Showing posts with label not so daily anymore i guess. Show all posts
Showing posts with label not so daily anymore i guess. Show all posts

Thursday, June 26, 2014

Day 4 Week 12 - Toilet

Hai.

Masa aku mula mula kerja sini, memang sumpah bosan gila. Nak adapt to work environment memang susah nau rasanya. Ye la biasa jadual kelas hari hari lain lain waktu. Ni nak stick to jadual kerja, takes time sikit la. Lepastu dah la takde kawan mula mula. Lepastu dah la time belajar classmates semua lelaki, time kerja pun satu division tu semua lelaki -.-

Ok aku nak cerita pasal toilet sebenarnya. Relax. Aliah Wafa dah di train untuk hidup sorang semenjak degree. Tihihi. So sebab bosan manjang masa mula mula, aku pun selalu lar pergi toilet. Toilet sini cantik wey. Dah la kering je. So pergi bukan nak membuang je 24 jam, tapi sekadar release stress and nak main game je. 

TAPI TAPI TAPI. Segala game terhenti, perasaan mengantuk menghilang, mata yang layu menjadi segar tatkala ada orang lain masuk stall betul betul sebelah stall yang kita masuk. Okay lagi kalau takat masuk je. Tiba tiba "PLOP." Damn it. Game over je lah game kat phone tu. Biar lah kena start main level sama balik pun. Takpe lah biar la mata merah pun tahan ngantuk. Biarlah stress sikit pun takpe.

Terus aku cau. Hahah. Lagi satu macam mana eh orang boleh pilih toilet stall sebelah sebelah eh? Kalau aku mesti masuk selang satu dari toilet yang ada orang. Kecuali kalau semua toilet penuh lar.

Ni toilet dalam the sims btw. [source]

Okay, aku yang A tu. Tak faham asal B dengan C nak pilih stall sebelah sebelah. Nak fight bunyik PLOP /SHHHHH mana lagi kuat ke apa? Hahah okay geli gilaaaaaa. 

Ni la toilet office kite. Cantik tau hikhik.
Ah sudah lah. Sekarang aku dah tak pergi toilet nak hilang bosan lagi okayyy. Hihihi. Oh plus toilet ni ada paip okay. Bukan macam sesetengah toilet mall yang konon modern taknak guna pipe. Tak standard la kalau budaya je ikut arus permodenan terkini, tapi toilet masih di takuk lama menggunakan paip. Blah la. Basah je jugak tengok toilets kat mall tu walaupun takde pipe.Humph. (emo tetiba)
Bye.


Tuesday, June 10, 2014

Day 2 Week 10 - Jiwang

Hai.

A : Bro what is jiwang?

B : Jiwang? Loving la.

A: No, G1.

B: Oh G1 is bla bla bla




Aku, tahan gelak di sudut sisi meja. Ye lah jenis mudah terhibur, benda kecil kecilan macam tu pun boleh ketawa sorang sorang.

Semalam dekat group whatsapp office, boss ada mention something berkaitan dengan G1. Dont ask me, i dont even know what that is. Baca group tu pun tak. Bukak sekadar nak hilangkan notification je.

Dah la bye. Mengantuk wey.


Friday, June 6, 2014

Day 5 Week 9 -Sembahyang lagi ke

Hai.

Semalam aku OT. Saje bagitau. Kah! Padahal 6.45 dah boleh balik dah tu tapi sebab fikir jam, nanti kang ada aku maghrib tengah jalan kang. Pukul 7.30 macam tu, aku nak pergi sembahyang maghrib, sekali chinese colleague aku tegur, maka berlakulah perbualan seperti di bawah;

CC : Wafa you dah boleh balik dah.

Me : tau tau, i nak pergi sembahyang dulu.

CC : Eh sembahyang lagi ke? Tadi kan you sudah sembahyang? (asar, tadi tu pukul 5 kot)

Me : Tu asar, ni maghrib.

Supervisor : Maghrib la. Cepat gila baru masuk waktu kot.


Lepastu aku tak ingat dia cakap apa sebab aku terus pergi sembahyang sambil tahan ketawa. Plus waktu tu dah pikir rumah je sebab dah kebuluq. Sepatutnya aku bertazkirah la kejap kat dia sembahyang ada 5 waktu tapi, kbai lah.

Heheh bye.

Wednesday, June 4, 2014

Day 3 Week 9 - Phone

Hai.

Harini hari yang menyedihkan kerana phone saya telah bertindak meninggalkan diri beliau di dalam kereta. Itu tak ada lah sedih sangat. Yang paling sedih adalah pada waktu lunch, saya dan office mate saya yang bernama Ana telah berjalan selama 10 minit hendak ke parking lot di belakang One utama, yang diberi nama parking dataran. 

Ya, ianya mengambil masa selama 10 minit ya. "Kenapa jauh sangat parking?" Hmmm jika saya seorang kaya raya sudah tentu saya akan meletakkan kenderaan di bawah Plaza IBM yang sehari bayarannya adalah RM22. Manakala jika parking di dalam One Utama pula, bayarannya adalah sekitar RM8 sehari. Maka oleh kerana itu lah saya mengambil inisiatif untuk meletakkan kenderaan di Parking Dataran sahaja. RM2 sahaja tau jika menggunakan One Card. Jika tidak, RM4. Haaa. Murah bukan?


Saya punya design yang tengah itu. Cantik, urban dan funky bukan? Jiwa anak muda gitu. [source]


Oh sambung, tercerita tentang fakta bayaran parking dan One Card pula. Maka setelah hampir 10 minit berjalan, sampai sahaja di hadapan pintu kaca automatik, beberapa meter sahaja lagi dari Parking Dataran, baharu lah saya teringat, yang kunci kereta saya berada di dalam zip sisi beg besar saya itu. Dan beg besar saya itu berada di bawah meja saya di pejabat. Punya lah saya kecewa. Hmmmm. Memang ajaib sungguh kalau saya sanggup membazir lagi 20 minit untuk naik ke pejabat, ambil kunci kereta dan kemudian pergi semula ke dataran parking untuk mengambil handphone semata mata. 

Oleh itu saya telah menulis blog instead of mentweet kejadian tersebut. Apa sangat lah twitter tu. Sudah lah mengehadkan karakter hanya maksimum 140 karakter sahaja. Ingat saya ni suka eja pendek pendek ni? Huh... (tetapi saya ada lah tweet dua tweet berkenaan perkara ini)

Okay lah sudah mahu masuk waktu Asar ni. Salam Asar semua sahabat saya.



Kah. Tebiat apa tah harini. 

Bye.

Monday, June 2, 2014

Day 1 Week 9 people! - Bulan Puasa

Hai.

Tadi masa lunch aku tak pergi makan sebab puasa. Maka berlaku lah perbualan berikut; (translate macam dalam buku text Bahasa Arab sekolah menengah)

Chinese colleague: Eh you tak pergi makan ke?

Me  : I puasa la.

CC : Oh sudah start ke ? :O (he meant bulan ramadhan)

Me : Eh tak la. Emm macam mana nak cakap ya. I puasa sunat.

CC : *tak dengar dia cakap apa.*

Me : Ha tapi its not compulsory for everyone la. Hehe

CC : Oh sendiri sendiri saja la? okay okay. yang tu bila start ya? (ramadhan)

Me : End of this month I rasa. Lebih kurang la.

Hoyeah dah boleh balik yeay bye!