Hai.
Weekends. Yang sentiasa dinanti nanti bagi yang bekerja setiap hari dari Isnin hingga ke Jumaat selama 9.5 jam sehari. Tapi bila sampai weekends, bila takde plan (wedding, lepak bersama teman teman, beli barang dapur di Giant Kelana Jaya etc etc etc), melepek lah atas katil sambil tengok series berjam jam. Series bukan series orang putih, series cerita Keluarga Iskandar pulak tu. bhahaha. Tapi okay pe cerita tu. Takde la stress macam CSI ke apa jadah cerita crime scene or series yang lain.
Okay kat luar rumah tu sekarang total kucing ada 10 ekor termasuk 7 ekor kanak kanak. Lagi 3 ekor kejap ada kejap tak ada. Time rumah tengah renovate memang lagi 3 ekor pondan tu takde. Jiran aku, orang kelantan, anak dia sangat suka main dengan kucing. Balik sekolah, main dengan kucing liar belakang rumah. Main macam mana? Masukkan kucing dalam lubang keluar air kat longkang tu, tutup dengan batu supaya kucing tak keluar -.-
So tadi aku baru balik ISI MINYAK, nampak la budak kelantan ni kat rak kasut, dalam kawasan rumah aku. Which was a bit surprising. Memang la rumah tu pagar tu terbukak je manjang sekarang ni bangla keluar masuk buat kerja. Aku pun risau anak kucing kene nasib sama macam anak kucing belakang, cepat2 tegur "heyy buat apa tuuu? jangan kacau, tu kucing nenek (gunakan nama opah)."
Budak tu jawab "tak, nak letak dia balik. tadi dia pergi sana(rumah budak tu)".
Selama ni kitorang dok cop budak tu jahat, tetiba harini baik rupannya. heheh. moral of the story, sangka baik. tapi unfortunately aku tak ambik sifat tu dari abah, thehehe.
aihhh aku punya tahap bosan sampai keluar rumah pergi ISI MINYAK, beli air bliss strawberry, balik. Yep. Semata.
Dah la bye. nak sambung episode 12.