Wednesday, February 8, 2017

Aishah Radhiah Spa Experience

Hi.

Haritu masa sebelum kahwin, aku memang tak sempat nak buat spa ke apa. Even beberapa jam sebelum kahwin boleh pergi laminate tanda arah jalan wey. sedih! hahaha. so, haritu saja ambik cuti hari jumaat, tanya kawan, ada yang free. Terus baca blog2 carik spa muslimah yang best best. Aku pergi berdua je dengan farah sebab yang lain kerja. Farah sebab dia kerja kat Johor so jum'at tu cuti.

In the end, kitorang decide untuk pergi Aishah Radhiah Spa cawangan Bangi. Sebab baca review banyak yang okay feedback. Plus price range dia okay. Ehehe. Waktu first datang, diorang baru nak bukak. Untuk interior deco, personally masuk2 tak rasa macam masuk spa sebenarnya hahaha. Tapi sebab dah beria booking kan. Redah je lah.

Kitorang ambik package permaisuri. Tapi dia bagi cadangan suruh facial tu suruh buat chocolate facial, tambah RM50. and sebab kitorang nak try sauna - RM30- jadilah total RM330 sorang. Sebelum tambah dah siap2 tanya boleh pakai debit ke tidak sebab keluar duit cukup cukup sebenarnya hahahha.


PROS : 

- masseuse dia sangat friendly.
- explanation yang jelas.and pandai marketing. pros untuk dia, cons untuk duit aku hahahha.
- masa facial dia bagi tips nak jaga muka
- facial dia best. sangat best. licin hidung aku,
- bersih
- ada tempat solat, siap dengan telekung

CONS : 

- bilik yang kitorang buat facial cam takde privacy
- dengar diorang berborak sesama sendiri
- there was someone else inside the room, aside from the akak2 yang urut kitorang. sangat tak comfortable lah. 
- takde privacy sebab orang boleh keluar masuk bilik tu. anak mintak duit, anak dapat kerja etc etc etc.
- urut sakit nak mampus. hahaha. dia kata kaki kiri aku tegang, lagi sakit lagi dia urut. padahal sebelum urut elok je. ni sekarang lagi tegang aku rasa kaki ni adalah.


lagi satu aku kecewa sikit bab toilet, haha. okay la toilet dia bersih. tapi aku expect shower, sekali ada tempayan, and tempat buang air. kira macam kau mandi kolah la. version kecik. taktau la kot toilet spa lain pun sama. sebab kitorang first timer kan pergi spa. 


nak pergi lagi ke idok? maybe boleh try cawangan lain kot. sebab yang kat bangi punya macam takde lah besar sangat. kitorang tengok kat banner yang Damansara punya branch macam cantik lagi. 

Tapi personally aku rasa nak try spa lain kot. Tunggu gaji lah tapi. Nak try hannan medispa, website macam tak berfunngsi. Tak membantu langsung. Haih. 

okay bye. 

Wednesday, February 1, 2017

Short Getaway - Grand Lexis PD

hi.


last two weeks time kerja paez tetiba message kat office, tanya nak gi grand lexis tak? wey, kau bayangkan lah. geng2 baru kahwin semua upload gambar pergi honeymoon korea lah, langkawi lah, apa lah. apa yang aku rasa sebagai pengantin tak berapa nak baru sangat? ya. aku nak gi jalan2 jugak. memang time tu aku dah tak kisah baki bank ada berapa, memang aku nak gi cuti. Tapi of course la bukan on chinese new year. pfft. sorry iolls dah kerja. semenjak aku dah terkena pergi bercuti kat Melaka time cuti panjang, lepastu nak mamp, aku berazam takkan pergi bercuti time cuti sekolah.


ada sedikit perselisihan faham okay time nak book bilik. aku kalau boleh nak bilik garden je, dia pulak jenis yang alang2 dah mahal, mahal terus. kitorag tong tong pulak duit. haaaa lagi lah. hahaha. ended up kitorang book Grand pool villa. anyway, kalau korang nak a bit privacy, pilih la lower unit room. tapi tu pun kira open air jugak. tapi dont worry. dia cam ada penghadang untuk tutup view , tapi still dapat cahaya. confused? nanti cek tunjuk gambar .

oh btw kalau dari kajang ke grand lexis takleh nak jamak okay. tak lebih 2 marhalah T__T(pemalas detected tetttt). hahhaha. aku dulu time kecik2 gi PD jamak kot. Tapi sebab Grand Lexis ni dekat seremban je. kau kalau dari KL takyah nak acah2 musafir sangat la.

insert lagu lelaki teragung kat sini. hahahhahahaha lari~~

check in process cepat. walaupun ramai orang, tapi cepat. macam takde lah kau kena tunggu sejam nak check in.

queue untuk buggy. 

queue untuk siapa yang nak guna buggy services. memang semua yang check in akan guna la. sebab taktau bilik memasing kat mana. dengan ada yang bawak barang macam nak duduk sebulan. hahahha. kalau tengok queue memang cam panjang, tapi takyah tunggu lama pun. sebab cepat service dia. and buggy pun bukan 1 je satu hotel tu. hahahah. masa nak masuk parking, banyak gila tengok buggy dia dok pusing2.


surprisingly malaysians boleh beratur betul2 kat sini. ehehe.

and.....*drum rolls* tadaaaaa. 

dua katil king size. syiok wehh
SYIOK SANGAT WEH. time ni baru nak berterima kasih dekat paez sebab book grand pool villa. masuk2 memang kitorang carik swimming pool dulu. hehhe.



ada coffee table.

ada shower kat luar.
gambar aku tangkap mostly gelap. so yeah. jenis tak berseni. hahaha. anyway, look at how murky the sea water is.

btw pool dia sejuk gila okay. patut la tengok review kat trip advisor, ada mat salleh ni komen kata air sejuk gila sampai kena pergi public pool. tapi mat salleh tu pun lemah betul, duk lama sikit dalam air takda la sejuk. pakej kencing sekali kasi air panas sikit ahahahahahambar. aku tak buat kay!

our pool. and thats le husband trying to lower down the curtain thingy.

sampai2 terus makan tengahari (yeah, at 4.30). tak sempat nak solat asar terus masuk pool weh. hahahah. excited ngat.


ada cam small kitchen counter.

perlu di selang seli dengan gambar beliau sebab aku malas nak rearrange gambar ikut turutan. hahah.

toilet untuk buang air. 

toilet untuk shower lepas mandi pool.

rak towel. towel ada 4 helai. semua kitorang guna.

a sink.obviously.


lepas maghrib kitorang dinner. kat kedai2 dekat je. tapi malam cam tak hidup kawasan situ. ended up pergi kedai yang what we thought was a western restaurant rupanya kedai mamak yang jual semua benda dari western sampai ke eastern. 

not what i ordered. ate a tom yam ayam SOAP 

sepatutnya aku photostat buku menu kedai tu. biar jadi hiburan hahahaha. btw, malam kitorang tak mandi pool. sebab depan laut. aku ni penakut sikit. Malam kan waktu makhluk2 tu berkeliaran. kat laut2 pulak. tak berani la. plus malas and nak tidur awal je. *wink* hahahahah

besok breakfast pagi. jalan kaki je takde makna nak naik buggy. breakfast okay la above average. Tak macam breakfast kat Tunamaya Hotel Desaru, boleh check camne aku review dekat tripadvisor. Tapi kat Restoran Duyung , Grand Lexis ni macam sempit sikit. makanan sedap. yogurt sedap.

balik bilik, jadi badak berendam kejap, pastu pukul 11 ada orang dah suruh siap2 kemas barang nak balik. emmm. hahahha.

all in all, sesuai untuk short getaway. jenis pemalas cam kitorang nak jalan2 jauh, recommended grand lexis