Saturday, June 18, 2016

Kad Kahwin Online - Yay or Nay?

Hi.

Laptop dah restart. Cepat gila dah up post baru. Biasa la sekali sebulan bukak laptop. Hikhik. Its just another wedding post, that ive been waiting to post since forever!

So last month, March or April, about 3 months before my wedding. Abah tetiba suruh order kad kahwin. Aku memang relax je sebab sebelum ni time kakak aku kahwin parents yang orderkan. Ni tetiba cakap "dah boleh order dah kad kahwin" jadi cam krik krik jap.

Sebab aku pemalas gila, aku pun decide nak order kad kahwin online. Walaupun kakak aku dah nasihat kata better pergi kedai. So carik la aku #sayajualkadkahwin kat instagram. Kat instagram okay. Sebab fikir nanti lepas dapat orang buang, so ambil yang simple and murah je lah. Sebenarnya before jumpa kat instagram, aku dah jumpa website yang betul2 jual kad kahwin, yang trusted - Kad Kahwin Ijab dan Qabul.

TAPI TAKTAU KENAPA GATAL NAK JUGAK PERGI BELI KAT INSTAGRAM MACAM BELI TUDUNG ONLINE LAK.  *breath in, breath out*


Okay ni design yang aku ambik. Simple je lar kan. And kad dia sekeping je depan belakang. Lepas dah bagi details semua, orang tu edit and hantar kat whatsapp. Oh lagi satu sebab aku pilih orang ni, dia macam trusted sikit. Reviews macam okay je. Review okay + murah = how i buy shits stuffs online.






Time ni dah rasa cam, eh asal hijau dia camtu eh? Takpe la sampai nanti okay aaa kot. Tanya Umi and Abah , diorang kata okay terus proceed. Lepas 3 minggu siap katanya.

So beriyalah aku siap buat list, kad kahwin nanti nak bagi siapa. budak office yang aku tak suka nak jemput ke idok , yang tak rapat perlu jemput ke idok. Siap buat list ni. Nak mintak alamat siapa . Excited kemahen kann. Tiba lah hari yang ditunggu tunggu "cik kad dah siap ye." Post pulak pakai skynet, yang mostly aku dengar ada yang berbulan2 tak sampai barangnya.

Berdebar few days, akhirnya sampai lah jua....Oh ye, cost RM180 for 500 pcs, + RM20 untuk postage. So RM180/500, satu card ada la dalam RM0.36.

So when the actual cards arrived...


Taktau  nak heksaited ke idok. Kat bunga ros tu ada mark apa tah, and its on every printed cards. it wasnt there on the soft copy of the card. wasnt there on the design,


Zoooooooommmmm innnn.





Zooooooooom in again, Look at the white line, kat atas kad tu. ITS ON EVERY FREAKING CARDS. ON ALL OF THE 500 PCS CARDS. 


It looked cheapo. *ehem it is cheap remember?* K, So my mum decided to order a new one. Sebab yang nak dapat kad tu bukan kawan kawan aku je, kawan kawan depa jugak. Kalau boleh nak la kad yang semenggah sikit. So that same week terus pergi shah alam carik kedai kad kahwin.

Kitorang order dekat Kad Lestari, Shah Alam. Akak aku jumpa kat instagram,  But at least this time they have an actual, physical store yang boleh pilih cards betul2. Design kat atas tu pun ada nyampah hahaha. Oh, and kat sini banyak artis tempah kad kahwin diorang. Che Ta je dah 3 ke 4 jenis kad dah, ada tomok, nabil, jihan muse, yana samsudin. Tapi diorang punya card yang mahal2 la. sekeping RM3 - RM7 ke atas kot.Tebal semacam je. idok le temannn. hahaha. 


Kat area situ memang banyak printing. Kau waze je kad lestari jumpa nya. Bawah printing, atas tempat kite pilih2 card and discuss. Ni atas ni kat belah depan dia.


Long story short. Mak aku pilih card yang paling murah. Murah pun RM1 sekeping kau. Design pun mak aku yang pilih. And mak aku sponsor Alhamdulillah murah rezeki hewhewhewhewhew. Lepas hantar final design, kite kena pergi sana balik, nak sign and tengok yang dah siap print, okay ke idok. nak ubah lagi ke idok. 

See peta pun dah upgrade sikit kan? Akak aku la buat. Kalau peta location kat kad lama tu kitorang ambik kat kad orang lain je. Memang tak sepenuh hati betul buat kad memula harharhar. 

Time order ni mak aku bayar full payment terus. So dapat free welcome board, signage, poster and guest book . Which i dont think its necessary pun tapi mak aku kata ambik je, hambik je la. 


Welcome board. Emm pas kahwin taktau nak gantung mana bendalah ni hahah.


  Signage. and yang gulung tu poster. 

Ohhh and here's the actual card. *drum rolls*


TADAAAA. it looks 10 times better than the actual design. and 100 times better than the green card XD


Time ni excited kat hotel tulis nama sedara mara nak passing card time beruka (refer to previous post)


Alhamdulillahhh. Pastu setiap kali aku cakap "jauh beza dengan kad yang dulu." Mak aku balas balik "kad dulu kan RM0.20 memang patut la." K , K, dan K times 10000 Ks. 

By the way, orang yang buat card hijau tu okay la dia tak sombong ke apa. So aku takde la nak tunjuk apa instagram dia. kang kata tutup periuk nasi orang la apa la kan. So kesimpulannya, jangan beli kad kahwin online. Kalau nak beli , okay, tapi jangan jadi cam aku laa. kad kahwin ijab dan qabul cam nice. Tapi tu la owner dia kata diorang online je, takde physical store. 

Initially memang nak beli kat situ, tapi tah, pergi carik gak kat instagram. Maybe orang kad hijau tu perlukan duit ke time tu ke apa ke kan, Allah je la yang tau.

Kay dah masuk july baru boleh jemput kat pesbukkkk ad group whatsapp. 

Owhhhh andddd by the way, this is my fiance's wedding card. Buat sendiri kemahenn. Memang jimat la buat sendir kan. Hikhik.


hihihi. bye.



2 comments:

Anonymous said...

Good blog! You have described in a nice way.
Thanks for sharing this information.
kadkahwinprinting

amir khan said...

Good blog! You have described in a nice way.
Thanks for sharing this information.
kadkahwinservices