Thursday, June 26, 2014

Day 4 Week 12 - Toilet

Hai.

Masa aku mula mula kerja sini, memang sumpah bosan gila. Nak adapt to work environment memang susah nau rasanya. Ye la biasa jadual kelas hari hari lain lain waktu. Ni nak stick to jadual kerja, takes time sikit la. Lepastu dah la takde kawan mula mula. Lepastu dah la time belajar classmates semua lelaki, time kerja pun satu division tu semua lelaki -.-

Ok aku nak cerita pasal toilet sebenarnya. Relax. Aliah Wafa dah di train untuk hidup sorang semenjak degree. Tihihi. So sebab bosan manjang masa mula mula, aku pun selalu lar pergi toilet. Toilet sini cantik wey. Dah la kering je. So pergi bukan nak membuang je 24 jam, tapi sekadar release stress and nak main game je. 

TAPI TAPI TAPI. Segala game terhenti, perasaan mengantuk menghilang, mata yang layu menjadi segar tatkala ada orang lain masuk stall betul betul sebelah stall yang kita masuk. Okay lagi kalau takat masuk je. Tiba tiba "PLOP." Damn it. Game over je lah game kat phone tu. Biar lah kena start main level sama balik pun. Takpe lah biar la mata merah pun tahan ngantuk. Biarlah stress sikit pun takpe.

Terus aku cau. Hahah. Lagi satu macam mana eh orang boleh pilih toilet stall sebelah sebelah eh? Kalau aku mesti masuk selang satu dari toilet yang ada orang. Kecuali kalau semua toilet penuh lar.

Ni toilet dalam the sims btw. [source]

Okay, aku yang A tu. Tak faham asal B dengan C nak pilih stall sebelah sebelah. Nak fight bunyik PLOP /SHHHHH mana lagi kuat ke apa? Hahah okay geli gilaaaaaa. 

Ni la toilet office kite. Cantik tau hikhik.
Ah sudah lah. Sekarang aku dah tak pergi toilet nak hilang bosan lagi okayyy. Hihihi. Oh plus toilet ni ada paip okay. Bukan macam sesetengah toilet mall yang konon modern taknak guna pipe. Tak standard la kalau budaya je ikut arus permodenan terkini, tapi toilet masih di takuk lama menggunakan paip. Blah la. Basah je jugak tengok toilets kat mall tu walaupun takde pipe.Humph. (emo tetiba)
Bye.


Wednesday, June 25, 2014

Day 3 Week 12 - Random

Hai

1. Semalam hari jadi kakak sulung aku. So before kitorang pergi kerja, aku tengah pakai tudung semua, dengar la abah dengan umi wish dia masa dia nak salam tangan nak pergi kerja. Dia pun nampak la gembira semua. Apa yang dia tak tau ialah, aku yang ingatkan umi dengan abah harini birthday dia. Sebenarnya mereka berdua tak ingat pun. haahaaha k jahatnya saya. Tu la lain kali jadi macam aku, masuk je bulan 5 dah pesan kat semua orang hadiah apa nak. hihihi. 

[source]


2. Tadi borak dengan kak zahidah dekat email (email, ya you read that right! berborak di email hehee). Bincang pasal nak present untuk internship ni. Kitorang ingat nak present kat kolej je. Nanti boleh lepas rindu lepak sana sehari dua. Aku siap cakap "ha okay la tu akak kita present hari sama nanti boleh lepak lepas present tu makan ABC." Sekali kak zahidah balas "Nak makan ABC?Nak kena tangkap ke?"

Lupa pulak present time bulan puasa. hihihihiks.

-----------------------

3. Pagi tadi ada birthday celebration dekat sini. Tema kali ni adalah World Cup. Kira macam monthly event la. Lepastu person in charge, manager mana tah buat lawak pasal world cup. Lebih kurang laa cerita dia tak ingat la pulak negara mana dia sebut;

"I got a message on my phone this morning. A coach from India asks God, he looked at God while crying,when will his country make it to the world cup? *stops* I said God ya, not....."

And almost all of them were laughing. I even heard some of them sambung "Allah" sambil gelak gelak. Now since i dont really understand about this issue, i was kinda startled a bit (wah dramanya). Should i laugh or should i make a banner and diri depan dia sambil pegang banner. I chose not to laugh and wait for the story to end. Most of the Muslim colleagues didnt laugh at all. IMO its okay to make a joke out of the issue tapi depan kawan kawan kau sudah la...entah. Ye la its kinda inappropriate sebab ada pekerja berbilang bangsa di company ini ya walaupun tak ramai. haaa. 

Anyway, lepastu dia sambung joke dia;

"God look at him and replied 'In 10 years.'

"A second coach came, he looked at God while crying and asked "God, when will my country make it to the world cup, God replied 'in 20 years'"

"Then came the third coach, Malaysia's coach "(*everyone have started laughing*)look at God asking "When will my country make it to the world cup?"

"God look at him and cried."

-----------------------

HAHAHAHAHAHA okay yang tu appropriate laa jugak. Aku try carik kat google lawak tu tapi tak jumpa. Okay itu je cerita untuk hari ini. 

Bye.




Tuesday, June 17, 2014

Day 2 Week 11 - Lunch

Hai.

Problem with having a lunchmate is that sometimes , okay most of the times you have to consider other people's feelings (amboi) too. Ye lah sebenarnya nak jugak makan tempat lain, tapi tetiba kau kena fikir orang lain yang nak makan benda lain. In the end terpaksa la ikut orang lain......

A : Wafa nak makan mana harini?

W : Tak kisah memana pun okay. A nak makan mana?

A : Ikut la. A ikut je nak makan kat mana.

W : *suggests tempat makan* okay tak?

A : Takpe la A nak beli kat tempat ______ (insert tempat makan yang biasa pergi situ)


Penat sebenarnya macam ni je lebih kurang hari hari. Stress haahaa. Cepat tua la aku macam ni hmmmmm.

Haahaa maybe im not used to this. Sebab zaman study dulu bergerak sorang sorang. Senang, tak payah nak consider orang lain. Dah kerja ni......yeah......Tapi Syafiqah was okay. Nasi kandar irfan on fridays, kaya sikit makan kat atas, dah nak cau makan Carls.Jr.

Lagi satu maybe sebab financial problem kot. Hmmm kita rasa okay je harga tu, tapi for some people macam mahal yang amat. And sebab bukan bestfriends kot. Kalau bestfriends kau cakap makan mana semua okay. Dia cakap nak makan mana pun kau okay. Hmmm rindu Eija dengan Bee.

Dah la bye.

Monday, June 16, 2014

Day 1 Week 11 - Last week's interview

Hai.

Week 11. Jyeahhhh. Masuk je bulan puasa maknanya semakin dekat la gua nak habis internship. 5 freaking weeks left !

Oh anyway, hari Jumaat haritu bukan interview, tapi assessment test yang maha mengantuk soalan soalan dia. Ada 4 tests, numerical, verbal, non-verbal, and apa test tah dia panggil. Tapi discussion la.

Numerical test tu macam Maths test. Dia takde la susah mana pun, tapi soalan dia banyak confusing. Contoh;

"Ahmad's age is twice Sally's age that is 10 years older than Jeanie who is Billy's sister that is 30 years younger than John. How old is Stephanie?"

Kau tak ke sakit hati dapat soalan macam tu? Okay maybe ada sedikit exaggerate di situ. Tapi boleh google numerical test and jawab soalan soalan kat internet.

Ni contoh yang tak di exaggerate kan. tihihi [source]


Non -verbal test banyak kaitan dengan logic. Bagi soalan bentuk bentuk. Malas aku. Tapi okay la jugak dari numerical test. At least berjalan la jugak sel sel otak ni ha.

"Which one of the five boxes on the right completes the empty box on the left?" [source]

Susah gak laa soalan soalan macam ni. Perempuan depan aku dah "Wth is this man?" Dah la semangat tahu dia jawab soalan numerical tu macam jawab final exam ketika di universiti pulak gayanya. hahah.

Soalan verbal more to English tests. Synonym antonym, ni aku ingat soalan dia;

If fish is to sea,
Then mole is to?

A - ground
B - hole
C - earth
D - face 

Okay D tu aku tipu je heheh. Confusing answers.  A and B dua dua masuk akal kan? Cilakakikukukakikakakku betul. 

Lepastu last test adalah discussion, dia panggil apa Indoor apa entah. Dia by group, kena discuss soalan yang dia bagi. Group kitorang siap paling awal wey. Tapi aku paling kurang sumbang idea lah.

Eh ada lagi satu test! Test yang double maha mengantuk. Kau kena letak diri kau as manager, and dia akan bagi 13 soalan (in forms of complaint letters,newspaper cuts, praising letter, emails etc etc etc) dalam 13 soalan tu listkan issues and how would you solve the issues. Priority high ke medium ke low. Orang IT mana adaaaaaa belajar baca baca camtuuuuu. Mengantuk. 

So.....kalau by today tak dapat call tu, means takdak rezeki la tu. Tak di shortlisted kan. Hewhew. Tapi takpe lar, great experience. Kot. Plus i dont feel like working there. The environment is not as cool as bbraun. Tapi.....contract dengan bbraun pun nak habis dah punn. 

Lepastu release stress pergi tengok How To Train Your Dragon 2 yeay. Budak depan aku tahpape gelak part sedih. 

Dah la bye nak carik kerja lagi. Siapa ada kerja kosong PM facebook I ya *wink*. 


Thursday, June 12, 2014

Day 4 Week 10 - Intershiew

Hai.

Mengikut kamus adik edisi ke 19 ; intershiew adalah gabungan antara internship dan interview. Hasil hubungan terlarang tu jadi la intershiew. kbai.

Besok interview wey cuak gila.

By the way diorang ni tak habis habis ingat aku malu nak pergi bilik Bos German tu sebab dulu aku macam takut takut nak hantar iphone dia.  Nasib baik aku tak tergelak masa nak pergi ambik MAC address kat phone bos german tu tadi. Menahan ketawa je lah kerja nya. 


Lepastu ada intern german kat meja sebelah ni justine boleh pulak "dia sama umur dengan you tau. saya rasa dia lagi muda dari you." Di tokok tambah pulak oleh boss "you boleh pergi lunch dengan dia la." Kalau aku berani mesti la aku reply jawapan hebat hebat serta tak makan saman tapi sebab aku masih dalam tahap pemalu, aku reply "haha no wayyy" je lah yang mampu. It takes time for me to be free from being a shy shy cat person. Padahal aku shy shy dog je. K tak kelakar.

Oh yeah lupa nak bagitau. 6 FREAKING WEEKS LEFT BEBEH! SIX! Can you believe it? I cant wait to finish this internship thingy. Lepastu nak bahan Azuan dengan Fahim yang tengah intern kat group nanti. Hahaha seronoknya bila memikirkannya. 

Dah la lunch dah habis bye. Supervisor pun dah balik ke meja.


Tuesday, June 10, 2014

Day 2 Week 10 - Jiwang

Hai.

A : Bro what is jiwang?

B : Jiwang? Loving la.

A: No, G1.

B: Oh G1 is bla bla bla




Aku, tahan gelak di sudut sisi meja. Ye lah jenis mudah terhibur, benda kecil kecilan macam tu pun boleh ketawa sorang sorang.

Semalam dekat group whatsapp office, boss ada mention something berkaitan dengan G1. Dont ask me, i dont even know what that is. Baca group tu pun tak. Bukak sekadar nak hilangkan notification je.

Dah la bye. Mengantuk wey.


Friday, June 6, 2014

Day 5 Week 9 -Sembahyang lagi ke

Hai.

Semalam aku OT. Saje bagitau. Kah! Padahal 6.45 dah boleh balik dah tu tapi sebab fikir jam, nanti kang ada aku maghrib tengah jalan kang. Pukul 7.30 macam tu, aku nak pergi sembahyang maghrib, sekali chinese colleague aku tegur, maka berlakulah perbualan seperti di bawah;

CC : Wafa you dah boleh balik dah.

Me : tau tau, i nak pergi sembahyang dulu.

CC : Eh sembahyang lagi ke? Tadi kan you sudah sembahyang? (asar, tadi tu pukul 5 kot)

Me : Tu asar, ni maghrib.

Supervisor : Maghrib la. Cepat gila baru masuk waktu kot.


Lepastu aku tak ingat dia cakap apa sebab aku terus pergi sembahyang sambil tahan ketawa. Plus waktu tu dah pikir rumah je sebab dah kebuluq. Sepatutnya aku bertazkirah la kejap kat dia sembahyang ada 5 waktu tapi, kbai lah.

Heheh bye.