Saturday, May 30, 2015

Visit Pendang(Shafa) 2015 - Day 2- Hari Melawat Kastam

Hai.

So harini baru ada rasa nak update pasal trip ke Kedah haritu. Untuk second day kami breakfast depan kubur. Taktau apa nama tah kedai tu. Tapi akak yang ambik order tu tak mesra sebab dia cam confuse kitorang punya order. Kalau ye pun confuse takyah la buat muka "eleh orang KL ni" kat kitorang. Hurmmmmm.

Lepas breakfast dan keluar duit semua. Kami pun bergerak ke Bukit Kayu Hitam. Dengar kata situ banyak la barang murah murah. Jauh jugak la dari homestay kitorang dekat Pendang tu. Dalam 1 jam. Lama sebab dekat kastam. Taktau la pulak nak pi Bukit Kayu hitam pun kena lalu kastam. Emmm tapi tengok gaya macam senang betei nak lepas ke Thailand. Kitorang memula ingatkan tersalah masuk. Polis pengawal tu masa kitorang lalu  cakap nak pergi Bukit Kayu Hitam, relax je dia "Depan tu masuk thailand dah. Pi U-turn kat depan." Tiada rasa curiga langsung. Padahal Bukit Kayu Hitam tu memang kene lalu kastam kot. Grrr polis intern ke? Eh? Polis manade intern hehee

Bukit Kayu Hitam macam krik krik sikit. Macam confusing sebab dalam fikiran aku Bukit kayu Hitam dulu aku pergi macam busy, orang berasak asak. Ni cam.....krik....krik.....Sebelah tempat krik krik tu ada The Zon Duty Free, which, wasnt that duty free at all. Except for the mineral water. i think. hehehe. Kat situ beli la shades satu sebab spek hitam beli kat hinode shop dah patah. ermmmm. Kat duty free the zon tu beli chocolates sebab benda lain mahal sama je cam kat KL. taktau apa duty free nya hahah.

Lepastu, tetiba Shafa kata nak bawak pi Padang Besar, sebab Padang Besar tak krik krik. Rupanya baru la aku teringat, yang aku pergi time kecik kecik, yang aku bayangkan orang berasak asak tu Padang Besar rupanya, bukan Bukit Kayu Hitam. hehehe.

Nak pergi Padang Besar memang lama la. Sebab emmm ada orang bawak pergi kastam dulu(again) :P, masuk Thailand jap, pastu keluar balik, baru pi padang Besar. hehhehe

Kat Padang Besar pun kene jugak dengan akak ambik order. Hurmmmm. Dia macam salah dengar perbualan aku dengan hasnah tentang harga yang dikenakan terhadap makanan kitorang, tetiba je dia perli "Sini Padang Besaq, bukan KL. Harga barang sama ja macam kat KL." Hurmmmmmm lagi sekali. That "eleh orang KL ni" look.  Lepas makan kitorang berpecah carik barang masing masing. Aku jalan dengan Bee. Memang kene hasut la si Bee suruh beli macam macam.

Balik dari Padang Besar, time tu dah asar. So berhenti sembahyang asar dekat masjid apa tah. Tapi untuk kami yang musafir ni dah jamak awai awai dah. Ingatkan nak la tumpang toilet dekat masjid tu. Cantik indah nyaman kata Eija. Hurmmm masuk toilet, paip air takde, baldi takde. Terpaksa drive pergi resort apa tah, nak tumpang toilet semata.

Sementara memang dah kat Perlis, kitorang singgah rumah nenek Diniy. Tumpang sembahyang maghrib semua. Bestnye rumah kat kampungggg aman damai je. Malam tu Shafa bawak pi makan kat tepi jeti perlis. Jeti tu memang bawak orang untuk pergi Langkawi. Walaupun tak makan seafood, tapi seronok jer makan tepi laut bayu ombak melambai lambai.

Malam tu semua dah penat, balik je terus tidur. Okay tak, aku walaupun dah lambat sampai homestay, mesti mandi jugak dulu. Dah la sebelum balik homestay tu boleh tersesat pulak sebab hurmmmmmmm kereta siapa tah Senah nampak. Start dari tu aku mula meragui persahabatan kitorang dengan Senah.


Lepak menunggu semua siap.

weh ni gambar first day. takpe la sebab second day tak banyak gambar hurm.


Padang Besar. Memang besar la cerita dia.

Kira tercapai la hajat nak masuk Thailand, shafa bawak. Walaupun tak pijak tanah Thailand. 

What is this yugaisss?

Cause we're diva liddat. kakakaka





Monday, May 4, 2015

Visit Pendang (Shafa) 2015 - Day 1

Hai.

Hampa semua dok buat apa tuh? kahkah nampaknya aku still tak boleh move on dari Kedah. So haritu pergi Kedah. Blurnye nak buat intro, dah lama tak update blog zzzzz.

Skip je lah ke tentatif program pada hari tersebut.

30.4.2015 - Jumaat malam

Masing masing janji nak jumpa dekat Stesen Bas Kajang pukul 9.30 pm macam tu sebab bas bertolak pukul 10.00 pm (katanya). Anyway kitorang naik bas Cosmic. Thanks Capa! Betui cakap hang shapa, bas tu selesa. hehehe. By the way, Shafa ialah tour guide kami semua sepanjang berada di Negeri jelapang padi, gittuhh.

Bas bergerak dalam pukul 11.00 pm macam tu, Tapi sampai lambat pagi tu sebabnya jam. Ye lah 1 Mei tu public holiday, boleh pulak terlupa. Sampai Kedah dalam pukul 10 lebih macam tu. Seronok jugak la tidur dalam bus sejuk sejuk wiwiwi. Kami sampai dekat stesen bas Alor Setar. Tak beli tiket ke Pendang sebab dah habis katanya.

Nampak takkkk betapa ramainya manusia nak pulang ke desaaaa.


Team belakang. Yang lagi 3 orang duduk depan. 

Lapar sangat sebab tak sampai lagi. Ambik gambar signboard ja jadi lah. Time ni bas stop kat Gurun nak turunkan orang.

Sampai je stesen bas pendang, kami dijemput oleh Shafa dan adiknya, Shazni. Rasa VIP betei. Hikhik. Pagi tu kami breakfast dekat kedai apa tah dekat dengan rumah shafa. Memang lapaq la sebab lambat sampai. Bekalan dunia akhirat beli sebelum bertolak pun dah habis. Sebelum tu kami kami yang naik dengan Shazni dibawa meronda ronda ke sekitar sawah padi, kiri kanan depan belakang sawah padi. Sebab nak elak jam katanya. Shafa gigih redah jam. Hikhik.


Lepas breakfast, terus check-in homestay keluarga shafa dekat taman mawar. Sesuai la untuk kami 8 orang tidur. Hehehe. Memang terbongkang masing masing kat katil. Dah siap siap mandi tukar baju semua, Shafa bawak kitorang pergi makan kat rumah dia, Jumpa Ummi Shafa yang selalu postkan makanan masa kitorang duduk satu rumah dulu. Ni pi Kedoh pun bagi makanan jugak. Hehehehe. Makan lunch nasi daging. Emmmmm sedappppppppppppppp. Lapaq pulak, sebab cek dok makan lagi.




Lepas lunch shafa bawak kitorang pi Gunung Jerai. Ku ukir namamu di awan gunung Jeraiii, bersaksikan bla bla bla okay tak hafal. hehehe. Boleh tahan jauh juga la dari rumah Shafa. Sampai situ, park kereta, kitorang sewa van nak naik atas. Memang tak la nak drive sendiri dengan jalan pusing pusing macam nak naik Cameron Highland tuuu. Sampai kat atas, SubhanAllah cantiknyaaaaaaaaaaaa viewwwwwwwwwww. Memang boleh nampak la awan gunung jerai tewwww.

Tudddiaaaaah awan gunung jerai. Tantik angat <3 .="" ada="" awan="" baru="" bomb="" eh="" hiroshima="" lah="" nbsp="" perasan.="" right.="" td="" upper="">

Flowers.  shafa kata kalau ambik bawak balik kena denda RM500. Amboi.

Pakcik van bagi kami masa sejam untuk tangkap tangkap gambar kat atas tu. Okay la sejam. Nak lama lama nak buat apa pun, bukan boleh tidur kat hotel situ pun. Sejam tangkap tangkap gambar, shafa solat asar kat atas sana sebab dia tak boleh jamak. Cukup la sejam. Tapi tandas dekat masjid ke surau tu scaryyy T___T. Dah la takda orang sangat time tu. Bunyik krik krik krik krik je kat tepi toilet tu. Sebab sebelah toilet tu hutannn.








Gigih tunggu orang datang dekat nak mintak tolong ambikkan gambar. Hehehe


 
First gambar kat atas memang tak cukup semua sebab takde orang nak tangkapkan gambar. Masing masing dah usha uncle dengan aunty yang tengah duduk kat depan kitorang tu. Sekali baru pusing uncle tu dah kata dulu "mau suruh saya tangkap kan? Saya sudah boleh baca." heheheheh. Thanks uncle. You rock!


Semua pose skema malu malu kucing la sebab orang lain yang ambikkan gambar. 

Uncle kata "Jangan serious sangat ooo." Tu yang dok teruih tergelak, uncle tu terus snap. Thanks again uncleeeee. Seriously suka gambar gelak gelak candid camni. Rasa sangat natural gambar tu. hehehe. Siapa tau photographer boleh snap moments spontan camtu gitau please nak book. ihihihik kbai.


Okay ni snap sendiri. Segan la nak suruh uncle snapkan lagi hehehe.

Apa yang aku perasan cuaca kat sana berubah ubah. Kejap panas, kejap sejuk. Macam sekekejapan gitu. Kabus pun kejap ada, kejap takde. Tapi takde sampai cakap leh keluar asap la. Aku try haritu tak jadi emmmm. Sedih sobs sobs.


Kat sana ada kawasan leh masuk ada yang tak. Restricted area tu  tempat untuk guests je boleh masuk. Ye lah kang takde privacy lah pulak tetiba keliling bilik  orang sibuk tangkap tangkap gambar.

Ni pun restricted jugak. Maybe royal families je kot leh masuk. Entah lah. Emmmm.






Saja snap, sebab time tu tengah carik air. Preferably air manis. Tetiba masuk air kotak RM4 emmm kbai lah. Memang RM4 la dah kitorang beli kat lobby hotel kat situ hehehe.

See, cuaca berubah ubah. Tetiba je panaih berdengkang. 

Kabussss. Time ni tak nampak sawah padi kat bawah. Time kabus hilang baru nampak. 

Nak naik Gunung Jerai ni kalau kau nak bawak kenderaan sendiri pun boleh sebenarnya. Macam mat mat motor kat bawah ni. Konvoi gamaknya. Maybe dah biasa kot tu berani konvoi naik gunung jerai. Kalau aku idok le.

Rajah 1.1 

"Hang ni nak ambik gambaq cover la sikit. Meh aku tolong cover untuk hang." Kata shafa, lepas aku dah snap rajah 1.1 di atas.




Dalam pukul 5.30 pm macam tu kitorang pun turunnn. Naik van yang sama. Lupa nak gitau, range harga dia around RM10 per person. Tapi sebab ada Shafa, anak jati Kedah tolong haggle untuk kitorang, dapat la kurang, hehehe.


Exhausted. Lepak lepak jap sambil beli sate ikan. kat KL susah carik wuwuwu.



 Balik dari situ Shafa berniat nak bawak kitorang pergi makan Laksa. laksa apa tah nama dia. Tapi tutup pulakkkk. Pastu sebab dah nak dekat maghrib, singgah  solat maghrib semua, Shafa bawak pi makan daging bakaq. Sebab masa mula mula Shazni ada sebut daging bakaq sedap kat Danok, kat Siam tu, tapi tu lah Shapa takmau bawak kami, hmmmmmm. Untuk menebus kesalahan tak bawa kami ke Siam makan daging bakaq, dia bawak kami pi Aloq Staq ja. Jadi la. Ehehehe.

Lepas makan pi pacific mall, ada orang nak pergi kedai buku katanya. Pastu ingat nak pergi uptown, chewah kat KL taknak pergi, nak pergi yang dekat Kedah punya uptown jugak kakaka. Tapi tak jadi sebabnyaaaa takde parking. Uptown tu kat sebelah stadium, malam tu pulak ada bola. Kedah lawan apa tah. Sampai dalam kereta bunyik "Goooooolll". Tak jadi, pastu teruih balik Pendang balik.

End of day 1. And aku pun nak tidoq ngantuk gila dah ni. Gigih nak siapakan jugak satu post. Sebab tau nanti dah start masuk office memang malas nak bukak laptop dah T___T.

OK byebye.