Showing posts with label personal. Show all posts
Showing posts with label personal. Show all posts

Thursday, July 17, 2014

Books.

Hai.

Sebelum Aku Bernikah, aku...ingin....cehwah ingin apahal waklu. Tu tajuk buku sebenarnya. Kakaka. Over nau. 

[source]


Percayalah sebenarnya aku jarang jarang baca buku buku keagamaan. Mengaku ni mengaku. Biar aku bagi timeline buku buku apa aku baca sedari kecil hingga dewasa kini ya.

Tadika - Sekolah rendah ;
1) Doraemon. Kumpul dengan kakak sampai buku jilid 45 okay. Jilid tu jangan main main. 
2) Kawan. (siapa ingat Kawan dia terer!)
3) Asuh (sebab tu kau nampak aku macam beriman sikit kan? Hasil bacaan Asuh la tu sedari kecil)
4) Enid Blyton's Books - Book of Fairies ke, Book of Brownies ke, The Naughty Girl ke, The Boy Who Lived ke. Eh okay tak tu Harry Porter)

Camni la buku dia. Best oi. [source]

Sekolah rendah - 1)Ujang, 2)Apo?. Feh gila lah. Aku suka kalau edisi bumper raya. Sebabnya kalau edisi raya dapat macam macam. Kad raya DIY Pakcik Din lah, spek 3D lah, dan macam macam lagi. Amboi promote. Puasa dulu cuti sekolah, jadi seronok la waktu siang sementara nak tunggu bukak puasa baca majalah Ujang atau Apo?. Sampai kakak aku pernah cakap "apa yang kelakar sangat tah." Bila dah menginjak dewasa baru nak menyetujui kata kata kakak aku tu. Sebab dah tua mungkin. 

2) Tunas sains (mak aku cikgu, so biasanya dapat free.) Aku belajar pasal perjalanan darah dari buku ni la. Tapi taktau kenapa Biology tak dapat A. Hmmm.
3) Kuntum (again, mak aku cikgu. Either dapat free or dapat harga borong)

Sekolah menengah - Gempak Starz dan segala manga jepun yang ditranslasi ke Bahasa Melayu oleh Gempak starz. Yang memang under Gempak Starz pun sama. Aku paling suka Zint dengan Keith la. Siapa kata baca komik tak dapat faedah maknanya dia tak pernah baca komik made by Zint. Serious. Mengajar erti kedewasaan. Tapi sedih nya, hampir kesemuanya hilang - adik adik ambik baca pastu tak letak balik *nangis*, kena sedekah - mak tak tahan tengok banyak sangat. Padahal sikit je tu sebenarya. Sobs.

Aku kira kira, semua komik by Zint kat gambar ni aku ada. And Keith. [source]

Since semua version of Under 18 aku dah hilang entah kemana (satu dalam kereta), so haritu masa pergi Popular, demi mendapat kepuasan diri ini, aku tebus balik buku buku yang dah hilang tu.

SIAPA TAK SUKA UNDER 18 DIA SUKA BARBIE FAIRYTOPIAAA! [source]

Aku boleh je habiskan buku ni dalam sehari, tapi aku tak habiskan sebab nak mengisi waktu waktu lapang di hujung minggu. Lagi pun aku dah baca berapa ratus kali dah nak habiskan baca amendanya. Bhahaha. Siapa cakap "oooh baca under 18 tebal camni sehari boleh, baca Quran tebal camni satu hari tak boleh habis" maksudnya dia riak kbai.

Dah masuk kolej aku baca macam macam aaa. Tak stick to one genre je. Masa first dapat voucher buku aku serba salah sebab most of the books I bought were novels and comics, so I took one keagamaan book, and.....sampai sekarang aku tak baca buku tu....

Novel ada je beli, tapi tak kumpul la. Semak je. Yang genre kahwin-paksa-mulamula-benci-pastu-suka aku ada jugak dulu. Hmmm menyesal beli. Hmmm. Tapi Ramlee Awang Murshid punya novel best la. Yang tu tak semak.

OKAY. Sebenarnya aku nak cerita pasal content buku tu tapi tak jadi sebab cerita pasal atas ni pun dah panjang. Grrr. By the way aku beli buku tu sebab Rabiatul Adawiyah Jazman baca buku tu dia cakap best. TAK. Bukan sebab nak kahwin ke apa okay. Plus content dia bukan cerita pasal kahwin pun. Dah jelas SEBELUM Aku Bernikah. Bukan SEMASA ke SELEPAS ke kan.

Okai dah la bye. 


Monday, June 30, 2014

Pengalaman - pengalaman Berpuasa Sepanjang 22 tahun hidup

Hai.

Uolls puasa kettewww. Kalau period pun agak agak la nak makan depan orang ramai. Jangan jadi cam orang yang aku kenal, balik kerja lambat, ingatkan dah azan, boleh selamba minum sebab dia memang tak puasa. Balik rumah pelik kenapa orang pandang pandang. HAHAHA. Cerita lama lah tapi. Sebenarnya dari haritu nak type post pasal puasa lepastu nak schedule post semalam, tapi sebab busy berangan, so yeah. tihihi

Sekolah Rendah

- Dulu puasa time cuti sekolah. Tu pun mengada dah pukul 5 nak bukak puasa. 
- Makan keropok apa tah kat luar rumah di siang hari.
- Balik sekolah agama jalan kaki time bulan puasa, hari hari lalu pasar ramadhan, hari hari beli air asam boi kat abang tu. First sebab aku memang suka asam boi, second sebab abang tu hensem. HAHA. Sampai lah satu hari abang tu tegur "sedap sangat ke air asam boi abang ni dik?" Besok tu aku terus beli air tembikai pulak. Tapi still kat kedai dia lah. Hewhewhew

Tutup tutup je aku google air asam boi. Takut orang ingat gila pagi pagi dah google air time puasa puasa camni.
[source]
- Semayang terawih 4 rakaat. Lepastu turun kat bawah lepak dalam kelas dengan kawan.
- Time tak semayang penuh, duduk kat belakang. Nampak pencurik mencurik depan mata. Dia bawak handbag tu kat depan aku, depan jauh sikit la tapi, pastu dia buat "shuuu". Pastu blah.
- Ada sorang budak cina ni cakap camni kat kitorang time bulan puasa, time tu rehat "emm so delicious" sambil  minum air, sambil geleng2 kepala kasi rambut ekor kuda dia tu gerak. Hajar Tahir patut tau siapa yang time sekolah jalan suka gerak2 kepala nak bagi rambut gerak sekali. 



Sekolah menengah

- Time form 1 biarkan zip beg terbukak, dalam tu ada air yang tah bila2 punya entah  (air kosong okay!) Pastu ada budak laki nampak. Dia cam assume aku tak puasa kot. 
- Makan maggie belakang asrama, abang DM nampak kitorang makan. 
- Beli air tin gedegang time rehat, lepastu cabut masuk koop ramai2. Budak2 form 5 terus jenguk tingkap tengok siapa yang beli. kahkah.

Lebih kurang camni la. Kan kuat tu bunyiknya bila air tu jatuh kan. [source]


- Trial PMR ke SPM tah balik asrama sebab lapar, pun orang nampak.
- Aku paling malas sahur, so dah ready kurma kat atas locker dengan air kosong, bangun, ambik sebijik, minum air tidur. Form 3 je la nampak muka kat DM nak sahur sebab Cikgu Ezana suruh buat solat sunat berapa rakaat tah nak PMR. (thanks cikgu saya dapat A sejarah) tetiba .

Kolej

- Zaman takde kereta, pergi jalan kaki naik atas nak bukak puasa kat dqaseh semata. Sedihnya kehidupan di kala itu. Sobs
- Nak pergi bukak puasa, kena tahan dengan ustaz M masa nak keluar.
- Lecturer belanja makan kat Chicken Rice Shop padahal sepatutnya kelas FIZIK tu! Tu la untung class tak ramai orang. 5 orang je uolls time asasi. hehehe.
- Time kat rumah, ada 3 orang tak puasa. Aku la yang kena pergi 7 Eleven beli maggie pakej dengan telur sekali. Sampai kat kaunter akak tu cakap "haaa uzur eh?". Aku ketawa tutup mulut je la. Malu tak malu sangat sebab dah besar plus sesama perempuan je masa tu. kikiki. 
- Masa duduk apartment type B, siapa tak puasa kena buat moreh. Tapi first week je la. Minggu seterusnya yang tak puasa relax je takyah buat more. hewhewhew.
- Zaman kolej takde benda memalukan sangat. Entah lah. Tak ingat. hahaha. Mostly seronok je puasa kat situ. heheh.

Gambar tiada kaitan dengan yang mati, kerana yang berkaitan masih hidup. HAHA. Ni bukan bulan puasa, tapi saje nak selitkan. [source]

Sekarang takde pape sangat. Tapi setelah bertahun berbuka puasa kebanyakkannya di perantauan, (2005-2009 kat Kajang, 2010-2013 kat Bandar Seri Putra), akhirnya, finally, dapat berbuka bersama family. Hehehe.

Okay dah tu je sesi membunuh masa pada hari ini. Selamat berpuasa kepada;

Rakan taulan sahabat dari SMKA MH serta KUIS.

Tak lupa juga kepada haumhaum kite tihihih kbye. 

Kau ingat ni ucapan selamat berpuasa macam dalam suratkhabar tu ke haaaa. 

Okay serious, selamat berpuasa guys!

Bye. 

p/s : jangan lupa belanja berbuka puasa. Besar pahala nya tau. *wink*

Friday, June 27, 2014

Thank You

Hai.

" When your first love ends, insecurities are abound. Are you undesirable? Think you have a bad personality? Though none of those are true. The truth remains that you weren’t good enough for that person to love you any longer. Regardless, there’s a reason this love is called your first love — not your lastSo, here’s to the second loves. That’s right; second loves really get the shaft when it comes to getting due credit in our romantic timelines. Cheers to them, though, because the second loves are the ones who really matter, even more so than the first.Your second love is the one who came along and saved your heart after it was smashed. After you lost your doe-eyed innocence and wised up to the perils of love, good ole love number two was there. When you thought you were tragically imperfect, impossible and perhaps, unloveable, your second love gave you the opportunity to love and be loved once more. "
Read the full article here.
No no its not someone's birthday ke apa. I just feel like posting this. I am truly greatful and blessed to have you in my life. Though none of us can guarantee if we could make it together to the next stage, but still, i am able to be happy again. Thank you for that. 
Damn it, i should save this for your birthday. ciskek. Oh takpe boleh repost nanti lepastu tambah gambar je hikhik. 
bye.

Saturday, February 2, 2013

8:70

orang kata sabar tu salah satu cara Allah nak up level kita. bukan orang kata ah, orang share. i dont know if i were able to go through all those hardships without Him.

orang kata, eh salah, orang share gambar kat fb cakap, kalau syaitan punya request nak hidup sampai kiamat pun Allah tunaikan, ni kan kita manusia biasa. What if my request(s) is/are abit childish. like im hoping that something special wont happen between person A and person B. is that acceptable? im not questioning His power and all. im just asking out of curiosity. tapi jawapannya, Allah je la yang tau. who am i anyway to question things like that to Him.

anyway tadi ada baca terjemahan surah Al-anfal ayat 70; this is the translation of the ayat,

"Wahai Nabi, katakanlah kepada orang-orang tawanan yang ada dalam tangan kamu: Jika Allah mengetahui ada kebaikan (iman) dalam hati kamu, nescaya Dia akan memberi kepada kamu (balasan) yang lebih baik daripada (harta benda penebus diri) yang telah diambil dari kamu dan Dia akan mengampunkan dosa kamu; kerana Allah Maha Pengampun, lagi maha Mengasihani."


"O Prophet! Say unto those captives who are in your hands: If Allah knoweth any good in your hearts He will give you better than that which hath been taken from you, and will forgive you. Lo! Allah is Forgiving, Merciful."

banyak lagi. tapi ni impact dia macam kuat sikit time baca tadi. i cant type anymore.



Dah la bye.

.


Sunday, January 27, 2013

Gemuks

Hai. Eh takde ah tajuk tu takde kaitan dengan gua. kakaka. sebab ternampak kat facebook orang kurus mengadu gemuk. ah what the hell is wrong with all you skinny people? gemuk gemuk gemuk aku tak paham betul ah. yang gemuk taknak mengaku gemuk pulak. Eh tetiba rasa cam tercakap kat diri sendiri. kakaka. 

[link]

kalau yang post tu agak agak saiz macam aku ni nak kata gemuk boleh cerita la. ni dah kurus macam nak masuk kategori anorexia tapi still kata gemuk lagi taktau nak cakap ape lah. pffft tak paham ahh. -.-''

ah yang im so dumb pun gua paling menyampah. [link]

anyway, nak promote sikit. kakaka. 

emm dap! manis tapi berkhasiat. :9 [link]


haritu masa 2 weeks of hell tu, time tu berat turun gila gila. k tipu takde la gila gila. tapi ada la 3 kg camtu kot. lepastu dah alang alang berat gua turun, baik gua teruskan perjuangan menurunkan berat badan yang tak turun turun dari form 2. kahkah. tapi time sem 2 dah turun kot. jilaka siapa tegur gua kurus time tu, tak memasal gua berada dalam zon selesa. dan kemudian.....yes....paham sendiri lah. kakaka

[link]


turun kot berat makan benda nih. but of course, dengan diet yang seimbang. kau kalau ingat makan ni, lepastu makan nasik sekali 5 pinggan , kirim salam la kak long nak turun berat. plus, exercise.......... -.- tapi pergi balik kelas boleh kira exercise ah tuh. jauh kot FSTM woi. budak FSTM je paham perasaan ada kelas kat tingkat 3 blok kitorang tu. wuwuwu.

dah ah cakap lebih kang berat tak turun malu je. kakaka. it saves a lot of money tau. rather than spending RM160++ per month for all those dietary drinks, pills, susu jenama XX (ehem mohon terasa), baik beli ni. RM12++ je satu kotak. dap! 

dah lah bye! :D

.