bagai kan shibal kau Bum Seok. 

NotSoFunfact pasal orang nerd kat sekolah aku dulu. Lepas SPM dia ada chat aku kat YM ke friendster entah dia cakap "aku tau laa korang dulu jalan belakang aku lepastu gelak2 kan aku kan." Ha pesen cam Bum Seok ni la perasan diri terpaling penting sampai semua orang kena cakap pasal dia. Aku takleh lupa benda ni sebab kena tuduh hshshs. Now bini sama naik annoying nak mampus kat instagram. Lah tiber masuk citer lain

Anyway, looking forward to Season 2!!! Kecuali Gaus Electronics kalau ada season 2 tak masuk akal hahaha. Umpama kampung people nak ada sampai 3 season, makcun nak ada sampai 4 season. Sangat tak masuk akal. 

Dah nak lunch time bye.