Showing posts with label daily diary. Show all posts
Showing posts with label daily diary. Show all posts

Thursday, June 26, 2014

Day 4 Week 12 - Toilet

Hai.

Masa aku mula mula kerja sini, memang sumpah bosan gila. Nak adapt to work environment memang susah nau rasanya. Ye la biasa jadual kelas hari hari lain lain waktu. Ni nak stick to jadual kerja, takes time sikit la. Lepastu dah la takde kawan mula mula. Lepastu dah la time belajar classmates semua lelaki, time kerja pun satu division tu semua lelaki -.-

Ok aku nak cerita pasal toilet sebenarnya. Relax. Aliah Wafa dah di train untuk hidup sorang semenjak degree. Tihihi. So sebab bosan manjang masa mula mula, aku pun selalu lar pergi toilet. Toilet sini cantik wey. Dah la kering je. So pergi bukan nak membuang je 24 jam, tapi sekadar release stress and nak main game je. 

TAPI TAPI TAPI. Segala game terhenti, perasaan mengantuk menghilang, mata yang layu menjadi segar tatkala ada orang lain masuk stall betul betul sebelah stall yang kita masuk. Okay lagi kalau takat masuk je. Tiba tiba "PLOP." Damn it. Game over je lah game kat phone tu. Biar lah kena start main level sama balik pun. Takpe lah biar la mata merah pun tahan ngantuk. Biarlah stress sikit pun takpe.

Terus aku cau. Hahah. Lagi satu macam mana eh orang boleh pilih toilet stall sebelah sebelah eh? Kalau aku mesti masuk selang satu dari toilet yang ada orang. Kecuali kalau semua toilet penuh lar.

Ni toilet dalam the sims btw. [source]

Okay, aku yang A tu. Tak faham asal B dengan C nak pilih stall sebelah sebelah. Nak fight bunyik PLOP /SHHHHH mana lagi kuat ke apa? Hahah okay geli gilaaaaaa. 

Ni la toilet office kite. Cantik tau hikhik.
Ah sudah lah. Sekarang aku dah tak pergi toilet nak hilang bosan lagi okayyy. Hihihi. Oh plus toilet ni ada paip okay. Bukan macam sesetengah toilet mall yang konon modern taknak guna pipe. Tak standard la kalau budaya je ikut arus permodenan terkini, tapi toilet masih di takuk lama menggunakan paip. Blah la. Basah je jugak tengok toilets kat mall tu walaupun takde pipe.Humph. (emo tetiba)
Bye.


Tuesday, June 10, 2014

Day 2 Week 10 - Jiwang

Hai.

A : Bro what is jiwang?

B : Jiwang? Loving la.

A: No, G1.

B: Oh G1 is bla bla bla




Aku, tahan gelak di sudut sisi meja. Ye lah jenis mudah terhibur, benda kecil kecilan macam tu pun boleh ketawa sorang sorang.

Semalam dekat group whatsapp office, boss ada mention something berkaitan dengan G1. Dont ask me, i dont even know what that is. Baca group tu pun tak. Bukak sekadar nak hilangkan notification je.

Dah la bye. Mengantuk wey.


Friday, June 6, 2014

Day 5 Week 9 -Sembahyang lagi ke

Hai.

Semalam aku OT. Saje bagitau. Kah! Padahal 6.45 dah boleh balik dah tu tapi sebab fikir jam, nanti kang ada aku maghrib tengah jalan kang. Pukul 7.30 macam tu, aku nak pergi sembahyang maghrib, sekali chinese colleague aku tegur, maka berlakulah perbualan seperti di bawah;

CC : Wafa you dah boleh balik dah.

Me : tau tau, i nak pergi sembahyang dulu.

CC : Eh sembahyang lagi ke? Tadi kan you sudah sembahyang? (asar, tadi tu pukul 5 kot)

Me : Tu asar, ni maghrib.

Supervisor : Maghrib la. Cepat gila baru masuk waktu kot.


Lepastu aku tak ingat dia cakap apa sebab aku terus pergi sembahyang sambil tahan ketawa. Plus waktu tu dah pikir rumah je sebab dah kebuluq. Sepatutnya aku bertazkirah la kejap kat dia sembahyang ada 5 waktu tapi, kbai lah.

Heheh bye.

Wednesday, June 4, 2014

Day 3 Week 9 - Phone

Hai.

Harini hari yang menyedihkan kerana phone saya telah bertindak meninggalkan diri beliau di dalam kereta. Itu tak ada lah sedih sangat. Yang paling sedih adalah pada waktu lunch, saya dan office mate saya yang bernama Ana telah berjalan selama 10 minit hendak ke parking lot di belakang One utama, yang diberi nama parking dataran. 

Ya, ianya mengambil masa selama 10 minit ya. "Kenapa jauh sangat parking?" Hmmm jika saya seorang kaya raya sudah tentu saya akan meletakkan kenderaan di bawah Plaza IBM yang sehari bayarannya adalah RM22. Manakala jika parking di dalam One Utama pula, bayarannya adalah sekitar RM8 sehari. Maka oleh kerana itu lah saya mengambil inisiatif untuk meletakkan kenderaan di Parking Dataran sahaja. RM2 sahaja tau jika menggunakan One Card. Jika tidak, RM4. Haaa. Murah bukan?


Saya punya design yang tengah itu. Cantik, urban dan funky bukan? Jiwa anak muda gitu. [source]


Oh sambung, tercerita tentang fakta bayaran parking dan One Card pula. Maka setelah hampir 10 minit berjalan, sampai sahaja di hadapan pintu kaca automatik, beberapa meter sahaja lagi dari Parking Dataran, baharu lah saya teringat, yang kunci kereta saya berada di dalam zip sisi beg besar saya itu. Dan beg besar saya itu berada di bawah meja saya di pejabat. Punya lah saya kecewa. Hmmmm. Memang ajaib sungguh kalau saya sanggup membazir lagi 20 minit untuk naik ke pejabat, ambil kunci kereta dan kemudian pergi semula ke dataran parking untuk mengambil handphone semata mata. 

Oleh itu saya telah menulis blog instead of mentweet kejadian tersebut. Apa sangat lah twitter tu. Sudah lah mengehadkan karakter hanya maksimum 140 karakter sahaja. Ingat saya ni suka eja pendek pendek ni? Huh... (tetapi saya ada lah tweet dua tweet berkenaan perkara ini)

Okay lah sudah mahu masuk waktu Asar ni. Salam Asar semua sahabat saya.



Kah. Tebiat apa tah harini. 

Bye.

Monday, June 2, 2014

Day 1 Week 9 people! - Bulan Puasa

Hai.

Tadi masa lunch aku tak pergi makan sebab puasa. Maka berlaku lah perbualan berikut; (translate macam dalam buku text Bahasa Arab sekolah menengah)

Chinese colleague: Eh you tak pergi makan ke?

Me  : I puasa la.

CC : Oh sudah start ke ? :O (he meant bulan ramadhan)

Me : Eh tak la. Emm macam mana nak cakap ya. I puasa sunat.

CC : *tak dengar dia cakap apa.*

Me : Ha tapi its not compulsory for everyone la. Hehe

CC : Oh sendiri sendiri saja la? okay okay. yang tu bila start ya? (ramadhan)

Me : End of this month I rasa. Lebih kurang la.

Hoyeah dah boleh balik yeay bye!



Wednesday, May 7, 2014

Day 3 Week 5

hai.

harini kerja kita ulang alik ke regional side (belah top level management - overseas punya orang) pasang monitor, tanya password, belajar install mdm air watch to user's iphone and ipad. phewh. installnya okay, tapi dah kalau tulisan haromain sampai kena pergi dua kali la bilik dia tanya password. Pastu tanya windows username and password, tetiba tulisan dia....

"can you understand it?"

...... emmm no i dont think i understand it.

terus tulis satu persatu, haaa boleh pun. jangan nak doctor sangat la. medical supplies company kot bukannya hospital tulisan nak kena camtu. Eh? kakaka.

So anyway, since aku tak pernah assist user orang putih, orang german to be exact, mesti la cuak kan. Dah la english dia aku paham tak paham je.

Lepas tu tadi lepas dah hantar ipad dia yang dah siap, supervisor aku cakap "haa okay je kan? dia takde nak makan kau ke ape kan? takdenya nak mintak nombor telefon kau ke apa. Pangkat bapak kot dia tu."

Lebih kurang camtu la. aku cam wth gila peeeee -___- takde masa nak perasan sampai begitu sekali. tapi manager tu memang handsome pun. kakaka mati laaaaa nanti kang "untung la ada orang german"

okay dah itu je. nak balik, nak tidur. lusa half day yeay.

dah la bye.

Tuesday, May 6, 2014

day 1,2 week 5

hai.

semalam banyak la jugak kerja.

okay bye. muahahah. am so lazy to continue this stupid daily diary thingy. hanywayyyy besok start kerja sorang balik since backfill ke backfiled hentah eja dia dah takde. :( am gonna miss her. we understand each other's jokes perfectly. haaa gittuhhh. haih. hidup hidup. tetiba. okaibai.

bye

Monday, April 28, 2014

Day 1 Week 4

Hai.

Yeay! Its almost a month already. Woah how time flies. Anyway, ni pagi tadi;



User : Excuse me. I cant seem to access to my lotus notes account. Why is it?

Me  : oh okay will go to your place.

Dah sampai tempat dia, dia click banyak banyak kali kat mail ke ape tah tak boleh access.

Me : Okay try to log out again.

User : I just logged in, why would i log out?! (tinggi suara nampak amboi cabut plug kang padan muka kerja semua tak save)

User tekan button windows kat bawah tu, ingat orang suruh dia log out windows. Lepastu dah log out lotus notes, nak kill lotus notes lagi. Ergh cant you just wait. -.-

Me  : Okay now log in to your lotus notes account back.

User  :  *Log in sambil bebel sikit.* Tsk.

Clicks the same button she clicked just now. TA-DA! Boleh.

Dari marah marah terus macam terpinga pinga. Ouhhhh tau terkejut. Haaaa.

User  :  Why like that ha?

Me  :  It always happens, so next time you can just log out and try to log in again.


First time assist user tak tanya Justine or Hafiz. Ehehehe yeay Alhamdulillah. tehehe.

Okay bye bye.


Tuesday, April 22, 2014

Day 2 Week 3

Hai.

Bye.

Bhahha that shows how boring my day is. And its only 12.38 pm. Haih. Tapi tak boleh. Must. Like.Your.Workplace. saw a senior of mine tweeted something similar to that. so yeah, here i am. trying hard to like my workplace. but so far i guess its okay. its not that bad. the environment is okay. it guys are also okay. pantry also okay. surau's okay.

lapar.

Monday, April 21, 2014

Day 1 Week 3

Hello.

I had an emotional yet awesome weekend. Too boring to read so i wont type about it. come on siapa je yang suka baca benda emo emo ni. Oh ye, last week i was interviewed by a tv3 crew about monday blues. So today i woke up at 7 guling guling guling , turned on the tv on 7.15 and guess what? i missed it. grrr.

lepastu ada akak post kat group cakap "akak nampak wafa kat mhi tadi, baru je tadi." yeayyy. hahaha. its nothing big tapi siapa tak excited tiba tiba kau tengah duduk tunggu orang ambik kau balik kerja tetiba ada orang tanya nak interview. lagi lagi pulak sebelum tu kau nak tweet pasal interview tu tapi kau rasa cam "eleh, big deal. interview je pun." lantas tak jadi nak tweet benda tu. kakaka

okay have a great monday ahead everyone.


Friday, April 18, 2014

Day 5 Week 2

Hai.

Harini hari jumaat yeay. Umi dengan abah pergi indon pagi tadi. so, yeah. rumah bosan la 4 hari nanti. nak buat wild party takde kawan kawan yang wild, wild cats ada lah. kah! k hambar.

so i came early to office. sebab nak breakfast kat office. (milo dengan biskut je pun). sedih rumah takde breakfast. wuwuwuw.

okay bye,

Day 4 Week 2

Hai.

Eyeaayayyyyayayayaya tomorrow's friday~. its friday friday gotta get up on friday. tehehehe.

i think this so called daily internship diary thingy is supposed to be updated malam or petang, bukan pagi. but since there's nothing to do right now, so im just gonna type it anyway. hehehe.

while i was on my way to work just now, i saw a smoker smoking in a car. closed windows . anddddd ada perempuan, budak perempuan, and babyyyyyy belakang tu. i was like wtf man nak smoking at least bukak la tingkap tu.

okay gonna update later. bosan gila.

Wednesday, April 16, 2014

Day 3 Week 2

Hello, since i am bored to death, i decided to make a post. Just to buat buat busy like everyone else. tehehe. Okay tak. i've been writing a daily diary since the first day i came here, but writing seems a bit too tiring (mengada) so i decided to just type it here.

Came late today cause my car broke down on my way to office just now. Some idiots honked me. Macam la i nak sangat berhenti tengah jalan tu. Nasib dekat dengan rumah kereta rosak. So abah boleh ambil and balik rumah pakai kereta mak. To be honest i dont want it to be fixed. hahah..The cost of fixing it is the same as the cost of buying a new car. so......hehehe. alaa second hand local car also can... nanti nak repair pape pun murah.

lepastu sampai office semua orang takde. nazrul and kartik went to that it orientation thingy, hafiz and justin meeting kot. hafiz said its not compulsary so here i am....waiting for calls, and, yeah, buat buat busy. tehee.

okay bye bye.