Tuesday, February 22, 2011

bila orang tanya ko macam-macam pasal laptop termasuk mozilla =.=

hoi hoi. aku rasa bukan aku sorang je yang pernah mengalami mendalah macam ni. baru berhadapan dengan seorang yang tanya aku macam-macam pasal laptop. and aku terkejut la jugak benda-benda yang dia tanya. macam ni. tadi aku baru lepas semayang, tiba-tiba ada orang ketuk pintu bilik aku, suh aku tengok laptop dia. aku dah cam,"alamak jangan tanya soalan susah-susah sebab saya tak berapa nak pakar sangat." monolog dalaman je lah tuh.

lepastu aku masuk bilik dia. mula-mula dia cakap laptop dia baru format. lepastu dia bukak my computer. dia kata dia nak my computer tu ada kat desktop.

dia : ko boleh tak letakkan my computer ni kat sini? dulu laptop aku my computer dia ada kat sini *tunjuk skrin kat desktop.

aku : ohh. create je la shortcut kat situ.*sambil drag.

dia : aku taknak shortcut. aku nak macam masa aku belom format laptop nih.

aku : ouh, itu ko kena tanya orang yang format tu ah. aku tak reti sangat la. ko tak ada recovery disk ke?

dia : ape tu?

aku : masa ko beli laptop ni ada tak orang kedai tu bagi recovery disk?

dia : tak ada pon.

aku : ouh tak ada? hurm sebab laptop aku masa beli ada recovery disk, nak format senang sikit.



dia : ni mozilla ni ape?

aku : *blur kejap masa dia tanya. biar betul dia ni? monolog dalaman lagi.

dia : ni tempat untuk internet kan?

aku : ha tempat untuk internet. *habis sebelum ni dia pakai ape? sebelum pakai google chrome dia pakai ape? IE kot* monolog dalamn lagi.

dia : ni VLC ni tempat tengok movie kan?

aku : haah, tengok movie boleh, dengar lagu boleh.

dia : dulu aku ada pakai GOM player, tapi lepas format semua tak ada dah. mana eh?

aku : ouh kalau tak ada ko kena download la. download je baru. tapi VLC okay ape, ko boleh tengok movie gak.

dia : aku tak nak VLC ni, sebab macam tak cantik kan.

aku : =.= *logo pon jadi masalah*.

lepastu aku try type GOM kat search engine dia. ada. tapi itu shortcut je.



dia : yang titik-titik dekat sini macam mana nak hilangkan? *dekat icon yang ada kat desktop, lepas kita click ada titik tu*.

aku : =.=.*biar betol dia ni?* biar je. tak ada pape pon tu.

dia : erm lagi, skype ni ape?

aku : ko ada account skype tak?

dia : tak ada.

aku : kalau tak ada abaikan je. ko biar je. *sebenarnya aku malas nak cakap takut nanti dia tanya lebih lanjut. pasuh suruh aku buatkan account skype pulak untuk dia.tapi eksplain ah sikit kat dia.* skype tu untuk ko webcam dengan orang lain. yang boleh buat free calls tuh. tapi tak payah pon takpe. bukan ko ada kawan oversea pon*padahal aku tak tau pon kot2 kawan dia ada kat oversea ke tak*

dia : ouh ok ok.



phew. dia tak suruh aku buatkan account skype.

lepastu macam-macam lagi dia tanya. pasal macam mana nak buat password, macam mana nak sleepkan laptop lepas bape-bape menet tuh, macam mana nak letak icon yahoo messenger! kat taskbar, ape antivirus laptop dia. mana yang aku tau, aku cakap la. mana aku tak tau aku suruh dia tanya orang yang formatkan laptop dia. 

aku : ada lagi?

dia : ni yang battery ni macam mana eh?

aku : asal ngan battery ko?

dia : ko baca la situ. *cursor dia tunjuk kat logo battery.

aku : ouh battery ko low. dia suruh ko charge lah. *memang sangat low battery dia. so laptop dia kasi warning suruh charge, kalau tak nanti off sendiri lah kan.

dia :  ouh kalau macam nak tukar battery macam mana eh?

aku : ko pegi jumpa la sape-sape yang pakar. orang kedai bawah ke, kawan-kawan ko yang terer ke.

mungkin dia fikir battery laptop dia rosak. sedangkan dia hanya perlu charge sahaja. tak perlu tukar battery pon. switch on je plug tu.

aku : ada lagi?

dia : urm, tak ada dah.

aku : ok, aku masuk bilik dulu.

dia: okay. sori eh ganggu ko.

aku : okayh takpe takpe.

lepastu aku dengan masih bertelekung dari tadi teros on laptop type entry nih. masa dia tanya pasal vlc mozilla semua tu aku dah rangka dalam kefale hotak nak buat entry nih.

ouh tapi tak ape la. aku tak kesah pon dia nak tanya, cume ada certain-cetain soalan dia yang buatkan aku terkejut and banyak kali macam ni =.= dalam hati. tapi alah biasa ah tuh. ada orang lagi terok kot tak reti copypaste. tapi itu kawan aku punya kawan la.

tu tandanya dia seorang yang tak malu bertanya. and bukan bodoh sombong. malu bertanya sesat jalan ah kak long oi. ~~~~