Sunday, January 11, 2015

Lepak lepak 2014

Hai.

Sebenarnya banyak jugak gambar terperam rupanya bila gua buat sesi pindah pindah files ni. Hewhew. So kire ni compile segala lepak yang teperam je dalam folder gambar gambarnya ni ha (ya Tuhan semoga cikgu BM tak marah bahasa aku berterabur camni).

PD

PD ni kire lepak last punya last before aku senah dan angah habis sem. Dah habis sem dah habis praktikal dah start kerja dah pun huish cepatnya masa berlalu. Jangan risau kawan kawan, gambar akan di filter. Gambar censored takkan di masukkan Hanya kite kite je tau dan ketawa bersama ihiks.

ya time ni masih bertongkat. tragedi march di SINI

Ayunyew uolls. ustat2 baru balik mesir boleh pm eh kbai madihah jangan marah please bye.

cousin eija, Daniel ikut sekali.

"Siapa la jodoh aku. hmmm" - Farhatun Nabila, 2013/2014

unpacking makanan. bakal isteri mithali kan. hiks.



asal birthday madihah je surprisenya kat laut. Tahun lepas pun kat laut jugak kat Penang

Jangan ingat orang pakai purdah tak main air laut okay. Awas semua okay. 

Spot us. If you can. cause i cant. 

camne tu Diniy berkawat dalam air tu? Nasib tak pakai but ke kasut polis ke, kalau tak tenggelam dah hihi

Gossip apa Bee and Daniel?


L to R : Diniy, Bee, Senah, aliahwafa, Eija, Daniel.

RIP parts of bee's phone(taktau nak panggil apa komponen tu). Terjatuh dalam laut katanya. Gigih jugak selak selak pasir bawah air, tak jumpa la tapi. 

Ain baru muncul sebab taknak masuk air. GRRR.

Harus la aku letak banyak banyak kali.

Dan lagi. hihihihi

Dan angah pun.

Sebenarnya ain dengan angah ada je masuk air, tapi entah mengapa gambar takde pulak dalam ni. Maybe time share share dalam whatsapp tu aku tak download sebab banyak sangat. Habis phone memory. Mehehe. And ada gambar lain tapi biasa lah gambar mandi laut kot, takkan nak upload semua. Very dangerous fast and furious uolls. 


Taman Hijau apa jadah + Wedding Monika

Sebenarnya jumaat tu kitorang lepak tidur kat hostel Kolej X. Saja la buat buat tak move on lagi dari zaman belajar. Hewhewhew. Nasib baik ada jugak tempat berteduh. Makan kira potluck la. Yang kat Kolej beli tomyam selasih, yang kerja kat KLCC bawak roti boy dan lain lain. Aku pun taktau apa kaitan hahaha. Tapi memang best la gelak je tak berhenti. Pastu tidur paling awal siapa? Ya. Yang kerja pagi pagi pukul 4 am. Sorry kawan kawan spoil pastu tak join main jenga apa jadah tah tu. bhahah. Sorry jugak Eija and Angah tak dapat berada bersama kami atas sebab sebab tertentu. Kalau tak aku pun tak dapat, tapi nasib baik dapat (panjang sangat cerita hewsss)

Besok pagi lepas breakfast nasi lemak depan coolblog yang sedap itew, kami pun keluar jalan jalan. Tapi keluar tu takde la terus gerak, kena tunggu sejam jugak la sebab someone's phone was on airplane mode....and dia tak sedar waktu berjalan sebab lama sangat depan cermin....true story bruh... *senyum senget sebelah*

While waiting....sempat la. hewhew. Eh sempat isi minyak lagi okay. Jangan main main tau.

Balik dari isi minyak, still waiting.... *ketawa tutup mulut*

Ni kat taman saujana hijau, putrajaya. Sampai sampai terus masuk dalam list kalau kahwin nak buat photoshoot kat sini bhahaha lalalalarik~ Tapi serious cantik tempat dia. 



Kebetulan ada orang tengah buat assignment apa tah, mintak tolong dia tangkapkan gambar sekali. Hews.

Kan panas tu. kalau gerak awal takde jadi camni :( 

berteduh di pondok kecil, di pantai ombak~


Cecececeh dah boleh jadi model conver buku Nur yang kau selalu beli tu Bee. hewhew

Muka muka kaki gossips. Perhatikan tangan ain. Hmmm nak pergi concert rock ke camne?


Kalau korang perhati dan teliti betul betul, aku ada kat hampir setiap gambar. Sebabnya? Tips dia kau kena sentiasa berada dekat dengan cameraman/woman of the day. Bhahaha. Lepastu jangan sekali kali offer nak pegang camera. Nanti gambar sikit. Hewhewhew. 


Serious suka tempat ni T___T

Si pemetik gambar. Feh ayat aku boleh menang award wey.

Ni bukan acah acah okay. memang tengah betulkan kain. Tapi takleh buat jadi profile pic di mana mana laman sosial, nanti kena bahan bhahaha. Dah ah sliper tak semenggah. Kasut tinggi dalam kereta. 

Ni la orang yang buat assignment tu. Tak memasal Diniy jadi subjek assignment dia pulak. Hihi.

macam gambar lompat tak jadi. rasanya la. 


L to R :  Me, Madihah, Ain, Bee, Diniy, Shafa, Senah,
Tiada dalam gambar  : Eija dan Angah



Saje jewwwwww bye.

Mahap la kalau gambar sama je sebab aku main pilih je asalkan bukan gambar.......iykwim. *ketawa tutup mulut*

Me and shapa spoiling the pic. 





Lepastu around 11+ camtu bergerak lah kitorang pergi UPM, nak pergi wedding monika. Sampai dalam 11.45 camtu. Ingatkan wedding start 11.30, sekali tengok orang dok angkat angkat barang lagi, rupanya bila tengok balik 12-5 pm. Hmm apa lagi cau cin cau dulu la. Pergi Mines carik hadiah wedding, Hahaha last minute sangat.



Haah kitorang beli topeng je untuk both husband and wife. Cehwah memang tak la. Madihah beli apa tah ada lah mana boleh bagitau. Dah agak agak 12+, baru gerak pergi wedding tu balik. Campur sesat and tunggu orang kat parking lot lagi sebab dia masuk Mines balik sebab nak aircond, pukul 1+ sampai. Okay la tu. Sempat jumpa ramai kawan kawan kolej. Hehehe.

Siannya adik tu nak bersin ke ape tu? :(

Asasi Batch 5. Tinggi okay kerusi pengantin tu. Aku pakai wedges yang tinggi tu pun kena jengket nak masuk gambar. 
Kat luar tu ada cam photo booth, which orang lain tak perasan tapi kitorang perasan. Hahah tu le dapat door gift terus straighttttt pergi kereta tak pandang kiri kanan time nak balik kan. Haaaa. Lain kali pandang kiri kanan sebelum balik, dah confirm takde photo booth, baru boleh pergi kat kereta. Mihihihi



Soalan serious, who's nextttt. Tak sabar nak lepak sesama je sebenarnya mihihihi 
Balik dari UPM, kitorang singgah Bangi Gateway sebab kat Wander Tudung People ada keluaran terbaru (amboi macam komik lak ayat keluaran terbaru). Time kasih kawan kawan sudi layan karenah aku dengan Bee yang macam lupa diri lupa kawan kejap sebab excited nak kejar tudung. Terima kasih kerana memahami walaupun kene perli, takpe, tudung dah dapat. Hahahaha.


But i prefer tea over coffee. How to start my life? *emoticon muka risau dahi kaler biru*

Hehehe. Okay dah puas hati dapat update. Mihihi. Have a good 2015 everyone. Eh YEAYYY Alhamdulillah i passed 2012 and 2013 with flying colors cehwahhh (not really). But everything went well with all these crazy girlprengsss (not to forget family and FB and kawan kawan lain and all), hehehe. 

Bye. LEFIU. Hikhik/






Thursday, January 8, 2015

Batuk - positive and negative

Hello.

Psst, nak bagitau, next week, 13th of January 2015, my 3 months probation dah habis. insyaAllah. hewhewhew.

And Alhamdulillah, these past 2+ months have been great! Not entirely great, with all the major issues and kurang man power and all, tapi so far semuanya okay. Hehehe.

Hari isnin haritu aku punya batuk teruk gila. Jenis batuk macam tahun lepas. Tapi ni takde la sampai tak boleh tidur malam. Tapi batuk ni jenis yang tekak gatai sampai rasa macam nak suruh wolverine garukkan tekak ni ha. So malam tu aku decide nak pergi klinik, dengan harapan dapat MC untuk tak pergi office selama satu hari. Pastu aku dapat. heheh.

Bila dah duduk rumah okay je takde la melampau lampau nau gatalnya. Sampai je kat office, ha ambik kau. Pagi pagi time tengah assist user,baru cakap hello, tekak dah gatal. Nasib baik time tu ada senior kat sebelah terus mintak tolong dia angkatkan, terus lari pergi toilet.

Pagi masa breakfast, masa tengah tunggu nak bayar, terpaksa berlari pergi toilet berhampiran nak batuk. Abang subway tu boleh buat bodoh pulak aku ketuk ketuk kaunter tu cakap nak pergi toilet jap lagi baru bayar. Grrrr. Memang gila betul serangan batuk. Masalahnya jadi kat office je pulak tu. Pelik nau.

Tapi apart from my sickness, at least there is another positive thing that happened to me. One of my colleague congratulate me, early in the morning before shift started on wednesday. I asked him nervously why, and then he said "you got no 1 for last month's productivity."

wewuuuuu. I know to some people its nothing, but to me its everything. chewah tipu je takde la everything. Its hard not to come late when your shift starts at 4 am, and not to have any mcs for one month. Heheh. And also sebab productivity tinggi. Hakikatnya aku track balik case lama, masuk dalam productivity track. hehehehe. Thanks S ajar hewss. and not to forget H as well. hewhew

Big thanks to Umi who patiently woke up at 3.30 every morning just to send me to work. And the one who told me not to give up. bhahaha dah macam dapat award dah kenapeeee.

And also to my gediks FB who brainwashed me not to give up and tegur masa nangis masa first start kerja haritu hewhewew.

Tak pernah expect okay dapat no 1, dah lah masa awal awal masuk paling noob tu banyak buat salah, selalu pass call kat senior, selalu misheard and mislog case (sekarang pun pastuh gelabah panggil TL SME semua bhahaha). Tapi this month tak dapat la no 1 sebab setakat ni dah 2 hari setengah MC T______T sebab batuk melampau.

Konon gigih nak tahan sampai jumaat, siap plan nak buat OT sabtu ni. Tapi tadi batuk teruk sangat sampai 2 - 3 kali batuk time on the phone. Last last tanya TL, boleh tak nak ambik half day. Sekali tak perasan pulak boss kat sebelah.

Tapi nasib baik boss kite baik. Siap tanya lagi boleh tak balik rumah sorang. Wewuuu dengan tiba tiba mata ku merah entah mengapa. Sampai TL kite cakap "Wafaaa tak payah la nangis." Nasib baik approved hewhew.

Balik meja nak kemas, orang sebelah pulak nampak "dapat tak half day? yang kau nak nangis ni kenapa?"

Alasan "mana ada nangis, ni sebab batuk la. Ni email tak reply lagi camne?" *tukar topik*


Pastu tadi gi klinik dapat mc sampai besok sekali wewuuu sebab tau dah kalau gi office ni mesti batuk cam gila lagi. Tapi sebenarnya duduk rumah pun takde nak buat apa sangat. Kalau duduk office ada kerja pastu aku ni jenis mudah terhibur, dapat pulak kawan kawan office suka buat lawak + suka ketawa berdekah dekah, memang terhibur lah. hewss.

Okay dah la nak makan ubat bye.

hew.