Showing posts with label kerja. Show all posts
Showing posts with label kerja. Show all posts

Wednesday, November 12, 2014

Intern vs Real Job

Hai. 

Memandangkan ramai rakan rakanku yang sedang menjalani latihan praktikal, maka secara tiba tiba terkenang ketika zaman praktikal sendiri pada april hingga julai yang lalu.

Rasa berbeza betul masa zaman prakatikal dengan zaman bekerja sebenar.

1) Penerimaan

Ni depends on company and environment. Tapi mostly kat company lama, tengok budak budak parktikal mana depa pandang sangat. Takat introduce gitu gitu je la. Aku lagi la masuk2 takde introduction apa terus kena......................................duduk and key in extension number untuk staff kat situ. hmph.


Bila dah kerja betul betul, Masuk pun ada introduction. Ada training, dia bawak tour kat satu office (2 levels). Training for a week camtuh. Kire ada preparation la before start kerja. Pastu takde pulak orang buat layan tak layan cam office lama. 

------------------------------------------------------------

2) Kerja

Masa praktikal, memang baaaaaaaaaaaaaaaaaanyaaaaaaaaaaaaaaaaaaak gilaaaaaaaaaaaaa masa terbuang. Serious cakap. Bukan tak pernah mintak nak buat kerja tu kerja ni, tapi macam terbatas sikit. Fresh grad khennn. Most of the time kerja aku baca beautifulnara (bhahaha dulu tak pernah suka tapi takde kerja sangat, terpaksa la. heheh), baca blog. Masa awal awal bukak facebook and twitter siap. Mampu? Lepas2 tu tak dah la. Dah faham tempat kerja. Hik.

TRUE STORYYYYY. I was asked to type the same bloody documents over and over again. [source]


Bila dah kerja betul betul. Kerja takde la sentiasa ada, tapi takde la sampai boleh baca gossip time kerja, boleh bukak social networks bagai. Okay sebenarnya office kitorang pakai intranet je, plus phone kena letak dalam locker. Bhahaha. Tapi okay jugak macam tu. Meriah uolls. Takde la masing masing ngadap phone je. And kalau taktau orang tak segan nak tanya orang sekeliling. Sebab diorang akan tolong. Tak pandang rendah pun okay. 

------------------------------------------------------------

3) Communication

Masa praktikal communication aku sangat kurang. Masa awal awal tanya la jugak itu ini itu ini. Tapi sebab rasa rendah diri, memang aku banyak diam. Nak nak pulak lepas aku pernah tanya something sekali supervisor aku cam buat muka. Dia bukan la jahat sebenarnya, tapi dia jenis tak kuasa. Time tu aku tekad nak tukar tempat praktikal terus (over to the max), besoknya dia okay siap tolong aku setup email lagi. Hikhik. Time tu baru tau oh environment office jangan nak ngengada sensitp lelebih.

biasanya yang cakap user bodoh diorang akan mute kan phone tu, or hold user tu. hihihi [source]


Dah kerja betul betul ni baru communication okay sikit. In terms of speaking in English confidently (cehwahcecehwah) and speaking with colleagues, dua dua Alhamdulillah dah okay sikit. Masa praktikal dulu diam je buat kerja sendiri. Sekarang ni still diam, tapi campur jugak kalau diorang buat lawak. Kira aku ni observer gitu. kahkah. Semua ingat aku ni pendiam. Which is normal actually. Semua orang time mula mula kenal aku ingat aku diam. And naive. Hakikatnya.....hihihihihihihihihihihihihihihihihihihihihihihihihih mari rakan rakan terdekat ketawa hihi bersama saya hihihihihihihihih. 


Okay dah tu je nak cerita. Pendek kata Alhamdulillah first job after praktikal so far so good. Awal awal dulu rasa nak berhenti je bila most of the people around me kept saying "why choose this job? kenapa tak ambik kerja lain? Not a good job to start your carrier. I can help you find better place with better $$$$. bla bla bla bla." zzzzzzzT_TzzzzzzT_T

Lepastu umi cakap kerja je dulu, carik pengalaman. Lepastu kena brainwash dengan paez bahrin lepastu baru okay. 

Okay have a nice day. Good bye (closing before ending a call). hihihi.

byebye.


p/s : tak semua rasa pengalaman yang sama. maybe orang lain time intern dia tak kena camni, maybe dia kena buat coffee or photostat fake documents =) hahahahah k.

p/s/s: this post is about my experience okay. Tiada kena mengena dengan yang sedang mahupun akan menjalani praktikal =)

Saturday, October 25, 2014

Annoying End users

Hello.

So last week was kinda tough. Since i had to woke up at 3 am every morning to go to work. Hey walaupun dekat kau jangan ingat senang okay nak pergi office pagi pagi macam tu. Nasib baik ada kasih seorang ibu sanggup bangun sekali nak hantarkan anak beliau ke office. Padahal kalau jalan kaki 8 minit je okay. Tapi kalau pukul 3.30 nak jalan kaki mungkin 3 minit sampai dah la sebab most probably aku akan berlari lari anak ke office.

A photo posted by aliahwafa (@aliahwafa) on




Last week jugak kitorang dah start answer calls and emails. Padahal training sepatutnya sebulan okay. Grrr. Tapi it wasnt that bad since there were many helpful colleagues around us. First day memang setiap calls setiap emails semua gua tanya. 

[source]


"User ni cakap laju sangat camne?"
"User ni nak tau work order. Work order tu apa?"
"User ni monitor dia rosak. Nak buat apa?"
"User ni nak rest password dia. Tapi tak dengar application apa. Camne?"

Tapi second day okay dah la. Eh AKU SEBENARNYA NAK CERITA PASAL END USER YANG ANNOYING AH. Last week end user yang annoying;

1 -  End user yang tak reti bahasa.

Ada satu call tu, end user mintak special font untuk kerja dia. Bila cakap kitorang akan bagitau kat team yang sepatutnya, dia tak puas hati. In the end "is there any supervisor i can talk to there?" So i passed the call to my colleague. Ada la dalam few minutes diorang cakap. Letak je call;

"Fcuker punya perempuan. Teeet. Tuuuut betul. bla bla bla." Dia cakap last 3 months, ada orang installkan untuk dia by phone. Well maybe she called the wrong team. Or maybe she was just idiot. Okaybye takbaik. 

2 - End user yang letih dan meletihkan.

Haritu aku sepatutnya break pukul 6.15 am okay nak gi subuh. Tetiba tup tup dapat call. Perempuan tu mengeluh manjang. Tak ingat pulak apa issue dia. Issue nak mintak lempang kot. Eh? Dah ah dah bagitau nak pass issue kat team sepatutnya, "haih....you dont hang up ah. Dont put me on hold." Lepastu "haihhhh." and haihhhh lagi. Sampai la waktu short break aku nak habis. Hmph. Bukan dia je letih, aku pun letih sekali dengar dia letih. 

3 - End user acah acah nak gertak kau.

Haritu ada end user ni call nak reset password. So aku pun reset password dia, Hello123. Aku rasa dia kurang cerdik ke apa tak tau lah kan.

"Hai your password has been reset. Can you try logging in using this password "Hello123" capital H." Aku rasa dia letak camni "Hello123H". Lepastu takleh lagi suruh reset lagi, "Today123. Capital T." Aku agak dia key in "Today123T" kot. Lepastu sibuk salahkan server la apa jadah la. Kata nak report kat support team lain, siap mintak "whats your employee ID?" Aku pun apahal perempuan ni. "My employee ID?!"

Pastu colleague aku cakap "Bagi je. Diorang ni memang camni. Aku dia siap mintak employee ID, nama penuh, nama manager semua. Bagi je."

Mula mula rasa macam susah nyeeeee kerja ni. Sampai satu hari colleague aku cakap "kau takyah fikir nak resolvekan semua issue diorang. Kau ingat je kerja kita, raise ticket, dispatch kat team lain Tu je. Takyah susah susah pikir."

Sebijik cam apa yang supervisor time intern cakap. "Kau ni takyah ikutkan sangat user tu."

So lepas lepastu mana mana yang memang takleh resolvekan issue, cakap elok elok, diorang okay je. Mostly okay la. Yang annoying ada la dua tiga orang per day. Hehehe. Tapi mostly okay. Cabaran dia kalau dapat user yang cakap laju nak mampuih la. 

Okay bye.

Thursday, October 16, 2014

Anak Jati PJ (only section 14)

Hai.

So minggu ni aku dah letak jawatan sebagai penganggur dan dah mula bekerja semula. Yeay..........happy sangat........

Tapi Alhamdulillah sebab office sangat dekat dengan rumah. 8 minutes walking from home. Peluang yang jarang jarang sangat ada okay. So bila office dekat dengan rumah, tipu la kalau kata tak familiar dengan persekitaran tempat kerja kan. Hewhewhew.

Sebenarnya mula mula masuk kerja aku taknak bagitau pun tinggal kat mana, Tapi team lead aku amboi kemain, setiap kali kena perkenalkan diri je mesti dia sebut "wafa lives very far from PJ. VEEERY far from here." Hish. Lepastu orang tanya kat mana, mesti la aku kena jawab, "I live in PJ. hehe." And my team lead would add "she lives just across the street." K. hahahaha.

So anyway, tadi ada sesi pengenalan lagi dengan few of our seniors camtuh. Boss suruh semua tanya soalan. Aku sepatutnya orang first kena tanya, tapi taktau nak tanya apa, so boss suruh tanya last sekali. Since semua orang tanya pasal IT related issue je, aku pun taktau nak tanya apa. Penat pikir nak tanya apa. Last sekali dah sampai turn;

Boss : Okay, ask your question. :)))

Me : Non IT related question can right?

Boss : Of course. Feel free to ask. :)))

Me : Where's the most cheapest place to go for lunch?

My boss smiles a lot. Hence the :))) sign. hehehe. Everyone laughed. Elelele tau semua dah mengantuk and boring kan sebab asyik citer pasal kerja kennn. hikhik.

So all of the seniors answered my questions.

"In jaya 33 got MnJ. The price there are quite cheap and reasonable."

"Across the street got KFC. And behind the KFC there are many malay stalls that sells nasi campur. Many halal foods there. There's also mamak there."

"And at the new mall got Serai, and white elephant something, a thai restaurant, texas chicken." (padahal aku tanya paling murah. tiba tiba cakap Serai.)

"There's nasi lemak infront of maybank also. Downstairs got Barn Thai, with the sparkly chairs and all. :)))"


So aku diam je la. Padahal dah tau dah kat mana semua semua tu. TIBA TIBA, team leader aku dengan soalan lazimnya, "Wafa lives very far from PJ."

So aku pun terpaksa jawab, "I live in PJ. Just nearby. hehe." And......bila semua orang tau aku sebenarnya duduk dekat sangat dengan office. Semua macam terkjeut. XD. I can see some of the faces in front were like "whaaaaa".

Boss : Since when you live in PJ.

Me : errr since birth? hehe.

Guy infront : Parents house also in PJ?

Me : Haah. Hehehe

Boss : See, she was just testing you guys :))) ( < still with his big smile)

Another guy infront : so were all our answers correct?


Gua gelak je la sambil angguk. Adoi baru nak buat buat naive taktau pape pasal area PJ. Mesti terkantoi punya.

Tapi so far our team is okay la. Hehe. No my team leader is okay. She's nice. Hehe. NOO i dont hate here just because she keeps telling people how "far" my house is from office XD.

Okay dah tu je. Bye. hehehe.


Thursday, July 24, 2014

Day 4 Week 16 - Ada Experience ke?

Hai.

So i have started looking for jobs online since my internship is ending soon. VERY SOON! I am so excited hehehe. I got lazy after searching for quite some time. So i just read thoroughly the requirements, once i saw "Fresh graduates are encouraged to apply" i immediately clicked "Apply Now." But of course, after reading the job description and requirements lah.

Few minutes ke hours later tah, a number called me. Cakap melayu. Uish jarang ni interviewer cakap melayu. Tapi kurang la sikit nervous tu bila dia cakap melayu. Takde lah gua menggagau nak carik grammar betul betul. Lets skip to the annoying part ya ladies and gents sekalian, once akak tu tau je aku ni fresh graduate, dia terus cakap 

"ada experience ke?"

'eh ada la, dari masa saya internship ni ada la jugak experience'

"dapat tau ada job ni dari mana eh?"

'emm jobstreet rasanya. Saya banyak sangat apply kerja dah pening dah hahah.'

"oh jobstreet. Tapi yang kita nak ni technical tau. Ada ke experience?"

Taktau la i was over sensitive or akak tu yang memang perangai annoying macam tu. Rasanya dua dua pun haahah. Tapi sebenarnya bila fikir balik akak tu kedengaran mesra sahaja. Tapi lepas cakap fresh grad tu kurang kemesraan nya. HMMPH!

Lepas tanya ada kereta sendiri ke apa semua dia kata "okay nanti akak go through your resume and email balik ya?". Emmm camtu baik takyah hantar resume kalau tau tak tengok dulu. Oh lepastu aku check history sebenarnya aku apply kat jenjobs bukan kat jobstreet. bhahaha

Tadi pun ada orang call dia sebut nama company dia i was like "company apa ya?" bhahaa nasib baik dia yang sebut company X dari monster.com. Yes from jobstreet to jenjobs to monster.com. Semua aku carik demi mencari sesuap nasi dan mengumpul duit untuk masa hadapan if you know what i mean hehehe.

"Semoga dapat kerja cepat Aliah Wafa!" 

'Aminn thanks korang!'

Monolog dalaman seorang loner. Bye.

Monday, June 16, 2014

Day 1 Week 11 - Last week's interview

Hai.

Week 11. Jyeahhhh. Masuk je bulan puasa maknanya semakin dekat la gua nak habis internship. 5 freaking weeks left !

Oh anyway, hari Jumaat haritu bukan interview, tapi assessment test yang maha mengantuk soalan soalan dia. Ada 4 tests, numerical, verbal, non-verbal, and apa test tah dia panggil. Tapi discussion la.

Numerical test tu macam Maths test. Dia takde la susah mana pun, tapi soalan dia banyak confusing. Contoh;

"Ahmad's age is twice Sally's age that is 10 years older than Jeanie who is Billy's sister that is 30 years younger than John. How old is Stephanie?"

Kau tak ke sakit hati dapat soalan macam tu? Okay maybe ada sedikit exaggerate di situ. Tapi boleh google numerical test and jawab soalan soalan kat internet.

Ni contoh yang tak di exaggerate kan. tihihi [source]


Non -verbal test banyak kaitan dengan logic. Bagi soalan bentuk bentuk. Malas aku. Tapi okay la jugak dari numerical test. At least berjalan la jugak sel sel otak ni ha.

"Which one of the five boxes on the right completes the empty box on the left?" [source]

Susah gak laa soalan soalan macam ni. Perempuan depan aku dah "Wth is this man?" Dah la semangat tahu dia jawab soalan numerical tu macam jawab final exam ketika di universiti pulak gayanya. hahah.

Soalan verbal more to English tests. Synonym antonym, ni aku ingat soalan dia;

If fish is to sea,
Then mole is to?

A - ground
B - hole
C - earth
D - face 

Okay D tu aku tipu je heheh. Confusing answers.  A and B dua dua masuk akal kan? Cilakakikukukakikakakku betul. 

Lepastu last test adalah discussion, dia panggil apa Indoor apa entah. Dia by group, kena discuss soalan yang dia bagi. Group kitorang siap paling awal wey. Tapi aku paling kurang sumbang idea lah.

Eh ada lagi satu test! Test yang double maha mengantuk. Kau kena letak diri kau as manager, and dia akan bagi 13 soalan (in forms of complaint letters,newspaper cuts, praising letter, emails etc etc etc) dalam 13 soalan tu listkan issues and how would you solve the issues. Priority high ke medium ke low. Orang IT mana adaaaaaa belajar baca baca camtuuuuu. Mengantuk. 

So.....kalau by today tak dapat call tu, means takdak rezeki la tu. Tak di shortlisted kan. Hewhew. Tapi takpe lar, great experience. Kot. Plus i dont feel like working there. The environment is not as cool as bbraun. Tapi.....contract dengan bbraun pun nak habis dah punn. 

Lepastu release stress pergi tengok How To Train Your Dragon 2 yeay. Budak depan aku tahpape gelak part sedih. 

Dah la bye nak carik kerja lagi. Siapa ada kerja kosong PM facebook I ya *wink*.