Friday, June 21, 2024

Influenza A

 Helloo


Ahad

Sehari sebelum raya haji. Adira demam panas. Bamm. Terus cancel nak raya rumah MIL. Dah le pagi pagi dah masak kuah kacang ngan lodeh nak bawak balik kampung. Tiber tak jadi balik tak memasal kitorang makan lauk raya sehari sebelum raya. Time actual raya makan cekodok je nokkk.


Isnin

Adira still demam. So memang kat rumah je. Bagi PCM pun tak jalan. Dah plan if petang still panas kitorang pergi klinik. Sekali petang tu dia Alhamdulillah okay so tak jadi pi klinik.


Selasa

Bangun pagi okay lagi. Kemas kemas rumah sebab parents nak datang tengok cucu demam. Plus kerja jugak cam biasa. Kids tak sekolah sebab sorang cuti peristiwa sorang dicutikan incase demam spike. Time ni aku sakit mata belah kanan. Asal kelip je sakit. Puas la dok tengok kat cermin ada apa2 ke sebab mata tak merah or ada ketumbit ke apa tau. Tapi asal tutup je sakit. By the time nak tidur makin okay so macam okay kan aje.


Rabu

Pagi Adira pi sekolah cam biasa. Aku dah tak sedap badan. Hidung dah sumbat sumbat. Tengahari tak larat masak beli oden konon eh konon boleh hilang kan hidung sumbat. Hshshsh. Time makan tak rasa apa weh. Kena tarik nafas dalam dalam baru ada rasa sikitttt la. Pastu aku whatsapp husband aku ajak MC besok sebab dia pun hidung berair selsema. Dia onzzz alang2 kerja takde yang pending.

Time lunch aku tidur lepas ambik pcm sebab penat gila badan. Berselubung ngan selimut + tutup kipas ya sebab gigil2. Pastu terlajak dalam 15 minutes camtu terus on laptop balik nak clock in. Pastu aku gi mandi bapak la menggigil gigil weh. 

Gigih tau habiskan kerja time tu. Yang penting petang tu ada teams call semua dah dengar suara tak larat sis sebagai petanda “ya aku sakit so besok kalau MC jangan terkejut zasss” wkwkwkwkw. Padahal dah bagitau member rapat nak MC. 

Petang tu Awatif balik sekolah mengadu sakit kaki. Lah pulakkk. Malam sikit badan dia panas so cam fine alang2 kitorang nak gi klinik bawak la dia sekali. 


Khamis

Pagi Adira pulak self diagnose dia demam. Dok “adira demam, demam” padahal badan tak panas pun. Tapi lepas mandi ada lah dedar sikit so cam alang alang satu kampung la pergi klinik. Dalam kereta budak2 tidur, badan masing2 dah start panas. 

Sampai klinik kitorang masuk berempat terus. First doctor check husband aku. Tengok tekak merah so dia suggest buat swab test for covid + influenza. Time tu memang nampak clear 1 line kat dua2 test. Sampai turn aku doc suggest jugak untuk buat. If parents both clean then anak2 tak perlu buat la katanya. Sekali nohhh kau clear aku punya 2 line kat influenza punya kit kat huruf A. Terus anak anak semua kena swab. Bangga jap sebab antara kitorang 4 orang aku paling cool kena swab 🤣


Ni kids punya. Tapi kitorang 3 memang line clearrrrr gila.


End up husband aku pun doc kata influenza A jugak. Sebab nampak macam faint line kat huruf A tu. Aku ingat cam “asal eh beriya nak kata ada line jugak padahal tak nampak pun??” Lepastu hujung2 tu baru aku nampak line tu. Halusss je gitu cam bayang2.

Balik klinik beli breakfast makan ubat pastu masing masing baraiii. Adira paling teruk kebaraian dia. Sampai malam badan panas je. Batuk non stop ya. Aku? Hmmmm dah semua barai kitonyo tak boleh le barai kena bangun gak masak, lap air kat badan. In between habiskan kdrama wkwkw. Semoga dapat pahala besaqqqq jaga family time diri sendiri pun sakit. Aminnnn.


Jumaat

Adira bangun dah boleh gelak ajak gurau. Badan pun dah tak tahap melecur kalau pegang (overrr). Btw aku dulu pernah ada thermometer yang thermal scan tu tau lepastu rosak tak beli dah sebab if ada benda tu asyik check je suhu time anak demam pastu resah gelisah terlampau. So kita manual je pakai tangan hikhik.

Semua orang nampak macam kembali normal…….kecuali saya. Yang kononnya semalam okay zap zap zusss. Harini badan rasa lemah (ke malas ek?), batuk teruk and paling annoying telinga rasa cam kena tekup je. Yang kalau naik plane kita telan air liur dia okay kan. Ni ko telan satu baldi pun sama gak grrr. Aku just assume its something to do with the influenza. Sekali la dengan sakit mata aku tu. ENT kan, gamaknya la. Oh also sakit kaki Awatif tu pun sebab influenza. Sakit2 sendi antara tanda tanda dia gak laa. 


Doakan kitorang satu family sembuh yaaa. Ingatkan demam biasa la sekali nohhh makan pcm nak dekat sepapan pun tak luttt. Fyi influenza ada specific ubat dia, so sebab tu tak jalan ubat biasa. Aku actually dah dapat agak sebab tu doc kata nak swab aku onzzz sahaja. 

Dah la nak tidoq baru lepas makan ubat and ada ubat mengantuk. Byeeee