Thursday, June 3, 2021

Pengalaman Bersalin kat Hospital Kajang 2021

 Hi. 

Harus letak 2021 tau kat title nanti senang orang nak buat rujukan. Ni aku saja share pengalaman sebab time aku nak beranak aku tak jumpa lagi review beranak Hospital Kajang yang latest, lagi lagi musim covid ni kan. Bawah ni notes yang aku buat ya sepanjang admit kat hospital. Kemain free lagi hahah.

24/3/2021-

🔸 Tarikh checkup hospital bagi. Time ni memang dah expect akan kena warded terus sebab baby besar. Doctor kata kalau tunggu sakit bersalin natural memang tak lah. Nanti ada risk baby keluar tangan terseliuh, or kalau besar sangat kena ceaser.

 🔸Time doctor check bukaan baru 1 cm or less, lepastu dia cakap "Saya tarik sikit ya. Okayy dah 2 cm dah". Time dia tarik apa entah tu aku nak terkencing ya hshshs. Bikin malu saja kat bilik scan tu sebab kat luar ada patient lain tunggu.

🔸 Doctor kata boleh terus warded. Then dia tanya nak warded on the spot ke pukul  6 nanti. Aku cakap nak on the spot, doctor tu cam "eh awak ni pergi la jalan2 dulu,makan2. Nanti dah masuk tak boleh keluar dah. Jumpa suami pun tak boleh dah." Jumpa nurse kat luar nak daftar ward, nurse sendiri cakap pi balik dulu. Lepastu aku request nak ward kelas 1 or 2, nurse tu gelak ye kawan kawan hshshhs. Sebabnya ward kelas 1 and 2 dia letak pesakit covid. Nak tak nak masuk la ward kelas ke 3, kalau tak silap. Orang yang dah biasa beranak Hospital Kajang diorang panggil ward 5.


🔸 Balik rumah mandi. Kul 5.30 pi hospital balik. Oh btw kenapa kena pukul 6 pm, sebab time tu waktu untuk buat swab test. Tapi time aku sampai ward bersalin tu ada lah dalam 6 lebih2 sikit. dah terlepas waktu swab test. Tapi aku warded lah jugak. Cuma kena tunggu lama kat kaunter tu sebab ramai orang. Before masuk ward buat ctg scan dulu and check bukaan, still 2 cm btw, pukul 9 camtu baru dapat katil. Tu pun bilik doctor ditransform jadi ward sementara. Dengan katil rendahnya, susah ya untuk orang mengandung bangun duduk.


🔸 9.30 ish - brought to a diff block to prepare for covid test. Time ni ada lah buat dengan beberapa orang covid test. Buat kat ward 6, katil satu bilik 4 orang. Toilet pun bersih je. Tapi tu lah ward tu panas nak mamp. Aku assume tu la ward untuk covid sebab tak boleh bukak aircond and nurse pun pakai PPE. Aku sebab dah dapat ward lepas dapat result boleh balik ward. Yang lain kena stay ward tu sebab takde katil dah kat ward 5 tu. 

25/03/2021 -
🔸 Pagi pukul berapa tah nurse kejut sekali untuk ctg scan. Time ni dia bawak tempat scan tu kat katil so tak payah bangun. Tapi besoknya ada check aku kena pergi berjalan ke ward lain nak buat scan tu.


🔸 Kul 6.40 am  nurse kejut untuk induce. Time ni aku ingatkan bukaan dah 2 cm tak payah la induce. Rupanya idakkk kena jugek hshshs. Ramai lagi kena induce pagi tu. Semua case mostly baby besar jugak. And cara induce pun berbeza rupanya. Ada masuk ubat ada yang dia check bukaan je. Macam aku kena masuk belon. Nasib dah ada baca sikit2 pasal induce ni so aware lah apebenda masuk belon tu. Since aku dah 2cm, dia masukkan belon tu untuk bagi bukaan bukak lagi besar. Berapa banyak bukak daa. So lepas dr masukkan ni kat lubang bukaan tu, kena tunggu dia terjatuh sendiri dalam 24 hours. Kalau jatuh means dah bertambah la bukaan tu. Aku punya terjatuh sendiri betul2 nak dekat 24 hours. Sebelum dr check bukaan, sebab before tu aku pi toilet, sekali plop jatuh. 

Photo Credit

🔸 9 am, breakfast kueyteow goreng and milo. Sedap ya tapi portion sikit la. Ye la hospital kan, bagi makanan sihat takkan la portion banyak satu kuali nak bagi hshshs. So harini seharian aku tak buat apa, tengok phone je. Kejap kang nurse datang check,lepastu itu je. Baring bangun tidur bangun tidur. Boleh pulak Tunetalk buat hal eh time tu takde internet. Kwajaq betei.



26/03/2021-


🔸 Kul 6.30am doktor kejut suruh tunggu depan nak check bukaan. Time ni la aku punya belon jatuh time kat toilet. Check bukaan dah 4cm. "Okay lepas breakfast boleh masuk Labor Room dah". Time tu dup dap dup dap, dalam masa yang sama tak sabar nak bersalin sebab tak tahan dah letih pregnant. 


🔸 Pukul 9 pagi, nurse bawak masuk LR. Time ni tak rasa sakit pun lagi. Dengan bilik tu rasa sejuk je. Dengar pulak orang bilik sebelah zikir kuat kuat, ada yang cakap sakit, ada yang dengar esak esak tahan nafas. Betul ke ayat tu entah la you get it hahaha. Nurse pun datang masukkan ubat. Nak bagi rasa sakit. I guess that is for the induce kot. 

🔸 Makin lama makin terasa sakit. Setiap kali tu aku tengok jam. Boleh berzikir lagi. Baca poster dia tampal dalam bilik tu. Makin lama makin sakit. Dekat 7 cm jugak aku bertahan sebelum mulut aku keluar benda lain selain zikir. Gatai nak vacuum la, nak ceaser la. Dr and nurses kat situ memang baikkkkkk sangattttt. Walaupun aku tau muka nampak penat. Ye la bukan layan aku sorang. Lepas 6 jam macam tu, Alhamdulillah lahir la seorang Adira pukul 2.25 petang. Alhamdulillah jugak sebab contraction tak selama masa 1st pregnnancy dulu (>24 hours). 

🔸 Lepas je lahir nurse or doctor aku taktau mana satu dah sebab ramai hahahha, dia letak kat dada, bagi skin to skin dengan baby. Ni yang antivaks bangang kata doctor tak buat skin to skin, aku dah 2 kali beranak 2 kali ada skin to skin ya bodoh. Maghoh ni maghoh. Lepastu dia ambik baby bersih2 kan. Sementara tu doctor jahit and settlekan uri semua. 

🔸 Lepas dah settle jahit, nurse pass baby kat kita suruh breastfeed. Alhamdulillah baby latch okay. Time Awatif tak sempat rasa sebab dia masuk icu. Ha time ni Alhamdulillah dapat rasa. Rasa dia bahagiaaaaaa sangat 3 jam dalam tu dengan baby. Sambil2 tu dengar kat luar orang yang nak beranak, doa dalam hati semoga dipermudahkan urusan diorang pulak nak beranak. Cuma time aku tu ada satu patient tu menjerit kuat gila betul2 kat luar bilik aku. Nurse cepat2 rapatkan langsir.

Lepas 3 jam tu aku dia pindahkan ke ward baru. Postnatal ward. Okay la ramai yang baru beranak masuk situ. Nurse pun dekat incase ada apa apa jadi. Malam tu aku lapar gila sebab makan petang tu ikan, and aku tak makan ikan. Aku makan nasi and sayur. Malam tu aku order nasi goreng cina suruh grab hantar kat guard. Long story short sebab aku dah malas nak taip hshshhs, besok 27/3/2021 aku dibenarkan keluar ward lepas baby dah berak and cucuk bcg.


Apa yang penting kena bawak pi Hospital?

1. Pad. Lots and lots of pad.

2. Disposable panties. Ni aku recommend sangat sebab akan selalu bocor. So buang je time tukar, takyah nak basuh2. 

3. Botol air kosong. Diorang provide air, tapi botol bawak sendiri.

4. Power bank and charger. Power bank saja tak mencukupi lagi2 kalau kena cam aku nak kena tunggu 24 hours la apa la.

5. Sudu. Time aku makan terpaksa pinjam sudu orang sebelah. Ni untuk makanan dari luar la. Makanan dalam tu ada je sudu.

6. Pampers, kain bedung, baju baby. Ni wajib bawak masuk LR sebab nurse nak settlekan baby lepas beranak.

Overall beranak Hospital Kajang sangat lah okay. Cuma kalau toilet yang share ramai2 tu kena tutup mata lah. Makan minum, doctors and nurses semua okay. Yang penting, kalau kita beradab, insyaAllah diorang pun okay je.

Oh btw baby aku 3.8 kg. How crazy is that huh? Time check kata 3.6 ke 3.4 je, sekali ha kau. hahah. Alhamdulillah dah 2 bulan beranak.

Okay lah bye. Sakit leher. Tiber hshsh

26 comments:

Nabilabee said...

Wehhhh belon tu apaa hahahah bestnyaaa dapat baca blog kaaauuuu…. Rinduuuu. 😘

_aliahwafa_ said...

hahah wehh blog kau pun aku baca ya. up to date issue semasa hahaha.

belon tu cam nak cepatkan bukaan jalan untuk baby keluar :)

Atiqah said...

Salam sis, boleh tahu berapa kos bersalin dekat hospital kajang?

Mrs NurAmin said...

Nak tanye sis. Beg baju bby bg siap2 ke mase bersalin. Or nurse akan mintak pada suami kendian? Time covid ni mesti lain care die.

Nurshuhada said...

Kos beranak hospital kajang berapa sis kena?

Syahmi Hassan said...

Alhamdulillah, terima kasih sbb sudi share pengalaman dkt sini. Jenuh mencari juga ni. Hahaha. Btw, utk yg bertanya pasal harga. Setahu saya tahun lepas 2020 kawan bersalin dkt Hosp Kajang class 3 atau 4 saya lupa, bersalin normal total dlm RM50 je.

_aliahwafa_ said...

Based on pengalaman kenalan saya tak sampai 200 or 100 sis. Cuma saya tak pasti berapa. Yang pasti sangat murah berbanding swasta :)

Kalau husband or sis kerja government, tunjuk GL, free je beranak

_aliahwafa_ said...

Baju baby bawak siap2 sis. Agak2 untuk 2 or 3 hari. Kalau suami nak bawak kendian pun boleh tapi nanti kena pass kat guard. Kena bagitau suami nombor ward and nombor katil

_aliahwafa_ said...

Kalau sis or husband kerja government free. Kalau tak saya tak sure tapi confirm below 200 ke 100 gitu. Murah la yang pasti nya

_aliahwafa_ said...

Yess betul thanks share harga. Saya tak sure tu tulis bawah 100 ke 200.

Zaman covid saya sure ramai risau nak bersalin hospital kerajaan kan, tu saja share pengalaman. Cuma time saya bersalin kes harian belum cecah 5 angka lagi. SOP mungkin dah lain jugak kot.

Syahmi Hassan said...

Welcome...
Thanks juga sudi balas komen tu. Kalau masa sis bersalin kes belum 5 angka pn berjam juga menunggu. Boleh jadi lagi lama menunggu tu kalau skrg ni. Hee. Btw, terima kasih sudi share pengalaman sis. Semoga sis, baby dan keluarga dilindungi Allah.

Fyaniz said...

Sis.. Xda share gambar dlm hospital kajang? BTW, thank you sudi share pengalaman.. Jenuh cari review hospital kajang ni 😊

_aliahwafa_ said...

Alamak takde la pulak. Sebab semua orang pakai tak proper time tu hehe.

Fara said...

Salam hi sis, nak tnya bersalin time musim covid ni boleh bawak luggage ke/beg tarik? Sbb certain hospital gov tak bg bawa luggage. Thank you in advance ��

_aliahwafa_ said...

Wassalam. Alamak tak sure pulak sebab tak bawak beg besar pun haritu. And tak perasan pulak patient lain bawak beg tarik.

Anonymous said...

salam sis, nk tanya. baby spjg dlm wad tu akan pakai baju hospital ke baju kita bwk sendiri? tqia.

Syahmi Hassan said...

Waalaikumussalam, saya tolong jawabkan ye. Masa wife saya bersalin 10 hari lepas, bby pakai baju yg kita bawa. Ibu je yg pakai baju hospital

_aliahwafa_ said...

Baby pakai baju sendiri. Masuk LR dia akan suruh bawak baju baby siap2. Hehe

_aliahwafa_ said...

Thank you jawabkan ya

farcuemai said...

Sis, doktor lelaki ke perempuan masa bersalin tu.

Anonymous said...

main doctor perempuan, but doctor yang jahitkan luka doctor lelaki

Anonymous said...

Ada sapa2 yg nk share bersalin tahun 2022 ni sop mcm ne ye , masih ketat mcm 2021 ke since kes covid pun dh kurang

Anonymous said...

Sy pun nk tahu mcm mana,,due 17/6 tapi 16/6 dh kene serah diri dekat hospital kajang dh

Anonymous said...

Anonymous said...

Assalam nak tanya.. Sis dapat doktor perempuan ke.. Dan suami xboleh teman ye dlm LR?

Anonymous said...

Wassalam. Yang lead doktor perempuan. Tapi ada doktor lelaki jugak. And suami tak boleh teman. Now tak sure