Tuesday, August 2, 2016

Honeymoon penat gila

Hi.

Here i am again. Baru lepas scroll jobstreet and clicking on apply banyak banyak . kekeke. Dah bosan apply, update blog sikit.

Tempat honeymoon ni lama kitorang survey. Dari awal tahun, around Jan Feb macam tu. Aku memang suka pulau and laut. Asalnya nak cuti kat dalam Malaysia je. Save budget untuk hidup lepas kahwin. Pulau Perhentian ke, Tioman ke Lang Tengah ke. Lang Tengah baca review memang orang kata cantik, tapi kalau dah remote sangat tempat dia pape jadi kang sakit ke tak memasal lak kan.

Long story short, aku hint2 nak pergi Lombok and yeay Alhamdulillah murah rezeki ada orang book kan hewhewhew. Time tu pun dua dua kerja so kitorang combine gaji beli tiket flight, book hotel. Kitorang naik Air Asia. Air Asia ni ada masa2 tiket murah ada masa tiket mahal. Ni semua Faez uruskan sebab dia rajin hiks. Hotel pulak kitorang book through Agoda.

Hotel : Holiday Resort Lombok
Type of Room : Beach Bungalow
Breakfast included
MYR : 1002.02
Reservations : 1 Room 3 Nights.


Flight ticket pun around RM800++ camtu. Semua ni kitorang tong tong so banyak cut cost disitu. Kitorang stay dekat Senggigi sebab orang kata situ sesuai untuk honeymoon. Kalau nak night life boleh pergi Gili Trawangan. Which besok tu kitorang pergi tempat dia agak packed la.

Bayangkan, nikah Jumaat malam (22/7/2016), Sanding Sabtu (23/7/2016), flight kitorang Ahad pagi (24/7/2016) pukul 8.35AM camtu. Dengan penat gilaaaaa gigih jugak bangun kul 3.30AM siap2 pergi airport.


Gigih sangat nak angkat 2 beg terus kan? Lantakkkk kauuu.



Alhamdulillah takde yang termiss flight and lepaih 3 jam camtu, kitorang pun sampai ke Airport Lombok. Dah sampai lupa dah segala tips baca kat blog suruh pilih teksi bluebird bla bla bla. Redah kasi pecah je hahahah. Ramai gila orang approach. Serious macam ada fan meeting lak kat situ. Akhirnya Faez pilih sorang brader ni nama dia Supardi. Kalau nak ke Senggigi IDR250,000 = +-RM80.

Keluar pintu belakang so gambar tak berseni sangat. 
Airport Lombok kecik dan selesa untuk beratur cop passport dan sebagainya. Compared to Airport Bandung yang sesak ya'amat. Oh ya, sampai2 kitorang beli simcard IM3 kalau tak silap. 4gb internet untuk 2 months. IDR27000 = +-RM8. Faez beli sorang aku tak beli.

Ate this before going back to KL, kfc won for sure. 

Dia nyanyi2 kat airport. Lagu Lombok maybe.

Tak berseni en aku tangkap gambar? Tangkap asal ada untuk blog harhar. Dari airport nak ke Senggigi ada la dalam 1jam 30 minit. Sepanjang perjalanan tu banyak tembikai, or diorang panggil semangka. Tak tangkap gambar  sebab iolls pemalas. Before sampai hotel kitorang mintak dia bawak pergi tapau makan. Dia bawak pergi Rumah Makan nada Alam nyaman. Katanya famous dengan Ayam Taliwang.


tak tangkap gambar sebab penat. Tapi ni la tempat dia. [source]

Kitorang tapau 2 bungkus ayam taliwang. jus nenas, tembikai and air mineral. Total IDR138,000 = +-RM43. WTF mahal. Kitorang baru perasan mahal bila dah sampai hotel. Rupanya main order je tak tengok harga. Lusa kitorang pergi balik tengok harga IDR45000 satu. +RM14. imo, ayam taliwang rasa dia biasa je. Takde kuah sangat , pastu ayam dia kecik takde daging lol. dah la tengah lapar, harem betei. Tapi yang 2nd time pergi tu kitorang beli nasi goreng aaa murah.



Dah sampai hotel takleh check in lagi. Check in pukul 2. Dapat welcome drink, honeydew tea. Kot la.

depan bilik. baru balik breakfast.



Nasi goreng tapaooo.


"SIALAN!" Terkejut iolls tengok movie subtitle indonesia okay. hahahah.



kalau kau membuang pastu teran kuat2, kat luar boleh dengar okay. hahaha. 


kalau hujan, yang basah kat bahagian pokok tu je. dia ada jaring2 kat belah atas. so feeling mandi outdoor sangat uolls.



okay gambar gambar bilik tu kitorang ambik masa hari ketiga. first day penat sebab bangun pagi sangat, second day penat sebab snorkelling, balik memang nampak katil. third day penat jugak tapi asyik sebut nak tangkap gambar tapi malas, so Faez tangkap kan. Nampak kan muka letih aku camne kat atas tu hahaha. 

Untuk activity on first day kitorang tak gi memane, duduk hotel sajorh, Petang jalan2 kat pantai and dinner terus kat hotel. untuk dua orang IDR400,000+ = +- RM125. Kat kawasan hotel takde kedai dekat2 nak tapau makanan or nak jalan2 ke. Bandar jauh. So yeah. 

photographed by love.
Btw without any filter okayyy. iolls jarang guna filter kecuali kalau gambar gelap. Time tu memang dah nak maghrib tu gelap camtu.



Tunggu sunset katanyerrrr.

Laut tu nampak je tenang padahal ombak dia kuat kot. Kitorang diri tepi pantai je, ombak datang tertarik okay. Ada video dia kat instagram. which i initially wanted to put it here on my blog but the embed option is not there anymore. huh.


gambar banyak dekat phone Faez asyik lupa nak transfer hurmmm. Will continue once i got all pics from him. kalau ingat la. balik2 dah borak borak borak pastu lupa. heheh.

dah la bye.



No comments: