Tuesday, April 16, 2013

Penang Day 1



Sebab aku bosan dan rasa nak buat assignment belum tiba, so aku nak update pasal Penang trip yang kitorang pergi lepas habis final exam haritu. Day 1 je la tapi. Benda paling best dalam train nak ke Butterworth adalah si Parhatun yang kononnya bahagia duduk sorang, siap cakap boleh baring baring, sekali ada lelaki datang duduk sebelah dia. K tak kelakar sangat pun. Aku je suka gelakkan orang.

train delay. setengah jam. dan kitorang dah semangat beratur. orang lain pun sama.




was busy finishing my over priced ABC. takde la over priced sangat, tapi mangkuk kecil RM3, mahal la kan.

special kat situ : mee sotong. tapi ni kueyteow sotong. kat kota lama. Iqram dinzly pernah makan dalam JJCM.



kota lama. 




TM hotel. Dalam WAZE punya GPS tak jumpa. Pehal tah.


jangan bunuh diri please susah abang polis marin nak carik nanti. EH.




hai encik kabir bhatia kalau nak tau saya pandai berlakon tau. kakaka kbai lah.

benda wajib orang buat pergi laut. 

RM 2 oiii. mangkuk besar meriah isi dia RM 2 je oi kat KL tak dapat oii.

cerita sebenar nak carik track suit je nak buat mandi sungai. tapi......

ain dengan eija. taktau nak caption kan amenda. 

ehem. tu PA saya. kakaka kbai lah nak muntah jap.

tu pehal ain tu? mentang2 perkampungan nelayan (kot), tak boleh bau ikan sikit.

please abaikan shapa kat belakang tu. walaupun aku sendiri tak boleh nak abaikan.

style kat situ memang orang nak ambik order serbu kau beramai-ramai. sampai cam kacau bilau nak order yang mana satu. btw lai chee kang kedai Gani ke Ghani tah sedap oi. First time gua makan lai chee kang rasa sedap. Lepas lepastu pergi
kedai mana mana semua tak ada lai chee kang :(

barbecue. RM70 kot. Tempat bakar, arang dan penyepit sahaja. Makanan sendirian berhad. 



konon nak surprise madihah, birthday dia 12 april. tapi aku terspoil kan, tanya soalan paling bodoh "birthday Eija camne malam ni?" . padahal nak surprisekannya Madihah. Lepastu boleh cover balik dengan alasan bodoh "eh birthday Eija dah lepas. Takde pape."


alaaaa asal dah habis Day 1. Gambar semua diambil dari facebook kak jehan dan handphone saya sendiri. Al maklum lah, gambar kat DLSR siapa tah ada 'semut kecil'. Plus banyak blur. Plus gambar gambar tu ada dalam HDD yang tak boleh di detect pulak. Ah whatever.

k lah bye. Em director mana nak ambik iolls berlakon boleh la contact PA saya, parhatun. kakakaka.

K tak kelakar pun.

Dah la bye.



Monday, April 15, 2013

random #6

hai. sekarang tengah short sem dan aku sangat bosan. kelas pukul 2 dan sekarang baru pukul 10.40. sumpah bosan. sepatutnya waktu waktu cenggini aku pergi BPA ke apply sticker kereta, or pergi library carik journal untuk FYP, or pergi cafe beli breakfast, or pergi basuh baju, or buat benda lain yang berfaedah.

tapi prinsip aku satu, ya'ni aku takkan keluar bilik selagi tak ada kelas. Dalam erti kata lain pemalas. Dalam erti kata yang sedap sikit lagi prefer duduk bilik kalau takde pape nak buat. Nak keluar bukan ada duit sangat, dan bukan ada kereta sangat.

Nak basuh baju, baju tak penuh bakul lagi, nanti membazir RM2.00 sekali basuh.

Nak pergi cafe beli breakfast, takpe biskut ada dan air kotak.

ok random yang bosan. bila entah post aku tak bosan.

btw aku ada theory baru. menyanyi kuat kuat boleh hilangkan senggugut. tak hilangkan pun boleh mengurangkan rasa tu. agaknya la.

dah la bye.


Friday, April 12, 2013

Cita-cita

Masa tadika dan sekolah rendah, tak pernah tau maksud cita cita. Time tu yang tau nak jadi macam parents, cikgu dan pensyarah. asal cita cita je, cikgu/pensyarah. Masuk sekolah menengah, lagi haru. Taktau nak decide nak jadi apa. Masa masuk alam universiti, ingatkan dah tak ada orang nak tanya cita cita, lecturer ada jugak yang rajin tanya cita cita. So, sebagai seorang profesional (lah sangat), aku akan tulis "nak jadi orang yang berguna dunia akhirat." kira macam its another version of i-still-dont-know-what-my-cita cita-is-so-please-stop-asking-this-kind-of-question-anymore-k-thanks-bye.



Tapi tiba tiba time sembahyang asar tadi, (yes ideas selalu datang time aku tengah solat. syaitan betul syaitan kacau time tengah sembahyang), aku rasa aku nak jadi penulis. bila fikir balik, i've been 'blogging' since i was 13 weh. its called diary back then. ceywah. aku ada banyak gila diary dari form 1 sampai form berapa tah. bila baca balik macam hare. perangai mencarut dah di developed dari kecil. tsk tsk tsk.



lepas form 5, aku start online diary. ok blogging. poyo je. of course, dah biasa tulis diary pasal personal life, emosi memanjang. kahkah. ejaan pun budak budak lagi. a lot of shortforms. "japg, hr tu, dyorang, bla bla bla,rse". lepastu, after going through many things in life, gaya penulisan berubah. sedikit demi sedikit. carutan berkurang. ejaan dibetulkan, rakyat didahulukan. eh.



sebenarnya nak cakap asal aku tak terpikir nak ambik course yang berkaitan dengan writing ke ape ke dulu eh? k takpe la ambil networking tak semestinya tak boleh nak jadi writer. tapi taknak jadi writer berita. nanti kena tulis benda fitnah je manjang. eh lagi. 

lagipun kalau aku jadi writer siapa je nak baca penulisan aku? of course sendiri je yang baca. kahkahkah. dah la tak kelakar ah umur nak masuk 21 baru tau nak jadi apa. 

dah la bye.

.

Thursday, April 11, 2013

Mendownload

Selama 3 hari di Pulau Pinang, aku terpaksa dengar sekali radio yang diorang dengar. Aku ni jenis yang tak dengar radio. Dengar lagu kalau tiba tiba terdengar, lepastu rasa sedap, download. Dah bertahun tak dengar radio kot. So kalau lagu baru memang aku akan tau 2 3 tahun kemudian. kakaka.




so ada lah 2 lagu yang aku rasa interesting. lagi satu lagu indonesia. taknak letak sini. sebab cam gefelifi je. so biarlah rahsia. kakaka.

oh sepanjang naik kereta kat Penang, aku paling tak suka lagu bo bo bo san sebab annoying gila lyrics bla bla bla tu rasa nak lempang dengar. tapi satu kereta menyanyi kot. lagi satu lagu apo kono eh jang tu. grhahhhhhh.


Dah la bye. Penang best gila oi. 

.

Friday, April 5, 2013

Voucher Buku

Pagi tadi masa tengah makan, sekali abah panggil. Maka berlakulah perbualan di bawah. Ceywah macam dalam buku teks bahasa arab sekolah menengah dahulu sahaja lagaknya. K.

Abah : Cik nak beli buku?

Me   : Aah nak habiskan voucher. 

Abah : Buku ape? buku sampah?

Me   : haaa? Tak lah. buku agama sikit, buku cerita sikit.

Abah : Buku-buku abah beli tu takde siapa nak baca. Nanti abah dah takde siapa nak baca.

*Pandang rak buku*

Me   : Tapi tu buku buku pasal zakat kot. (k ni cakap dalam hati je. terus diam je).


Lepastu pergi MPH midvalley sebab nak habiskan voucher buku. Dah nekad ni kena ada buku agama jugak. Tapi endup beli Sophie Kinsella's je dah 3, lejen Press punya 2, notebook eija satu, dan ada satu buku kisah 25 Rasul.

Yeay voucher buku dah habis. MPH pergi bagi lagi RM5 voucher buku pulak. -____- Oh plus ada lucky draw siap. Dapat coupon 'sakae sushi' memula. Dua kali kot dapat. Tapi sebab tak minat sushi, orang tu bagi ambik lagi sekali. Dapat coupon Burger King.

Dah tu je nak cerita. kakaka dah la bye.

.

Wednesday, April 3, 2013

Mardeka

*angkat tangan kanan* Mardeka! (7 kali)

okay i posted the same shit last semester too on facebook and twitter. hahah! alah its okay to re-do the same joke(?) as long as no body gives a fuu khenz? tihihi. finals over baybeh! no, this mardeka thingy post is not about politics or najib bubar parliment ke ape k. its about my finals yo. 



okay la alang alang tu, parlimen dah bubar. i dont know if i should say mardeka or congratulations malaysia or what. cause i dont really know anything about political thingy in Malaysia. tapi, as a sane person, rasanya Tahniah  lah kan. sebab anda semua dah boleh mengundi parti kegemaran anda masing masing. Saya masih 20 ye abang abang kakak kakak sekalian, jadi harap maklong tak boleh dafar mengundi lagi. 

anyway, 1 more sem to go insyaAllah. si aliahwafa yang tak habis habis tak sabar nak habis belajar, sekarang dah nak habis belajar. macam lupa je dia ada FYP2 sem delan. pffft. haih must start planning what to next. 

ok. dah la bye.

.

Sunday, March 31, 2013

Belon Udara Panas

Atau lebih dikenali sebagai Hot Air Balloon Festival. Aku rasa oarng lagi tau bahasa inggeris dari bahasa sendiri kot. K takde kaitan pun sebenarnya.

Semalam tengahari, Parhatun tiba tiba ajak makan tengahari kat luar. sebab Diniy bawak kereta. Sebelum tu 4 hari berturut-turut makan kat kedai atas tu je. Dekat dengan kolej la kiranya. Kedai sama je pulak tu. Aku syak abang tu dah boleh main betting dengan kawan2 dia kitorang nak order apa. K tak lawak.

So tetiba aku malas nak panjang cerita. Rupanya depa buat surprise nak ajak pergi Hot Air Balloon festival tu. K terlompat jap kat tepi kereta Diniy sebab Ain tetiba muncul kat situ ajak pergi. Tapi bila pergi takde lah ape sangat pun sebenarnya. Kitorang pergi tengahari, baru tau yang kalau nak naik balloon tu dia start pagi 7-11, then petang 6-7 cam tu ah. ke sampai 9 malam tah.

Tapi unfortunately hujan pulak. Cuaca tak mengizinkan. So kitorang terpaksa ah balik. Tanpa tengok pun balloon tu naik. Pastu rajin pulak si Ain ajak lagi sekali pergi pagi tadi sebab katanya rugi pergi semalam tapi tak naik. Pastu pergi pagi tadi pun tak dapat naik jugak. Tiket sold out. K. tapi tak rugi pun sebenarnya. cam RM20 untuk 5-7 minutes atas bendalah tu. Cam RM20 aku boleh beli macam macam kot.

Hujan. 


sebab badan dia cam jong kook. kahkah

tak naik pun. tengok ja.

Do the dew bebeh.

RM2 per entry. Masuk dalam tangkap gambar semata. Kitorang tak masuk la tapi.

yang pink tu Malaysia punya. ada bendera Malaysia.

RM10 per ball tak silap. pastu main langgar2. motip taktau padia.

 Pandai buat serperais kat aku noh.

Baju titew cam ala ala kelawar gittew. kakaka

Tak dapat naik, ambik gambar je pun jadi uolls.

obviously ni bukan kat balloon festival tu.

K sebenarnya nak baca notes. kakaka. dah ah bye.


.