Thursday, December 29, 2016

Baju Kahwin - Kimiga Tailoring

Hey Yalls,

watper tewwww? aku tadi tengok kat twitter, calaqisya punya baju RM600+, time tu kata mak aih maheinyaaa. rupanya baju kahwin. baru sedar diri eh baju kahwin aku pun lebih kurang harga.


Anyway. dah lama dah nak review pasal kimiga tailoring ni. Tailor ni orang jakel yang suggestkan time beli kain untuk kahwin. sebab dia kata diorang specializes in wedding gowns. gittew. tapi baju perempuan je lah. baju lelaki akak tu kata jangan buat kat kimiga tailoring sebab diorang buat tak cantik. memang time pergi pun tak nampak baju lelaki. baju perempuan je banyak.


bawah tu alamat dia. dah hujung2 post sebenarnya aku baru teringat. kena rajin2 kan mulut tanya orang kedai time masuk tu. sometimes diorang busy sangat sampai tak layan orang. time aku pergi tu ada orang nak tempah baju tapi keluar balik sebab takde siapa layan. Mulut pun diam je tak tanya apa memang lerrrr.


Sarah Hughes @ Globe
Address185, Jalan Tuanku Abdul Rahman, City Centre, 50100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia
Phone+60 3-2699 7115


sebelum pergi aku ada google jugak range harga berapa. TAPI , semua orang tulis, berpatutan, berpatutan, berpatutan. Takde sorang pun nak ngaku berapa harga sebenar dia. Ingat berpatutan tu sama jumlah dia dengan semua orang?


so kitorang pergi la situ few months sebelum aku kahwin. time tu buat baju untuk mak aku dengan adik beradik aku sekali. Total ,10 helai baju. pengantin 3 baju, baju kahwin, baju nikah and baju kaler sama dengan family. nak jugak okayyyy. time tengah ukur2 badan and design2 baju, time tu dah 2 orang dah lepas ukur. tetiba baru mak aku tanya harga. orang tu cakap "RM280." TF?! Bila dia explain pasal lace tu rumit nak jahit, masuk akal sebab lace tu dia jahit sulam katanya. potong2 ikut bentuk lace, and jahit balik. make sense la harga tu. tapi untuk kitorang yang 8 ketoi ni pengsan la jugak dengar.  nak blah, dah segan dah and dah takde masa nak carik tailor lain dah. so mak aku mintak kurang, dapat la RM250. untuk baju hijau tu sahaja.

baju hijau ni baju family. baju babies beli kat sara hughes jugak. level berapa tah.


hijau kain sekolah agama tu bukan okay. hahahaha tetiba aku rasa aku kelakar.

ni yang baju hijau aku punya. sebab aku pengantin, aku pilih lace pink harhar orang lain lace hijau tak pop kaler dia har har har.  tapi lace hijau tu cantik jugka sebenarnyha bila tengok dekat2. 


untuk baju nikah. kalau tak silap RM250 - RM300 jugak. Rate RM250++ camtu la. Sebab baju nikah aku lace yang simple tu. Takde potong2 kecik2 pastu jahit balik. Untuk baju sanding, RM650. Sebab ada lace potong kecik2 pastu kena sulam balik. Heaaaaaa. Pengsan ke idok? Nasib baju mak aku sponsor, Alhamdulillah sangat. Aku serba salah, nak bayar separuh, mak aku cakap tak yah la.


okay ni baju nikah aku. simple je. kain dia potong 8 tak silap. ke 6. 

untuk baju nikah aku taktau design camne nak buat, cuma aku cakap nak simple je. so akak tailor tu yang designkan. dia tunjuk contoh baju yang siap, yang mana aku berkenan, tu dia buatkan. cuma aku  kalau boleh diputarkan masa (gittew), aku nak mintak dia buat longgar sikit. ni macam fit sikit, so kena pakai girdle. nak pulak nikah minggu ke 3 raya......so.....all the rendangs and ketupat and kuah kacangs......sangat irresistible. hurhurhur.

tudung senget. i knowwww. 




aku takde gambar baju gantung2 kat tingkap macam orang lain. sebab aku nikah lepas isyak, so photographer aku suruh pergi masjid terus. dia request jugak alamat rumah , nak tangkap gambar time mekap semua. serabut weh rumah buat malu ja nanti hahah,

      

untuk baju sanding pulak aku jumpa design dia kat internet. baca banyak2 pasal jenis kain pun tak guna sebab aku tak aplikasikan pun benda tu time beli kain. pikir cantik je kain tu. huehuehue

camni la reference design untuk baju sanding.

TAPI. sebab kan lace baju aku tu manik2 , so jadi berat. aku pulak buat baju tu jadi dress, kira one piece dress la. leceh sikit la nak pakai. untuk baju sanding, harga dia RM650. Ni bukan nak menunjuk harga mahei ke apa, nak bagitau harga sebenar supaya korang tak jadi macam aku.


ni baju sanding aku.

personally aku rasa baju sanding better sewa je. kalau kau nak special, sentimental sikit, buat baju nikah satu je dah lah. sebab lepas kahwin belum tentu kita pakai ke idok baju tu. memula memang nak sewa je, tapi tetiba abah kata suruh beli , nak kasi feel pengantin tu kot. hews. thank you daddy wiwiwi.



Kain untuk sanding aku beli dua jenis je. Lace and kain satin tak berapa nak satin belah dalam. so tak dapat nak buat berlapis macam dalam gambar contoh tu. Tapi pun aku suka jugak. And jika diperhatikan, gittew, kat belah depan bawah tu dia potong lace extra and jahit semula. sulam katanya. tu yang mahei.


abaikan lemak yang kena cengkam dengan paez ittew. cuma nak tunjuk jahitan sulam dia tu la. kemas.

kat belah tangan tu aku ada request zip sorok. memang sorok la tu tak nampak tu. okay la tak dia sebenarnya tersorok kat belah bawah


and nampak kan betapa simplenya aku. tapi bila sanding sebelah husband aku. aku jadi macam teruja, wau, pakai crown betul2, pakai rantai semua. siap balik tu taknak cuci mekap okayyy. belah husband kitorang sewa baju. complete top to toe set sekali dengan make up, catering semua.


ni baju bertandang. sewa dari NBS Service Enterprise

okay selekeh sangat kan aku letak gambar tak complete camni? "KAMI MAHU GAMBAR BAJU FULL" *angkat sepanduk*

 sabar...sabar....*gigil gigil* sebab aku kat office and pendrive yang photog bagi dah crash. siannn. nasib baik ada backup. tapi backup kat ghumahhh. nanti balik ah baru sambung.

lengkap keris rantai semua. bercampur kegedikan . eh?

make up pun dari NBS Services Enterprise

Laki siapa ni hurmm.......


Okay pasal NBS Services Enterprise aku tak tau nak ulas apa sangat sebab yang tu belah husband. So harga semua tak sure. Tapi kalau service, insyaAllah okay. Tengok smooth je majlis belah lelaki. Plus baju dia cantik cantik. ehehehe.


Untuk service Kimiga Tailoring, all in all, memang berpatutan la harga dengan cara jahitan dia. kalau rasa mampu, okay je jahit kat situ. OH! and aku dapat baju kahwin aku lepas 2 months. 10helai baju, jahit sulam, 2 months. kalau rasa tempat lain ada lagi okay, dipersilakan. rasanya tu first and last kitorang hantar baju kat situ kot kalau nak tempah banyak. hahaha


Selamat kahwin siapa yang tengok post ni as reference. Siapa nak tanya boleh komen. Kalau ada lagi la orang baca blog ni. 

ciao.


No comments: