Hampa semua dok buat apa tuh? kahkah nampaknya aku still tak boleh move on dari Kedah. So haritu pergi Kedah. Blurnye nak buat intro, dah lama tak update blog zzzzz.
Skip je lah ke tentatif program pada hari tersebut.
30.4.2015 - Jumaat malam
Masing masing janji nak jumpa dekat Stesen Bas Kajang pukul 9.30 pm macam tu sebab bas bertolak pukul 10.00 pm (katanya). Anyway kitorang naik bas Cosmic. Thanks Capa! Betui cakap hang shapa, bas tu selesa. hehehe. By the way, Shafa ialah tour guide kami semua sepanjang berada di Negeri jelapang padi, gittuhh.
Bas bergerak dalam pukul 11.00 pm macam tu, Tapi sampai lambat pagi tu sebabnya jam. Ye lah 1 Mei tu public holiday, boleh pulak terlupa. Sampai Kedah dalam pukul 10 lebih macam tu. Seronok jugak la tidur dalam bus sejuk sejuk wiwiwi. Kami sampai dekat stesen bas Alor Setar. Tak beli tiket ke Pendang sebab dah habis katanya.
Nampak takkkk betapa ramainya manusia nak pulang ke desaaaa. |
Team belakang. Yang lagi 3 orang duduk depan. |
Lapar sangat sebab tak sampai lagi. Ambik gambar signboard ja jadi lah. Time ni bas stop kat Gurun nak turunkan orang. |
Sampai je stesen bas pendang, kami dijemput oleh Shafa dan adiknya, Shazni. Rasa VIP betei. Hikhik. Pagi tu kami breakfast dekat kedai apa tah dekat dengan rumah shafa. Memang lapaq la sebab lambat sampai. Bekalan dunia akhirat beli sebelum bertolak pun dah habis. Sebelum tu kami kami yang naik dengan Shazni dibawa meronda ronda ke sekitar sawah padi, kiri kanan depan belakang sawah padi. Sebab nak elak jam katanya. Shafa gigih redah jam. Hikhik.
Lepas breakfast, terus check-in homestay keluarga shafa dekat taman mawar. Sesuai la untuk kami 8 orang tidur. Hehehe. Memang terbongkang masing masing kat katil. Dah siap siap mandi tukar baju semua, Shafa bawak kitorang pergi makan kat rumah dia, Jumpa Ummi Shafa yang selalu postkan makanan masa kitorang duduk satu rumah dulu. Ni pi Kedoh pun bagi makanan jugak. Hehehehe. Makan lunch nasi daging. Emmmmm sedappppppppppppppp. Lapaq pulak, sebab cek dok makan lagi.
Lepas lunch shafa bawak kitorang pi Gunung Jerai. Ku ukir namamu di awan gunung Jeraiii, bersaksikan bla bla bla okay tak hafal. hehehe. Boleh tahan jauh juga la dari rumah Shafa. Sampai situ, park kereta, kitorang sewa van nak naik atas. Memang tak la nak drive sendiri dengan jalan pusing pusing macam nak naik Cameron Highland tuuu. Sampai kat atas, SubhanAllah cantiknyaaaaaaaaaaaa viewwwwwwwwwww. Memang boleh nampak la awan gunung jerai tewwww.
Tudddiaaaaah awan gunung jerai. Tantik angat <3 .="" ada="" awan="" baru="" bomb="" eh="" hiroshima="" lah="" nbsp="" perasan.="" right.="" td="" upper="">3> |
Flowers. shafa kata kalau ambik bawak balik kena denda RM500. Amboi. |
Pakcik van bagi kami masa sejam untuk tangkap tangkap gambar kat atas tu. Okay la sejam. Nak lama lama nak buat apa pun, bukan boleh tidur kat hotel situ pun. Sejam tangkap tangkap gambar, shafa solat asar kat atas sana sebab dia tak boleh jamak. Cukup la sejam. Tapi tandas dekat masjid ke surau tu scaryyy T___T. Dah la takda orang sangat time tu. Bunyik krik krik krik krik je kat tepi toilet tu. Sebab sebelah toilet tu hutannn.
Gigih tunggu orang datang dekat nak mintak tolong ambikkan gambar. Hehehe |
First gambar kat atas memang tak cukup semua sebab takde orang nak tangkapkan gambar. Masing masing dah usha uncle dengan aunty yang tengah duduk kat depan kitorang tu. Sekali baru pusing uncle tu dah kata dulu "mau suruh saya tangkap kan? Saya sudah boleh baca." heheheheh. Thanks uncle. You rock!
Semua pose skema malu malu kucing la sebab orang lain yang ambikkan gambar. |
Uncle kata "Jangan serious sangat ooo." Tu yang dok teruih tergelak, uncle tu terus snap. Thanks again uncleeeee. Seriously suka gambar gelak gelak candid camni. Rasa sangat natural gambar tu. hehehe. Siapa tau photographer boleh snap moments spontan camtu gitau please nak book. ihihihik kbai.
Okay ni snap sendiri. Segan la nak suruh uncle snapkan lagi hehehe. |
Apa yang aku perasan cuaca kat sana berubah ubah. Kejap panas, kejap sejuk. Macam sekekejapan gitu. Kabus pun kejap ada, kejap takde. Tapi takde sampai cakap leh keluar asap la. Aku try haritu tak jadi emmmm. Sedih sobs sobs.
Kat sana ada kawasan leh masuk ada yang tak. Restricted area tu tempat untuk guests je boleh masuk. Ye lah kang takde privacy lah pulak tetiba keliling bilik orang sibuk tangkap tangkap gambar. |
Ni pun restricted jugak. Maybe royal families je kot leh masuk. Entah lah. Emmmm. |
Saja snap, sebab time tu tengah carik air. Preferably air manis. Tetiba masuk air kotak RM4 emmm kbai lah. Memang RM4 la dah kitorang beli kat lobby hotel kat situ hehehe. |
See, cuaca berubah ubah. Tetiba je panaih berdengkang. |
Kabussss. Time ni tak nampak sawah padi kat bawah. Time kabus hilang baru nampak. |
Nak naik Gunung Jerai ni kalau kau nak bawak kenderaan sendiri pun boleh sebenarnya. Macam mat mat motor kat bawah ni. Konvoi gamaknya. Maybe dah biasa kot tu berani konvoi naik gunung jerai. Kalau aku idok le.
Rajah 1.1 |
"Hang ni nak ambik gambaq cover la sikit. Meh aku tolong cover untuk hang." Kata shafa, lepas aku dah snap rajah 1.1 di atas. |
Dalam pukul 5.30 pm macam tu kitorang pun turunnn. Naik van yang sama. Lupa nak gitau, range harga dia around RM10 per person. Tapi sebab ada Shafa, anak jati Kedah tolong haggle untuk kitorang, dapat la kurang, hehehe.
Exhausted. Lepak lepak jap sambil beli sate ikan. kat KL susah carik wuwuwu. |
Lepas makan pi pacific mall, ada orang nak pergi kedai buku katanya. Pastu ingat nak pergi uptown, chewah kat KL taknak pergi, nak pergi yang dekat Kedah punya uptown jugak kakaka. Tapi tak jadi sebabnyaaaa takde parking. Uptown tu kat sebelah stadium, malam tu pulak ada bola. Kedah lawan apa tah. Sampai dalam kereta bunyik "Goooooolll". Tak jadi, pastu teruih balik Pendang balik.
End of day 1. And aku pun nak tidoq ngantuk gila dah ni. Gigih nak siapakan jugak satu post. Sebab tau nanti dah start masuk office memang malas nak bukak laptop dah T___T.
OK byebye.
No comments:
Post a Comment