Tuesday, June 17, 2014

Day 2 Week 11 - Lunch

Hai.

Problem with having a lunchmate is that sometimes , okay most of the times you have to consider other people's feelings (amboi) too. Ye lah sebenarnya nak jugak makan tempat lain, tapi tetiba kau kena fikir orang lain yang nak makan benda lain. In the end terpaksa la ikut orang lain......

A : Wafa nak makan mana harini?

W : Tak kisah memana pun okay. A nak makan mana?

A : Ikut la. A ikut je nak makan kat mana.

W : *suggests tempat makan* okay tak?

A : Takpe la A nak beli kat tempat ______ (insert tempat makan yang biasa pergi situ)


Penat sebenarnya macam ni je lebih kurang hari hari. Stress haahaa. Cepat tua la aku macam ni hmmmmm.

Haahaa maybe im not used to this. Sebab zaman study dulu bergerak sorang sorang. Senang, tak payah nak consider orang lain. Dah kerja ni......yeah......Tapi Syafiqah was okay. Nasi kandar irfan on fridays, kaya sikit makan kat atas, dah nak cau makan Carls.Jr.

Lagi satu maybe sebab financial problem kot. Hmmm kita rasa okay je harga tu, tapi for some people macam mahal yang amat. And sebab bukan bestfriends kot. Kalau bestfriends kau cakap makan mana semua okay. Dia cakap nak makan mana pun kau okay. Hmmm rindu Eija dengan Bee.

Dah la bye.

Monday, June 16, 2014

Day 1 Week 11 - Last week's interview

Hai.

Week 11. Jyeahhhh. Masuk je bulan puasa maknanya semakin dekat la gua nak habis internship. 5 freaking weeks left !

Oh anyway, hari Jumaat haritu bukan interview, tapi assessment test yang maha mengantuk soalan soalan dia. Ada 4 tests, numerical, verbal, non-verbal, and apa test tah dia panggil. Tapi discussion la.

Numerical test tu macam Maths test. Dia takde la susah mana pun, tapi soalan dia banyak confusing. Contoh;

"Ahmad's age is twice Sally's age that is 10 years older than Jeanie who is Billy's sister that is 30 years younger than John. How old is Stephanie?"

Kau tak ke sakit hati dapat soalan macam tu? Okay maybe ada sedikit exaggerate di situ. Tapi boleh google numerical test and jawab soalan soalan kat internet.

Ni contoh yang tak di exaggerate kan. tihihi [source]


Non -verbal test banyak kaitan dengan logic. Bagi soalan bentuk bentuk. Malas aku. Tapi okay la jugak dari numerical test. At least berjalan la jugak sel sel otak ni ha.

"Which one of the five boxes on the right completes the empty box on the left?" [source]

Susah gak laa soalan soalan macam ni. Perempuan depan aku dah "Wth is this man?" Dah la semangat tahu dia jawab soalan numerical tu macam jawab final exam ketika di universiti pulak gayanya. hahah.

Soalan verbal more to English tests. Synonym antonym, ni aku ingat soalan dia;

If fish is to sea,
Then mole is to?

A - ground
B - hole
C - earth
D - face 

Okay D tu aku tipu je heheh. Confusing answers.  A and B dua dua masuk akal kan? Cilakakikukukakikakakku betul. 

Lepastu last test adalah discussion, dia panggil apa Indoor apa entah. Dia by group, kena discuss soalan yang dia bagi. Group kitorang siap paling awal wey. Tapi aku paling kurang sumbang idea lah.

Eh ada lagi satu test! Test yang double maha mengantuk. Kau kena letak diri kau as manager, and dia akan bagi 13 soalan (in forms of complaint letters,newspaper cuts, praising letter, emails etc etc etc) dalam 13 soalan tu listkan issues and how would you solve the issues. Priority high ke medium ke low. Orang IT mana adaaaaaa belajar baca baca camtuuuuu. Mengantuk. 

So.....kalau by today tak dapat call tu, means takdak rezeki la tu. Tak di shortlisted kan. Hewhew. Tapi takpe lar, great experience. Kot. Plus i dont feel like working there. The environment is not as cool as bbraun. Tapi.....contract dengan bbraun pun nak habis dah punn. 

Lepastu release stress pergi tengok How To Train Your Dragon 2 yeay. Budak depan aku tahpape gelak part sedih. 

Dah la bye nak carik kerja lagi. Siapa ada kerja kosong PM facebook I ya *wink*. 


Thursday, June 12, 2014

Day 4 Week 10 - Intershiew

Hai.

Mengikut kamus adik edisi ke 19 ; intershiew adalah gabungan antara internship dan interview. Hasil hubungan terlarang tu jadi la intershiew. kbai.

Besok interview wey cuak gila.

By the way diorang ni tak habis habis ingat aku malu nak pergi bilik Bos German tu sebab dulu aku macam takut takut nak hantar iphone dia.  Nasib baik aku tak tergelak masa nak pergi ambik MAC address kat phone bos german tu tadi. Menahan ketawa je lah kerja nya. 


Lepastu ada intern german kat meja sebelah ni justine boleh pulak "dia sama umur dengan you tau. saya rasa dia lagi muda dari you." Di tokok tambah pulak oleh boss "you boleh pergi lunch dengan dia la." Kalau aku berani mesti la aku reply jawapan hebat hebat serta tak makan saman tapi sebab aku masih dalam tahap pemalu, aku reply "haha no wayyy" je lah yang mampu. It takes time for me to be free from being a shy shy cat person. Padahal aku shy shy dog je. K tak kelakar.

Oh yeah lupa nak bagitau. 6 FREAKING WEEKS LEFT BEBEH! SIX! Can you believe it? I cant wait to finish this internship thingy. Lepastu nak bahan Azuan dengan Fahim yang tengah intern kat group nanti. Hahaha seronoknya bila memikirkannya. 

Dah la lunch dah habis bye. Supervisor pun dah balik ke meja.


Tuesday, June 10, 2014

Day 2 Week 10 - Jiwang

Hai.

A : Bro what is jiwang?

B : Jiwang? Loving la.

A: No, G1.

B: Oh G1 is bla bla bla




Aku, tahan gelak di sudut sisi meja. Ye lah jenis mudah terhibur, benda kecil kecilan macam tu pun boleh ketawa sorang sorang.

Semalam dekat group whatsapp office, boss ada mention something berkaitan dengan G1. Dont ask me, i dont even know what that is. Baca group tu pun tak. Bukak sekadar nak hilangkan notification je.

Dah la bye. Mengantuk wey.


Friday, June 6, 2014

Day 5 Week 9 -Sembahyang lagi ke

Hai.

Semalam aku OT. Saje bagitau. Kah! Padahal 6.45 dah boleh balik dah tu tapi sebab fikir jam, nanti kang ada aku maghrib tengah jalan kang. Pukul 7.30 macam tu, aku nak pergi sembahyang maghrib, sekali chinese colleague aku tegur, maka berlakulah perbualan seperti di bawah;

CC : Wafa you dah boleh balik dah.

Me : tau tau, i nak pergi sembahyang dulu.

CC : Eh sembahyang lagi ke? Tadi kan you sudah sembahyang? (asar, tadi tu pukul 5 kot)

Me : Tu asar, ni maghrib.

Supervisor : Maghrib la. Cepat gila baru masuk waktu kot.


Lepastu aku tak ingat dia cakap apa sebab aku terus pergi sembahyang sambil tahan ketawa. Plus waktu tu dah pikir rumah je sebab dah kebuluq. Sepatutnya aku bertazkirah la kejap kat dia sembahyang ada 5 waktu tapi, kbai lah.

Heheh bye.

Wednesday, June 4, 2014

Day 3 Week 9 - Phone

Hai.

Harini hari yang menyedihkan kerana phone saya telah bertindak meninggalkan diri beliau di dalam kereta. Itu tak ada lah sedih sangat. Yang paling sedih adalah pada waktu lunch, saya dan office mate saya yang bernama Ana telah berjalan selama 10 minit hendak ke parking lot di belakang One utama, yang diberi nama parking dataran. 

Ya, ianya mengambil masa selama 10 minit ya. "Kenapa jauh sangat parking?" Hmmm jika saya seorang kaya raya sudah tentu saya akan meletakkan kenderaan di bawah Plaza IBM yang sehari bayarannya adalah RM22. Manakala jika parking di dalam One Utama pula, bayarannya adalah sekitar RM8 sehari. Maka oleh kerana itu lah saya mengambil inisiatif untuk meletakkan kenderaan di Parking Dataran sahaja. RM2 sahaja tau jika menggunakan One Card. Jika tidak, RM4. Haaa. Murah bukan?


Saya punya design yang tengah itu. Cantik, urban dan funky bukan? Jiwa anak muda gitu. [source]


Oh sambung, tercerita tentang fakta bayaran parking dan One Card pula. Maka setelah hampir 10 minit berjalan, sampai sahaja di hadapan pintu kaca automatik, beberapa meter sahaja lagi dari Parking Dataran, baharu lah saya teringat, yang kunci kereta saya berada di dalam zip sisi beg besar saya itu. Dan beg besar saya itu berada di bawah meja saya di pejabat. Punya lah saya kecewa. Hmmmm. Memang ajaib sungguh kalau saya sanggup membazir lagi 20 minit untuk naik ke pejabat, ambil kunci kereta dan kemudian pergi semula ke dataran parking untuk mengambil handphone semata mata. 

Oleh itu saya telah menulis blog instead of mentweet kejadian tersebut. Apa sangat lah twitter tu. Sudah lah mengehadkan karakter hanya maksimum 140 karakter sahaja. Ingat saya ni suka eja pendek pendek ni? Huh... (tetapi saya ada lah tweet dua tweet berkenaan perkara ini)

Okay lah sudah mahu masuk waktu Asar ni. Salam Asar semua sahabat saya.



Kah. Tebiat apa tah harini. 

Bye.

Monday, June 2, 2014

Day 1 Week 9 people! - Bulan Puasa

Hai.

Tadi masa lunch aku tak pergi makan sebab puasa. Maka berlaku lah perbualan berikut; (translate macam dalam buku text Bahasa Arab sekolah menengah)

Chinese colleague: Eh you tak pergi makan ke?

Me  : I puasa la.

CC : Oh sudah start ke ? :O (he meant bulan ramadhan)

Me : Eh tak la. Emm macam mana nak cakap ya. I puasa sunat.

CC : *tak dengar dia cakap apa.*

Me : Ha tapi its not compulsory for everyone la. Hehe

CC : Oh sendiri sendiri saja la? okay okay. yang tu bila start ya? (ramadhan)

Me : End of this month I rasa. Lebih kurang la.

Hoyeah dah boleh balik yeay bye!