Showing posts with label college. Show all posts
Showing posts with label college. Show all posts

Tuesday, April 16, 2013

Penang Day 1



Sebab aku bosan dan rasa nak buat assignment belum tiba, so aku nak update pasal Penang trip yang kitorang pergi lepas habis final exam haritu. Day 1 je la tapi. Benda paling best dalam train nak ke Butterworth adalah si Parhatun yang kononnya bahagia duduk sorang, siap cakap boleh baring baring, sekali ada lelaki datang duduk sebelah dia. K tak kelakar sangat pun. Aku je suka gelakkan orang.

train delay. setengah jam. dan kitorang dah semangat beratur. orang lain pun sama.




was busy finishing my over priced ABC. takde la over priced sangat, tapi mangkuk kecil RM3, mahal la kan.

special kat situ : mee sotong. tapi ni kueyteow sotong. kat kota lama. Iqram dinzly pernah makan dalam JJCM.



kota lama. 




TM hotel. Dalam WAZE punya GPS tak jumpa. Pehal tah.


jangan bunuh diri please susah abang polis marin nak carik nanti. EH.




hai encik kabir bhatia kalau nak tau saya pandai berlakon tau. kakaka kbai lah.

benda wajib orang buat pergi laut. 

RM 2 oiii. mangkuk besar meriah isi dia RM 2 je oi kat KL tak dapat oii.

cerita sebenar nak carik track suit je nak buat mandi sungai. tapi......

ain dengan eija. taktau nak caption kan amenda. 

ehem. tu PA saya. kakaka kbai lah nak muntah jap.

tu pehal ain tu? mentang2 perkampungan nelayan (kot), tak boleh bau ikan sikit.

please abaikan shapa kat belakang tu. walaupun aku sendiri tak boleh nak abaikan.

style kat situ memang orang nak ambik order serbu kau beramai-ramai. sampai cam kacau bilau nak order yang mana satu. btw lai chee kang kedai Gani ke Ghani tah sedap oi. First time gua makan lai chee kang rasa sedap. Lepas lepastu pergi
kedai mana mana semua tak ada lai chee kang :(

barbecue. RM70 kot. Tempat bakar, arang dan penyepit sahaja. Makanan sendirian berhad. 



konon nak surprise madihah, birthday dia 12 april. tapi aku terspoil kan, tanya soalan paling bodoh "birthday Eija camne malam ni?" . padahal nak surprisekannya Madihah. Lepastu boleh cover balik dengan alasan bodoh "eh birthday Eija dah lepas. Takde pape."


alaaaa asal dah habis Day 1. Gambar semua diambil dari facebook kak jehan dan handphone saya sendiri. Al maklum lah, gambar kat DLSR siapa tah ada 'semut kecil'. Plus banyak blur. Plus gambar gambar tu ada dalam HDD yang tak boleh di detect pulak. Ah whatever.

k lah bye. Em director mana nak ambik iolls berlakon boleh la contact PA saya, parhatun. kakakaka.

K tak kelakar pun.

Dah la bye.



Wednesday, April 3, 2013

Mardeka

*angkat tangan kanan* Mardeka! (7 kali)

okay i posted the same shit last semester too on facebook and twitter. hahah! alah its okay to re-do the same joke(?) as long as no body gives a fuu khenz? tihihi. finals over baybeh! no, this mardeka thingy post is not about politics or najib bubar parliment ke ape k. its about my finals yo. 



okay la alang alang tu, parlimen dah bubar. i dont know if i should say mardeka or congratulations malaysia or what. cause i dont really know anything about political thingy in Malaysia. tapi, as a sane person, rasanya Tahniah  lah kan. sebab anda semua dah boleh mengundi parti kegemaran anda masing masing. Saya masih 20 ye abang abang kakak kakak sekalian, jadi harap maklong tak boleh dafar mengundi lagi. 

anyway, 1 more sem to go insyaAllah. si aliahwafa yang tak habis habis tak sabar nak habis belajar, sekarang dah nak habis belajar. macam lupa je dia ada FYP2 sem delan. pffft. haih must start planning what to next. 

ok. dah la bye.

.

Sunday, March 31, 2013

Belon Udara Panas

Atau lebih dikenali sebagai Hot Air Balloon Festival. Aku rasa oarng lagi tau bahasa inggeris dari bahasa sendiri kot. K takde kaitan pun sebenarnya.

Semalam tengahari, Parhatun tiba tiba ajak makan tengahari kat luar. sebab Diniy bawak kereta. Sebelum tu 4 hari berturut-turut makan kat kedai atas tu je. Dekat dengan kolej la kiranya. Kedai sama je pulak tu. Aku syak abang tu dah boleh main betting dengan kawan2 dia kitorang nak order apa. K tak lawak.

So tetiba aku malas nak panjang cerita. Rupanya depa buat surprise nak ajak pergi Hot Air Balloon festival tu. K terlompat jap kat tepi kereta Diniy sebab Ain tetiba muncul kat situ ajak pergi. Tapi bila pergi takde lah ape sangat pun sebenarnya. Kitorang pergi tengahari, baru tau yang kalau nak naik balloon tu dia start pagi 7-11, then petang 6-7 cam tu ah. ke sampai 9 malam tah.

Tapi unfortunately hujan pulak. Cuaca tak mengizinkan. So kitorang terpaksa ah balik. Tanpa tengok pun balloon tu naik. Pastu rajin pulak si Ain ajak lagi sekali pergi pagi tadi sebab katanya rugi pergi semalam tapi tak naik. Pastu pergi pagi tadi pun tak dapat naik jugak. Tiket sold out. K. tapi tak rugi pun sebenarnya. cam RM20 untuk 5-7 minutes atas bendalah tu. Cam RM20 aku boleh beli macam macam kot.

Hujan. 


sebab badan dia cam jong kook. kahkah

tak naik pun. tengok ja.

Do the dew bebeh.

RM2 per entry. Masuk dalam tangkap gambar semata. Kitorang tak masuk la tapi.

yang pink tu Malaysia punya. ada bendera Malaysia.

RM10 per ball tak silap. pastu main langgar2. motip taktau padia.

 Pandai buat serperais kat aku noh.

Baju titew cam ala ala kelawar gittew. kakaka

Tak dapat naik, ambik gambar je pun jadi uolls.

obviously ni bukan kat balloon festival tu.

K sebenarnya nak baca notes. kakaka. dah ah bye.


.


Friday, March 1, 2013

of break ups and viruses


 Situasi 1 :

Masa break up, menangis menangis jugak. Tapi dalam selimut. Last last tertidur. Bangun, ulang dari awal sampai tertidur lagi. Teruskan selama seminggu (atau lebih).

 ni time break up. [link]



Situasi 2 :

2 malam berturut-turut siapkan proposal bagai nak gila. Edit sana sini. Dah save dalam email laptop semua, dah print, tunjuk kat supervisor , kena betulkan balik sebab banyak salah. Edit lagi satu malam, plus buat slide untuk present proposal. Alih - alih time nak print, file hilang. Sebab print kat CC memang virus gila barbiyun. Memang tak boleh retrieve langsung. Akak tu buat ape tah pun tak jadi jugak. Yang baru punya edited proposal takde backup pape. Pukul 10 nak present, pukul 9.30 macam tu file hilang.



Masa akak tu cakap file tu hilang. [link]




 Masa tau takleh retrieve langsung file dan terus balik bilik nak edit baru. konon sempat.
[link]




masa sampai bilik lepastu ada lagi 15 minit je nak present.

[link]



Serious aku macam orang gila time tu. Dah nak sampai bilik baru terfikir nak jumpa Sir sebab dia biasa terer bab2 macam ni. Tapi tak boleh jugak lepas dah jumpa time nak present tu. Gone with the wind.

 Kawan aku pernah cakap "masalah ---> carik solution." aku punya "masalah ---> nangis ---> carik solution" memang tak jadi ape. kakaka. K lepas ni kena ingat selalu "masalah ---> carik solution".

Anyway Alhamdulillah the presentation went well. Mock je la baru tapi. Belum final present lagi.

K dah la bye.

.

Wednesday, February 20, 2013

Ponteng kelas

Pagi tadi, lecturer tanya "kita dah belajar sampai topik mana ya?"

Aku pun dengan perlahan sebut topik yang di tandakan kat kertas slide. Lepastu dah lebih 5 minit lecturer tu mengajar, dia kata

"Eh saya dah ajar kan topik ni dekat kelas lecture?"

orang lain jawab "aah dah belajar dah ni."

"Tu la saya pelik awak dok tengok je saya ajar, padahal dah belajar dah ni kan.?"





Lain kali kalau ponteng kelas jangan jawab soalan dah belajar sampai topik mana. Kakaka. By the way tak ada lah ponteng, tak datang sebab senggugut okay. Ok tak. Dah elok sikit dah tapi dikhuatiri ianya akan kembali ketika di dalam kelas, so, gua pun decide pergi cafe beli makanan instead of pergi kelas.

K bangang betei. kakaka .

Dah la bye.

Tuesday, February 19, 2013

Lift

situasi ni selalu berlaku time aku tengah penat nak cepat cepat sampai bilik. Yang bulat bulat kaler oren biru kuning hijau tu manusia manusia yang jauhhhhhhhhh lagi dari lift tapi jerit tunggu, nak suruh orang tahan lift. Lepastu jalan kemain lambat lagi. Yang pink tu tak payah cakap, pink tu melambangkan kelembutan, kesopanan dan kesusilaan. kakaka mari, kita muntah bersama sekarang. 

Pernah sekali tu baru balik dari dobi, penat penat ni nak cepat sampai bilik, ada budak budak baru balik dari kelas jerit, "tunggu, tunggu, tunggu!" . amboi berlagu lagu tau 'tunggu' dia tu. gaya kanak kanak riang la kononnya. Lepastu masuk lift, ternampak senyum sinis secara tak sengaja terpancar kat muka aku, dia cakap "sorry to say lah ye." aah kejadah sorry to say tetiba gilaaaa? 






kalau dah nak dekat sampai kat lift tu nak suruh tunggu boleh la ya. ini jauh 500 meter tu siap boleh berenti beli air tin kat vending machine tu, takyah la suruh tunggu. Jangan jangan kalau kat hotel pun kau jerit tunggu banyak banyak kali dari lobby ke lift tak?

K over.

Dah la bye.


Saturday, February 16, 2013

Sembahyang subuh

Semalam ada program forum bertajuk "Salahkah aku bercinta" tajuk dia. Kat mana lagi kalau bukan kat kolej kesayangan ramai pelajarnya itu. Ala kolej yang ada Pakgad suka rampas kad matrik orang sebab dia tengok seluar kita ketat padahal tak pun tu. Ok enough.

Sebagai seorang rakan yang baik hati, aku pun pergi la program tu. sebab Bee jadi AJK. kira support kawan gittew. kakaka. Yang jadi moderator nya Fedtri Yahya, yang bagi forumnya Puan Isfadiah dengan Ustaz Haslin.

That's not the main point. Semalam dia cakap kalau nak carik calon carik yang;

 1. sembahyang subuh - setel subuh, setel solat 5 waktu yang lain.
 2. hubungan dengan mak bapak
 3. hubungan dengan adik beradik.

abaikan yang no 2 dan 3, tapi no 1 tu. Hmmm . kita sendiri kengkadang subuh gajah zirafah bagai tau. Hmmm.

Tu je nak cakap. Oh btw semalam fedtri yahya ada cakap "perempuan ni kalau dia dah bagi pegang tangan dia, nak buat ape pun lepastu senang je dapat."

emm, kbai.

i was stunned by that statement. its true though. maybe at first you'll be like eh okay no touching touching. islamic gittew. but once you started holding hands, things become more and more.........i dont know how to explain this. but im sure not only me (ke I eh?)  have experienced those kinda things/feelings kan. 

 lepastu tadi tengok primadona kejap. HAD to watch it okay, because my sisters were watching it, so i had to. Profesor tu cakap sometimes Allah pisahkan kita dengan pasangan sebab sayang kat manusia melebihi sayang kat Allah. tuddiah ustazah Aliah Wafa dah mai dah. Lagi sekali, betul.


now i can finally look at our break up from the positive side. we never know when we're gonna die, there're a lot of things to achieve in life before going to the next phase of life (marriage). bayangkan time tengah nak mati tetiba time tu kau tengah buat ape entah dalam kereta pukul 10 lebih lepas balik makan depan rumah jiran kau kan, alih alih malaikat maut get ready kat sebelah. tak naya tu? eh macam terasa pedas ah pulak.



oh of course im gonna hide all these babbling, first sebab beroken inggelish, kakaka. second, who would want to read it anyway. 

Sunday, February 10, 2013

Lemas di Sungai XX


Hai.

Nak tau takkk, this is the first time i chose work over holidays yooo. serius tak tipu. OK. by the way, hari ni saya telah pergi mendaki Bukit Broga untuk kali kedua. and for the last time i guess. hahaha. seriously stuffs like that are just not my thing. ceywah. kakaka

oh bukan nak cerita pasal pergi mendaki sebenarnya. nak cerita pasal. hmmmmm. lemas.

gua first time kot rasa cemane lemas betul betul. selama ni tengok kat tv je. so cerita dia bermula dengan couple dua orang yang khusyuk berpeluk di atas batu di sungai XX tadi. we were all like "apehal tu? jom kacau port depa, depan tu kosong kot boleh mandi situ." "haah, nak macam tu buat la kat rumah.". "tah, public kot."

pendek cerita,

masa nak turun kat port depan batu tu, aku yang bijak bestari cemerlang gemilang terbilang ni kengkonon nak naik pijak kat batu, walaupun telah di warning oleh Kak Muina supaya hati hati sebab situ licin, air dalam, dan arus yang laju.

and it all happened too fast for either one of us to grab it im just sorry you were there , japs. ter rap mocking bird pulak. kakaka. k tak kelakar pun sebenarnya.

pendek cerita lagi, kaki aku tersangkut batu. lepastu tertenggelam kat celah2 batu tu. and air dalam k. Serius takuttttt. i thought i was gonna dieeee. Tangan aku gapai gapai nak keluar dari situ, tapi kaki tersekat kat batu.

Lepastu rasa ada orang tolong tarik tangan aku. Time tu memang nak habis nafas dah rasanya. malu ittew tudung dah sampai kebelakang dah. keluar je dari air aku macam orang gila tarik nafas.

Oh yang tolong tarik tangan aku couple yang berpeluk tu. Lepastu cakap terima kasih, semua berkumpul (kami berempat) , "agaknya ni balasan kita pikir bukan2 kat diorang." "Tu la Tuhan nak tunjuk jangan buruk sangka." "Maybe dia dah kahwin kot."

lebih kurang macam ni. tapi lagi menakutkan. [link]



Few moments later "eh bila nak habis berpeluk?" "Maybe dah kahwin kot."(kata budak lemas sebab serba salah orang dah selamatkan nak banyak bunyik pulak). "akak rasa orang dah kahwin tak buat camni. buat la kat rumah."


so now i know how it feels like to be on the verge of death. K poyo. Serious trauma. Lepas ni taknak mandi sungai dah. Nak mandi swimming pool tempat budak budak je.

on our way up. hampir give up.

Alhamdulillah the weather was nice just now. mihihi
Excited. Macam biasa la hasnah kan.

Tiru gaya kak syida sebenarnya.

Dengan bee! Housemate since foundation :)
terpaksa suruh orang tangkapkan. kesian kak muina cramp tak dapat naik :(

sampai kat puncak! hewhewhew. K tipu je sebenarnya diri atas batu je. 

"Atas tu bukit bukit ape eh?" Bukit Bendera. "Oh ye ke?" Bukit Bendera kat  Penang lah. 
"Ni serai kan?" Katanya Senah.


Ah gambar kat Sungai XX tak ada. Ada kat phone water proof orang lain. Phone gua tak water proof k. Kalau water proof boleh self capture muka sendiri time lemas tadi. K tak lawak.

Dah la bye.


.




Thursday, February 7, 2013

random #1

imagine having classes at 5 pm . everyday. yes. from monday to friday. i hate this semester's time table. cant wait for our semester break's cuti cuti malaysia. yeayy. (sentiasa fikir sampai on the way nak pergi kelas terfikir nak kena beli sneakers tak? ke pakai sport shoes tu je. ke cemane?)

things that keep bothering me day by day is FYP . yes. FYP. first draft final exam punya jadual dah keluar. and here i am, still doing chapter 2. hmmmmm.

eh kenapa kita post kat sini ni? kakaka. sebab bosan. dah la bye. kelas hoi. pukul 5. ish. pukul kang.

dah la bye.